Saturday, 3 January 2015

Selawat Dan Salam Ke Atas Rasulullah S.A.W.




In Sya Allah, semua kami akan terus bergerak ke hadapan. Kami tidak peduli, sehingga kami dapat bertemu denganmu wahai Rasulullah s.a.w. Ujian kami terlalu kecil untuk disungutkan berbanding apa yang telah dilalui umat terdahulu. Kami malu untuk bersungut kerana tidak pernah sekalipun kami terluka di dalam perjuangan ini. Tetapi kami akan terus melangkah. Satu persatu langkah sehingga langkah-langkah yang sumbang itu, kembali teratur dan menuju kepada Allah dan dirimu semata-mata.



اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Engkau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!






0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.