Friday, 23 January 2015

Kenyataan Media Isu Nama Allah : PEMBELA Mengecam Sebarang Sikap Tidak Menghormati Keputusan Mahkamah




Kami di pihak Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak Gereja Katolik berkenaan kes nama Allah di dalam penerbitan Kristian.

Pihak kami ingin menyeru supaya semua rakyat Malaysia menghormati prinsip Kedaulatan Undang-Undang di dalam Rukun Negara dan mengambil sikap menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Pihak kami juga mengecam sesiapa sahaja tidak kira dari mana-mana pihak yang tidak mahu menghormati dan mematuhi serta terus mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Kecaman ini dibuat berikutan kenyataan Ketua Editor majalah berkenaan yang dengan angkuhnya menyatakan pihak mereka akan tetap menyiarkan artikel-artikel berbahasa Melayu dalam majalah terbitan mereka. Walaupun pihak mereka tidak menyebut bahawa nama suci ALLAH akan digunakan secara khusus, tetapi PEMBELA mengutuk kenyataan yang seakan menunjukkan kedegilan pihak mereka untuk menunjukkan rasa hormat dalam mematuhi keputusan mahkamah tertinggi negara dan enggan mematuhi undang-undang sedia ada. 

PEMBELA juga mengecam tindakan melawan keputusan mahkamah dan undang-undang negara dan kami mengganggap ianya adalah tindakan jelas dari golongan yang bersikap pelampau dan hanya berminat mencetuskan gangguan kepada toleransi dan hubungan beragama yang selama ini dinikmati dengan sihat di dalam negara. Sikap ekstremisme seperti inilah yang telah melahirkan peristiwa-peristiwa berkait keganasan di dalam dunia.

Kita ingin menasihatkan semua pihak termasuk ketua editor majalah Katolik berkenaan agar kembali mendisiplinkan diri dengan undang-undang dan rukun negara demi menjaga keharmonian hubungan antara agama dalam negara yang majmuk ini. 


Sepatutnya beliau menjadi contoh yang baik kepada para pengikutnya bukan cuba untuk menjadi contoh sebagai seorang warga negara yang tidak mempunyai disiplin dan bersikap degil. Justeru itu PEMBELA menggesa agar pihak berkuasa terutamanya Polis untuk menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang dengan angkuh dan sengaja melanggar serta menganjurkan pelanggaran terhadap keputusan mahkamah dan undang-undang dalam negara.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara,


Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

6 comments:

  1. Askm'mungkin pihak Pembela dan lain2 NGO berkaitan patut buat laporan polis terhadap provokasi berterusan ug dibuat oleh puak2 pelampau Kristian yg suka sangat hari2 jolok sarang tebuan.

    Mungkin sekali-sekala mereka nk rasa bisa kena gigit tebuan-tgk mcm si Paulsen, sopan skit sejak dua menjak ni...dah tahu nk masuk jail kut??

    AG tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Setuju dgn pendapat Tuan. jika terus melampau, maka tindakan seperti yang berlaku ke atas Taliban Vernakular Paulsen mesti diambil.

      Delete
  2. DASYATnya - ISLAM serta umat Islam yg. MAJORITI di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini diTINDAS/diANIAYA/diPIJAK sewenangnya di bumi sendiri, sedgkan. ini jelas MELANGGAR undg-undg PERLEMBAGAAN/SYARIAH dan Wasiat Raja-Raja Melayu; di mana DYMM YDPA kita (juga diwakili YAB YDP Negeri) sebenaqnya adalah KETUA AGAMA/NEGARA/ATM melalui kuasa EKSEKUTIF yg. MUTLAK, dinasihati Majlis Raja-Raja - tak kira parti mana menjadi K'jaan negeri mahupun Persekutuan!

    Nek Tempoyak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia Nek.

      Islam under siege di negara sendiri.

      Delete
  3. Banyak paderi paderi ini mendekati wanita dan remaja Islam, buat baik sambil sebok hantar dakyah kristian melalui email dll kepada mereka. Mereka mereka ini selalunya bekerja di syarikat syarikat Melayu/Islam.

    Kepada golongan yang menerima asakan sedemikin, jangan bagi muka dekat rakan paderi anda itu, laporkan kepada Polis kerana itu adalah menyalahi undang undang negara.

    Ingat, selagi golongan elit dan YB YB Melayu/Islam/Bumiputera menjadi penjilat tegar Cina Cina Kapir Ekstremis Penghasut DAP/MCA/GERAKAN, selagi itulah kita akan digasak dari semua arah. TUTUP mulut manusia manusia kurang ajar dan tidak bersyukur ini.

    PAS=UMNO=Penjilat Tegar Cina CIna KApir Ekstremis DAP/MCA/GERAKAN

    PKR=UMNO Celup ciptaan DAP

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan. Laporkan segera kepada pihak berkuasa. Jangan sekali2 beri muka seperti yang kebanyakan kita amalkan sebelum ini.

      Sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, mesti dilayan dengan tindakan undang2 juga.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.