Sunday, 8 February 2015

Eric Paulsen & Keadilan.

Banyak yang telah ditulis tentang pendakwaan Eric Paulsen mengikut Akta Hasutan 1948, seorang pembenci Islam tegar yang dengan berniat jahat telah menfitnah Jakim sebagai sebuah badan yang berotoriti ke atas Islam di Malaysia sebagai sebuah organisasi yang menggalakkan kepada ektremisme. Sama ada beliau menuduh khutbah-khutbah Jumaat yang dikeluarkan setiap minggu telah melahirkan ramai pengganas seperti Al Qaeda dan ISIL tidaklah dapat dipastikan?

Mungkin Eric Paulsen boleh jawab dalam tweet?

Tentunya ramai umat Islam yang saban minggu mendengar khutbah Jumaat dengan membawa anak-anak mereka sekali mahu faham maksud tuduhan yang telah dilemparkan oleh peguam hak asasi manusia tersebut?

Atas nama hak asasi tentunya Eric Paulsen mempunyai kewajipan moral untuk menerangkan kepada mereka sama ada mereka juga ektremis kerana membawa anak-anak mereka mendengar khutbah-khutbah ektremis setiap minggu?

Adakah juga dengan melabel mereka ektremis Eric Paulsen bermaksud bahawa mereka kelak bakal mejadikan anak-anak mereka sebagai pengebom berani mati atau sebagai pengganas ISIL akibat daripada khutbah-khutbah ektremis yang didengar anak-anak mereka setiap minggu?

https://twitter.com/EricPaulsen101/status/541211659281244161

Tentunya menarik untuk kita melihat pihak Eric Paulsen dan barisan peguam-peguam pembelanya untuk membuktikan bahawa setiap minggu Jakim menggalakan ekstremisme kepada umat Muslim Malaysia?!

Mungkin dengan itu juga dapat kita buktikan bahawa Eric Paulsen yang didokong Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai seorang fraud yang ‘cari makan’ dengan menipu, menfitnah dan menghasut masyarakat membenci Islam dengan tweet-tweet tidak bertanggungjawabnya yang sering mempersendakan Muslim dan agama yang dianuti mereka, Islam.

Namun masih ramai juga yang mahu mempertahankan Eric Paulsen dengan beberapa artikel pemutihan yang keluar semenjak lelaki itu ditahan reman oleh polis tempoh hari. Tindakan ‘hasbara’ oleh golongan ini  untuk ‘white wash’ beliau sememangnya difahami.

Ada yang cuba menerangkan bahawa pengamal undang-undang tersebut merupakan seorang penegak hak asasi manusia yang berhati mulia dan sanggup bersusah-payah untuk membantu mana-mana masyarakat terpinggir dilorong-lorong gelap atas nama kemanusiaan.

Ada juga yang mencadangkan supaya seseorang seperti Eric Paulsen yang sering berjuang untuk menentang kezaliman sepatutnya tidak didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 yang dianggap sebagai akta zalim peninggalan penjajah (Adakah Perlembagaan Persekutuan 1957 sebuah peninggalan penjajah yang zalim juga, Tuan?) sebaliknya patut didakwah supaya beliau lebih kenal akan kesyumulan Islam?

Sepatutnya kita hairan apabila yang bertanya, seorang yang mendambakan dirinya sebagai seorang pejuang Islam tegar di Malaysia melalui assosiasi dan partisipasi parti ahli sorganya itu, masih gagal berdakwah kepada Eric Paulsen sehingga beliau melihat kepada kesyumulan Islam dan umatnya yang masih bersabar setelah beliau dengan jelas melemparkan satu fitnah jahat ke atas Islam dan lebih dua puluh juta umatnya di Malaysia?!

https://twitter.com/EricPaulsen101/status/541152791306457089

Jika kesabaran yang telah ditunjukkan lebih dua puluh juta umat Islam itu dengan tidak mengapa-apakan Eric Paulsen, yang masih bebas ke hulu ke hilir, masih berharap dan menghormati undang-undang negara supaya mengambil tempat untuk memberikan keadilan yang sewajarnya, yang dianggap setimpal kelak, itupun jika Eric Paulsen didapati bersalah, masih tidak menunjukkan kesyumulan Islam, tentunya tidak ada kebaikan lain yang dapat menjernihkan hitam hati peguam yang ‘digajikan’ NED Amerika Syarikat untuk melihat sisi putih Islam dan umatnya!

Ada pula yang cuba berdolak-dalih bahawa fitnah jahat terancang terhadap Jakim tersebut tidak bermakna menghina Islam, Agama Persekutuan! Persoalannya, jadi fitnah jahat tersebut menghina siapa, Yang di-Pertuan Agong, yang sememangnya ditugaskan Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan Islam, tempat Jakim menzahirkan taat setia?

Tentunya Islam tidak hanya boleh diklaim sebagai didokong oleh parti ahli sorga peguam itu saja?!

Jika undi kepada partinya itu sering dijual sebagai undi kepada Islam, sehingga yang bukan daripada partinya itu ‘kafir-kafir’ belaka, kenapakah pula penghinaan kepada Jakim tidak pula bermakna sebagai menghina Islam, Agama Persekutuan?

Dan juga pengkhianatan terancang berniat jahat terhadap Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan?!

Islam tentunya lebih adil jika boleh diklaim oleh lebih kurang dua puluh juta rakyat negara ini yang merasa amat terhina (mungkin tolak Latifah Koya, Saifuddin Abdullah, Hanipa Maidin dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya?!) dengan penipuan dan fitnah jahat yang telah dilemparkan oleh Eric Paulsen?

Adakah umat Islam yang berjumlah sebegitu besar masih tidak layak untuk dibela undang-undang negara? Tidakkah dengan menidakkan hak mereka daripada dibela perundangan negara juga akan menzalimi hak mereka sebagai warganegara?

Kenapakah pula hak seseorang pembenci yang telah menfitnah dengan berniat jahat sebuah badan Islam lebih bernilai daripada hak dua puluh juta umat Islam yang tidak semena-mena, yang sedang menjalani kehidupan seharian mereka seadanya dengan penuh aman, damai dan berharmoni, tiba-tiba dihina, diperleceh dan difitnah tanpa hadnya?

Keadilan apakah yang sedang kita pertahankan sekarang ini? Hak asasi manusia apakah yang sedang kita perkenalkan kini?



Ada juga dalam pada itu yang mahu Jakim berhujah dengan Eric Paulsen sebagai galang ganti kepada pendakwaannya. Masalahnya, adakah cukup dengan remedi itu semata-mata, dua puluh juta umat Islam yang lain, yang merasa sangat terhina dan marah dengan fitnah jahat tersebut sanggup menerima dengan hati terbuka tindakan unilateral Jakim dengan pembenci Islam yang telah menfitnah juga mereka dan ahli keluarga mereka yang lain, dua puluh juta ramainya?

Isunya bukan menjadi isu Jakim lagi sebenarnya, isunya sudah menjadi isu negara yang menyentuh semua umat Muslim dan sebaiknya dibiarkan saja perundangan negara ‘bawaan British’ mengambil tempat. Tentunya Eric Paulsen yang mudah merasa kagum dan terkesima dengan usia 800 tahun Magna Carta akan merasa lebih terhina jika dia dibicarakan dengan undang-undang Islam yang bersumberkan 1500 tahun lama?!

Jadi kita sebenarnya amat menghormati hak Eric Paulsen ditahap yang paling tinggi apabila beliau dibicarakan dengan undang-undang daripada sebuah ketamadunan yang amat diiktiraf dan dibanggakannya!

Sebenarnya adalah lebih zalim juga jika kita membiarkan saja seseorang seperti Eric Paulsen yang jelas menghasut supaya Jakim, Islam dan Muslim dibenci, bebas tanpa sebarang penghakiman terhadap pendakwaan umum bahawa beliau telah menghasut Islam dan Muslim dibenci dengan beberapa siri kenyataan twitternya itu.

Zalim jika kita bersikap apati kepada perlakuan Eric Paulsen itu dengan membiarkan saja beliau tanpa sebarang pendakwaan dengan undang-undang negara seolah-olah kita mengundang undang-undang rimba menjengah mengambil tempat.

Atas alasan itulah juga kita semua, Muslim dan bukan Muslim sepatutnya menyokong penuh tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Eric Paulsen dengan Akta Hasutan 1948.

Sama-sama kita berdoa semoga Eric Paulsen dan lebih kurang dua puluh juta umat Islam yang berasa terhina dengan tweetnya tersebut, mendapat keadilan yang sewajarnya kelak.


8 comments:

  1. Kini hak JAKIM berada di tampuk nya. Mungkin Allah SWT sedang menguji di mana selama ini pihak berkuasa yang memertabatkan Islam hanya bersikap "pinggiran" dan selalu mengambil "enteng" setiap situasi provokasi pihak ekstremis bukan Islam.

    Memang ia jelas di nyatakan dalam Al Quran, tetapi WAJIB di ingat, tanpa usaha keras, mestikah afdhal bertawakkal di mana Allah SWT berfirman sebalik nya ?

    Kafirun harbi tetap dengan agenda mereka kerana segala usaha mereka di gerak bersepadu dari sokongan besar musuh-musuh nyata "menyesatkan dan menjahanamkan" umat Islam. Bukan mereka tidak tahu kehebatan Islam dan kuasa Tuhan sembahan umat Islam, realiti nya kita mesti lihat "perjanjian syaitan" itu tidak berkesudahan sehingga akhir zaman.

    Maka Allah SWT sudah menyatakan Jihad dan Fisabilillah di jalan benar sehingga melantik khalifah nya di bumi ini. Siapa kah khalifah tersebut dan bagaiman berfungsi seperti di kehendaki ?

    Islam tanpa akal samalah macam binatang ternakan. Tawakkal tanpa usaha konsisten sama lah menjual seluruh keluarga kita kepada kemungkaran. Kepada siapa harus di bebankan tanggung jawab menjaga kebajikan dan kesekamatan jutaan umat Islam di Malaysia ? Patut kah di bebankan kepada rakyat marhaein?

    Jika kita mahukan Islam itu sejagat(universal) dan progresif dan termaju, maka satu pelan transformasi besar-besaran pendidikan selari kemajuan dunia mesti di selarikan dengan kesyumulan Islam itu sendiri. Umat Islam itu di suruh berusaha dan berfikir seperti di contohkan Nabi junjungan, di lahirkan yatim piatu, di susukan ibu tumpang, menjadi gembala kambing dan di besarkan oleh datuk nya sehingga akhir nya nyata terjadi "membawa rahmat keseluruh sekelian alam" Lantaran itu adakah Nabi melalui kehidupan selesa dan terjamin sepanjang hayat nya? Tidakkah Nabi juga mengalami penderitaan perasaan yang dahsyat selepas wafat nya Khadijah RA dan tidak selepas itu datuk nya pula ?

    Sayugia di ingat, penderitaan Umat Islam Malaysia masakini adalah akibat "kerusi empuk" dan kemewahan di nikmati sudah berlebihan dan tidak di salur demi pembangunan ummah kelas pertama. Kita masih di belenggu minda kelas ketiga.

    Adakah Eric Paulsen berhak menentukan halatuju dan menghina kita melampaui batas-batas haq-haq NYA ? Sesungguh nya jika musuh Allah SWT itu mendabik dada, maka kita lah yang melampaui batas TIDAK menjaga haq-haq NYA berpaksikan zat-zat NYA yang ternyata gagal menegakkan syiar NYA !

    JAKIM buka "yes man" bukan ? Kita tunduk hanya kepada Yang ESA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat membuka mata Tuan Maae.

      Jelas kitalah yang telah melampaui had-had batasanNya jika kita terus bersikap pasif dan tidak apa dengan tindakan militan biadab seumpama Paulsen ini.

      Delete
  2. Berkokok ada melawan tiada..itulah hakikat sebenar umat islam di negara ini yang diperintah oleh pemimpin melayu islam dalam negara islam..dimanakah silap dan kelemahan kepimpinan negara hari ini??...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan. Benar. Jawapan kepada persoalan tuan rasanya ada dijawab dalam komen tuan Maae di atas.

      Delete
  3. Thank You non muslims for being a good sport. Try migrate to countries where Islam is not the way of life. Why bother living here ? Eric, I can't wait for you to wake up, waking up to the realities of you're not really dead when you're dead.

    ReplyDelete
    Replies
    1. By Allah's Rahmat and if He granted us Jannah, we should pay Paulsen a visit after he woke up in the hereafter. But before his soul departing time, we should never cease praying to Allah asking Him to bless paulsen with hidayah.

      Delete
  4. sebat saja si pol seng nih

    perasan nama org putih puuuiiii

    ntah2 nama dalam ic pol ah seng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang akta hasutan hanya peruntukan hukuman penjara dan tidak ada sebatan. MP patut upgradekan hukuman sebat ke dalam Akta Hasutan supaya lebih ramai manusia spt paulsen ni bholeh segera insaf.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.