Saturday, 24 January 2015

Shamsi Ali, Imam Hip Hop Harapan Uncle Sam!

Untuk bercakap apa saja, seseorang itu perlu tahu konteks perkara itu perlu diucapkan. Untuk apa ianya diucapkan atau diputuskan perlu sangat berpijak kukuh dengan langit yang dijunjung.

Kita di Malaysia sering diingatkan tentang kebolehsesuaian atau adaptability yang sangat dituntut dengan pepatah yang sering diajarkan oleh ibubapa kita, ‘Masuk ke kandang Kambing, mengembek dan masuk ke kandang Lembu, mengemboo’.

Bagai Sireh Pulang Ke Gagang. Shamsi Ali Di World Jewish Congress.
Konteks di Malaysia tentulah berbeza dengan konteks di Amerika Syarikat. Konteks budaya orang-orang Melayu tentulah jauh berbeza dengan konteks budaya orang-orang Arab Koptik contohnya.

Orang-orang Muslim juga walaupun dikenali menganggap babi sebagai najis namun kita yang di sini tidak pernah mahu menghalang orang-orang bukan Muslim yang mahu menjadikannya sebagai hidangan hanya kerana kita faham konteks di antara kita dan mereka.

Begitu juga sepatutnya diperlakukan dengan kes kalimah ‘Allah’ yang sekali lagi memihak kepada pihak Muslim yang membantah keras sebarang usaha untuk menyekutukan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Itu jelas dan itu perlu selalu diperjelaskan. Itu juga sebab utama kenapa kita, Muslim di Malaysia membantah keras usaha sesetengah kumpulan Kristian yang tetap degil dan berkeras mahu menyalah-gunakan nama suci Allah SWT, jauh menyimpang dengan apa yang diceritakan oleh kitab suci Al-Quran.

Kebanyakkan Muslim di Malaysia faham akan itu. Namun ianya patut juga diwar-warkan kepada warga bukan Muslim supaya tidak terjadi salah faham yang berpanjangan dikalangan kita semua kelak kerana mungkin di antara mereka yang tidak faham akan hakikat itu atau mudah terpengaruh dengan propaganda yang dibuat sesetengah kelompok yang memusuhi Islam dan Muslim.

Namun dalam kita bersyukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkhamah Persekutuan terhadap semakan yang dibuat oleh gereja Katolik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald berbahasa Malaysia mereka, kita sedikit kurang senang apabila tiba-tiba muncul seseorang yang sememangnya kita tidak kenal, tidak pernah dengar akan nama dan lihat susuk wajahnya, tiba-tiba mahu mengajar kita cara terbaik untuk kita menjalani kehidupan beragama kita?!

Tanpa perlu mengenali keadaan sosio budaya dan konteks sejarah bangsa kita di Malaysia, susuk ini dengan mendabik dada cuba mahu mengekspot nilai-nilai yang ada pada dirinya kepada kita semua secara pukal apabila menemplak kita untuk menidakkan dan menghormati keputusan yang dibuat oleh institusi kehakiman tertinggi negara kita dengan mengatakan bahawa tindakan untuk menghadkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada Muslim semata-mata akan secara langsung ‘degrades God’.

Itu merupakan satu fitnah terbesar yang dimulakan oleh seorang yang tidak pernah tahu tata-budaya Muslim di sini. Sememangnya susuk ini sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak adil kerana mengeluarkan kenyataan dengan tidak melakukan usul periksa.

Persoalannya kenapakah kita kerap kali sering bersikap terbuka terhadap penghinaan demi penghinaan yang diimpot daripada luar ini?

Tidak cukupkah dengan tempelak bangang yang pernah disuarakan oleh Reza Aslan dulu yang mengatakan kononnya seluruh dunia mentertawakan kita, Muslim di Malaysia, hanya kerana kebanyakkan daripada kita mahu memelihara kesucian nama Allah SWT daripada disyirikkan oleh golongan kafir?!

Kelmarin kita diperkenalkan pula dengan seorang Imam Shamsi Ali yang diterbangkan jauh daripada New York untuk mengulang-sebut apa yang pernah beliau perkatakan sebelum ini berkenaan dengan cara kita menangani isu kalimah ‘Allah’. Beliau yang pada tahun 2013 telah menghina sistem kehakiman kita dengan pandangannya terhadap keputusan kalimah ‘Allah’ yang telah dibuat oleh Mahkhamah Rayuan pada 14 Oktober 2013, sekali lagi berbuat demikian, namun kali ini dengan secara langsung.

Mungkin Imam Shamsi Ali terlupa, Malaysia tidak mengamalkan pluralisme seperti di Indonesia. Muslim di Malaysia juga tidak mengiktiraf perkahwinan inter-agama, contohnya dan kita mahu kekal sebegitu. Jadi apa adanya, perlu bapak Imam Shamsi Ali mahu mengajar kita pula cara terbaik untuk kita beragama hanya kerana ianya tidak selari dengan aliran yang difahami beliau, bukankah bapak sendiri seorang yang suka meraikan kepelbagaian?

Jadi kenapa pula bapak Imam Shamsi Ali perlu rasa kurang senang atau kurang selesa dengan cara masyarakat Muslim di Malaysia memilih untuk mentauhidkan Allah SWT?

Untuk pengetahuan bapak Imam Shamsi Ali, Muslimin di Malaysia tidak menolak hakikat bahawa Allah SWT ialah Tuhan Sekelian Alam, Tuhan Yang Maha Esa, kepada semua 7 billion manusia, tetapi ianya tidak bermakna kami di sini, boleh bersetuju dengan berpeluk tubuh semata-mata apabila terdapat usaha terancang mahu mensyirikkan Allah SWT yang juga bersifat serampang dua mata kerana mahu melahirkan lebih ramai lagi Lina Joy dikalangan umat Muslim di sini.

Dan sebelum bapak Imam Shamsi Ali berhujah tentang kebebasan beragama dan memilih agama masing-masing sebagai hak asasi manusia yang dipertahankan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, eloklah diperingatkan bahawa sebarang usaha untuk memurtadkan umat Muslim di Malaysia adalah menjadi satu kesalahan disisi undang-undang negara kami.

Mungkin tidak di Indonesia, tempat lahir bapak Imam Shamsi Ali, dan mungkin juga tidak di negara bapak Imam Shamsi Ali ‘cari makan’, Amerika Syarikat, tetapi yakinlah bahawa ianya jelas termaktub dalam perundangan Malaysia dan bapak dan rakan-rakan yahudi bapak, patut hormat akan perkara itu, tidak dapat tidak!

Jadi bapak Imam Shamsi Ali boleh simpan nilai-nilai Muslimin RAND yang dibawakan bapak Imam Shamsi Ali dan rakan-rakan, kerana kami memilih untuk tidak mengiktiraf semua itu. Kami Muslimin Malaysia tidak mahu terlibat dengan pandangan pluralisme dan liberalisme yang sedang menjangkiti sesetengah umat Muslim dunia.

Mungkin tingkah laku seperti inilah yang membuatkan tuduhan "Shamsi Ali is a moderate Uncle Sam Muslim who wants the Muslim community to imitate the west," bergema.

Mungkin label tersebut dianggap hip oleh bapak Imam Shamsi Ali yang juga terkenal dengan gelaran sebagai Imam Hip Hop, tetapi ianya sedikit sebanyak memanggil kami untuk lebih berjaga-jaga dengan apa yang akan dibawakan oleh bapak dan rombongan bapak. Bila-bila masa pun.

Benarkah setiap dakwaan yang dibuat di dalam laman web http://shamsialiexposed.com ini mengenai Shamsi Ali?

Dan walaupun kami tidak mempercayai semuanya apa yang telah didedahkan oleh laman sesawang http://shamsialiexposed.com, kami agak bersetuju dengan pandangan yang telah dibuat oleh bbc.com pada satu masa dahulu bahawa In short, Shamsi Ali is the Muslim that liberal America wants. But he is not the leader all New York's Muslims want. Dan tentunya bukan juga seorang Muslim yang rakyat Malaysia mahukan!


***************


Rujukan:

Bacaan Lanjut :






6 comments:

  1. Yang beria-ia nak menggunakkan nama Allah dalam kitab mereka ni kebanyakkan cina yang baru masuk sehari Kristian dah anggap diri orang putih.....sangat memualkan tak dapat jd orang putih dapat masuk agama pun jd le....depa x tau asal usul agama Kristian tu dari mana?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakn born again ni hanya org2 yg tidak faham apa2 kecuali terdorong utk tidak ketinggalan dlm mengikut trend.

      Budaya kiasi dan kiasu menyebabkan mrk berbondong seperti lemming terjun ke dalam agenda kristiann tanpa mrk sendiri faham dan tahu apa kehendak agama itu yg sebenarnya.

      Delete
  2. Sebut Allah pun tak boleh. Anu pun tak sunat. Buntot pun tak basuh. Tup2 nak guna nama Allah. Masuk Islam kan senang. Nak terjemah bahasa Arab ke bahasa Melayu. God is Tuhan kalau bahasa Melayu. Kalau bahasa Arab God is Ilah. Allah ialah panggilan khas Muslim Malaysia. Indonesia bukan Malaysia!!!

    Nabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Nabil,
      Mmg menghairankan puak2 ni. Jelas bila kita lihat cara mereka menyebut nama Allah itu sendiri, cara sebutannya menunjukkan mrk sendiri jarang menggunakan nama itu dalam sebutan agama mereka.

      Kenapa tidak digunakan sahaja bahasa asal org2 yg kononnya orang asal tersebut?

      Ini tidak, digagahi juga mahu menggunakan kalimah bahasa Arab utk penduduk yg amat jauh dr negara Arab.

      Delete
  3. Mmng puak2 ni lagak jd orng putih. Dh msuk kristian sdah la. Apa hal dok kcau rmah orng islam ! Nk cba playback 13 mei ka yg barua dr ppinang cbr tpm tmpoh hari !! No problem it will come if barua2 ni keep on pressing hina islam. Prthnkn islam tk prlu rncng. Dia cma truskn hina keatsnya, insyaAllah apa yg barua2 ni idamkn akan dtg. It's a silent killer. Kita orng islam d ajr Allah swt spaya brsbr dn pohon prtolongn driNya nd dfinitely, insysAllah ianya akn dtng. Tunggu sja. Bila ? Itu kita tk tahu. Hanya Allah swt sja yg Maha Mngetahui. Tp sy rasa amat dkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg sebenarnya mrk tak tahu. Umat Islam telah dijanjikan dgn kemenangan pada akhir pertembungan ini nanti. Bg yg faham, mrk akan cuba sedaya upaya mengelakkan menimbulkan sebarang konflik dgn umat Islam.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.