Saturday, 3 January 2015

Liberal 25 dan 11 Lagi Bersedia Mengisytiharkan Harta?

Satu persoalan, berapakah pendapatan bulanan seorang duta yang berkhidmat untuk Kerajaan Malaysia? Apakah lebih tinggi daripada pendapatan seorang CEO sebuah konglomerat swasta yang berjaya atau masih mengikut sistem tangga gaji kerajaan Malaysia?

Begitu juga, berapa purata pendapatan bulanan bagi gaji bagi bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan. Berapakah purata pendapatan bulanan mereka semasa mereka masih lagi berada di dalam perkhidmatan?

Kita berasa amat hairan dengan kemewahan super yang dimiliki sesetengah pegawai-pegawai kerajaan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Apakah jenis tabung ayam yang digunakan mereka sehinggakan setiap wang gaji yang dimasukkan, berubah menjadi telur-telur emas yang berkembang pada kelajuan yang mana Charles Ponzi dan Bernard Madoff sendiri menggelengkan kepala sebagai tanda tidak percaya?

"Ayam Kat Mana, Tabung Ayam Kat Mana?"
Integriti itu amat penting untuk membolehkan setiap sesiapa sahaja untuk memberikan kepercayaan kepada mana-mana pihak. Sesiapa sahaja boleh mendakwa diri mereka lebih bijak, telus, amanah, mempunyai kredibiliti dan integriti tinggi dan terkenal untuk memaksa pihak lain untuk percaya seratus peratus kepada mereka.

Tetapi, perkataan sahaja tidak cukup untuk menjadi sandaran sebagai bukti untuk membuktikan mereka itu seperti apa yang mereka cuba gambarkan.

Jika mereka hidup hanya untuk diam di rumah tanpa cuba mengganggu gugat sistem dengan idea-idea pelik, songsang, malah mula mendakwa hanya diri lebih memahami mengenai sistem negara ini berbanding dengan majoriti jutaan Muslim yang lain, maka mereka perlu terlebih dahulu perlu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka benar-benar mempunyai integriti yang tidak dapat dipersoalkan untuk berbuat demikian.

Di saat ketua kepada kumpulan Liberal 25 masih lagi dibelengu persoalan melibatkan integriti bahan bukti yang dikemukakan di ICJ sehingga menyebabkan kita kehilangan kedaulatan negara di Pulau Batu Puteh, muncul pula 11 lagi yang cuba mendabik dada mahu turut mengaku terkenal dan penting menyokong agenda ini.

Campur 11, Kini Mereka Hanya 36 Orang
Campur kepada 25 orang tersebut, jumlah mereka kini hanya 36 orang. Perkasa sahaja dikatakan mempunyai lebih 500,000 ahli. ISMA mempunyai lebih 20,000 ahli. Akar umbi UMNO yang membenci suara-suara Liberal berjumlah lebih dari 3 juta orang. UMNO ialah akar umbi, dan bukan suara seorang dua liberal perasan elit yang berada di atas.

Terdesak untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha mereka, maka digerakkan pula kempen I am #26. Jika google, inilah yang pertama dicadangkan oleh enjin carian tersebut.




Maka untuk memendekkan pencarian tuan-tuan, kami salin semula di sini, apa hasil petisyen tersebut setakat ini (3 Januari 2015).




Sebuah kempen telah dijalankan oleh mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai penyokong kumpulan Liberal 25 Totak Satu Tambah Satu Tambah 11 ini, Petisyen mereka hanya berjumlah 5,461 semalam. Selagi semua maklumat, no kad pengenalan penandatangan belum diserah sebagai bukti, selagi itulah ia hanya sebuah statistik.

Mungkin mereka sudah terlupa bahawa umat Islam di Malaysia, jika mereka mahu menggerakkan sebarang bentuk petisyen, In Sya Allah, pada bila-bila masa sahaja petisyen golongan liberal ini akan tenggelam sepertimana seekor lipas yang sedang berdiri di hadapan Brontosaurus.

Akar umbi umat Islam apabila mereka mahu bergerak, mereka akan bergerak dengan gerakan gempa sehingga menyebabkan Perdana Menteri sendiri hilang pertimbangan sehingga mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan seorang negarawan yang dikelilingi konsultan yang dibayar dengan jutaan wang rakyat.

Sebagai contoh, petisyen yang pernah digerakkan secara bersama oleh orang Islam sebelum ini dalam kempen menolak COMANGO, berjaya mengumpulkan lebih 740,000 tandatangan yang direkodkan dan diserahkan kepada seorang Timbalan Menteri di Putrajaya. Ia dicatatkan dan dilaporkan oleh portal Malaysiakini sebelum ini.


Jika ingin mengetahui berapa besar perbezaan dan perbandingan antara dua statistik ini, maka kami hasilkan sebuah carta pai untuk mempermudahkan pemikiran lojik mereka-mereka yang tidak dapat membezakan jumlah yang besar dan kecil dengan hanya melihat susunan nombor.



Sudah jelas? Hanya pemimpin yang rabun matematik sahaja akan melayan tuntutan songsang yang menentang  apa yang dibenarkan dalam Perlembagaan di saat Perlembagaan itu disokong oleh majoriti yang tersangat ramai.

Tetapi, oleh kerana mereka telah beria-ia mahu suara mereka di dengar dan mahu mengajar kita cara mana untuk menguruskan sistem negara ini mengikut kehendak mereka, maka ada baiknya isu integriti melibatkan diri mereka dikaji dan ditelitikan terlebih dahulu sebelum apa-apa bentuk rundingan serius dibuat dengan mereka.

Inilah masanya untuk semua Liberal 25 dan 11 yang baru sahaja beria-ia menyokong mereka untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Jika mereka hidup mengikut ukuran pendapatan mereka sebagaimana yang diperolehi sebelum ini, Alhamdulillah kita semua patut ucapkan. Tetapi, jika kehidupan mereka berada pada tahap super mewah melebihi daripada kemampuan yang sepatutnya mereka ada, maka persoalan integriti pasti akan timbul tentang bagaimana mereka memperolehi kemewahan tersebut.

Jadi, apakah mereka semua berani mengisytiharkan harta mereka masing-masing?



12 comments:

  1. Bilangan yg amat sedikit tapi kuat buat bising

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah tong kosong, tuan Hamba Allah. Bila ketuk, kuat benar bunyinya.

      Delete
  2. Perangai pelik melayu, betul tak Ben ? Mudah terpengaruh dengan budaya hidup dan citarasa bangsa lain dengan begitu mudah pula mengagumi nilai-nilai yang bertentangan Islam sedangkan mereka bukan golongan terpinggir dan di jaga penuh oleh pihak kerajaan dari bermula nya alam persekolahan sehingga melepasi menara gading, di jamin pekerjaan selepas nya dan berterusan di beri latihan kelas pertama supaya boleh menjadi sandaran sebagai orang yang di pertanggung-jawab berintegriti dan beramanah.

    Kini mereka meludah ! Perlukah kerajaan dan bangsa Melayu berterimakasih dengan mereka ?

    Masa kita pula meludah mereka menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negara !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas penyakit inferiority complex dlm diri mrk amat tebal. Mrk yg satu masa dulu hidup sebagai junkie kepada segala hak keistimewaan Melayu, kin setelah menyapu mewah semua kelebihan yg diberikan, lupa diri dan mula meludah tangan yg selama ini memberi pelbagai bentuk keistimewaan pd mrk.

      Ya, tuan Maae. Mrk ni perlu kita kahakkan krn mnjadi petualang dan keldai kepada pengkhianat negara.

      Delete
    2. Pedra dan Parida berpisah tiada.

      Delete
    3. KhalidKhalid. Tapi pasal team Parida la Malaysia berpisah dengan Pedra. Tak gitu tuan Ben?

      Delete
    4. Buat malu keturunanan Daeng saja!

      Delete
  3. Farida ni tak mau bersihkan nama dia ke apabila dituduh sedemikian rupa berkaitan dengan Pedra Branca.

    Tapi sidang bangkit, saya lagi suka nama Melayu pulau tersebut.

    Pulau Batu Putih (Mata!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan. Dia perlu bersihkan namanya.

      Kami juga setuju dgn Tuan, nama Pulau Batu Puteh juga lebih kami sukai. Tetapi, gol liberal ini, bila disebut nama Melayu, mrk akan segera berasa jelak. Lalu kita kaitkan mrk dgn pencabulan kedaulatan negara menggunakan nama yg digunakan bangsa2 penjajah yg selalu diagung-agungkan mrk.

      Dan kami mendapati, bahawa nama Pedra rhyming dgn baik sekali dgn nama Farida.

      Delete
    2. Mungkin episod sedih Pedra sangat bersangkutan dengan KPI kurang prominent Farida. Kalau tanahair pun gagal dipertahankan bagaimana pula nak sembang pasal perjuangan?

      Prominent tahi kucing! Muka tak maly. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

      Delete
  4. Assalm. Kmpulan 25 tolk 1 cmpok 11 ni actualy cma satu tahil garam d cmpk dlm lautn Hindi aja. Tk bleh bwk apa2 ksan. Cma mrk buat syok sndri smntra nk padam dn mngkin mndpt sogok dr kuasa yahudi d luar sana untk nk pnuh lg tabung emas sblum mrk kojol ! Sy sokong cdngn bangkit supya puak2 ni mmbuat dklarasi hrta bnda mrk untk nk lhat ktulusan mrk ! Brani ka mrk ? Hilng smngat dn kcut t... !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam Tuan. Ya, mrk ini sgt kecil lg mikro. Bisingnya mengalahkan gajah di musim mengawan.

      Mmg patut mrk ini semua buat deklarasi harta supaya kita boleh tahu bahawa tiada pihak yg menyuruh dan mengupah mrk utk berbuat demikian. Tp sbgmana yg tuan kata, beranikah mereka dengan ketelusan?

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.