Wednesday, 21 January 2015

Pesan Mendiang Karpal Singh Mengenai Zaid Ibrahim

Kerap benar Zaid Ibrahim meracau lewat ini. Minggu lepas, beliau berkhutbah di dalam kolum mingguannya di dalam The Star mengenai respons Muslim berkenaan provokasi yang dilakukan Charlie Hebdo. Ya, kami mengaku sebahagian kecil daripada apa yang dikatakannya adalah betul.

Tetapi 90% isikandungan penulisan tersebut, tidak lebih dari racauan seorang jenazah politik, menggunakan baki hayat politiknya yang ada, untuk terus mempromosikan dirinya sebagai seorang yang sangat relevan dalam arus pemikiran modern rakyat Malaysia.



Beliau berkhutbah mengenai kekuatan imperial barat dengan segala jenis persenjataannya, teknologinya yang tidak mungkin dapat ditewaskan Muslim. Apabila beliau berhujah bahawa pendekatan intelektual harus diambil untuk mendepani perbuatan seumpama perbuatan Charlie Hebdo, kami tiada masalah untuk bersetuju dengannya. Malah umat Islam secara majoritinya telah lama menggunakan pendekatan intelektual untuk berdepan dengan penghinaan demi penghinaan oleh segelintir di barat yang sentiasa berat sebelah. Hanya sekiranya Zaid Ibrahim membuka sedikit mindanya daripada acuan pemikiran serta persepsi terhadap Islam yang dibentuk oleh CNN, BBC, Al Jazeera dan sebagainya, maka beliau akan melihat, keganasan yang dipotretkan sebagai dlakukan oleh umat Islam, hanyalah satu daripada beberapa usaha propaganda media bagi memburukkan Islam. Umat Islam telah lama percaya dan mengamalkan respons dan tindakan secara intelektual ketika menghadapi penghinaan demi penghinaan ke atas Islam. Jika tidak, tentu sahaja Paulsen sudah lama menjadi abu dan bergelar mendiang.

Jeneral Perang terkenal dunia. Napoleon Bonaparte, pernah berkata :

“There are but two powers in the world, the sword and the mind. In the long run the sword is always beaten by the mind”
Mungkin beliau tahu, atau mungkin beliau benar-benar tidak tahu, bahawa respons Islamufobia yang sedang melanda barat, dengan segala false flag yang dijadikan catalyst kepada sikap tersebut, berpunca dari kemaraan pertambahan jumlah penduduk Islam dan pemeluk agama Islam di negara-negara Barat.

Setiap kali setiap ketamadunan manusia mencapai tahap super modern dan tinggi, mereka terdedah kepada perasaan mesra dan dekat kepada agama Islam.

Kristian tempat suburnya ialah di hutan-hutan yang terceruk di mana manusia belum mencapai tahap pemikiran bertamadun tinggi. Lihatlah di mana gerakan evangelis menumpukan kegiatan mereka. Mereka aktif di negara-negara yang porak peranda, negara ketiga dan hutan-hutan tebal di mana sistem pendidikan untuk manusia di sana berada dalam situasi yang sangat bermasalah.

Sebaik manusia mencapai tingkat ketamadunan dan pemikiran tinggi, mereka meninggalkan agama Kristian dan menjadi Ateis. Tetapi kebanyakannya menjadi Ateis dalam tempoh tidak lama. Sebaik mereka ketemui Islam, mereka memeluk agama itu dengan penuh sukarela. Maka jadilah apa yang sedang ditakuti barat iaitu pengIslaman Barat sedang berlaku dengan pantas. Maka muncullah kumpulan-kumpulan seperti PEGIDA di Perancis yang menentang pengembangan Islam di sana.

Jika ada yang berpersepsi Islam berkembang dengan mata pedang, sesungguhnya mereka itu silap. Islam sebenarnya berkembang dengan sesuatu yang lebih tajam dari mata pedang, iaitu penulisan dan ilmu. Sebaik masyarakat menjadi masyarakat berilmu, mereka dekat kepada Islam.

Itulah juga yang sedang berlaku sebagaimana janji Allah di dalam al Quran. Islam akan datang dan mengecilkan sempadan-sempadan mereka sedikit demi sedikit. Jika itu yang dijanjikan Allah, maka jadilah apa yang dijanjikan-Nya itu.

Barat sedang kalah dalam menyekat perkembangan Islam. False Flag 11 September yang disasarkan untuk dijadikan alasan bagi penawanan Afghanistan dan mengembangkan budaya Islamufobia di dunia, sebenarnya menyemarakkan lagi minat-minat manusia di barat untuk mendekati Islam. Begitu juga nanti dengan peristiwa Charlie Hebdo ini.



Zaid Ibrahim juga cuba menjadi juara isu K-Pop. Oleh kerana pihak Jabatan Agama Islam Wilayah dilihat cuba menjalankan tanggungjawab mereka berkenaan isu gadis-gadis Islam yang berkelakuan diluar batasan semasa konsert K-Pop, Zaid Ibrahim dan beberapa rakan liberalnya terus mara ke hadapan memberikan tekanan kepada JAWI. Dengan hujah-hujah yang tidak masuk dek akal yang waras, kita semua tidak dapat tidak, berasa janggal dan hampir memuntahkan ketawa melihat begitu beria Zaid Ibrahim bercakap mengenai etika dan sebagainya. Sebuah portal melaporkan, Zaid Ibrahim menyatakan adalah tidak elok menolak pelawaan pelukan pihak lain. Melihat racauannya kali ini, kami bersepakat untuk bersetuju untuk menyatakan bahawa pesan Karpal Singh satu ketika dahulu mengenai Zaid Ibrahim, adalah sangat betul dan tidak perlu dipertikaikan. Pandangannya pernah dimuatkan di dalam Roketkini.




Benarlah kata-kata mendiang Karpal Singh. Zaid Ibrahim memang tidak relevan.

8 comments:

  1. Kaki mabuk publisiti ni.

    ReplyDelete
  2. Dia dah sapu kontrak umno berjuta-konon lani nk jd champion hak asasi. Berapa bnyk ibu jari yg dia pijak dulu?!

    Kata dulang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kaya dan membesarkan kekayaan kerana beliau seorang Melayu dari parti Melayu memerintah.

      Tak perlu cakap banyak jika dasar affirmatif itulah yang menjadikannya sepertimana kedudukannya pada hari ini.

      Cuma sayang, manusia memang mudah lupa pada asal usul.

      Delete
  3. X pyh layan dia ni Ben.

    Semua org tau dia sapa. Semua org tau dasar pro melayu la yg bagi dia jd too phat.
    Alih2 nak tunjuk hero. Perasan. Mak jadi mufti golongan liberal ka zaid oi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sudah mula cuba tonjolkan dirinya sebagai pihak yang boleh dijadikan poster boy golongan liberal.

      Delete
  4. Selagi ada golongan golongan elit bangsat dan YB YB bangsat yang selesa bersama golongan 'Moderate' yang bencikan semua benda yang membawa kepada pembentukan akhlak dan moral yang mulia, selagi itu Cina Cina Ekstremis Kapir DAP/MCA/GERAKAN akan bergerak maju menuju cita-cita kurang ajar mereka.

    Zaid, aku berdoa agar Allah SWT membuka hati kau agar kembali mendalami ilmu Allah SWT dan menjadi pejuang kebenaran yang sebenar. Aku dah jumpa ramai orang macam kau ni, kau mungkin baik, tetapi buta ugama, maka kau terikut ikut segala dondongan ilmu dan moral barat mengikut akal hati nafsu fikiran terbatas manusia semata-mata. Kembalilah ke jalan yang benar sebelum terlambat.

    Kepada golongan golongan Elit bangsat dan YB YB bangsat dari UMNO, PAS dan juga PKR. Kami golongan majoriti semua tahu dan faham betapa lazatnya menjilat Cina Cina Ekstremis Komunis Kapir DAP/MCA/GERAKAN. BERHENTILAH dan KEMBALILAH ke jalan yang BENAR. Jangan paksa kami kembalikan kamu semua kepada jalan yang BENAR.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina CIna Kapir Ekstremis Komunis DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Doa itu, Kami turut sama aminkan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.