Monday, 5 January 2015

Sebelum Terlewat Kembalikan Pulau Pinang Kepada Sultan Kedah

Kepimpinan DAP kini semakin berani menzahirkan cita-cita yang selama ini terpendam di dalam pemikiran mereka sejak dahulu. Orang-orang Melayu telah lama sedar tentang semua ini. Tetapi masing-masing tahu pada waktu itu, DAP tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Hanya setelah sekumpulan Melayu menjadi buta lalu menawarkan diri dan menjual jiwa mereka dan agama mereka untuk diperhambakan DAP, menjual segala maruah termasuk nama suci Tuhan mereka untuk diinjak-injak secara biadap oleh kepimpinan DAP demi sebuah survival politik, maka bagai Belanda mendapat tanah, mereka kini sedang galak mencabar satu persatu kuasa orang-orang Melayu ke atas tanah ini.


Zairil Khir Johari, seorang politikus muda yang susah untuk ditafsirkan. Berwajah Cina, bernama Melayu dan berpemikiran totok DAP. Baru-baru ini beliau dipetik sebagai menyatakan, sudah sampai masanya Malaysia melalui satu usaha de-sentralisasi . Ada yang mentafsirkan bahawa apa yang diperkatakannya itu jelas menunjukkan niat Pulau Pinang sedang berusaha untuk mendapatkan kuasa Autonominya sendiri. Beliau menafikannya. Tetapi, apabila membaca isikandungan penulisannya, kita tidak dapat menolak bahawa seluruh penulisannya seolah menuju kepada satu bentuk kesimpulan yang menjadikan kuasa Autonomi untuk Pulau Pinang sebagai puncak apa yang mahu beliau perkatakan.

Negara telah melalui satu pemisahan yang melukakan apabila Singapura, salah sebuah negeri di dalam empayar Melayu, terpisah kerana percaturan politik yang diaturkan oleh penjajahan Bristish ke atas pulau tersebut.


Begitu juga dengan pencapaian moderate kumpulan peguam yang dibentuk Dato’ Farida Ariffin di ICJ sehingga menyebabkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), walau pun tidak berpenghuni, tetapi tetap melambangkan kedaulatan wilayah yang merupakan sebahagiannya daripada empayar Melayu terlepas kepada Singapura. Dato’ Farida Ariffin kini sedang cuba menonjolkan dirinya sebagai figura Melayu “prominent” yang melakarkan surat bersama kumpulan Liberal 25 tambah 11 yang mahukan Perdana Menteri dan negara mendengar suara nasihat mereka. Kali terakhir negara memberi kepercayaan kepada Dato’ Farida, kita kehilangan Pulau Batu Puteh.

Berbalik kepada persoalan kedudukan Pulau Pinang di dalam Persekutuan Malaysia, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof pada 1 Disember 2010 pernah menulis dan mengeluarkan kenyataan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah. Ini kerana menurutnya, Pulau Pinang, pada asalnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah yang dipajakkan kepada Francis Light.

Setelah Merdeka pada 1957, seharusnya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak, tetapi itu tidak berlaku menurut Datuk Wan Shamsudin.

Menurut Datuk Wan Shamsudin lagi, Kerajaan Persekutuan sehingga hari ini masih lagi membayar wang pajakan bernilai RM 10,000.00 setahun kepada Kesultanan Kedah untuk pajakan Pulau Pinang. Ini menandakan bahawa Pulau Pinang, masih dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah negeri Kedah.

Perjanjian yang dibuat pada 1786 dan 1800 mengenai pajakan Pulau Pinang bukanlah sebuah perjanjian yang tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada suatu tempoh masa tertentu.

Professor Kajian Alam Melayu, A. Murad Merican pada tahun yang sama turut mengemukakan pandangan yang dilihat bersetuju dengan cadangan Datuk Wan Shamsudin.

Kedua mereka dan ramai lagi pihak yang peka mengenai fakta sebenar sejarah telah mencadangkan perkara yang sama. Tetapi, sejak 2010 semenjak cadangan ini dikemukakan, bleum dilihat ada kesungguhan pada mana-mana pihak untuk menjalankan secara serius apa yang telah diperkatakan sebelum ini.

Kini, DAP yang menguasai Pulau Pinang semakin berani menyentuh dan bermain dengan subjek kuasa Autonomi untuk Pulau Pinang. Walaupun Zairil menafikannya, pembacaan ke atas apa yang ditulis dan dicadangkannya itu tidak dapat menafikan bahawa kuasa autonomi negeri masih menjadi subjek utama yang cuba dibicarakan.

Apakah setelah kehilangan Singapura dan Pulau Batu Puteh, kita masih lagi terkial-kial mahu memberikan respons terhadap cadangan dan idea-idea terbaharu ini mengenai masa depan Pulau Pinang pula?

Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum semuanya benar-benar terlambat.

Sila baca sebuah penulisan lama yang pernah dimuatkan dalam Utusan Malaysia sebelum ini. Klik sini. 


36 comments:

  1. Sudah sampai masanya NGO2 seperti Perkasa, ISMA, MPM, Pembela, JMPP etc membuat laporan polis terhadap usaha Zairil KJ menghasut penduduk PP supaya berpisah daripada Malaysia. Pernyataan beliau juga bolwh dilihat sebagai saty usaha pintu belakang untuk memecah-belahkan Persekutuan yang berdaulat. Anak bukan kelahiran Malaysia itu juga telah menyatakan perang dan melancarkan pemberontakkan terhadap Yang di-Pertuan Agong yakni Sultan Kedah kini!

    Zairil KJ patut ditangkap menghasut dibawah Akta Hasutan 1948. Inilah diantara sebabnya mengapa pendatang seperti Zairil KJ mahu akta tersebut dimansuhkan!

    Zairil KJ dan mana2 pengkhianat negara seperti mereka2 yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura patut dihukum setimpal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. Pihak berkuasa harus menyiasat sama wujud atau tidak usaha mendapatkan kuasa autonomi untuk Pulau Pinang sebagaimana yang telah disebarkan.

      Tp spt biasa, bila saja melibatkan DAP, entah kenapa semuanya bergerak perlahan. Lihat sj siasatan ROS ke atas mrk, entah kulat sebesar redwood sudah tumbuh atas fail tersebut.

      Delete
    2. Setuju dengan pandangan di atas, Zairil anak angkat Khir Johari kekasih gelap Dyana Sofia harus ditangkap!!!

      Delete
  2. pemimpin dan raja2 melayu kita tunggulah. dah terlepas nanti baru nak kalam kabut...maaf cakap otak melayu mmg mcm tu. sblm kena duduk dan lihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt tuan. Tgk sj masa Malayan Union dulu, dah terhantuk baru nak terngadah.

      Delete
    2. Melayu Oh Melayu!

      Delete
  3. Kepada pemimpin melayu yang Ada sedikit kuasa sudahlah bersangka baik sepanjang masa dengan bangsa pendatang....selagi bukan dikalangan mereka menjadi p.m bagi satu gunung emas mereka belum tentu menyokong and a...berfikirlah Dan jangan jadi bodoh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu tuan Hamba Allah, berilah apa sjada mrk, tp mrk xkn pernah berhenti meminta sehingga mereka menjadi tuan di bumi ini.
      Krn itulah mrk beramai2 tinggalkan MCA dan Gerakan. Kerana dua parti telah penuhkan kehendak mereka semua kecuali satu, iaitu kedudukan mrk sbg pemerintah.

      Delete
    2. Kalau tak kiasu. Tak tamak haloba. Kalau tak menipu. Tak sah!

      Delete
  4. Kedah patut tuntut kembalikan pulau pinang.harap ada usaha dari kerajaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk yg pakar patut semak dan melakukan kajian penuh teliti supaya perkara ini dapat dijalankan. Jgn sampai terlewat. Mrk akan terus mencabar dan galak mencabar bila kita diam.

      Delete
  5. Ingat Farida Infat Pedra Branca Jatuh Pada Singapura!

    ReplyDelete
  6. Melayu celup ni bila nak mengaku Cina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bila ketuanan cina tertegak di bumi Melayu ni kot?

      Delete
  7. Minta Tuan Blogger Bangkit boleh ikhtiarkan sesuatu agar desakan mengembalikan P.Pinang kepada Kedah ini menjadi satu gelombang yang kuat.Kumpulkan orang Melayu yang menyokong hasrat ini melebihi jumlah peserta pengkhianat negara yang sering berkumpul di ibukota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha itu patut digerakkan oleh ADUN2 kedah, persatuan sejarah dan kerabat2 Di Raja Kedah. Mrk mmpunyai locus standi utk membuat tuntutan. Kami juga akan terus membangkitkan perkara ini sehingga semua yang harus bergerak tetapi lena selama ini, bangkit untuk bergerak menuntut apa yang hak.

      Delete
  8. TOLONG LAKUKAN TINDAKAN SEGERA KEDAH TUNTUT PULAU PINANG. Lagipun pewaris Kesultanan Kedah yang jelas bersambung salasilahnya, KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah masih ada walaupun umurnya telah mencecah 80 lebih, jd tolong jangan lengahkan usaha ini. Ia mesti dimulakn oleh NGO dgn desakan kuat, memorandum sblm disambut tindakan oleh krjn Negeri Kedah.

    KDYMM Sultan Kedah, baginda org yg lembut, jika tidak ada desakan NGO, mungkin usaha ini takbermula.

    INSYA ALLAH moga Pulau Pinang kembali ke dlm wilayah Kedah Darul Aman. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga Kerabat Di Raja Kedah dan Sultan Kedah sendiri rasanya sudah sedia maklum mengenai hasrat pengambilalihan Pulau Pinang utk dikembalikan kepada Kedah.

      Masa yg tepat mungkin sedang diintai supaya apa nyang diusahakan tidak mendatangkan sebarang kesan yg tidak elok kepada banyak perkara lain di dalam negara.

      Setuju, NGO yg berkaitan kedah, kedaulatan Raja2 Melayu dan pro Melayu dan Perlembagaan harus memainkan peranan penting utk memastikan Pulau Pinang kembali ke Kedah.

      Malah kami juga telah difahamkan bahawa usaha2 menjejak semua dokumen berkaitan perjanjian asal dan semua dokumen berkaitan pajakan Pulau Pinang telah diusahakan sejak beberapa tahun lepas.

      Ada sedikit masalah yang berlaku tetapi ia tidak menghalang usaha ini daripada terus dijalankan.

      Kami berharap pasukan baru yg diamanahkan untuj mengumpulkan semua data dan menjejak semua perjanjian ini akan membawa pulangan yg diharapkan lantas membolehkan apa yang dituntut dapat menjadi kenyataan dalam kadar sesegera mungkin.

      Delete
  9. Nak harap kan Sultan....kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk gelak apa mcm tu? Kalau tk kenai Sultan Kedah jgn duk perli2 mcm tu. Kami org Kedah lebih kenai siapa Sultan kami. Insya Allah. Org luaq xpyh nk kacau2.

      Delete
    2. Ted manoff tu apa -- ?

      apa yg hang ada?
      ladang khinzir? kedai arak?

      Delete
  10. Dalam hal ino, In sya Allah Sultan boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  11. xsabar nk tgu pulau pinang di kembalikn kpd kedah...aku sokong 1000%....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti org Melayu menyokong 100% usaha ini.

      Delete
  12. Apakah pemerintah ada pemikiran seperti apa yang kita fikirkan sekarang ? Bukankah pemerintah sekarang lebih menumpukan pemikiran untuk mendapat simpati undu puak bangsa asing demi mengekalkan kuasa? Mereka perduli apa dengan Pulau Pinang yang akan hanyut seperi Singapura. Melayu seperti Zainul KJ itu melayu bertaraf longkan sebenarnya. Melayu seperti itu kalau tak wujud di bumi ini pun tak mengapa.
    Bagai mana dengan para pemimpin UMNO ? ada berani buat usul di parliman ke?
    Mana ada berani. Kalau mereka buat mereka tahu yang mereka akan kering dalam peti undi.

    By;Cikgu"S"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg brlaku Cikgu S. Masing2 berebutkn undi selain Melayu sedang Melayulah sahaja yg mengundi mereka selama ini. Inilah barisan pengkhianat di kedua-dua belah pihak yang selamanya terhegeh2 menyembah gol ini demi sebuah kuasa pinjaman.

      Delete
  13. Perjanjian dgn Sultan masih sah kerana UN mengiktiraf sistem Malaysia Raja Berperlembagaan.

    Oleh kerana DAP mahu mengkaji semula perlembagaan, maka patut juga dikaji hak mengundi, pendatang yang cuba menggugat kedaulatan Negara.

    Ini bukan kerajaan Junta & Diktator.

    Penang juga masih membayar yuran yg tak munasabah kepada nilai semasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mana munasabah jika nilai pajakan lebih rendah dari apa yg Mat Sabu perolehi sbg BOD PBA saban tahun?

      Mrk berani utkbuat cadangan kaji semula kerana mrk tahu politikus melayu sifat mrk spt tikus, sentiasa mencicit sisa2 makanan yang dilemparkan gol tersebut kpd mrk.

      Delete
  14. Habis tu.nak harapkan kau? Kau siapa? Kerabat? PM?

    ReplyDelete
  15. Jika nk hrapkan tidak an dr YB jwbnya tungu Pru 25 pun blum tentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrahnya begitu Tuan Abu Bakar. Cuma kita perlu bangkitkan kesedaran dikalangan YB2 Melayu ini utk sedar bahawa nasib agama dan bangsa mrk kini sedikit sebanyak bergantung kepada keberanian mereka utk mengemukakan serta menuntut sebarang hak.

      Delete
  16. Ahli Ahli politik Melayu semuanya dah kene beli dengan pendatang DAP/MCA/GERAKAN.

    Apa lagi yang nak dibincangkan, berdoa je lah yang diorang ni semua sedar kehancuran yang mereka buatkan untuk kita semua.

    Kumpulkan semua YB YB celaka ni semua dan sepak muka celaka diorang sorang sorang. Sumbat kepala diorang dalam bontot Tuan Tuan Cina diorang.

    ReplyDelete
  17. seharusnya..apa jua aliran politik yg dibawa..perlu kuat dalam hati ..niat dan minda setiap politikus bangsa betapa agama dan kelangsungan bangsa di tanah bertuan melayu ini tetap jadi matlamat akhir..jgn pernah sesekali tunduk kepada kepentingan parti dan bangsa lain

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.