Friday, 6 February 2015

Gelilah Kurup..

Kita di Malaysia berasa hairan dengan golongan yang perasan mereka bagus dalam serba serbi. Mereka memerlukan slogan, placard dan laporan berita untuk mendakwa diri mereka lebih baik dalam amalan kemanusiaan berbanding kita semua yang telah banyak berjasa secara praktisnya.

Umat Melayu Islam tidak memerlukan placard "I Love Hindu" untuk menunjukkan kita mengasihi dan menghormati mereka sebagai seorang manusia.

Lebih kurang seratus tahun yang lalu, apabila generasi nenek moyang penganut-penganut Hindu ini, datang ke Tanah Melayu, mereka dianggap dan diterima sebagai seorang manusia lain yang datang berkelana mencari rezeki di bumi bertuah ini. 

Sedangkan, di negara asal mereka, kedudukan mereka sebagai manusia, dipisahkan dan dihinakan melalui pengkelasan kasta. 

Apabila tiba sahaja di Tanah Melayu, apa kasta mereka, tidak pernah dipedulikan oleh orang-orang Melayu Islam di sini. 

Datanglah, berbuat baiklah, berusahalah, maka apa yang diusahakan mereka menjadi milik kejayaan mereka tanpa orang-orang Melayu mempedulikan apa bentuk kasta mereka dan asal usul mereka sebelum ini. Tiada orang Melayu mengangkat placard "I love Hindu" kerana mereka percaya, "action speaks louder than words".

Begitu juga dengan hak-hak selainnya. Tolong tunjukkan negara mana di dunia, di mana golongan yang masih belum lagi didaftarkan dan mengangkat sumpah sebagai warganegara, dibenarkan menubuhkan parti politik, mengambil peranan dan terlibat dalam pilihanraya, diberikan kuasa untuk mengundi dalam pilihanraya, dan terlibat secara langsung dalam menentukan siapa pemerintah melalui jalan pilihanraya. 

Amerika Syarikat,Tokong Demokrasi pujaan liberal sesat di sini hanya memberikan hak untuk mengundi kepada rakyat mereka yang berkulit hitam hanya selepas lebih 200 tahun mereka merdeka. Itupun setelah melalui pelbagai bentuk demonstrasi, tekanan dan sebagainya baharulah hak itu diberikan. Tetapi, Tanah Melayu, memberikan pendatang asing pada tahun 1955 hak untuk mengundi dan membentuk parti politik yang terlibat dalam pilihanraya beberapa tahun sebelum warga-warga ini diterima sebagai sebahagian penduduk Malaysia. Orang-orang Melayu Islam pada ketika itu, tidak memerlukan placard "I Love Chinese & I Love Hindu" sebagai satu aksi stunt golongan perasaan mereka lebih berperikemanusiaan dari manusia biasa untuk menunjukkan kasih sayang mereka sesama manusia. Ini kerana orang-orang Melayu Islam percaya, "action speaks louder than words".

Toleransi RM 2.. Siapa pun boleh buat.. Umat Islam di Malaysia sudah lama mengamalkan prinsip "Penerimaan" berbanding konsep toleransi yang cuba diketengahkan.

Apabila Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) di bawah Kementerian yang pernah ditadbir Joseph Kurup merancang merayakan Interfaith Harmony Week pada minggu ini, kita melihat kenyataan dan beberapa tindakan sumbang dan perasan bagus seperti di dalam gambar di bawah ini, dijadikan sebagai pembuka selera kepada golongan yang perasan merekalah raja dalam bab dan perkara toleransi. Sedangkan umat Islam di sini, sudah lama mengamalkan konsep "Penerimaan" berbanding "toleransi" yang ingin dianjurkan. Ia sejajar dengan perutusan Perdana Menteri pada 2013 yang mahu konsep "penerimaan" diamalkan berbanding toleransi.

Untuk rekod, tiada umat Hindu pernah diperlakukan di Malaysia sebagaimana umat Islam diperlakukan di Gujerat India satu ketika dulu. Begitu juga, dengan tiada rumah ibadat umat Hindu yang diperlakukan sebagaimana masjid Babri diperlakukan oleh penganut Hindu satu ketika dulu di India.

Ini kerana umat Islam di Tanah Melayu ini lebih faham bahawa ia memerlukan lebih daripada sekeping placard untuk menunjukkan sifat kasih sayang sesama manusia dan toleransi beragama yang telah mereka amalkan sejak sekian lama.

Melihat tindakan tipping point super perasan golongan ini yang cuba disebar-sebarkan ke serata dunia, apa lagi umat Islam di Tanah Melayu ini dapat katakan melainkan masing-masing secara bersama mengatakan "Gelilah Kurup" dengan placard toleransi berharga lebih kurang RM 2 yang dipamerkan di Batu Caves semalam.

Untuk rekod sekali lagi, umat Islam di Tanah Melayu ini telah mengorbankan maruah, tanah nenek moyang mereka, kuasa politik mereka, pentadbiran undang-undang agama mereka, wang ringgit mereka, darah dan nyawa mereka semata-mata untuk memberikan ruang kepada pembinaan negara ini melalui persefahaman kontrak sosial yang dipersetujui sejak awal dulu.

Berbanding dengan placard yang mungkin berharga dua ringgit empat puluh sen tersebut, jelas tidak perlulah dikhutbahkan kepada kami umat Islam tentang hakikat toleransi yang sebenar, kerana kami telah mempraktikkannya sejak sekian lama.

Gelilah Kurup.


15 comments:

  1. Tepat sekali. Geng2 interfaith pkuralisme semya agama sama Indon tu boleh balik kampung sambil gantung placards tu kat leher. Dunia masih belum lupa acara sembelih Cina yang telah berlaku di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tepat sekali tuan. Dia patut pulang ke Indonesia dengan gantung placard berbunyi "Kami Mohon Maaf Kerana Menindas dan Sembelih Orang Cina".

      Kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi.

      Delete
    2. Ya.. Tepat sekali tuan. Dia patut pulang ke Indonesia dengan gantung placard berbunyi "Kami Mohon Maaf Kerana Menindas dan Sembelih Orang Cina".

      Kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi.

      Delete
  2. Nak menangis bila tengok komen melayu bangang backup si pemegang kad tulisan berkenaan...mereka hanya melihat apa yang tersurat.....apa yang kita berikan kepada mereka lebih daripada ayat dalam kad itu sebenarnya....bukan istilah toleransi lagi tapi lebih kepada kaduk naik junjung!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Tuan, mrk bukan faham apa2 pun. Cuma mahu menumpang komen supaya mrk kelihatan sebagai manusia yang sentiasa berfikiran terbuka.

      Apa yg org lain buat, mrk juga mahu buat. Tiada pendirian. Tiada jati diri. Hanya sekadar Pak Turut.

      Delete
  3. patutnya placard tu tulis i am a chinese or india and i love melayu ni tulis tebalik

    kita dah lama love depa ni kalo dak takkaaaaaan la kita bg serba serbi kat depa. depa buleh guna bahasa ibunda depa yg sepatah haram kita tak faham kalo depa dok ngutuk kita depan muka

    depa dpt skolah , depa control ekonomi pendekata depa semua lah

    cuma skrang ni cheq rasa nak p bg penampaq ja kat geng depa yg dok kurang ajaq

    yg kurang ujaq
    yg perasan
    yg perasan tahap superrrr

    penampaq biaq terabuq gigi

    hui geram la wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. kenapa mrk yg selama ini mendapat kasih sayang penuh bagai menatang minyak yg penuh dr kita semua tidak sibuk menangkat placard menunjukkan kasih sayang mereka pada kita?

      Mrk yg seharusnya bertindak demikian setelah 57 tahun negara ini memberikan mrk ruang dan peluang.

      Tetapi sehingga ke hari ini, kita terus diludah dgn sikap2 mereka.

      Delete
  4. bukan stakat geli

    ini kali

    muntah ijau la kurup kurap korup

    nama pon dah corupt

    puiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurup ni nasib dia baik sebab pemerintah terlalu bergantung kepada ugutan undi dari minoriti yg perasan majoriti dgn mendakwa mrk punya pengaruh dari Malaysia Timur.. Jika umat Islam dan bumiputera bersatu, In Sya Allah, Malaysia akan bebas sepenuhnya drpd mempunyai menteri dgn sikap2 spt ini.

      Delete
  5. interfaith kurup tu macam nak jumpstart IFC jer?!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi jump start.. ttp mmg dah start pun.. dia sendiri mengaku ia mmg IFC.. tetapi dengan nama yang lain..


      baca :

      https://akarimomar.wordpress.com/2014/07/07/musuh-islam-sentiasa-mempunyai-rencana-jahat-jangan-kita-lalai/

      Delete
  6. Perempuan muslim yg pegang plet tu hukumnya dh jatuh murtad...mereka ini akan kekal didlm neraka selamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elak menghukum sebelum dibawa berbicara dan berbincang.. boleh jd dia muslim, boleh jadi bukan, boleh jadi dia tidak tahu apa2 dan boleh jadi dia dipergunakan dan tidak faham apa yang dpegangnya, dan boleh jadi juga dia tidak tahu apa yang dipegangnya sebagai sesuatu yang merosakkan akidah.. yg penting, tidak boleh melulu menghukum semua persoalan dijawab dan diperhalusi.. ttp perlakuannya jika memang tahu dan sengaja, boleh mengundang kepada kerosakan akidah bg seorang Islam..

      Delete
  7. uish berat hukum tu

    mungkin budak perempuan tu tak faham pon apa yg dia buat

    so educate lah dia, jgn jatuh hukum dlu

    mungkin dia taktau apa yg dia sdg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. kita tidak menghukum sebelum semua perkara disiasat dan diperhalusi..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.