Sunday, 18 January 2015

Kebangkitan ‘Je Suis Muhammad’ Dunia Islam!

Beberapa hari sebelum karikatur terbaru ‘Nabi Muhammad’ diterbitkan oleh majalah satira benci Islam dan Muslim, Charlie Hebdo, kami telah memberi amaran bahawa perbuatan majalah itu kelak, setelah insiden berdarah Paris, akan hanya mengundang lebih banyak bantahan dan kebencian dikalangan Muslim terhadap majalah tersebut, Perancis dan ketamadunan Barat.

Tentunya para wartawan Charlie Hebdo, kalau pun juru-karikatur di Charlie Hebdo layak digelar sebagai wartawan, tahu akan larangan yang telah dikenakan oleh Islam ke atas 1.6 bilion Muslim daripada melakar sebarang imej Nabi Muhammad SAW, dalam keadaan apa sekalipun!

Tentunya juga mereka sedar, sebagai sekumpulan wartawan beretika tentunya, bahawa sebuah karikatur yang dihasilkan untuk mempersenda Nabi Muhammad SAW hanya akan mengundang seribu satu amarah dan jutaan bantahan ke atas perbuatan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka itu!
Tidakkah mereka belajar apa-apa daripada insiden bantahan Muslim sedunia ke atas perbuatan yang sangat menghina Islam oleh harian benci Islam dan Muslim, Jyllands Posten beberapa tahun lalu?

Tidak cukupkan dengan kematian beberapa orang rakan sekerja mereka sendiri dijadikan teladan dan pengajaran kepada mereka-mereka yang hidup supaya lebih menghormati agama dan budaya yang berbeza daripada mereka?

Bukankah mereka-mereka ini juga yang sering melaungkan tentang kebebasan berekpresi secara total, seperti pengarang Satanic Verses, Salman Rushdie sendiri, tidak lebih daripada sekumpulan munafik tegar apabila kelihatan sepertinya mereka sendiri yang tidak boleh sesekali menerima dan menghormati cara hidup Muslim dalam menyusun masyarakatnya mengikut acuan agama Islam, lalu mereka dan Rasul mereka, Nabi Muhammad SAW terus-terusan dihina dan dipersenda?

Kami juga ada mengingatkan bahawa dalam ketamadunan Barat cuba berbangga dengan sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat dunia terhadap kempen bersolidariti #JeSuisCharlie, mereka harus juga sedar bahawa lebih ramai nanti yang akan bangkit dan menyatakan ketidak-puasan hati mereka apabila karikatur yang menghina kelak diterbitkan. Mereka tentunya akan bangun sebagai ‘Je Suis Muhammad’.

Lalu adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan kepada sidang editorial kami, dan juga Charlie Hebdo tentunya, apabila, beberapa siri demo berlaku di banyak negara-negara Islam pada 16 Januari kelmarin yang membantah karikatur yang sememangnya sangat menghina tersebut!

Mungkin juga adalah tidak keterlaluan untuk kita mendakwa bahawa media-media Barat sememangnya menjangkakan bantahan-bantahan tersebut. Mungkin mereka mahu melihat, kali ini, sejauh mana, siapa pula yang akan mati dan berapa jiwa kesemuanya?

Tentunya juga mereka mendambakan berapa banyak pula harta benda yang akan musnah dan siapa pula yang rugi?

dailymail.co.uk melaporkan beberapa siri bantahan telah mengambil tempat di Pakistan, Senegal, Mauritania, Algeria, Tunisia, Qatar, Bahrain, Jordan, Lubnan dan Syria.


Dan di Algeria seperti yang boleh dilihat melalui video di bawah ini, mereka melaungkan ‘Ana Muhammad’ atau ‘Je Suis Muhammad’.



Mungkinkah bantahan ‘Saya Muhammad’ akan mula berkumandang di Malaysia dan Indonesia kelak?


5 comments:

  1. Tgklah kita. Masih protes dgn cara begini tika mana kekasih kita dihina dgn lancang.
    Bukankah kita umay yg kesabarannya melepasi toleransi manusia2 biasaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muslim datang dalam pelbagai warna dan bentuk. Muslim ada 1.6 billion. Yang protes 'dgn cara begini' tu baru berapa kerat? Kita kat Malaysia rileks saja. Kita protes cara lain. Itu menunjukkan kita umat yg sangat bersabar. Kan?

      Nabil

      Delete
    2. Bukan semua manusia sama tuan2. Masing2 protest dgn cara tersendiri. Cuma jangan jadi penyokong kafir hina Islam seperti yg berlaku di Malaysia ni sudahlah.

      Delete
  2. Sebab itulah Ben, KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita amat PENTING; lihat saja bila kuasa ini diabaikan dgn. sewenangnya yg. jelas melanggar undg-undg Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu, terutamanya di P.Pinang dan Selangor! Sampaikan si PENDATANG PENGGANAS/EKSTREMIS ANTI-ISLAM dari puak DAPBANGKAI BABI/PKRSODOM begitu berani berterusan MENGHINA/MEMIJAK Islam/umatnya serta MERAMPAS sewenangnya tanah pusaka nenek moyang berzaman kita seolah kita adalah KULI di bumi sendiri, kpd. bangsa PENDATANG yg. tak tahu kenang budi ni!

    Yg. aku heran tu si PENGGANAS anak beranak DAPBANGKAI BABI ni asyik terlepas walau dok asyik hina ISLAM/umatnya termasuk membiayai kumpulan haramnya dulu, menggunakan duit K'jaan negeri. Serta disyaki penglibatan RASUAH dlm. menjual tanah K'jaan negeri dgn. amat murah dan meluas!

    Dan sepatutnya P. Pinang yg. makin TERGADAI mcm. SingaPORK tu dikembalikan kpd. DYMM Kesultanan Islam/Melayu Kedah kita - lihat artikel sungguh BERNAS ini di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/01/penang-akan-kembali-ke-tangan-kedah.html, PENANG AKAN KEMBALI KE TANGAN KEDAH TIDAK LAMA LAGI????, January 14, 2015!

    Legasi PENJAJAH KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM British/Zionis-KEPARAT yg. menyebabkan P. Pinang TERGADAI mesti diHAPUS dan diLAWAN habis-habisan!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg semestinya Nek.
      Memang sudah masanya untuk semua umat Islam sedar bahawa agenda pemerkasaan kuasa eksekutif utk dikembalikan kesultanan Melayu yg lebih berhak.
      Demokrasi ini telah banyak merosakkan krn ia baja yg subur kepada pertumbuhan fitnah. Sistem ini perlu diperbetulkan supaya menjadi cerminan kepada hasrat sebenar apa yg diinginkan pribumi sejak sekian lama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.