Monday, 9 February 2015

IS Vernakular : Bom, Babi & Paulsen

Tidak sampai sebulan, satu persatu kejadian provokasi melampau ke atas kesucian agama negara dilaporkan berlaku.



Awal Januari, seorang peguam yang saban tahun mendapat pendanaan dari Uncle Sam melalui National Endowment for Democracy (NED), telah menggemparkan negara dengan twit yang bersifat anti Islamnya. Semakan ke atas kandungan akaun twitternya sejak setahun yang lampau, jelas menunjukkan diri seperti kecanduan untuk melakukan provokasi ke atas umat Islam melalui racauan twit bersifat anti Islam yang dilakukan secara kerap. Sebagai contoh beliau menghina hukum Islam , umat Islam, ulama' Islam dan jabatan Agama Islam tanpa rasa bersalah. Persoalannya, dari mana sistem pemikiran anti perpaduan, tidak selari dengan prinsip Rukun Negara dan bersifat militan ini terbentuk dalam dirinya? Tentunya segala sesuatu mempunyai punca sehinggakan si pelaku terus ketagih melakukan perbuatan provokasi yang jelas boleh menyebabkan berlakunya satu lagi tragedi pertumpahan darah antara etnik dan negara.


Tidak lama kemudian, negara digemparkan pula dengan kejadian seorang lelaki Cina melemparkan molotov cocktail ke dalam sebuah masjid. Dan ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya. Mujur pihak berkuasa pantas mengambil tindakan. Persoalannya, dari mana sistem pemikiran anti perpaduan, tidak selari dengan prinsip Rukun Negara dan bersifat militan ini terbentuk dalam dirinya?



Minggu lepas, seorang lelaki dari kumpulan etnik yang sama, melakukan satu lagi provokasi biadab dengan melemparkan daging babi ke dalam perkarangan sebuah masjid. Beliau ditahan pihak berkuasa dan nyata, ini juga bukanlah kali pertama beliau melakukannya. Persoalan yang sama, dari mana sistem pemikiran anti perpaduan, tidak selari dengan prinsip Rukun Negara dan bersifat militan ini terbentuk dalam dirinya?

Kenapa mereka-mereka ini bebas melakukan provokasi dalam pelbagai bentuk seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang harus dihormati?

Apakah kerana mereka fikir bahawa mereka berupaya untuk membayar hukuman undang-undang, maka mereka bebas melakukan provokasi tersebut? Jika hukuman denda tidak cukup untuk menakutkan mereka, maka pihak berkuasa harus mengambil tindakan untuk memperkenalkan hukuman yang lebih berat termasuk penjara dan sebat mandatori bagi kesalahan provokasi yang serupa.

Pihak berkuasa harus juga mengkaji dengan matlamat untuk menutup semua tempat-tempat dan punca-punca yang menjadi benih tempat semaian sikap dan sifat anti agenda kebangsaan Malaysia yang membentuk pemikiran yang merasuk militan IS Vernakular seperti dalam beberapa contoh di atas.

Bertindaklah sekarang supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca dari provokasi-provokasi melampau tersebut. Jangan sampai nasi menjadi bubur hangit. Militan IS Vernakular mesti ditangani segera.

7 comments:

  1. Pihak atasan mmmhhh

    do they ever listen? or dont they..

    tak harap apa2 dr org atas

    kalu bukan projek maka tidak akan diambil tindakan

    kalu tak masuk duit juta2 maka jgn lah harap apa2 dr org atas pembuat dasar

    dah tak harap apa2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, kalau yg di atas tak mahu dgr, kita paksakan mrk utk mendengar dengan desakan2 kita. Kita jangan sesekali berputus asa dan berundur dalam hal ini.

      Delete
  2. baru2 ini juga Cina yg Bertopeng German ini menyokong pengejek Sigapore yg memperlekeh Sistem Raja menggunakan lukisan tunjuk bonto*.

    Manusia lowclass sampah yg kononnya german ini, malangnya dibela juga oleh sebilangan kecil melayu seperti Safan Anang, rara dll.

    Mereka perlu tahu, manusia seperti mereka pernah wujud 60 tahun dulu di Sigapore yg ketika itu terpukau dgn helah LKY.

    Sekarang ini taraf mereka tiada apa yg boleh dibanggakan selain dari mengaku menjadi Kuli di tanah airnya yang bersejarah, berbanding saudara mereka di Malaysia & Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia sang paulsen.

      Tak apa, kita pun sedang jalankan hak kebebasan bersuara kita dgn menuntut paulsen dipenjarakan.

      Jelas trdapat satu bentuk pemikiran yg anti kepada apa yg termaktub dalam Perlembagaan dlm diri gol ini.

      Mrk benci kpd Islam, Melayu dan raja2 Melayu. Suatu hari nnti, apabila sampai masa di mana semua convention, perjanjian dan segala sikap berlembut yg sedang diimani Muslim dibatalkan dgn cara yg hak, org2 ini pasti akan merindui saat2 seperti hari ini bilamana semua kebiadaban mrk hanya dijawab melalui lisan, penulisan dan laporan polis.

      Delete
  3. Orng mlayu bkn pnyabr tp sprti Tun M kata mlayu mdah LUPA. Jd ats ksmptn ni la barua kapiak2 brtndk mmaki hamun, mncla agama islam, prtikai ktuanan mlayu, mmprlekeh raja2 mlayu, mrombak kontrak sosial, tntut samarta hak dll. Yg mnguatkn mrk sbab mnsuh akta ISA, bnyak barua2 mlayu mnyokong mrk dgn upahn dn pimpinan krjaan mnyotong tk brani brtndak. Pati Dapig yg tk lulus msyurat agongnya ROS mnyotong dn biar tadbir krjan ppinang scara hram. Pmipin ni takut kpd mngambil tndakn. Bnyk lg yg tk ckup msa nk snaraikn d sini. Apa yg WAJIB kpd kta umat islam buat skrng ialah BRTINDAK!! Branikah kta sdngkn pmpinan mlayu islam dlm dua pati trbsr turut mnyotong. Yg satu tkut hilng pjaya yg satu lg tkut tak dpt pjaya sblm kojol !! Ni la kkuatan pmimpin mlayu msa kini. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. 'backward & cruel' tu bukan MENGHINA ISLAM ke Eric Paulsen???!!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.