Tuesday, 13 January 2015

Kenyataan Media Pengerusi Pembela : Sokongan Penuh Ketegasan Ketua Polis Negara



Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak Polis Di Raja Malaysia secara amnya dan Ketua Polis Negara secara khususnya di atas ketegasan serta kepantasan dalam membuat tindakan ke atas Ekstremis Eric Paulsen semalam.

Saya bagi pihak NGO-NGO Islam yang bergabung di bawah payung PEMBELA, mengharapkan apa yang telah diusahakan dengan tegas oleh PDRM ini, akan turut disusuli dengan budaya gerak kerja tegas yang sama oleh pihak Pejabat Peguam Negara.  Pihak kami mengharapkan agar siasatan segera dapat dijalankan ke atas Ekstremis Eric Paulsen ini supaya satu bentuk pendakwaan dapat dibuat.

Ia supaya dapat menjadi pengajaran kepada golongan Ekstremis seperti Eric Paulsen melalui tindakan undang-undang tersebut.  Jika dibiarkan beliau terlepas begitu sahaja, nescaya keadaan itu akan menjadi baja kepada kelahiran lebih ramai lagi ekstremis yang membenci Islam dan penguatkuasaan Undang-Undang Islam di Malaysia.

Kami juga amat berharap agar pihak Peguam Negara memandang serius terhadap apa yang dilakukan ekstrimis Eric Paulsen ini dan berharap agar Tan Sri Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara akan melakukan pendakwaan ke atasnya.

Kita tidak mahu berulang sekali lagi kes seumpama kes di mana seorang pemimpin Gerakan yang  tidak diteruskan dengan pendakwaan meskipun beliau secara terang-terangan melakukan hasutan yang boleh menyebabkan berlakukan bencana perkauman di dalam negara.

Kami juga turut berharap pihak KDN memandang perkembangan provokasi ke atas kaum dan agama dewasa ini sebagai satu bentuk ancaman terhadap negara setelah ISA telah dimansuhkan. KDN tidak boleh memandang mudah terhadap semua kes yang membabitkan penghinaan terhadap Islam dan umat Melayu. Ia seumpama sebuah bom jangka yang bakal mengundang ketidakharmonian dalam negara kita.

Harap semua pihak mengambil pelajaran kepada perkara-perkara yang berlaku diseluruh dunia pada waktu ini. Provokasi yang tidak terkawal bakal mengundang sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja manusia yang waras akal fikirannya.

Negara ini tanggungjawab kita bersama. Kami sentiasa komited mahukan Negara ini kekal aman dan terus berkekalan damai.

Justeru itu, kami menuntut semua golongan Ekstremis seperti Eric Paulsen dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.


Bersama Kami Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

4 comments:

  1. http://tanahpuchong.blogspot.com dah kena hacked
    sila ke http://puchongmeranti.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Polis sudah jalankan tugas mereka....tunggu peguam negara pulak!!!ke masih ternganga masuk lalat????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua mata tgh tengok Gani Patail dan AGC..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.