Friday, 16 January 2015

Meruntuhkan Islam Dari Dalam Semenjak Zaman Firaun

Oleh : Imran Haaz


Merosakkan Islam dari dalam sudah menjadi Modus Operandi sejak zaman berzaman. Masjid Dhirar yang dibina dengan dana dari Kristian yang mahu menghancurkan Islam dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam, sepatutnya menjadi satu peringatan yang berterusan diingati oleh kita semua. Abu Amir al Rahib, seorang paderi Kristian mendanai pembinaan masjid tersebut utk merosakkan Islam dari dalam. Dia mendapat sokongan Superpower Dunia pada ketika itu, iaitu Rom Timur. Walaupun ia sebuah Masjid, Rasulullah s.a.w. mengarahkannya dibakar dan dimusnahkan kerana kewujudannya mewujudkan pecahan jemaah yang merosakkan perpaduan umat Islam.


Kita juga tidak lupa dengan golongan Yahudi Bani Qainuqa yang dihantar memeluk Islam untuk merosakkan Islam dari dalam. Siapa boleh lupa dengan nama-nama Yahudi dalam pakaian Islam ini :


1. Sa'ad bin Hunalf.
2. Zaid bin al Khusait.
3. Nu'man bin Aufa.
4. Utsman bin Aufa.
5. Rafi' bin Harimalah.
6. Rifa'ah bin Zaid at Tabut.
7. Silsilah bin Burham.
8. Kinanah bin Shuriya'..


Mereka-mereka ini memeluk Islam, menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan oleh nabi, hadir di dalam perbicaraan orang-orang Islam dengan niat kemudiannya mahu memperlecehkan apa yang diperkatakan dan merosakkan Islam dari dalam.

Ini Modus Operandi biasa. Ia sudah berlaku sejak zaman Al Samiri merosakkan orang-orang Islam Bani Israel ketika Musa a.s. bertamu kepadaTuhannya. Ia sudah berlaku ketika Yahudi menghantar Saul dari Tarsus untuk merosakkan Islam semasa zaman Isa a.s. dari dalam. Ia sudah berlaku sejak zaman Abdullah bin Saba' merosakkan Islam semasa zaman para sahabat dari dalam. Ia akan terus berlaku sehingga kiamat.

Parasit-parasit ini akan terus berulat dan beranak pinak di dalam mana-mana gerakan Islam tidak kira sekuat dan sehebat mana mereka. Ini satu Modus Operandi biasa.


Pada 1990, gerakan-gerakan Kristian Malaysia bergabung untuk melancarkan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation). Dalam perbincangan mereka, mereka mengatakan perkara utama yg menghalang pengembangan agama Kristian di Malaysia ialah perebutan antara parti pemerintah dan pembangkan pro-Islamnya yang masing-masing mahu menjadi juara isu Islam. Jika kedua-duanya terus berebut mahu menjadi juara pada mata hati umat Islam, maka yang akan rugi ialah golongan bukan Islam. Apabila perkara ini disebut sebagai perkara yg menghalang perkembangan agama mereka, maka bagi yang memahami bahasa tersirat mereka, akan memahami bahawa apa yang mereka maksudkan sebenarnya ialah, salah satu daripada kedua entiti ini perlu dilumpuhkan semangat Islam mereka.

Mereka cuba melumpuhkan UMNO, tetapi tidak berhasil. Mereka cuba lumpuhkan PAS semanjak itu, tetapi tidak berhasil.

Sehinggalah kemunculan satu entiti luar tabii pada 1999 di muka bumi Malaysia. Pergaduhan dan perebutan UMNO dan PAS berkenaan isu Islam sentiasa menguntungkan umat Islam pra 1999. Apabila masing-masing mahu menjadi juara Islam, yang untung ialah umat Islam yang sentiasa mendapat laba. Tetapi apa yang berlaku pada 1999 sangat berbeza, kemunculan Entiti Jahat ini, menyebabkan semangat berlumba-lumba untuk Islam menjadi pudar. PAS diterobos kolumn ke lima. Ahli-ahlinya secara iba-tiba meningkat sekali ganda.

Melihat perkembangan ini, lalu gerakan Kristian mula mencongak bahawa ini adalah satu peluang untuk menjalankan apa yang gagal selama ini.

Tahun 2001, Dato' Lew Sipp Hon menulis sebuah artikel di dalam Buletin NECF. Tajuknya "CHRISTIANS AND POLITICAL REALITIES". Penulisan itu antara lain membincangkan peranan yang boleh dimainkan serta digerakkan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk memperjuangkan agenda mereka. Bagaimana gerakan Kristian boleh menguasai pentas politik dan menerobos masuk ke peringkat-peringkat kuasa di negara ini.

Beliau menegaskan, kejadian tahun 1999 perlu diberi perhatian. Inilah pertama kali dalam sejarah, kuasa Politik orang melayu-Islam mula tergugat. Apa jua agenda yang mahu dijalankan, perlu mengambil kira peluang keadaan ini.

Beliau juga menceritakan bagaimana Kristian boleh menguasai politik di Malaysia. Beberapa cara telah beliau sebutkan termasuk memasuki parti-parti politik spt DAP dan MCA untuk menguasai mereka dari dalam.

Beliau berpesan, kumpulan Kristian harus mengelakkan konfrontasi terbuka dengan sentiasa membiarkan pihak lain berjuang untuk mereka. Be a strong pressure group but stay on the sidelines. Be in the corridors but not in the front line. Itu antara nasihat-nasihatnya.

Untuk menyusup ke puncak kuasa dengan selamat, salah satunya ialah dengan membiarkan orang lain menyalak untuk pihak mereka.

Pada ketika itu, kita tidak nampak akan ada golongan Islam, apatah lagi yang sentiasa dirujuk sebagai sarjana Islam, sanggup menjadi mouthpiece dan tukang salak kepada gerakan Kristianisasi negara. Tetapi dekad selepas millennium ini menyaksikan apa yang dikatakan Dato' Lew itu telah berjaya dijalankan dengan jayanya.

Benarlah iman tidak dapat diwarisi.

Entah kenapa tiba-tiba muncul figura-figura seperti Khalid Samad, Saifuddin Abdullah, Mujahid Yusuf Rawa dengan gagasan politik baharu mereka, sangat-sangat terasa apabila orang Islam cuba berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kasabaran?

Sila Baca A.Karim Omar : Apakah Mujahid Yusuf Rawa Meludah Ke Muka Almarhum Ayahandanya Sendiri? 
Melihat apa yang berlaku ini, baharulah kita faham sebahagian lagi rasional kenapa Umar al Khattab r.a. menolak untuk bersolat di dalam gereja ketika ditawarkan satu ketika dulu. Lihatlah apa yang berlaku kepada golongan yang ketagihan publisiti gereja dan keseronokan fellowship gereja.



Mereka perasan seolah-olah mereka itu golongan rasional dan terbuka, sedang umat Islam yang lain terasa dugal dan mual melihat wajah mereka.

Pautan Asal :

10 comments:

  1. lani, lagi ramai puak insider yg dihantar KAF dan sekutu2 depa utk buat kacau dalam Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu ramai sebenarnya Tuan. Tahun 2014, satu per satu mereka muncul.

      Delete
  2. heran betol. x habis2 muka sama. Ada baiah terselindung dgn geng evangelis ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia. Produk yang sudah beberapa kali di recycle. Hampas tebu yg sudah tak boleh diperah, terus diperah berkali2 lg semata2 mahu menunjukkan diri mrk punya sokongan dari kalangan umat Islam.

      Delete
  3. Modes operandi orng kafirin ialah pccah dulu bru printh. Ombk ini sdng mlnda ngra umt islam sluruh dunia tmasuk m'sia. Dlm pati yg mmrinth sdr atau tdak bibit prpcahn sdng bjalan dgn wujudnya golongan liberal, plurulisme, atheis, syiah dn lain2 fhman yg brtntngan dgn syariat islam. Bgitu jga dgn pktn rkyat khusus pati pas dh pch trok. Ini yg giat d srang oleh msuh islam untk jln msuk mmcahkn ksatuan ummah yg scra tdak lngsung mlemhkn kkuatan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Tuan. Itulah MO sejak zaman berzaman. Kita mesti ambil pendekatan tegas spt yg diambil oleh Rasulullah s.a.w. spt dalam kes Masjid Dhirar supaya taktik2 ini berjaya dikekkang dan tak jadi barah dalam masyarakat.

      Delete
  4. puak2 NED yg memberi dana ini bukan ada agama..mereka cuma mewujudkan 2 puak yg berbeza, sama kuat untuk dilagakan pada suatu hari.

    Contohnya jika Malaysia mengawal harga Gas Asli- dan hanya memberi hak kepada China untuk beli, maka kekacauan boleh di buat berdasarkan perang Islam -Kristian.

    Semua penyebar agama ini akan berasa MULIA mempertahankan agama. (askar percuma).

    Lihat bagaimana Anwar menawarkan syurga - PTPTN free, kita sebenarnya kaya, orang menindas kita, seperti LGE- Cina dihimpit BN, sepatutnya kita selesa.

    dll. maka jutaan pengikut kana keluar beramai2 membela diri untuk SYURGA itu. Bila Menang Pilihanraya- Kepala2 & Kroni ini sahaja yg dapat SYURGA itu. yg macai- rumah dirobohkan.

    Jaga2 agenda Kristian ini, banyak juga manusia yang dah menghidu busuknya- malangnya ada juga yg mengimpikan dapat Kawin OMputeh (Syurga PASLU) untuk masuk kristian, walau sampai mati tak kawen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tuan. Mrk melakukannya krn berebut kedudukan strategik dlm menempat diri sebagai penguasa dunia. Kristian digunakan sbg tools. Mrk tidak beragama sebenarnya spt kata tuan.

      Inilah dia gerakan dajjal. Sentiasa datang menawarkan Sorga ketika kesengsaraan itu juga merupakan asakan mereka ke atas kita suipaya kita sentiaaa menghimoikan sorga bersama mrk.

      Delete
  5. Satu lagi artikel BERNAS - T''KASIH sdr. Imran Haaz!

    MO PENYAMARAN sbg. Islam oleh puak PENGGANAS Yahudi/Kristian jugalah yg. menyebabkan K'jaan Islam RUNTUH di Andalusia/Barat dahulu!

    Mek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami akan dptkn bbrapa lagi penulisan beliau dan kongsi di sini.

      MO kuda trojan ni semakin jelas pada tahun 2014 bila mana satu persatu kuda trojan mrk mendedahkan diri mereka sebaik ketua gerakan dajjal hampir mendarat ke bumi Malaysia pada tahun lepas Mek.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.