Monday, 2 February 2015

Hipokrasi Orang-Orang Kristian Dalam Isu Kalimah Allah?

Berikut adalah penulisan Tuan A. Karim Omar berkenaan sikap hipokrit golongan pelampau Kristian dalam usaha mereka untuk menyalahgunakan kalimah Allah.

*************************

Siapa ALLAH Bagi Orang Kristian?


Polemik tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pelampau evangelis Kristian tidak reda-reda. Selepas keputusan akhir Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, dalam versi bahasa Melayu terbitannya pada Jun 2014, mereka failkan pula untuk semakan kehakiman pada September 2014.
Minggu lepas, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak semakan penghakiman yang difailkan oleh gereja berhubung penggunaan kalimah Allah. Mahkamah memutuskan bahawa tiada prosedur tidak adil dalam keputusan Tujuh anggota panel sebelum ini.
Persoalannya … Apakah orang-orang Kristian benar-benar percaya bahawa Allah Azzawajalla itu adalah tuhan mereka? Apakah orang yang terpacak di tiang kayu itu Allah?
Saya kongsikan dalam grafik di bawah sikap beberapa tokoh Kristian terhadap Allah.
Allah - ditolak tokoh Kristian
Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

pautan asal :

10 comments:

  1. Apa lagi yg boleh dikata melainkan ni perbuatan yg sgt kurang ajar dr depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua, tapi sebahagian besar dari mereka Tuan, memang melampau.

      Delete
  2. Srngan trhdap agama islam adalh satu prncngan yahudi yg jlas Allah swt nyatakn dlm al-Quran bhwa mrk tidk akn brdiam diri slagi orng islam tidk ikut milah mrk. Jdi mrk srng islam dlm smua sudut dn cara hnga mlabelkn islam sbgai terrorist. Mrk gunakn puak2 islam moderate sbgai alat untk harubirukn aqidah ummah. Barua2 ini d upah ribuan ringit untk mlemahkn keimanan ummah yg jika kita lalai dgn khidupan dunia mka kita mnjadi mngsa yg akn mngheret kita kdlm neraka. Pringatn Allah td hndaklah mnjadi dinding agar kta tdak lalai dlm khidupan kita yng smakin trcabr ini. Wallahuaklam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, betul. Ini peringatan yg dah diberikan sejak 1400 tahun yang lampau. Bukan tidak tahu, malah mrk pula pergi bersekongkol dengan golongan ini krn kiblat keduniaan.

      Delete
  3. Sifir mereka mudah je....mereka mahu menjadikan bangsa melayu seperti orang indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Jelas nampak dari cara dan gaya ia dinahkhodakan, mmg apa yang berlaku di Indonesia, ingin dilakukan mereka di sini.

      Delete
  4. Saya selaku seorang Keristen amat bersetuju dengan apa yang dikatakan. Sememangnya penganut Keristen di Malaysia yang secara sengaja lebih lebih lagi setelah dihasut oleh ahli politik dari parti DAP terutamanya ingin melihat kepada perpecahan berlaku. Gereja geeja disalah gunakan oleh orang orang DAP bagi tujuan menghasut dan menjatuhkan kerajaan dengan banyak menabur fitnah. Hanna Yeoh yang merupakan ahli politik DAP banyak menghadiri majlis digereja dengan menyampaikan khutbah tentang perjuangan DAP dan meminta pihak gereja supaya membantu mendaftar pengunjung gereja sebagai ahli DAP dan juga daftar pengundi baru. Saya akui sebagai seorang Keristen ,saya sendiri merasa malu yang amat sangat dengan perbuatan mereka ini demi mencapai matlamat politik perkauman mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang benar Tuan Hamba Allah 10:49, apabila DAP mempergunakan isu2 agama utk kepentingan politik mrk.

      Umat Islam sentiasa diajar utk menghormati serta tidak mengganggu urusan agama pihak lain selagi mrk tidak melakukan kacauganggu kepada umat Islam.

      Malang sekali, apabila wujud dan terdapatnya pihak yg mahu melaga-lagakan serta mahu melihat hubungan di antara agama di Malaysia ini tegang demi mendapatkan keuntungan perbatuan politik.

      Indah sekali, jika lebih ramai umat Kristian tampil ke hadapan seperti saudara utk menafikan serta menolak perbuatan provokasi yg dijalankan golongan ini supaya kita semua kembali aman dan kembali kepada rasa hormat dan menghormati seperti yang pernah dikecapi sebelum puak2 politik gasar ini menggunakan gereka utk mileage politik mrk.

      Pandangan Tuan sentiasa dialu-alukan.

      Delete
  5. Sejak dari Nabi Adam a.s sterusnya sampailah Nabi Ibrahim a.s. Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s serta lain-lain Nabi dan Rasul yang bukan berbangsa Arab dan tidak mempunyai lidah ibunda Bahasa Arab atau bahasa Al-Quran memanggil Allah dengan gelaran apa?

    Teringin juga nak tahu.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sentiasa memperkenalkan dirinya dengan nama-namaNya yang tertentu mengikut keadaan, tempat dan peristiwa yang menyelubungi setiap umat2 tersebut.

      Allah, Dia mempunyai 99 nama2 indah yang suci lagi mulia. Dia memilih utk memperkenalkan diriNya dengan pelbagai nama, tetapi semuanya tetap merujuk kepada diriNya Tuhan Yang Maha Esa, tempat bergantunhg segala sesuatu,tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada yang sama dan setara denganNya.

      Tiada siapa yang keliru kecuali golongan yg cuba mengelirukan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.