Wednesday, 4 February 2015

Malaysia Menunggu Conquistador?

Oleh : Imran Haaz

"A great civilization is not conquered from without until it has destroyed itself from within." W. Durant..
Saya menonton filem Apocalypto arahan Mel Gibson lama dulu. Mengisahkan dua puak asli Amerika Selatan yang bergaduh sesama sendiri merebut kuasa. Yang satu menghancurkan yang lain. Ketika kedua-kedua puak sibuk bergaduh dan memusnahkan sesama sendiri, salah seorang mangsa dari puak yang ditawan cuba melarikan diri pulang ke kampung halamannya untuk menyelamatkan anak dan isterinya..Dia dikejar puak yang satu lagi. Ketika mereka sibuk dengan survival dalam pergaduhan sesama sendiri, lelaki tersebut cuba melarikan diri menuju ke pantai. Sebaik tiba di pantai, filem itu ditamatkan dengan babak pendaratan Conquistador Sepanyol yang berlaku dihadapan lelaki tersebut. Memang bijak garapan Mel Gibson. Ianya ditamatkan sama seperti apa yang disebutkan oleh W. Durrant di dalam petikan di atas. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda di dalam hadis berikut :
Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim).

Ending filem tersebut sangat bijak. Ketika mereka bergaduh sesama sendiri, Conquistador datang melenyapkan kesemua mereka dari tanah yang menjadi hak nenek moyang mereka.

De-ja-vu?




Pautan Asal :

9 comments:

  1. Conquistador sepet baru tepat tuan Ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum simpul dibuatnya.
      Ya.. Jelas, gol itulah yg cuba menjadi conquistador milleneum di sini.

      Delete
  2. Mungkin waktu itu orang melayu baru nak sedar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kot tuan. Melayu mungkin x akan sedar. Lihat saja Singapura, lepas terjajah pun orang Melayu masih ramai yg tak sedar diri dgn berbangga dengan republik kafir atas puing keruntuhan kerajaan umat Islam di sana. Lihat pula, pakatan kafir. Lepas melihat apa yg terjadi di Singapura dan Pulau Pinang, masih ada ramai yg berfikiran bersekongkol dengan harbi itu akan membawa mrk ke mercu kejayaan.

      Delete
  3. Imagination u je kot? I bet it won't happen here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beringat sebelum kena. Berpesan2 ke arah kebaikan tu baik. U plak dok berangan apa lagi?

      Delete
    2. You're right Ben. Klau tngok mlayu ppinang mmng mrk tk sdr2. Pimpinan kafir bleh d dewakn sbgai Omar Abdul Aziz. Hbis grai2 org mlayu d roboh sdngkn kdai2 golongn mrk kkal awl2 pmrnthan mrk tp orng mlayu msih mmbri skongn. So apa yg Ben kta tu bkn imagination.

      Delete
    3. Bukan imagination la kawan. Ia sebuah repetition kepada apa yang pernah berlaku sebelum ini. Pengganas2 Kristian portugis, belanda dan Inggeris pernah mendarat dan membunuh rakyat negara ini. Ia sebuah realiti yg boleh berulang jika melihat senario perpecahan umat pada ini.

      Delete
  4. Melayu harus sedar dengan pakatan 3S...singapura sabah dan sarawak

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.