Thursday, 15 January 2015

Zaman Keutamaan Akidah Di Bakul Sampah

Oleh : Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Sedar atau tidak, kita sememangnya telah berada di zaman keutamaan aqidah sudah tidak dipedulikan lagi, asal dapat terus berkuasa toleransi ke atas kesyirikan dan agenda pemurtadan dipandang enteng oleh kebanyakan orang yg berkuasa dan mempertahankan kuasa serta yang sedang mengejar kuasa dan mabuk hendakkan kedudukan pangkat dan darjah kebesaran.

Agama pun sanggup dijual oleh mereka asalkan kuasa berada ditangannya. Mereka menggunakan akal dan nafsu untuk berhujah mengatakan mereka betul. Tindakan mereka tidak bercanggah dengan Islam kononnya.

Satu demi satu tuntutan IFC tercapai walaupun tidak mendapat sokongan majoriti malah bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Benarlah kata Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa Islam ini bermula dagang (asing) dan bakal kembali dagang seperti permulaannya (dahulu).

Comango yang turut mendapat sokongan sebuah NGO Islam yang dulunya kuat menentang penubuhan IFC semakin terserlah pencapaian dan kejayaan mereka. Ini belum lagi mereka mengambil alih kerajaan namun sebahagian besar agenda mereka telah berjaya diketengahkan dan dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada. Bayangkan kalau mereka benar-benar mengambil alih kuasa selepas PRU14 nanti.

NGO-NGO seperti Perkasa dan Isma serta beberapa NGO-NGO Melayu Islam yang agak kecil dipandang musuh oleh mereka dan sentiasa menjadi sasaran kecaman mereka bila NGO-NGO Melayu Islam tersebut menyentuh serta menentang agenda perjuangan mereka.


Bayangkan Comango yang kuat dibantah Pembela dan Isma mendapat dokongan dari Obama diwaktu lawatan dia tahun lalu. Apa lagi yg mereka khuatirkan? Kalau mereka pula mendapat sokongan dana yang tidak putus-putus dari negara pembikin Boeing itu. Kepada siapa lagi yang mereka harus takut kalau Peguam Negara pun tidak berani mendakwa mereka walau terang-terang melakukan jenayah atau melakukan perkara yg bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan atau Akta Hasutan 1948.

Mereka membantah dengan berani syiar Islam seperti azan di Selangor dan Pulau Pinang satu ketika dahulu namun tiada tindakan apa pun terhadap mereka meskipun kenyataan mereka berbaur hasutan atau bercanggah dengan Perlembagaan malah keputusan Mahkamah Perseketuan seperti kes kalimah ALLAH. Siapa yang peduli?? Beratus laporan polis dibuat terhadap mereka namun tidak ada walau sekali pun pihak polis memanggil mereka untuk dibuka kertas siasatan. Kalau adapun sebaik saja kertas siasatan itu lengkap dan berpindah ke tangan Peguam Negara, akhirnya akan ke bakul sampai yang berprofail tinggi.

Mungkin ini kali terakhir saya menulis di sini saya ini kerana ajal maut siapa yang tahu melainkan berada di dalam genggamanNYA yang maha Mentaqdirkan segala.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bermohon dan merayu kepada semua saudara-saudara seIslam saya agar :

1)Bersatulah kita demi mentauhidkan ALLAH dan jauhilah syirik kepadaNYA.

2)Pertahankanlah Islam sebagai agama bagi Persekutuan Tanah Melayu ini serta elakkanlah perpecahan yang tidak pernah diizinkan ALLAH berlaku sesama kita.

3)Laksanakanlah hukum-hukum dan syariat ALLAH dalam diri kita, masyarakat dan negara.

4)Ingatlah kita mesti mewariskan kepada anak cucu kita Islam yg ditinggalkan kepada kita oleh RasuluLLAH SAW, bukan Islam yang diubahsuai dan dipinda mengikut hawa nafsu Yahudi dan Evangelis kristian.

5)Sebarkanlah Islam, syariat dan syiarnya tanpa jemu dan jangan berputus asa.

6)Peliharalah keluarga kita berasaskan Islam agama ALLAH jangan terikut-ikut dengan trend dan budaya barat.

7)Hindari ajaran-ajaran sesat dan kufur seperti syiah, khawarij, sekularisme, libralisme, pluralisme agama, hak asasi manusia mengikut nafsu yahudi serta semua ancaman terhadap aqidah (ahlussunnah waljamaah) kita.

8)Bantulah ekonomi dan perniagaan saudara-saudara seIslam kita serta kurangkan membantu ekonomi orang asing dari agama kita.

9)Bersangka baiklah sesama kita serta bantu membantulah dalam perkara keimanan dan kebaikan jangan sekali-kali berkompromi dalam perkara-perkara syirik, kufur, fahsya' dan mungkar.

10)Memaafkan sesama kita serta suburkanlah kasih sayang kerana ALLAH sepertimana yg diajarkan oleh Baginda Al-Musthofa Nabi Muhammad SAW.

ALLAHUMMASYHAD..ALLAHUMMASYHAD..ALLAHUMMASYHAD..!!

Saksikanlah ya ALLAH aku telah menyampaikan pesanan ini.


7 comments:

  1. Sewaktu saya kecil dahulu saya selalu tertanya-tanya bilakah dunia ini akan berakhir. Berdasarkan cerita cerita ugama yang saya dengar banyak perkara yang saya rasakan agak mustahil akan berlaku(ketika itu).

    Kejadian kejadian seperti berlakunya perang diantara Islam dan dajjal(dan para pengikutnya) dan kemasukan beramai ramai manusia kepada Islam rasanya agak tidak logik pada ketika itu. Ya, ketika itu Internet tidak wujud lagi, maka agak mustahil syiar Islam boleh pergi ke serata dunia, begitu juga pengaruh dajjal, tidak logik ianya boleh pergi ke serata dunia. Secara amnya, banyak yang saya rasa agak mustahil.

    Walaubagaimanapun dengan wujudnya Internet, tiba tiba seluruh dunia boleh bersatu dibawah sesuatu isu. Maka secara tiba tiba juga semua yang saya rasakan tidak logik semasa kecil dahulu menjadi logik dan sekarang saya memang yakin ianya pasti akan berlaku(segala yang diberitahu Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan Rasulullah s.a.w)

    Askar askar dajjal sedang dikerah diseluruh dunia untuk merapatkan barisan mereka dan memastikan sokongan mereka bertambah setiap hari. Pemerhatian saya di dalam Internet sekarang ini memang Islam sedang diasak dan golongan pengikut dajjal sudahpun mula menampakkan diri mereka secara terang terangan di Malaysia ini.

    Masaalah terbesar ramai yang terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran dajjal tanpa menyedari mereka sudahpun menyatakan pendirian mereka sebagai pengikut dajjal.

    Saya secara dukacitanya merasakan memang tiada apa yang dapat kita lakukan selain menunggu saatnya dimana kita(yang sanggup bersatu dan bertahan/mempertahankan) terpaksa bersemuka secara berdepan dengan golongan golongan penyokong dajjal ini yang akan memaksa kita menukarkan pendirian kita.

    Pastinya mereka tidak akan berkata yang mereka ini pengikut dajjal, mereka akan datang sebagai 'MODERATES' 'LIBERALS' 'PLURALISME' dan lain lain lagi bagi mengaburi tujuan mereka.

    Walau apapun yang berlaku, kita perlu bersatu dan melakukan segala yang terdaya untuk melawan mereka.

    Kepada golongan elit dan YB YB Melayu/Islam/Bumiputera semua, berhentilah menjadi penjilat tegar kepada Tuan Tuan Kapir Cina Cina DAP/MCA/GERAKAN anda. Serulah kepada Tuan Tuan Kapir Cina CIna DAP/MCA/GERAKAN anda supaya menghentikan provokasi yang tak sudah-sudah ini. Janganlah membuatkan kami semua merasakan yang kamu semua dan Tuan Tuan Kapir Cina Cina DAP/MCA/GERAKAN kamu sudah tidak mahu berkongsikan negara ini dengan kami lagi.

    Sekiranya sudah tidak mahu berkongsi dan tidak mahu menghormati tuan rumah negara ini, apakah kami tidak perlu berbuat sesuatu ?

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Tuan Tuan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan.. apa pun yang terjadi dalam perjuangan ini nanti, kita tetap akan berada di medan hadapan untuk memastikan sehingga takdir kita sampai untuk hancur dan mati, kita tetap berpegang dengan dua yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w.

      Ya.. gerakan Dajjal ini sudah dipakejkan dalam pelbagai rupa, tetapi simbol mata satunya tetap tidak dibuang dimana sahaja.

      Yg paling [enting dalam perjuangan menentang Dajjal ini ialah mata hati yang sentiasa hidup dan diperhidupkan. Mati sahaja mata hati itu, tiada apa yg dapat menyelamatkan kita walaupun kita seorang ahli ibadah.

      Sejarah sudah menunjukkan, tanpa mata hati yang terang, kita mudah terpesong dan tertipu hatta dengan penipuan yang terlalu terang untuk dikatakan benar.

      Kita bersama dalam hal ini tuan dalam satu saf yang sentiasa perlu terus bergerak ke hadapan.

      Delete
  2. Sepuluh pesan yang baik. InshaAllah. Sama2 kita lakukan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah 10 psanan tu prlu kita umat islam ambilnya sbgai satu tndakn untk mngembalikan kkuatn islam yg d tnggalkn Rasullah saw. Musuh2 islam sdng brsatu untuk mrobek ksatuan mlayu islam brtjuan mnguasai ngra kita dgn agenda mrk mlumpuhkn islam yg kita anuti ini. Fikirlah smasak2nya dmi prthankn islam agr ianya akn brtrusan hngga ke ank cucu kita. Ada d kalangan pmpinan mlayu duduk brsekongkol dgn puak2 kafirin Dapig mmbri sokongn yg kuat dmi untk mmprthankn kuasa yg brtraskn kpd hawa nafsu skakigus mmnlak islam. Golongn ini tlh mresap msuk dlm krjaan hngga kputusan2 yg spatutnya brada d pihak islam d tolak mantah2 hngga pihk brkuasa d liht tdak brmaya lg mmbela islam yg mrk brsmpah mmprthnkn islam dlm smua msa. Jdi 10 psanan d atas amat musthak dmi mnjaga silaturahim ssama kta yg briman dn mmprthankn islam agama bg kta umat mlayu. ALLAHU AKBAR !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIta dalam satu saf yang sama Tuan.. mungkin kecil jumlahnya, tetapi itulah tanda sebuah kekuatan yg bakal diberikan Allah kemenangan.

      Sentiasa ingat Badar. Walaupun kecil jumlah dan sgt kurang kekuatan aset peperangan dunia, tetapi mrk kaya dalam yakin mereka pada Allah.

      In Sya Allah.. dunia ini sekejap sahaja. Terus bertahan dan terus melawan.

      Delete
  4. Artikel yg. sungguh BERNAS oleh Ustaz Hafiz - semoga ALLAH SWT memberkati dan melindungi beliau sekeluarga.

    Itulah Dunia Islam dan ramai pemimpin Islam-LIBERAL-SOTONG/DAYUS dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM; sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Libya, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.