Saturday, 17 January 2015

TAHNIAH TAN SRI KPN: MEMBENTERAS EKSTREMIS AGAMA?

Penulisan Tuan Zulkifli Nordin mengenai ringkasan ucapan beliau di Masjid Bukit Aman semalam. Pautan Asal.

 
 

Alhamdulillah semalam Jumaat 25 Rabi'ul Awal 1436 bersamaan 16 Jan 2015 beberapa NGO Melayu-Islam telah menyempurnakan penyerahan Memorandum bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan PDRM atas ketegasan menangani isu penghinaan terhadap Islam oleh seorang bernama Eric Paulsen, ahli Bar Malaysia.

Dalam majlis penyerahan itu, saya diminta menyampaikan sedikit kata-kata aluan, dan semasa berucap saya menyatakan bahawa selama ini kita umat Melayu Islam tidak pernah bertindak agresif terhadap mana-mana penganut atau institusi bukan Islam walaupun kadang-kadang dalam keadaan yang mencabar, antara saya sebut:

1. Semasa Jamaludin Osman dimurtadkan pada tahun 1986 dengan nama Joshua Jamaludin, kita tidak bertindak terhadap mana-mana gereja atau institusi kristian; sebaliknya kita memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Jamaludin yang kemudiannya ditahan dibawah ISA pada masa itu;

2. Semasa Hartina Kamarudin dimurtadkan dalam tahun 1997, kita tidak mengambil tindakan agresif terhadap mereka yang memurtadkan Hartina, ataupun mempersoal institusi agama Hindu; sebaliknya kita mengambil tindakan menurut undang-undang terhadap Hartina dengan mencabar permohonan yang beliau buat di Mahkamah;

3. Semasa Aishah Bukhori dimurtadkan tahun 1998, kita tidak menyerang atau mengambil tindakan menghina penganut kristian ataupun institusi kristian, walaupun ada fakta Aishah bersembunyi disebuah gereja di Rasah, Negeri Sembilan. Sebaliknya kita mencabar permohonan yang dibuat oleh Aishah didalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga dia berjaya dibawa lari keluar negara;

4. Semasa Azlina Jailani dimurtadkan tahun 2006, malah dibaptiskan oleh Gereja Church of Our Lady Fatima Brickfield, kita tidak menyerang atau menghina pihak gereja, walaupun jelas mereka dengan berani mengeluarkan sijil baptisma terhadap Azlina dengan nama Lina Joy, sebaliknya kita mencabar permohonan beliau sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan berjaya mendapatkan perintah membatalkan permohonan Azlina;

5. Semasa sebuah gereja DUMC disyaki menjalankan kegiatan pemurtadan terhadap segelintir umat Melayu-Islam didalam bulan Ramadhan tahun 2012, pihak JAIS diketuai oleh Datuk Dr Hasan Ali, EXCO Agama Islam Selangor bertindak dengan begitu sopan menyiasat dan mengambil tindakan hanya terhadap umat Melayu-Islam yang cuba dimurtadkan. Tiada seorang pun penganut kristian dikenakan tindakan; malahan tiada sebarang tindakan pun dikenakan terhadap Gereja DUMC walaupun secara terang-terangan menyalahi Enakmen Anti Pendakyahan Selangor 1988;

6. Semasa Gereja Our Family Church Kajang membenarkan Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan didalam gereja pada hari Ahad 16.02.2014 selepas panganut kristian selesai mengerjakan upacara agama mereka, kita umat Melayu-Islam tidak menghina atau mengambil tindakan terhadap pihak gereja itu walaupun terang-terang Anwar menyatakan dia bersetuju kristian dibenarkan mengguna kalimah Allah; satu pendirian yang terang-terangan bercanggah dengan pendirian rakan sekutu pembangkang PAS, dan menyalahi Seksyen 9 Enakmen Anti-Pendakyahan Selangor 1988.

Jadi rentetan fakta diatas membuktikan betapa tinggi semangat toleransi umat Melayu-Islam di Malaysia terhadap pencabulan, penghinaan dan kebiadapan yang dikenakan terhadap agama Islam selama ini.

Saya cukup yakin kalau perkara seumpama diatas berlaku di Indonesia atau Pakistan, senarionya akan pasti sangat berbeda!

Sebab itu dalam kes penghinaan terhadap Islam dan institusi Islam dalam negara ini oleh Eric Paulsen, kita umat Malayu-Islam sekali lagi menunjukkan sikap toleransi yang tinggi dengan hanya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang!

Tiada sesiapa yang pergi menampar muka Eric, tiada sesiapa pergi meludah muka Eric, tiada sesiapa pergi ke pejabatnya dan membakarnya, dan tiada sesiapa pun yang pergi memukul atau menembak Eric! Tidak ada!!!

Lihat apa yang berlaku di Paris? Sebuah pejabat media diserang dan beberapa orang ditembak mati berpunca daripada penghinaan terhadap Islam melalui penyiaran karikatur penuh penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw yang disiarkan media tersebut!

Malah Pope Francis, Ketua Vatican Katholik dalam komennya menyatakan 'kalau kamu memilih menghina Islam, jangan ingat kamu tidak akan ditampar!".

Tetapi itu tidak berlaku di Malaysia.

(Dan seterusnya ikuti 7 sebab mengapa kita menolak cadangan kurang cerdik supaya Eric berdebat dgn Jakim!)

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
26 Rabi'ul Awal 1436
17 Jan 2015

5 comments:

  1. Ben, nek baru melawat Pameran DYMM Kesultanan Islam/Melayu di Istana Lama/Muzium di Raja! Umat Islam/Melayu mesti lawan habis-habisan untuk mengembalikan KUASA EKSEKUTIF kpd. Kesultanan Islam/Melayu kita (yg. juga diwakili YDP Negeri) bersama Majlis Raja-Raja sbg. KETUA NEGARA, KETUA AGAMA dan KETUA ATM!

    Kegagalan yg. meningkat parti-parti politik UMNO/PAS dalam mempertahankan KEDAULATAN NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita berzaman kita ni serta hak umatnya - membuktikan bahawa. sebab itulah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita amat PENTING; lihat saja bila kuasa ini diabaikan dgn. sewenangnya yg. jelas melanggar undg-undg Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu di P.Pinang dan Selangor! Sampaikan si PENGGANAS ANTI-ISLAM spt. puak DAP BANGKAI BABI begitu berani berterusan MENGHINA/MEMIJAK Islam/umatnya serta MERAMPAS sewenangnya tanah pusaka nenek moyang berzaman kita seolah kita adalah KULI di bumi sendiri, kpd. bangsa PENDATANG yg. tak tahu kenang budi ni!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN:

    Ben, nek baru melawat Pameran DYMM Kesultanan Islam/Melayu di Istana Lama/Muzium di Raja! Umat Islam/Melayu mesti lawan habis-habisan untuk mengembalikan KUASA EKSEKUTIF kpd. Kesultanan Islam/Melayu kita (yg. juga diwakili YDP Negeri) bersama Majlis Raja-Raja sbg. KETUA NEGARA, KETUA AGAMA dan KETUA ATM!

    Kegagalan yg. meningkat oleh parti-parti politik UMNO/PAS dalam mempertahankan KEDAULATAN NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita berzaman kita ni serta hak/identiti umat Islam/Melayu - membuktikan bahawa, sebab itulah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita amat PENTING; lihat saja bila kuasa ini diabaikan dgn. sewenangnya yg. jelas melanggar undg-undg Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu di P.Pinang dan Selangor! Sampaikan si PENGGANAS ANTI-ISLAM spt. puak DAPBANGKAI BABI begitu berani berterusan MENGHINA/MEMIJAK Islam/umatnya serta MERAMPAS sewenangnya tanah pusaka nenek moyang berzaman kita seolah kita adalah KULI di bumi sendiri, kpd. bangsa PENDATANG yg. tak tahu kenang budi ni!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman memaafkan sudah berlalu.

      Ini zaman baru di mana kita akan bersungguh2 menuntut apa yg seharusnya dikembalikan kepada kita. Pusaka nenek moyang kita mesti dikembalikan kepada cucu cicitnya yang berhak.

      Mana2 politikus menikus yg cuba menjadi batu penghalang, maka mereka haruslah bersedia untuk menjadi jenazah2 politik yg dikuburkan dalam pilihanraya nanti.

      Delete
    2. Tiada Maaf Maaf lagi nek.

      Ini zaman kita BANGKIT BERTINDAK menegakkan HAK KITA dan bersatu menghapuskan kebiaDAPan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN.

      PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN

      PEMIMPIN BANGSAT
      MELAYU MEREMPAT
      ISLAM TERJERAT

      Delete
    3. Ya tuan.. Zaman kemaafan dan memaafkan sudah berlalu dan tamat. Cukup penghinaan 57 tahun ke atas maruah kita sebagai bangsaa dan umat kepada agama ini. Ini zaman Bangkit Bertindak Menuntut segala hak yang sepatutnya supaya dikembalikan kepada yang berhak.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.