Thursday, 22 January 2015

Madrasah Dipantau Rapat, Taliban Vernakular Siapa Pula Pantau?

Dimuatkan dalam berita semalam, pihak Polis meletakkan usaha untuk memantau Madrasah-Madrasah di negeri Kedah. Mungkin trauma dengan filem-filem False Flag Hollywood yang dipertontonkan dalam CNN, BBC, Aljazeera, maka pihak berkuasa pun bergeraklah mengikut minda yang terprogram untuk terus percaya bahawa pusat-pusat pengajian agama itu, tempat membiaknya terorisme.


Juga terbit dalam berita semalam, seorang lelaki bukan Islam, membaling sebotol Molotov cocktail, entah “madrasah” manalah yang dia belajar sehingga menunjukkan sikap militan yang boleh mengancam keamanan negara?



Jika madrasah-madrasah mahu disinonimkan sebagai pusat terbitnya terorisme, bagaimana pula dengan ekstremis-ekstremis yang semakin bercambah yang tumbuh subur dari sistem vernakular negara. Siapa pula yang pantau mereka? Atau semua yang datang, terbit dan muncul dan bersekutu dengan apa sahaja vernakular mempunyai satu tempat istimewa dari segi undang-undang dan Perlembagaan sehingga kelihatan terlalu kebal pada setiap masa? 

Sampai membaling Molotov Cocktail ke masjid, kalau bukan ekstremis lagi, entah apalah gelaran yang lebih sesuai untuk merujuk tindakan tersebut? Atau sebenarnya beliau menjalankan hak asasi istimewanya sehingga tiada kritikan keluar dari mana-mana peguam perasan peguam hak asasi seperti Eric Paulsen, Ambiga, N Surendran dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan Taliban-Taliban Gereja yang muncul dari gerakan evangelis pelampau yang sentiasa cuba meletakkan perhubungan agama di negara ini dalam keadaan ultra panas? Siapa pula yang memantau mereka?

Kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak Polis kerana berjaya mengesan serta manahan pelaku khianat dengan molotov cocktail terbabit. Kami akan sentiasa menyokong tindakan pihak berkuasa terutamanya Polis apabila mereka bertindak adil dan tepat dengan Perlembagaan dan bidang kuasa mereka. 

Tetapi dalam hal pemantauan ini, kami mohon pihak Polis juga meletakkan pemantau-pemantau mereka di sekolah-sekolah vernakular negara dan pusat-pusat kegiatan evangelis pelampau negara. Terlalu ramai ekstremis telah dilahirkan dalam sistem-sistem ini. Tidak perlu kami senaraikan. Rujuk sahaja semua kes NFI di ‘bawah permaidani’  Pejabat Peguam Negara. Negara ini menjadi seperti keadaan sebuah bom jangka dengan kehadiran pelampau-pelampau yang mungkin berpunca dari sistem-sistem ini di dalam negara. Sila hantar pemantau dan semoga negara ini akan aman bermula kini hingga masa depan bermula dengan pemantauan kemas ke atas sistem ini juga.














12 comments:

  1. Ektremis datang dengan pelbagai warna kulit dan latar agama-baik klu polis pantau muslim yg nk join isis supaya mereka2 ini diselamatkan. Tapi klu yg selalu membuat penghinaan dan provokasi terhadap Islam dan umatnya tidak dipantau-kita khuatir sikap terlepas pandang ini akan merugikan negara kelak.

    KPN pls take note.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan, sebab tu ditekankan supaya pemantauan dibuat secara menyeluruh dan tidak hanya fokus kepada Islam dan Madrasah yang sering dijadikan scapegoat.

      Kita sokong pembanterasan elemen ekstremisme dalam negara.

      Tetapi ekstremisme bukan milik uni sesuatu bangsa atau agama tertntu. Ia berlaku di mana2 jua. Cth pengeboman surau di Rawang tersebut, menunjukkan bahawa ada terdapat golongan ekstremis dgn tindakan2 ala militan dari pihak2 lain. Jika tidak dikawal dan dipantau, takut ianya menjadi lebih besar sehingga memusnahkan keharmonian negara.

      Delete
  2. CINA ? Apa lagi nak di kata bro.

    Bila Cina Cina tak teroris semua nak berambos dari Malaysia ? Pergi bawak penjilat penjilat korang sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua Cina mcm tu Tuan. Ada ramai orang-orang Cina yang bersikap baik, bertoleransi, tidak berebut-rebut, setia pada negara.

      Cuma masalahnya apabila segelintir dr mereka yg bersuara lantang dan agresif menentang apa yg dipersetujui dalam kontrak sosial menyebabkan seluruh komuniti tersebut mendapat palitan arang.

      Kita jangan menentang dan menghina sesiapa juga kerana ras atau bangsa mereka, apa yg kita tentang ialah pemikiran yang sedang dibentuk atau diimani sesetengah dari mereka yang sangat2 memusnahkan keharmonian negara.

      Tentang sistem pemikiran dan bukan asal usul seseorang itu.

      Delete
  3. Apa agama si PENGGANAS Cina BANGKAI BABI ni?! Kerana kalau umat Islam buat mcm. ni, selalunya terus dilabelkan sewenangnya oleh si KAPIRDAJAL sbg. pengganas/militant/Ekstremis ‘ISLAM’!

    Maka, dah tiba masa KDN/PDRM labelkan dgn. JUJUR dan BERANI; PENGGANAS ANTI-ISLAM berdasarkan agama mereka; kenapa hanya umat Islam asyik diDISKRIMINASI sbg. Pengganas/militan/Ekstremis 'Islam'?! Maka, KDN/PDERM patut memantau juga GEREJA-GEREJA/KUIL-KUIL Pengganas/militan/Ekstremis Kristian/Hindu/Buddha!

    Kerana memang ada rejim-rejim PENGGANAS/EKSTREMIS/MILITAN Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dsbnya - dari Barat-ISrael, India dan Myanmar; yg. asyik boleh MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Kashmir-India, Myanmar, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS dan ejen tempatan mereka dari si PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nek.. Seharusnya mereka dilabelkan mengikut aliran pemikiran mereka.

      Kita membalas setakat mana tahap yang sama dilakukan mereka, tidak lebih dari itu.

      An Nahl ayat 126 : Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

      Delete
  4. KPN terbaik sepanjang zaman adalah rahim noor!!!!tan sri rahim noor ibarat p.ramlee dalam dunia seni tiada galang ganti.....yang Ada sekarang cuma 'yes sir' 'yes bos' 'lepas pencen jadi duta bos'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri peluang kepada yang ada sekarang ni utk improve.. selagi dalam jawatan, pembaikan masih boleh dilakukannya.

      Dan kita melihat beliau cuba melakukan yang terbaik walaupun banyak langkah canggung kelihatan pada awalnya..

      Kita sokong mereka bila mereka menjalankan setiap sesuatu dengan betul, kita tegur mereka setiap kali mereka melakukan sesuatu yang tidak betul..

      Setiap KPN ada zamannya yang tersendiri dan cabaran-cabarannya yang tersendiri...

      Tidak dinafikan Tan Sri Rahim Noor antara yang tegas dan mempunyai pendirian yang kuat dan kukuh..

      Atas satu peristiwa yang dilakukan Tan Sri Rahim Noor satu ketika dulu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.

      Beliau berpeluang melakukan sesuatu yang semua umat Islam dan Melayu mahu lakukan kepada satu entiti luar tabie.. peluang sekali seumur hidup itu, merupakan detik yang menimbulkan rasa cemburu kepada ramai umat Islam yg berkeinginan melakukan perkara yang sama pada entiti luar tabie tersebut.

      Delete
  5. Nmpknya bngkit pun dh nk sifat liberal. Smpai kta bkn smua orng cina jht. Mmng btul bkn smua tp majoriti. Tngok pr 2008 dn 2013 dpa bg kt sapa? Tk kan tak fhm !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Liberal Tuan, tetapi rasional. Menghukum ras atas pemikiran mrk yg sesat dan melampau, adalah sangat tidak adil. Benar majoriti mereka telah terasuk dengan pemikiran yang mahu menentang apa sahaja yang Islam dan Melayu di sini.

      Pemikiran seperti ini ada tempat punca pertumbuhannya. Jika dikenalpasti dan dicantas dari awal, ras ini akan kembali berfikiran untuk hidup secara harmoni dan kenal dibumi mana kaki mereka dipijak.

      Hukum pemikiran mereka dan bukan bangsa mereka. Kerana bangsa itu diciptakan Allah supaya kita dan mereka saling berkenal-kenalan dengan belajar kebaikan yang ada antara satu dengan yang lain.

      Tetapi, oleh kerana majoriti dr bangsa itu kini sedang terasuk dengan pemikiran yg sentiasa mahu berkonfrontasi dengan semua pihak, maka pendekatan konfrontasi ini perlu didepani dengan tepat dan betul.

      Keras sikap mereka, maka keraslah respons dari kita. Lembut sikap mereka, maka lebih baik dan lembutlah kita kepada mereka. Itu sahaja.

      Delete
    2. Saya setuju dengan pandangan Tuan Ben. Yang kt atas tu jgn nk buat false flag kat sini-tuduh bangkit liberal!!

      Nabil

      Delete
    3. TQVM Tuan Nabil.

      Kita akan terus berjuang mengikut cara kita. Persepsi yg cuba ditanamkan, tidak akan berjaya selagi Allah tidak mengizinkannya untuk berlaku.

      Kita teruskan perjuangan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.