Monday, 26 January 2015

Rotan : Apalah Guna Punyai Kedaulatan Jika Setiap Masa Berada Di Bawah Telunjuk Asing

Jika merujuk semua pesan bijaksana dari pemikir-pemikir agung merentas bangsa dan agama, setiap seorang dari mereka-mereka yang diagungkan ini, ada menitipkan pesan tentang pendisplinan anak-anak bermula dari usia muda.

Tradisi Hebrew yang berpegang kepada kitab suci mereka, memuatkan pesan-pesan yang dinisbahkan mereka kepada kata-kata yang dikatakan mereka dititipkan oleh Raja Sulaiman.
Mendisplinkan sesetengah anak melalui rotan itu penting, supaya anak itu fokus, terhalang dari memusnahkan masa depannya. Catatan di dalan Book of Proverbs, disalin semula sebagai berikut:

Pro 23:13 Don’t withhold discipline from a child; if you punish him with a rod, he won’t die

Pro 29:15 The rod and rebuke bestow wisdom, but an undisciplined child brings shame to his mother.

Pro 22:15 A child’s heart has a tendency to do wrong, but the rod of discipline removes it far away from him. 

Pro 10:13 Wisdom characterizes the speech of the discerning, but the rod is for the backs of those lacking discernment.

Pro 23:14 Punish him with a rod, and you will rescue his soul from Sheol.

Pentingnya pembentukan sahsiah anak-anak, sehinggakan Confucius sendiri pernah berpesan dengan perkara berikut :

 “If your plan is for one year, plant rice. If your plan is for ten years, plant trees. If your plan is for one hundred years, educate children.” 

Jadi untuk memusnahkan masa depan sesebuah negara, ikatlah tangan ibu bapa dan para pendidik daripada mendisplinkan generasi muda mereka. Dalam seratus tahun akan datang, negara tersebut akan hilang nilai pegangan asal dan menempah masa depan yang bakal hancur.

Dalam Islam, manusia dibahagikan kepada pelbagai kategori mengikut tingkat keupayaan psikologi mereka masing-masing.
Al Qur'an membahagikan manusia kepada 4 jenis golongan dan cara bagaimana untuk menangani mereka.

1) Golongan yang matang, boleh berfikir sendiri dan tidak perlukan hujah dan bantuan orang lain untuk dia menyedari tentang hakikat kebenaran.

2)Golongan yang perlukan hujah untuk ditunjukkan perkara yang baik dan buruk. Baik buruk sesuatu perkara itu perlu dijelaskan kepadanya supaya dia faham mengenai pilihan yang ada.

3) Golongan yang perlukan rotan dan hukuman untuk menyedari bahawa setiap perlakuannya itu merosakkan. Mereka dalam golongan ini tidak boleh sedar dengan sendiri, tidak dapat disedarkan dengan hujah dan mungkin hanya akan sedar setelah dihukum dengan undang-undang.

4) Golongan yang bilamana dihukum sekalipun tetap tidak akan berubah dan berdegil dengan perbuatan yang salah.

Mengkelompokkan manusia di dalam satu kategori yang sama dan harus menerima tingkat pembentukan yang sama sejak kecil adalah satu bentuk penindasan hak sesetengah golongan anak-anak ini.

Rotan sentiasa menjadi sebahagian daripada alat pendidikan yang diajarkan di dalam Islam untuk digunakan dalam keadaan tertentu dan dengan cara penggunaannya yang tertentu.

Merotan anak-anak di dalam Islam, janganlah dibayangkan sebagaimana pesalah jenayah sivil disebat oleh tukang sebat penjara.

Mendisplinkan anak melalui tindakan merotan sentiasa menjadi antara pilihan akhir setelah semua cara yang lebih lembut tidak berjaya mendisplinkan mereka.



Apabila Menteri Pembangunan Wanita mengumumkan bahawa perbuatan merotan anak-anak bakal dijadikan sebagai satu tindakan jenayah, maka semua pihak sudah dapat mengagak bahawa cadangan tersebut bakal mengundang kontroversi dan bakal mendapat respons dari pelbagai pihak.

Ramai pihak telah tampil menegur, menasihati, memprotes malah ada juga yang menempelak tindakan Kementerian tersebut yang seolah-olah bertindak secara unilateral tanpa berbincang dengan semua stakeholders dalam isu ini.

Pihak kementerian yang terpukul dengan respons mendadak ini kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan apa yang mereka cuba maksudkan dengan pengumuman Dato' Rohani Abd Karim.

Pihak yang biasa dengan Convention on the Rights Of Child (CRC), menyatakan pihak kementerian tersebut telah menyuntik kekeliruan tentang wujudnya khayal obligasi bahawa mana-mana negara yang telah menandatangani CRC tersebut, mereka diwajibkan untuk menjalankan perkara -perkara yang dipersetujui di dalamnya.

Sedangkan, menurut sumber ini, tidak tercatat sebarang pernyataan jelas di dalam CRC tentang pengharaman sebarang hukuman badani (corporal punishment). Yang ada cumalah rekomendasi dari pihak CRC tentang cadangan supaya sebarang bentuk huikuman badani diharamkan di sekolah-sekolah dan di dalam unit keluarga.

Jadi, pihak Kementerian seharusnya terlebih dahulu membuat semakan dan merujuk kepada pelbagai pihak yang menjadi stakeholders dalam isu terlebih dahulu.

Memahami tindakan mengharamkan perbuatan merotan sebagai salah satu bentuk didikan ke atas anak-anak  juga merupakan antara perkara yang menjadi tuntutan kepada kumpulan COMANGO sebelum ini, maka pihak-pihak seperti CENTHRA yang menjadi antara medan hadapan semasa Semakan Berkala Sejagat (UPR) berlangsung sebelum ini, harus juga didekati kementerian untuk mendapatkan pandangan dan konsultasi supaya isu CPR ini dapat ditangani dengan baik.

Ia supaya negara ini, diperintah dan dibentuk mengikut acuan kita sendiri dan bukan di bawah telunjuk pihak lain.

Apalah guna punyai kedaulatan jika hidup sentiasa di bawah telunjuk orang lain.


17 comments:

  1. Najib Najib pilih menteri pun menteri BANGANG
    Tak pegang ke Hadith2 Nabi.
    Pepatah Inggeris
    "Spare the rod , spoil the child"

    Menteri BANGANG mahu anak2 generasi masa depan anak2 derhaka Ke ?

    Kalau Menteri BANGANG mahu bersikap LIBERAL tak usah berselindung dengan tudung.
    Jadi pengikut SIS (Satan In Sisters) lebih bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepatah Melayu, Sayangkan Anak Tangan-Tangankan..

      Mrk2 yg berada di dalam kerajaan perlu membudayakan cara berbincang dan bersemuka dgn kesemua stakeholders sebelum membuat apa2 keputusan dan pengumuman berkenaan sebarang perubahan yg boleh berikan kesan kepada rakyat.

      Sudah beberapa kali pemeringah dilihat terlalu gopoh dan seperti syok sendiri mengumumkan sesuatu, lantas terjerat dalam polemik yang akhir mendesak pemerintah untuk membatalkan apa yg diumumkan sebelumnya.

      Pemerintah harus belajar dari kesilapan demi kesilapan ini dengan segera.

      Delete
  2. Apsal la klam kabut nak tunjuk diri subservient to arahan dan kehendak asing. Tuhan bagi otak, cernakan buah fikiran sendiri utk kebaikan unik kita kt sini. Tak perlu terhegeh2 tunduk pd desakan asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas nampak gopoh dan kelam kabut sehingga memerlukan satu lagi press statement untuk mententeramkan stakeholders yg naik marah.

      Delete
  3. Saya tak rasa menteri tu nk ikut telunjuk asing. Cuma mungkin dia gopoh buat kenyataan pasal hasrat kementeriannya. Rasanya lebih kpd nk melindungi kanak2. Cuma dia kena engage stakeholders sblm buat statements.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kecenderungan utk melindungi kanak2 itu sehingga gopoh dlm membuat pengumuman dan deraf tersebut kami boleh bersetuju.

      Tetapi di dalam bab gopoh mahu menurut telunjuk pihak asing, kita boleh baca sendiri dr statement yg dibuat YB Menteri sendiri. kami Quote semula seperti di bawah :

      “Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut."

      - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rotan-anak-bakal-jadi-kesalahan-jenayah-1.52107#sthash.5GmtVGWs.dpuf

      Delete
  4. She just wanna be femes y'olls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Starting from yesterday, she tops the rank of Malaysia Most Infamous person..

      Delete
    2. Along with PM kan?

      Delete
  5. bila la semua menteri kabinet najib n najib sndri nak bertukar

    dah malas dah nak hadapi benda bodoh dan semakin dungu kat malaysia ni

    menteri2 tu mmg semua bodoh ke sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dari beberapa tahun lepas, barisan kabinet yg dilantik PM sentiasa tidak sunyi dgn keputusan2 dan cadangan2 x masuk dek akal.

      Seolah keliru dan tidak faham akan perkara yg nperlu diutamakan. Terlalu kerap mengejar puji dan populariti yg akhirnya akan merebahkan mereka sendiri.

      Delete
  6. Inilah yang berlaku apabila kita menjadikan negara kita 'Moderate' ciptaan barat.

    Dunia begitu pantas menuju kearah satu kerajaan, satu undang undang.

    PBB dijadikan batu loncatan untuk mengenengahkan idea idea 'Moderates' yang tak masuk akal sambil memaksa negara negara lemah menandatangani perjanjian perjanjian yang berat sebelah dan menekan Islam secara tidak langsung.

    Malaysia, sebagai negara pak turut, bersama sama dengan pemimpin-pemimpin yang mahu menonjolkan dirinya(dengan cara menjilat) diperingkat antarabangsa dengan senang hati menandatangani segala galanya.

    Najib, Anwar, Hadi dan juga Guan Eng berterusan menggasak umat Islam/Melayu dengan cara yang berbeza agar memastikan kita tidak mempunyai pilihan melainkan menjadi pengikut dalam rentak arus perubahan dunia yang didalangi oleh kelompok zionis yang bertopengkan kepentingan manusia.

    Semenjak zaman dahulu-kala lagi orang Melayu senantiasa ditipu didalam setiap perjanjian, Perjanjian manakah yang menguntungkan umat Islam/Melayu secara general ? ya, TIADA.

    Tiada siapa yang akan mengaku mereka menyokong ideologi zionis, tetapi ideologi zionis bukanlah satu ideologi yang nyata, ianya adalah ideologi yang meresap di dalam pemikiran kita secara halus menerusi media dan perbincangan intellektual yang mengenepikan pandangan Al-Quran dan Hadis secara total.

    Kita mesti bersikap kritikal terhadap cadangan cadangan yang membunuh jiwa Islam dan adab tatasusila bangsa kita. Sekiranya tidak, tanpa kita sedari KITA ADALAH MEREKA.

    Ingat, selagi golongan golongan Elit dan YB YB Melayu/Islam/Bumiputera sebok menjilat tuan tuan Cina Cina Ekstremis Kapir DAP/MCA/GERAKAN, selagi itulah kita akan digasak dan dibentuk menjadi MEREKA.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina CIna Kapir Ekstremis DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan. Sebenarnya seluruh dunia sedang dibentuk untuk berada di dalam satu bentuk keseragaman pemikiran, budaya dan kepercayaan sebagai satu persediaan besar nanti.

      Ia supaya seluruh dunia bakal seragam memeluk satu agama universal berasaskan prinsip2 yg telah digariskan oleh bakal "raja dunia" yang akan muncul tidak berapa lama nanti.

      Dialah Dajjal dan kita semua sedang melihat penyeragaman ini sedang dibentuk dengan deras dan pantas diseluruh dunia.

      Negara kita tidak terkecuali.

      Delete
  7. Mmng la mntri bangang dn bongok. Kputusn crc ni d smbut dgn hbatnya tp hukum Allah tk brapa nk respon. Shabt kta pkai tudung apa yg hbatnya ? Tudung ni mcm2 - tudung tngkap, tdung priuk,tudung meja dn bnyk lg tudung tp yg d tuntut islam adalh tutup aurat. Tdung mcm ni bkn mnutup aurt tp hanya feshon. So jgn kliru dn mnglirukn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tudung, Allah sj yg layak menilai apa yg diniatkannya.

      Tetapi bab mahu terus tunduk kepada undang2 ciptaan asing, kami bersetuju dgn pandangan Tuan. Sibuk dan begitu pantas mahu Sami'na wa Atoqna dgn telunjuk asing. Bila bab hukum Islam, kadang2 buat2 lupa.

      Delete
  8. Salam tuan ben...kita takot ada byk lagi perjanjian atau apa sj yg ditantatangani yg bodoh seperti CRC ni oleh menteri yg tidak ada otak utk memikirkn sblm ditantadatgani bg malaysia...sy rasa semua org islam tahu kot rotan bg mendidik itu perlu dlm islam...persepsi sy ini salah dan baru sedar ada menteri agama islam yg xtahu lansung benda basic mcm ni..mcmanala nk pimpin malaysia?..teringat pepatah melayu,bapa kencing berdiri anak kencing berlari,bapa borek anak rintik...dll...klau menteri ygdlantik pun pening ttg islam..doakn perdana menteri yg melantik tu xpening ttg islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan Hamba Allah.

      Ya.. setuju dgn tuan. Kita semua gusar dgn apa lagi perkara yang telah ditandatangani tetapi masih belum meletup disebabkan masih dirahsiakn.

      Kita perlukan pemimpin yg mengambil berat mengnai akidah dan maruah negara mengikut acuan Islam dan bukan pemikiran2 ciptaan manusia.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.