Wednesday, 14 January 2015

Setelah Pencabul K-Pop Menghina Maruah Agama Negara, Penganjur Masih Bebas Mengimport Budaya Cabul Tanpa Dikenakan Tindakan!!!

Sebelum generasi Woodstock dan babyboomers di tahun 1960-an, untuk mencabul anak-anak gadis mana-mana negara, ia memerlukan beberapa batalion tentera, aset-aset ketenteraan serta gerakan penjajahan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kerap kalinya wanitalah yang menjadi mangsa di dalam peperangan. Berapa ramai yang telah dijadikan hamba pemuas nafsu golongan yang tentera yang menjajah. Mereka tidak mampu melawan kerana saat itu nyawa mereka bagai terletak dihujung tanduk.

Maruah Seorang Muslimah, Rasulullah s.a.w. dan Perang Bani Qainuqa
Kita juga masih ingat dan diperingatkan bagaimana maruah seorang wanita muslimah dipelihara dan dijaga oleh umat Islam secara keseluruhannya pada zaman Rasulullah s.a.w. Perang Bani Qainuqa tercetus apabila tindakan beberapa pencabul Yahudi berkelakuan biadab mencabul kehormatan seorang wanita muslimah dengan menyelak tudungnya di hadapan khalayak ramai. Seorang pemuda Islam bingkas bangun mempertahankan maruah wanita tersebut tanpa sebarang rasa takut. Beliau lantas menyerang lelaki Yahudi biadab yang mencabul kehormatan wanita tersebut. Terkejut dengan tindakan berani pemuda itu, Yahudi-Yahudi selainnya menyerang kembali pemuda tersebut dan beliau syahid di pasar itu. Berita tersebut lantas sampai telinga Rasulullah s.a.w.

Lantas Rasulullah mempersiapkan pasukan perang, melantik Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. sebagai Panglima dan mengerahkan pasukan tersebut mengepung perkampungan Bani Qainuqa. Takut melihat kemarahan umat Islam dengan kehadiran bala tentera yang mengepung mereka, pihak Yahudi menghantar pihak untuk merayu kepada Rasulullah s.a.w. supaya hukuman keras tidak dikenakan ke atas mereka. Bani Qainuqa kemudiannya dihalau dari perkampungan tersebut. Kaab bin al Asyraf, salah seorang Yahudi yang kuat pengaruhnya di situ telah dihukum bunuh. Yahudi-Yahudi Bani Qainuqa terkejut kerana melihat Rasulullah s.a.w. tidak menunjukkan rasa takut dan gentar malah terus mengarahkan hukuman tersebut dijalankan.

Diikat dengan Piagam Madinah, Yahudi tertakluk kepada undang-undang Yahudi. Undang-undang Yahudi yang dipungut dari kitab mereka dengan jelas menyatakan bahawa nyawa mesti dibalas dengan nyawa, darah mesti dibalas dengan darah. Bilamana mereka membunuh satu jiwa yang yang lain, maka jiwa yang membunuh itu juga haruslah dibunuh. Ia sama sepertimana prinsip undang-undang yang dikenali sebagai lex talionis. Kaab bin Asyraf kemudiannya dikenakan hukuman sesuai dengan tuntutan kitab mereka sendiri.

Ayat 23 Hingga 25 Shemot (Exodus/Kitab Keluaran) fasal 21
Maruah Seorang Muslimah, Khalifah Al Mutassim Dan Pasukan Perang Rom
Berlaku sebuah peristiwa di zaman Khalifah terakhir Bani Abassiyyah. Ketika itu, umat Islam dipimpin oleh Khalifah al Mu’tassim. Terjadi peristiwa, seorang muslimah telah ditangkap dan dipenjara oleh tentera Rom. Semasa dipenjara, auratnya telah disingkap dan dihinakan oleh tentera Rom. Beliau menyebut-nyebut nama khalifah tersebut mengharapkan pertolongan dari umat Islam. Berita penganiayaan tersebut, kemudiannya sampai kepada Khalifah al Mu’tasim.

Mendengar sahaja maruah seorang Muslimah diperlakukan sedemikian rupa, Khlaifah al Mu’tasim mengumpulkan bala tentera dan mengarahkan tenteranya bergerak dari kota Baghdad ke Kota Ammuriyah, sebuah daerah di Turki kini.

Perjalanan beribu batu untuk menebus maruah serta menyelamatkan muslimah tadi menyaksikan Kota Ammuriyyah di kepung selama lima bulan oleh tentera-tentera Islam. Berhasil mengalahkan kota tersebut, setelah hari kemenangan, Sultan sendiri mengambil usaha memasuki ke dalam kawasan penjara dan membebaskan muslimah tersebut. Walaupun pada ketika itu, keadaan serta kekuatan empayar kesultanan Abbasiyyah sedang diancam dari pelbagai musuh dan ancaman. Mereka juga tidak sekuat semasa di zaman kegemilangan mereka, tetapi itu tidak menghalang kepada Khalifah untuk bingkas bangun dan mengambil tindakan drastik dan perlu untuk membela maruah muslimah terbabit.

Kisah Asha Gill Dan WestLife
Kami juga masih ingat lagi dengan satu peristiwa yang berlaku tidak lama dahulu melibatkan seorang selebriti wanita tempatan bukan Islam bernama Asha Gill. beliau pernah menjadi hos rancangan Lonely Planet 6 Degree. Pencapaiannya membolehkannya dikenali sehingga peringkat antarabangsa.

Asha Gill Semasa Menjadi Hos Rancangan Lonely Planet Six Degree
Semasa muda remaja, kumpulan Westlife pernah menjemputnya ke Hong Kong untuk menjadi penari yang memegang watak utama kepada lagu Uptown Girl. pelawaan itu diterimanya dan mereka kemudiannya mengadakan persembahan di Hong Kong.

Semasa sedang teruja dengan tarian dan persembahan, salah seorang anggota kumpulan Westlife, Brian McFadden, kemudiannya menarik dan menyingkap skirt yang dipakai oleh Asha Gill. Marah dengan perbuatan mencemar maruahnya dihadapan ribuan penonton, Asha Gill, walaupun masih muda remaja, membalas perbuatan tersebut dengan satu tamparan yang kuat ke wajah McFadden dihadapan ribuan penonton.

Bukan semua wanita boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan artis. beliau melakukan tindakan yang betul mempertahankan maruahnya daripada diperlakukan sedemikian oleh artis terbabit. Beliau bangkit sendiri mempertahankan dirinya.

Tetapi, semua kisah di atas melibatkan golongan wanita yang pentingkan maruah diri mereka terjaga dan terpelihara.

Maruah Melayu Berpakaian Muslimah Peminat K-Pop, Kepimpinan Sotong dan Tiada Apa-Apa Berlaku
Telah viral sebuah video menyaksikan anak-anak gadis Melayu yang bertudung dan menutup aurat, satu persatu dipilih dan dijemput naik ke atas pentas untuk dipeluk, dicium dan diperlakukan seperti tiada maruah oleh sekumpulan lelaki K-Pop dari Korea.

Apa mereka ingat ini negara orang utan tanpa ada undang-undang dan tanpa ada maruah dan kehormatan tertentu yang dipegang oleh majoriti rakyatnya?

Islam ialah Agama Negara. Setiap perlakuan yang meletakkan imej dan maruah Islam dalam keadaan mengaibkan serta mencemarkan maruah, merupakan satu tindakan yang boleh dianggap sebagai meludah kepada kehormatan negara.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Agama bagi Persekutuan ini ialah Agama Islam.

Ramai manusia pendek akal kemudiannya berhujah, biarkanlah mereka itu, bukankah mereka merelakan diri diperlakukan sedemikian rupa? Ya benar, mereka-mereka itu merelakan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Tetapi, apakah majority rakyat Malaysia yang beragama Islam merelakan imej agama mereka yang sedang dibawa oleh anak-anak gadis tersebut melalui cara berpakaian mereka dipotretkan sedemikian rupa murah, mudah dan boleh diperlakukan begitu sahaja oleh sesiapa sahaja? Jawapannya tentu tidak sama sekali.

Anak-anak gadis itu, sedang membawa bersama mereka imej agama yang mereka anuti. Buruk akhlak mereka, maka buruklah persepsi manusia-manusia di luar sana terhadap agama mereka. Baik akhlak mereka, maka baiklah persepsi dan tanggapan masyarakat mengenai apa agama yang mereka anuti.

Lebih menarik, Agama anutan mereka ialah agama bagi Persekutuan ini.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia bajet bagus dengan modus operandi red herring melontarkan komen-komen bahawa isteri-isteri sesetengah pemimpin pun memeluk artis di atas pentas. Artis Melayu pun berpeluk sakan di atas dan di bawah pentas. Drama-drama Melayu pun berbuat perkara serupa. Jadi tak perlu bising bila semua ini berlaku. Komen-komen itu dibuat seolah-olah kita semua berdiam diri bila semua itu berlaku selama ini. Mungkin terlalu lama duduk di bawah tempurung sehinggakan apa yang pihak lain lakukan secara konsisten untuk menegur, tidak kira siapa pun pelakunya, tidak diketahuinya langsung. Lantas dengan rasa syok sendiri, golongan ini keluar membuat red herring dan menjauhkan isu terbaru ini daripada diberikan perhatian serius.

Apa yang berlaku di pentas K-Pop itu, dilihat mempunyai agenda-agenda tertentu yang mehu dicapai oleh sesetengah pihak.

Apabila, Tuan Haji A. Karim Omar menulis bahawa K-Pop itu membawa bersamanya agenda Evangelisasi Kristianisasi global dalam bentuk baru dan terselindung, keluar pula golongan yang mendekatinya dengan skeptik dan minda yang langsung tertutup.

Kami telah berhubung dengan Tuan Haji A. Karim Omar dan telah diperlihatkan bukti-bukti yang jelas menunjukkan apa yang dikatakannya itu benar-benar bersandarkan kepada bukti-bukti kukuh yang ada. Tunggu sahaja pendedahan selanjutnya yang bakal dibuat beliau tidak lama lagi.

Setelah teruk mencemarkan maruah Agama Persekutuan, penganjur K-Pop tersebut, hanya mengeluarkan permohonan maaf dengan kenyataan seolah melepaskan batok di tepi tangga.

Melihat kepada jadual kemasukan kumpulan K-Pop seterusnya, nampak gayanya entah berapa ramai lagi anak-anak gadis Melayu yang bakal dicabul dan dicemarkan maruah agama mereka sekiranya aktiviti ini tidak disekat selepas apa yang telah berlaku sebelum ini.

Dalam hal ini, penganjur mesti dipertanggungjawabkan. Ini kerana pihak mereka telah membiarkan sesuatu yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara diperlakukan sedemikian rupa. Mana perginya rasa hormat kepada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang ditekankan? Mana perginya rasa hormat ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan?

Selagi tiada tindakan dikenakan ke atas penganjur, maka selagi itulah maruah kita semua sebagai umat Islam seolah-olah sedang dipijak-pijak dan diludah-ludah di hadapan mata.
  
Mana dia pemimpin Islam, yang mewarisi negara ini melalui kuasa ketamadunan Islam sejak sekian lama, bangkit bangun mempertahankan maruah-maruah muslimah selain yang dicabul pencabul K-Pop itu sepertimana Rasulullah s.a.w. dan Al Mu'tasim? Kita tidak menuntut sampai perlunya berperang, cukup sekadar menjalankan peroses undang-undang sedia ada untuk memastikan pelanggar-pelanggar undang-undang diberikan keadilan proses undang-undang sepenuhnya.

Atau apakah kita kini sedang dipimpin pemerintah dengan barisan kabinet sotong dan kita sebagai pemuda-pemuda Muslim turut kesotongan kerana tidak mampu berbuat apa-apa meskipun maruah agama kita diperlakukan sedemikian rupa?

20 comments:

  1. Boleh tak manusia malaysia ni hidup tanpa k.pop? Kalau boleh knp terhegeh2 membodohkan diri jd hamba k.pop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya re-quote balik komen tuan hamba Allah 10:02..

      Mereka ini gagal membezakan di antara suka dan gila.

      Delete
  2. 'MELAYU MUDAH LUPA"

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa benda2 kecil tak apa.. ni kalau lupa Agama, Bangsa dan Etika, mmg sesuatu sangat tak kena dengan cara anak2 Melayu ni dididik dan dibentuk..

      Delete
  3. T'KASIH Ben di atas artikel yg. sungguh BERNAS ini - tapi jgn. harap pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-SOTONG si pembodek MUSUH ISLAM tahu membaca! Seolah mereka ni PEKAK, BISU dan BUTA!

    Si penganjur-BANGANG juga jgn. nak BIADAP - seolah MENAFIkan Malaysia ini NEGARA ISLAM, dlm penjelasan mereka!

    Nek syak BETINA-BETINA PORNO ni PENYAMAQ dari ejen-ejen si PENGGANAS/EKSTREMIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya! Patutnya kumpulan KEPARAT KPOPIA ni diHARAMkan di masa hadapan!

    Nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANAS BANGKAIBABI MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, serta pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH cthnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!

    MO biasa si PENGGANAS/EKSTREMIS KAPIRDAJAL juga menyamaq masuk Islam utk. berkahwin dgn. pemimpin/usahawan penting Islam/Melayu utk. merosakkan mereka jadi si LIBERAL!

    Dan satu lagi MO si KAPIRDAJAL ialah dgn. menyesatkan anak-anak muda Islam/Melayu kita terutamanya puak artis yg. jadi model anak-anak muda, utk. jadi puak HOMO-LESBI/SODOM, serta PENAGIH DADAH/ALKOHOL/VIDEO GAME-JUDI/SEKS BEBAS/PORNO serta PELACUR (conohnya ramai wanita/anak-anak muda imigran Islam di Barat sengaja dibiarkan ditindas dan hidup dlm. kemiskinan supaya mudah direkrut jadi pelacur/GRO di kelab-kelab KAPIRDAJAL)!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan balas penganjur bernada sangat angkuh Nek Tempoyak.

      Mrk perlu dikenakan tindakan undang2.

      Jika tidak, menteri yang bertanggungjawab mesti memberi penjelasan kenapa mereka tidak dikenakan tindakan meskipun syarat permit sedia ada dilanggar dengan perlakuan sedemikian rupa.

      Delete
  4. Saya amat bersimpati dengan gadis gadis yang terlibat di dalam insiden ini. Mereka ini gagal membezakan diantara suka dan gila. Saya percaya mereka ini gadis yang baik baik tetapi oleh kerana gagal menahan nafsu, benda yang mereka suka bertukar menjadi benda yang mereka gila(kan).

    Sebagai manusia, kita senantiasa didendangkan oleh syaitan agar menyukai(suka) benda benda yang tak baik seperti hiburan dan zina. tetapi manusia yang waras(ugama) akan dapat menguasai perasaan suka(nafsu) mereka. Walaubagaimanapun, kesukaan yang melampau yang tidak dapat dibendung akan bertukar menjadi kegilaan(gila).

    Marilah kita semua berdoa agar kita semua dimaafkan Allah s.w.t diatas kelalian kita semua sehingga menyebabkan kejadian ini berlaku.

    Marilah kita menjaga wanita wanita disekeliling kita yang menjadi tanggungjawab kita, samaada isteri, anak, adik beradik mahupun ibu kita, agar mereka sedar akan bahaya yang menunggu masa untuk membaham mereka(minda mereka). Golongan wanita memang mudah dipergunakan dan mereka mempunyai seribu satu alasan kenapa mereka melakukan sesuatu perkara. Lihat sahaja golongan artis artis kita.

    Pada pandangan saya, pihak penganjur, walaupun bersalah, tidak patut dipersalahkan. Gadis gadis tersebut terpaksalah menanggung kemaluan yang telah diberikan kepada penganut ugama Islam dinegara ini. Harapan saya agar mereka sedar akan kesilapan mereka dan bertaubat segera dan fikirkan dengan mendalam apa sebenarnya yang telah berlaku dan apakah akibatnya kepada masyarakat Islam di Malaysia dikala Islam diserang bertubi tubi waktu ini.

    Inilah harga toleransi yang kita berikan kepada bangsa kapir di Malaysia. Sebok biarkan kapir buat segala-galanya di Malaysia, kitapun terikut sama.

    Terpulanglah kepada golongan golongan Elit dan YB YB Melayu/Islam/Bumiputera untuk menggunakan kuasa mereka mengubahnya. Sekiranya masih berdegil menjilat Tuan Tuan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN, terpaksalah kami berbuat sesuatu untuk mengubahnya.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Tuan Tuan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan tuan, tetapi penganjur juga mesti dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan.

      Ini kerana mereka diberikan permit dengan syarat2 tertentu yang jelas seolah mereka tidak mempedulikannya.

      Jika mereka melanggar syarat yang dikenakan, mereka juga harus menanggung akibat pelanggaran tersebut.

      Anak2 gadis itu perlu didekati dan dinasihatkan dengan segala cara yang baik dan sekiranya mmg patut dikenakan tindakan, maka jalankanlah apa-apa perlu dan patut.

      Benar tuan, inilah harga yang dibayar dengan toleransi kita selama ini kepada mereka.

      Delete
  5. 'Mungkin terlalu lama duduk di bawah tempurung sehinggakan apa yang pihak lain lakukan secara konsisten untuk menegur, tidak kira siapa pun pelakunya, tidak diketahuinya langsung.'

    Mereka ini golongan yang telah dibutakan hati mereka. Semoga perbuatan baik merwka bakal membawa mereka ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang dijanjikan Allah kepada Rasulullah s.a.w.

      Setiap perbuatan baik, mendekatkan insan kepada hidayah dari penciptaNya...

      Golongan ini, golongan yg sentiasa melihat dari dalam sistem observasi dengan cakupan tertutup. Itulah jadinya bilamana komen2 redherring dijalankan mereka isu ini ditimbulkan dan ditegur.

      Delete
  6. Satu kita gagal bagi alternatif. Bila anak2 muda suka sekati majlis selawat, ada yang tegur kata tak sesuai, keterlaluan dan lebih elok bagi derma dsb.

    Anak2 muda jiwa nak seronok, kenapa kita tak hidangkan hiburan Islami kepada mereka? Artis dah banyak jadi Islami, tapi berapa ramai drpd kita yang sokong kegiatan seni mereka?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan tuan. Pendekatan memahami sisi keperluan psikologi dan kehendak manusia biasa harus diterokai. Alternatif mesti disediakan supaya minat dan kecenderungan itu dapat disalurkan kepada saluran yang betul.

      Kita mesti berfikir mengenai keselamatan akidah anak2 muda kita dalam rangka fikir yang lebih besar.

      Delete
  7. Asalam. Prtma Ben wanita2 yg brklakuan bgitu yg kta brtudung dn mntup aurat sbnrnya brpkain bgutu bkan mnutup aurat ttp ianya adalh satu fesyion. Mnutup aurat ada syrat dn hukum trtntu. So sy tk boleh trima bila kita kta mnutup aurat sprti budak2 yg brklakuan tk snonoh d pntas K-pop. Salah sapa Ben? Pnganjur ? Bukan juga ! So siapa dia ? Jwbnya Ben phak krjan brsikp sotong la yg mmgang kunci mmbnr atau tdak. Pnganjur yg mnganjurnya ada ageda mrk nk rsak islam. Itu krja mrk. Phak brkuasa sotong ni la yg mmbuka jln bg mrosakan islam. Cba tngok mrk mmbnr pmpinan liberal dtng mmbri cramh dll walaupn mrk sdr ianya brcngah dgn ajran ahlil sunah waljmaah. Nk kata apa lg Ben ? Slagi puak2 sotong yg mnyotong ni ada slgi tu islam akn d prkitakatikan. Cma kta brdoa mmohon prtolongn Allah dn dlm msa yg sama kta kna usaha brtndak mnghlang prkra bgini brtrusan, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang diluar kerajaan pun bnyk juga yg menyotong. Bnyk juga yg masih berpeluk tubuh. So takkan nak salahkan kerajaan saja. Prosedur dh ada...jawi akan ambil tindakan...harapnya kwjadian tak berulang lg

      Delete
    2. Wa'alaikummusalam wbt Tuan Hamba Allah 13:21,

      Jelas perkara ini melibatkan tanggungjawab banyak pihak. Bermula dari ibu bapa yang mendidik termasuk tuan punya diri yang seharusnya faham batas2 pergaulan dan sempadan yang dibenarkan dalam perlakuan seharian.

      Kemudian baru datang tanggungjawab pemerintah yang seharusnya memastikan sistem pendidikan sedia ada dapat mendidik anak2 kita supaya kuat pertahanan akidah mereka.

      Pemerintah turut bertanggungjawab apabila membenarkan semua ini dibawa masuk. Jika terdapat syarat permit dan permit itu dilanggar, maka ambillah tindakan supaya umat Islam tidak memandang pemerintah tidak serius untuk menghormati Prinsip2 Asas Rukun Negara.

      Delete
    3. Setuju juga dengan Tuan Hamba Allah 16:10.

      Bukan sepenuhnya salah pemerintah, tetapi pemerintah mempunyai share terbesar dalam membenarkan semua ini berlaku di atas bumi berkat Malaysia. Jika benar serius, pemerintah mesti menunjukkan kesungguhan mereka menjalankan peraturan dan undang-undang dalam hal ini.

      Delete
  8. Emmm stuju...

    tapi kenapa masa Datin Seri Rosmah Mansur terhegeh2 peluk Shah Rukh Khan dulu tidak sebesar ini jadi nya

    dulu lain sekarang lain ek?

    Perempuan tua peluk lelaki muda bukan muhrim dan bini PM takpe ek? tak jadi isu plak ek?

    I kno u wont publish comment sampah mcm ni

    *************************************************************
    Awek2 melayu muslim tu mmg salah

    Salah sbb iman tak kuat

    Kalo iman kuat dtg la lelaki bogel ke kpop ke amareka pop ke tak layan laaaa

    kaaaan

    kaaan

    kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan





    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa cakap isu tak besar Tuan Anon 11:07?

      Lepas tiga empat tahun org seperti tuan masih mengungkit perkara tu, itu maknanya perkara tu jadi satu perkara besar la semenjak dulu sampai imej pelukan tu tak lekang dari minda org seperti tuan, kan?

      Knp pulak kami tak approve comment. Klu ikut syarat, tak mencarut dengan bahasa2 terlalu kotor dan sebagainya, tak menagajk org berbuat perkara salah dari segi agama dan undang2, kami approve sebab kami bukan Malaysiakini dan Malaysian Insider yang tertutup pada kritikan.

      Komen2 RBA pun kami approve. Bukan apa, macam mana nak buktikan pada paymaster diorang yang diorang buat kerja kalau satu komen pun tak keluar. Sebagai ehsan utk menunjukkan mrk sudah buat kerja, kami tolong approve komen2 tersebut. Mana tahu dapat bonus dekat2 raya Cina ni.

      Delete
    2. Nampaknya anon 11.07 masih kuat dengan perasaan mejilat Tuan Tuan Politik Penjilat Tegar Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN anda.

      Kita diera baru ini bencikan semua yang salah. SALAH adalah SALAH.

      Kita mahu PAS dan UMNO bertaubat dan kembali kepada perjuangan sebenar dan bukannya perjuangan Tuan Tuan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN

      Delete
  9. Selain dari ciri2 menjadi calon isteri yang di ajar oleh nabi kita...saya ingin menambah satu lagi ciri2 calon isteri pilihan saya....saya tidak akan ambil isteri yang mengemari muzik K POP

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.