Wednesday, 21 January 2015

Semakan gereja Katolik DiTolak Mahkamah Persekutuan


kalimah Allah 21 Jan 2015
PUTRAJAYA, 21 Jan – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk semakan semula kehakiman berhubung keputusan melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
Perkara itu diputuskan panel khas lima hakim yang diketuai Hakim Tan Sri Abdul Hamid Embong jam 3 petang tadi.
Empat lagi ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.
Dengan penolakan semakan tersebut, ia menetapkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan Jun lalu yang melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah kekal.
September lalu, Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memberi kelulusan kepadanya untuk merayu berhubung larangan Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah ‘Allah’.
Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pautan asal:

2 comments:

  1. Yg. herannya Ben, bagaimana kes yg. berkaitan ISLAM suci kita ini boleh masuk ke mahkamah sivil?! Dah tiba masanya Mahkamah Syariah di perkuatkan secara MUTLAK; di NEGARA ISLAM; pusaka nenek moyang berzaman kita ni!

    Sebab itulah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu bersama Majlis Raja-Raja kita amat PENTING; lihat saja bila kuasa ini diabaikan dgn. sewenangnya yg. jelas melanggar undg-undg Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu, terutamanya di P.Pinang dan Selangor! Sampaikan si PENDATANG PENGGANAS/EKSTREMIS ANTI-ISLAM dari puak DAPBANGKAI BABI/PKRSODOM begitu berani berterusan MENGHINA/MEMIJAK Islam/umatnya serta MERAMPAS sewenangnya tanah pusaka nenek moyang berzaman kita seolah kita adalah KULI di bumi sendiri, kpd. bangsa PENDATANG yg. tak tahu kenang budi ni!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nek, Walaupun ia satu daunting task, tetapi memang sudah tiba masanya Mahkamah Syariah diperkasakan lebih tinggi dari semua mahkamah yang ada.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.