Tuesday, 13 January 2015

Menjalankan Agenda Amerika Di Bumi Malaysia?

Kami telah mendedahkan sebelum ini, yang pertubuhan seperti Lawyers  For Liberty dengan Pengarah Eksekutifnya yang mencetuskan kontroversi dengan provokasi demi provokasi ke atas Islam, merupakan pertubuhan yang mendapat suntikan dana dari National Endowment For Democracy (NED) sejak dari awal penubuhannya. Tidak hanya terhad kepada LfL, terdapat beberapa pertubuhan lain yang didanai NED yang sentiasa berusaha menjalankan provokasi ke atas umat Islam di Malaysia. Antaranya Islamic Renaissance Front (IRF) di bawah Dr Farouk Musa. Bangkit..info telah beberapa kali mendedah aktiviti demi aktiviti provokasi mereka-mereka ini.

Untuk kali ini, kami kongsikan penulisan Tuan A Karim Omar mengenai aspek pendanaan NED dan juga beberapa pautan lama yang sangat berinformatif dari laman web AIDC.com berkenaan LfL. Berikut penulisan Tuan A Karim Omar:

*****************

Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?


Apabila ada suara-suara jahat yang sengaja membuat provokasi di Tanah Air kita, yang sebelum ini aman penuh toleransi hinggakan kaum pendatang boleh hidup kaya raya, kita tercari-cari punca dan kenapa mereka semakin berani. Apakah masing-masing mereka berseorangan atau mereka semua itu bergerak dengan langkah tersusun diokestrakan oleh perancang (atau para perancang) yang sememangnya memusuhi kita.
Allah S.W.T. sudah pun memberi peringatan kepada kita, dalam ayat 120 surah Al Baqarah, tentang musuh yang nyata dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita sehingga kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat?Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam 
anjing suruhan AmerikaKenyataan yang dibuat oleh Eric Paulsen, Lawyers for Liberty (LfL) dan kemudian disambut oleh Ambiga yang menuduh JAKIM sebagai mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat (dalam khutbah) adalah suatu yang boleh diduga dan dibuat dengan tujuan tertentu.
Ambiga seolah-olah sudah pun menantikan tindakan kerajaan sambil berbangga mengatakan jika Eric didakwa, ianya memberi peluang untuk mereka “merobek-robekkan” teks khutbah di mahkamah nanti. Apa maksud dan kesinambungan provokasi demi provokasi ini?
Eric mengaku bahawa beliau adalah pengasas LfL dan menjadi Pengarah Eksekutifnya. Untuk mengerakkan sesuatu badan sedemikian, bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana? Mungkin ada yang zahir dan mungkin banyak lagi sumber dana yang diterima secara senyap-senyap.
BUKTI?
Yang terzahirnya ialah agensi beliau, LfL dibiayai sebanyak lebih RM150,000 setahun. Dia dibayar oleh sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat sebanyak USD45,000 setahun. (45,000 x 3.5 = 157,500). Ini yang dapat diakses oleh semua orang apabila membaca laporan tahun National Endowment for Democracy (NED).
LfL-diupah Amerika
[klik pada imej untuk paparan lebih besar bagi memudahkan untuk baca perincian dari laporan tahun NED 2011, 2012 dan 2013]
NED adalah sebuah badan yang ditubuh oleh kerajaan Amerika Syarikat pada zaman Presiden Reagan lagi. NED ditubuhkan selepas persepsi negatif terhadap CIA di akhir-akhir tahun 70an (akibat kerja-kerja jahat menjatuhkan kerajaan sah di beberapa buah negara dunia ketiga) dan kerana terbongkarnya krisis CIA Iran-Contra. NED bergerak secara terangan berbanding dengan CIA secara sulit. Namun gerak kerja dan misi utama mereka ialah untuk menjadi Amerika Syarikat satu “super-power” yang setiap negara akan tunduk dengan gerakan “demokrasi” ala mereka.
Dan itulah sebenarnya yang sedang mereka lakukan di Tanah Air kita. NED terlibat dari awal penubuhan “BERSIH”. Mereka telah melatihkan aktivis 2-3 tahun sebelum orang ramai tahu adanya BERSIH dan orang-orang Melayu diperbodohkan diajar dan dilatih untuk menghina pemimpin mereka sendiri. Kursus pertama yang dianjur NED untuk BERSIH ialah pada Februari 2005. BERSIH pertama berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara pada November 2007 (perancangan yang mengambil masa hampir 3 tahun!).
Ini apa yang disebut oleh William Blum tentang gerak kerja NED:
 The idea was that the NED would do somewhat overtly what the CIA had been doing covertly for decades, and thus, hopefully, eliminate the stigma associated with CIA covert activities
Professor Allen Weinstein, seorang pengerak awal yang utama untuk NED, berkata pada 1991 dalam tembual di Washington Post:
… a lot of what we do today was done covertly 25 years ago by the CIA …
JELAS bahawa matlamat dan tujuan penubuhan NED ialah mengantikan peranan CIA dan dilakukan secara “lebih terbuka”.
Senarai dana yang diterima Eric Paulsen dan LfL di atas hanyalah sebahagian – yakni sebahagian dari apa yang disiarkan dalam laporan tahunan NED. Yang disorok – entah berkali ganda lagi.
Maka, orang-orang yang mempunyai agenda JAHAT yang cuba merosakkan kedamaian yang telah kita kecapi di Tanah Air ini hanya melaksanakan kerja mereka kerana diupah. Perancangan JAHAT mereka MESTI disiasat oleh pihak berkuasa. Tangkap dan penjarakan pengkhianat negara yang sengaja mahu melakukan kucar-kacir bagi tujuan untuk memudahkan campur-tangan asing nanti.
Pautan asal :



4 comments:

  1. Apasal pula puak2 ni tidak kena AMLA? Bank Negara apasal nak tangkap mamak money changer saja, money laundering daripada sumber2 subversif daripada US dsbnya haruslah disekat sama.

    Jangan tunjuk berani dengan mamak money changer saja BNM!

    ReplyDelete
  2. Seolah terdapat kekebalan tertentu pihak2 yg didanai olehn US ini.
    Sbg contoh, IRF beberapa kali yelah didedahkan mengimport tokoh2 dgn pemikiran sesat ke sini, tetapi sehingga hari ini IRF bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
    Malah org kuan pemerintah juga iaitu Saifudiin Abdullah, kerap dilihat terus bekerjasama dgn mereka2 ini.
    Semua ini perlu disiasat.

    ReplyDelete
  3. Tubuhkan skuad rahsia bagi menggaibkan mereka ini satu persatu..us tak boleh ambil tindakan kerana tade bukti..kalau us bising tanya kat depa pasal mh 370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jalankan apa yg dibenarkan undang-undang untuk dijalankan.. selebihnya biar apa yang ditakdirkan Allah untuknya untuk berlaku secara naturalnya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.