Saturday, 7 February 2015

CIA & Kerja Setan Amerika Syarikat!

oleh : Megat Rizal MH

Ketika hidupnya, Presiden Hugo Chavez yang amat dibenci Amerika Syarikat, kerana pemimpin yang sangat mengutamakan marhaen itu mendokong kukuh dasar-dasar negara dengan membelakangkan  ‘ketuanan’ Uncle Sam, telah melabelkan negara pembuli ‘Polis Dunia’ tersebut sebagai ‘The Great Satan’. Malah Presiden yang disegani kawan dan lawan di benua Amerika Latin itu juga pernah melabel George W. Bush sebagai ‘Si Iblis’ yang kehadirannya bakal meninggalkan bau busuk sulfur!

Itu bukanlah kali pertama Amerika Syarikat dilabel sebagai ‘The Great Satan’, label tersebut sudah terlebih dulu berlegar dikalangan Muslim dan dunia Islam sejak sekian lama. Namun apabila seorang nasionalis daripada sebuah negara Amerika Latin, yang menganut agama Kristian pula mendakwa bahawa Amerika Syarikat sebagai ‘The Great Satan’, label tersebut lebih menyengat kerana beberapa perkara.

Pertama ianya memberikan legitimasi kepada pertuduhan yang telah sekian lama dibuat Muslim dan dunia Islam yang selama ini dipandang oleh sesetengah rakyat Amerika Syarikat dan juga Eropah sebagai ‘sekumpulan orang gila’ yang mahu melihat gaya hidup dan kebebasan ‘mutlak’ Amerikana ‘dimusnahkan’.

Kedua label tersebut memberikan satu dimensi baru bahawa terdapat juga ‘dunia bukan Islam’ yang nampak kejahatan yang sekian lama dibuat oleh Amerika Syarikat dan dunia Islam dan Muslim tidak melemparkan tuduhan tersebut secara semberono.

Lihat sahaja kepada penulisan yang telah dibuat seorang wartawan warga Amerika Syarikat sendiri, Gary Webb, dengan artikel rantaiannya ‘Dark Alliance’ yang telah membongkarkan kisah kerjasama hitam CIA (Agensi Perisikan Pusat) dengan kartel dadah terbesar di Nicaragua hanya kerana Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan pemilihan pemerintah yang dikatakan berhaluan kiri. Amerika Syarikat nampaknya sanggup melakukan perubahan tersebut dengan apa-apa kos.

Termasuklah sehingga mengorbankan masa depan dan nyawa rakyatnya yang berkulit hitam sendiri. Hanya kerana mahu menjatuhkan kerajaan yang berhaluan kiri Nicaragua dengan sebuah kerajaan boneka yang tunduk dan patuh kepada Amerika Syarikat dan telunjuknya, ‘The Great Satan’ sanggup bekerjasama dengan beberapa kumpulan subversif (sama seperti apa yang mereka perlakukan dewasa ini untuk menekan dan menindas Malaysia supaya mengikut telunjuk jahat mereka!) dari dalam dan luar Nicaragua dengan menggunakan penyeludupan dadah ‘crack kokain’ yang dijual secara meluas di Los Angeles sebagai sumber kewangan untuk mendanai operasi gelap mereka itu!

Dadah yang dibawa masuk oleh CIA dengan kerjasama beberapa agensi lain menutup sebelah mata atas pelbagai alasan, selalunya ‘national security’ itu dijual secara pukal dengan harga yang sangat murah sehinggakan ianya menjadi sebuah epedemik yang teruk di kebanyakkan bandar-bandar Amerika Syarikat sekitar tahun 80-an. Kerja jahat ini dilakukan dengan kerjasama sekumpulan warga keturunan Nicaragua yang dikenali sebagai Contras.

David Guyatt dalam dalam artikelnya yang bertajuk ‘CIA Drug Trafficking’ menceritakan ‘The CIA's involvement in the drug trade was to generate funds to pay for the Nicaraguan based Contras charged with toppling the leftist government of El Salvador.  This followed Congress' refusal in 1982 to support the CIA backed Contra forces.  Known as the "Boland amendment," after Senator Edward Boland - Chairman of the House Intelligence Committee - this piece of legislation pulled the plug on US financing for the war.  The move forced CIA Director, Bill Casey, to find other shady means of finance.  Responsibility for this was turned over to Colonel Oliver North of the National Security Council.  The international network of free-wheeling money-hungry CIA operatives employed by Col. North would later be dubbed the "Enterprise."


Gerak kerja Colonel Oliver North terbongkar apabila Gary Webb yang menulis untuk San Jose Mercury News ketika itu mengeluarkan beberapa siri laporan yang bertajuk ‘Dark Alliance’ pada bulan Ogos 1996, yang disiarkan secara bersiri. Pendedahan tersebut menjadi sebuah berita yang sangat mengejutkan sehinggakan CIA terpaksa menyerang balas dengan menggunakan beberapa media ‘kengkawan’ seperti the Washington Post untuk menidakkan kebenaran yang telah dibongkarkan Gary Webb dengan mempersoalkan kredibiliti wartawan tersebut semata-mata untuk mempertahankan CIA melebihi daripada keinginan mereka menyiasat lebih mendalam kepada pertuduhan yang dibuat oleh Gary Webb untuk mempertahankan hak kebanyakkan rakyat marhaen yang telah menjadi mangsa kepada skandal tersebut!

Sesungguhnya, bagi Uncle Sam tujuan sememangnya menghalalkan cara dan ini bukanlah kali pertama mereka berbuat demikian. Menipu dengan menfitnah Gary Webb hanyalah salah satu daripada rangkaian kerja setan yang sering mereka lakukan. Untuk menipu dan menutup penipuan mereka, mereka tidak dapat tidak perlu untuk lebih menipu lagi. Terutamanya ketika itu dossier kepada kerja setan CIA berkenaan dengan penyeludupan najis dadah masih belum didedahkan secara berleluasa seperti sekarang ini, fitnah terhadap Gary Webb menjadi.

Mungkin sebaliknya yang akan berlaku jika umum, atau sekurang-kurangnya rakyat Amerika Syarikat sendiri, tahu bahawa tidak berapa lama sebelum kes Nicaragua dan Contras, seperti yang didedahkan oleh Gary Webb, modus operandi yang sama juga telah digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melawan Viet Cong dalam Perang Vietnam sebelum itu.

Untuk mendanai ‘Perang Vietnam’ yang memakan masa selama lebih daripada 20 tahun dan menyaksikan lebih daripada 3.5 juta nyawa dikorbankan, dan lain-lain operasi gelap CIA, Amerika Syarikat melalui CIA dan konco-konco suruhannya, telah berjaya mengawal ‘Segitiga Emas’, kawasan persempadanan tiga negara iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos. Dengan kerjasama kukuh pelbagai kumpulan jenayah terancang tempatan, mereka telah berjaya membawa keluar sejumlah besar najis dadah heroin ke dalam negaranya sendiri dan juga ke seluruh pelusuk dunia.

David Guyatt menulis ‘By the time the Vietnam War was in full swing, the CIA and its Vietnamese underlings were busily peddling huge amounts of Heroin from the Golden Triangle region of Southeast Asia.  Historically, the French controlled the Opium trade in this part of the world.  After WW11 it was agreed that members of the underworld would manage Opium smuggling on behalf of 2eme Bureau of French Military Intelligence.  This was the top secret project known as Operation X, sanctioned at the highest levels.  Raw opium was cultivated by the Hmong hill tribes and then trucked to Saigon.  Here it was turned over to the Binh Xuyen bandits for distribution throughout the City.  At this point, members of the Corsican underworld took their share of the drugs, shipping them to Marseilles and then to America.  This smuggling route later became known as the "French Connection."  Captain Savani of 2eme supervised the entire arrangement.

 With the embarrassing defeat of the French at Dien Bien Phu in 1954, the French began to withdraw her forces from Indochina.  This resulted in top CIA operative, Major General Edward Lansdale being sent to Saigon.  A year earlier, during a fact finding mission to the region, Lansdale had learned of the existence of Operation X.  There now ensued a power struggle between the remnants of 2eme, along with their Corsican gangsters and Lansdale's American team under the watchful eye of CIA director, Allen Dulles.  Open battles were fought in the streets and Lansdale, more than once came close to death.  However, the die had been cast.  The French were "out" and the Americans were "in," and the Opium trade began to rapidly grow.

Years after the Vietnam War was over, the CIA remained the principal beneficiary of Heroin shipments from the Golden Triangle.  This fact emerged during the latter part the 1980's by Colonel Bo Gritz.  Possessing a truly remarkable daredevil record, Gritz is a legend in the Special Forces community.  Sylvester Stallone modelled himself on Gritz in the gutsy Hollywood smash hit "First Blood."

During 1989, Gritz along with two others travelled to the wild and remote region of Shanland, located in Northern Burma.  The Shan people live under the jurisdiction of warlord Khun Sa, whose 10,000 strong army run the Golden Triangle Opium business.  The warlord told Gritz during a meeting that the government of America bought his entire annual Opium production totalling 900 tonnes in 1989 alone.  Three years later, in 1992, production had leapt to 3,000 tonnes.

 Astonished at these revelations, Gritz arranged to return for a second meeting with Khun Sa five months later.  On this occasion, he videotaped the meeting with the wily warlord, who had agreed to name names.  Khun Sa revealed that the US government official he dealt with was Richard Armitage, the US Assistant Secretary of Defence.  Khun Sa said that Armitage, in turn, used the services of a "traffic manager," who he named on camera as Santos Trafficante - the notorious "Boss" of Florida's Mafia.


Modus operandi sebeginilah yang banyak melahirkan diktator-diktator ‘belaan’ CIA yang terkenal kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti Colonel Manual Noriega, bekas Presiden Panama. Dunia tidak sepatutnya membiarkan Amerika Syarikat mencuci tangan dengan dosa-dosa Manual Noriega dengan penghakiman yang telah dijalankan ke atasnya tetapi dunia sepatutnya menyalahkan Amerika Syarikat untuk bertanggungjawab sama!

Anwar Sadat, Saddam Hussein dan Muamar Gaddafi, sekadar menyebut beberapa nama juga lahir daripada kegilaan ‘The Great Satan’ untuk ‘menakluk’ dunia, lalu diletaknya proksi yang digajikan mereka. Sehinggalah proksi tersebut menjadi terlalu berkuasa dan mula degil berpaling tadah maka Uncle Sam akan mengusulkan supaya mereka-mereka ini ‘ditukarkan’ dengan pelbagai cara, antaranya kebangkitan rakyat seperti Arab Spring atau Military Coup daripada mana-mana jeneral tentera baharu, yang bercita-cita tinggi dan sanggup.

Hakikatnya dengan wang najis dadah CIA, Amerika Syarikat berjaya ‘menakluk’ dunia dengan meletakkan diktator-diktator tentera yang digajikan mereka dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih rakyat kebanyakkan. Skrip yang sama sering diulang guna CIA dan yang terbaru kita boleh lihat dengan kejatuhan muslim moderat yang pernah menjadi pilihan Amerika Syarikat sendiri, Mohamed Morsi yang kini sedang dipenjarakan menanti pembicaraan dengan pelbagai pertuduhan hanya kerana beliau mahu menegakkan sebuah perlembagaan syariah yang amat mengejutkan Rumah Putih!

Afred W. McCoy dalam bukunya yang bertajuk ‘The Politics of Heroin: CIA Complicity in the Global Drug Trade’ yang diterbitkan pada tahun 2003 banyak mendedahkan bukti keterlibatan CIA dan kerajaan Amerika Syarikat sendiri dalam aktiviti pengedaran dadah dunia daripada zaman Perang Dingin di beberapa benua seperti Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Tengah sehinggalah kepada Amerika Selatan.

Malah buku tersebut juga mendedahkan peranan Amerika Syarikat di Afghanistan, dengan kerjasama daripada beberapa elemen ISI (Perisikan Inter-Servis) Pakistan sendiri dalam pengedaran dadah, ketika dan selepas kejatuhan Taliban.

Laman sesawang americanfreepress.net melaporkan ‘During his research, McCoy discovered that “the CIA supported various Afghan drug lords, for instance Gulbuddin Hekmatyar.” Malah pendedahan bekas graduan Yale University itu percaya bahawa CIA dan ‘American ruling class’ tidak sedikitpun risau atau merasa bersalah dengan perbuatan mereka itu. ‘The addict population, mostly black, Hispanic and the poorer classes, daily "strung-out" on drugs meant they weren't involved in domestic US politics, or worse, rioting against the status quo.’



McCoy juga mendedahkan bahawa ‘The huge volume of cash generated by the drugs trade amounts to well over one trillion dollars a year.  Inevitably, this finds its way into the global banking system.  As often as not, both major and minor banks are keen to accommodate this business because of the generous commissions they can earn.’

Adalah menarik untuk kita memberi perhatian bahawa Taliban yang pada awalnya ‘dibiak’ bela, oleh CIA (seperti mereka sekarang ini mendanai Al-Qaeda di Syria) untuk melawan Tentera Kesatuan Soviet, memilih untuk memusnahkan ladang-ladang opium seawal daripada tahun 2001 lagi.

Peristiwa ini dilaporkan oleh majalah theguardian.com sendiri pada bulan April 2001 yang berbunyi ‘In a development that has gone unnoticed and unrewarded by the international community, Afghanistan's fundamentalist Taliban rulers have dramatically ended the country's massive opium trade, The Observer can reveal - a move that has also plunged Hadda's farmers into despondency and debt. Western sources in Kabul yesterday confirmed poppy production in Afghanistan had virtually ceased. This follows an edict issued last year by the Taliban's reclusive leader, Mullah Mohammed Omar, declaring opium to be un-Islamic.’

Hal yang sama juga cuba dilakukan sekali lagi oleh Taliban pada tahun 2012 apabila ‘Villagers in the Manawara district were warned at the start of the sowing season not to plant poppies, said district governor Habib Rahman Mohmand. "The Taliban leadership in Kunar sent down an order to the ordinary people that they should not grow drugs, or the crop would be destroyed," Mohmand said. "Around 20 days ago the Taliban groups came and destroyed it." Mohmand said he believed it had been done on the order of a powerful regional commander, Zia al-Rahman. The order, however, was the result of pressure from tribal elders and religious scholars in Kunar who considered the production of drugs un-Islamic, he told the Guardian.’

Namun entah kenapa kini, Afghanistan, tanpa Taliban seperti suka untuk kembali menjadi ‘pengekspot’ terbesar opium dunia? Adakah hubungan diplomatik yang erat diantara Afghanistan dengan Amerika Syarikat dan tentunya CIA, membolehkan ini semua berlaku?
Terkini, democracynow.org melaporkan bahawa semenjak 13 tahun Amerika Syarikat menjajah Afghanistan bermula pada tahun 2001 atas preteks mencari Osama Bin Laden, watak ‘Wag the Dog’ Uncle Sam, pengeluaran opium negara tersebut meningkat sehingga dua kali ganda, mencecah 90 peratus keperluan pasaran dunia.

Matthieu Aikins, seorang wartawan yang berpengkalan di Kabul, Afghanistan dalam penulisannya untuk majalah Rolling Stone telah melaporkan tentang heroin boom yang sedang melanda Afghanistan.

"What has happened in Afghanistan over the last 13 years has been the flourishing of a narco-state that is really without any parallel in history," kata Aikins.

"This is something that is extraordinary, that is catastrophic, that has grave danger for the future and yet there has been virtually no discussion of in recent years."

Adakah dengan kejatuhan Taliban, bekas ayam tambatan CIA yang juga telah memilih untuk berpaling tadah, badan perisikan itu dapat menguasai semula ‘perniagaan’ opium yang digunakan untuk mendanai seribu satu operasi gelap CIA di seluruh dunia?

Tidak keterlaluan juga jika kita mengatakan bahawa itulah agaknya premis yang cuba diketengahkan filem ‘Kill The Messenger’ yang mengisahkan tentang Gary Webb dan kehidupannya sesudah artikel yang mengoncang ‘The Great Satan’ dan CIA-nya buat seketika setelah ‘Dark Alliance’ diterbitkan.

Namun semua itu hanyalah sementara, kerana CIA dengan kerja liciknya berjaya menfitnah bekas pemenang Pulitzer Prize kewartawanan itu dengan menggunakan teknik ‘bully’ oleh akhbar-akhbar yang lebih besar dan lebih berpengaruh seperti the Washington Post, the New York Times dan the Los Angeles Times dan natijahnya Gary Webb ‘terpaksa’ meletakkan jawatannya sebagai wartawan di syarikat akhbarnya San Jose Mercury News, dan beberapa tahun selepas itu beliau dijumpai mati dengan kesan dua das tembakan di kepalanya. Kematiannya itu disifatkan sebagai sebuah perbuatan membunuh diri.

CIA tentunya lebih tahu?!



Walapun hakikatnya kini usaha Gary Webb itu bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana, ‘Over two years later, the CIA admitted the reporter had been accurate when it was forced to disclose it had a "secret" arrangement with the US Justice Department.  This agreement ensured that drug traffickers deemed to be "assets" or "contract employees" of the CIA would not be charged.’

Elok juga untuk kita buka mata dan mula bertanya bahawa berapa ramai lagi yang ‘would not be charged’ hanya kerana mereka melakukan kerja setan atas nama mempertahankan ‘freedom & liberty’ ciptaan Amerika Syarikat?

Tentunya kita tidak lupa akan video ‘Collateral Damage’ yang didedahkan oleh Bradley Manning, yang kini dipenjarakan hanya kerana beliau mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ yang tidak selari dengan telunjuk ‘The Great Satan’. Video tersebut menjadi bukti kepada satu lagi kepada ribuan siri kerja setan yang sering diperlakukan Amerika Syarikat di negara-negara yang telah dicerobohinya.

Elok juga kita bertanya berapa ramai yang terlibat dengan skandal keganasan kepada orang-orang awam di Iraq ketika dijajah oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara sekutunya (Axis Kebaikan?), yang ‘would not be charged’ dengan kekejaman yang diperlakukan?



Berapa ramai pula yang ‘would not be charged’ ke atas penghantaran ‘drones’ yang mampu membunuh dengan kejam dan terancang di Afghanistan, Pakistan dan Yemen? Human Rights Watch?

Kita yang di Malaysia mungkin patut memperbanyakkan doa supaya sentuhan setan Amerika Syarikat akan gagal hinggap di tanahair kita.

Namun dengan semakin banyak ‘false flag’ yang menyerang negara kita dan rakyatnya secara bertubi-tubi kini, mampukah kita menghalangnya?

Sesungguhnya penting untuk kita sedar dan yakin bahawa kita  sememangnya tidak perlu hairan dan risau dengan rating buruk berniat jahat yang telah diberikan kepada Malaysia daripada Human Rights Watch yang didanai penyangak mata wang, George Soros. Reputasi pencuri kepada kekayaan orang lain (apa hak asasi?) seperti penaja badan tersebut yang kononnya merupakan sebuah badan hak asasi manusia bebas sangat jelas umpama pepatah sudah terang lagi bersuluh!

Apakah tindakan yang telah diambil oleh Human Rights Watch terhadap keterlibatan CIA dalam sindiket pengedaran dadah dunia yang telah dijayakan oleh agensi Amerika Syarikat itu dengan bersengkongkol bersama-sama penjenayah perang, diktator tentera, pakar penyeludup manusia, pemeras tenaga kerja kanak-kanak dan sebagainya?

Dengan nota tersebut juga kita patut sama-sama ketawa apabila Freedom House yang telah memberikan rating ‘partly free’ kepada Malaysia kerana menulis sebegini ‘We advocate for U.S. leadership and collaboration with like-minded governments to vigorously oppose dictators and oppression.  We amplify the voices of those struggling for freedom in repressive societies and counter authoritarian efforts to weaken international scrutiny of their regimes.’ dalam satu baris yang sama. Kelakar kan?!

Dalam pada itu elok kita bertanyakan keadaan Iraq yang telah berjaya diberikan kebebasan mutlak oleh Uncle Sam?

Bagaimanakah rating kualiti hidup rakyat Iraq setelah berjaya being liberated oleh Amerika Syarikat daripada diktator jahat Saddam Hussein? Human Rights Watch? Freedom House?






0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.