Tuesday, 13 January 2015

Jamin Keselamatan Eric Paulsen Melalui Proses Undang-Undang

Eric Paulsen, Charlie Hebdo versi Malaysia dilaporkan telah ditahan oleh pihak Polis semalam. Tahniah PDRM. Tahniah KPN. Harapannya, ianya tidak disapu ke bawah permaidani No Further Action oleh Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Abdul Ghani Patail lepas ini nanti.

Eric Paulsen semenjak semalam, menyalak dan melolong ke seluruh alam mendakwa dirinya mendapat ugutan bunuh pula. Bukankah kami telah nyatakan sebelum ini yang mana-mana pihak yang bertindak dan berkelakuan seperti Charlie Hebdo di mana-mana tempat sekalipun di dalam dunia, bakal mengundang pihak-pihak yang menggunakan jalan-jalan melampau untuk mengenakan diri mereka? Jadi, semua ini telah dijangkakan akan berlaku di dalam drama yang biasa kita tonton sebelum ini.

Cerita pemimpin DAP terima peluru dalam sampul surat, Teresa Kok terjumpa ayam kuasa ghaib dilempar terbang menembusi pagar pejabatnya dalam keadaan disembelih dan sebagainya, sudah biasa kita lihat dipertontonkan berlaku bilamana segolongan manusia mencabar sensitiviti pihak lain.

Dengan perkembangan kes-kes drama tebusan dan keganasan di seluruh dunia, kami ingin menyatakan kerisauan kami ke atas keselamatan Eric Paulsen jika beliau terus berada di luar sana.



Mujur pihak PDRM pantas menghantar sepasukan polis, 20 orang khabarnya untuk memastikan Eric Paulsen selamat ditahan dan dibawa ke lokasi yang selamat kemudiannya iaitu di Balai Polis.

Memandangkan Eric Paulsen menyatakan terdapat ugutan bunuh ke atasnya, kami ingin memohon supaya Eric Paulsen ditahan di dalam lokap supaya beliau tidak diapa-apakan sehingga hari pendakwaan jika perkara itu dibenarkan di dalam undang-undang.

Nasib dan keselamatan Eric Paulsen amat bergantung kepada keputusan siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Jika kes diklasifikasikan sebagai “Kes Tidak Diteruskan@No Further Action” sepertimana biasa, maka kami risau keselamatan Eric Paulsen akan terjejas.

Tetapi jika ianya diklasifikasikan sebagai layak untuk dibawa kepada pertuduhan dan pendakwaan, maka kami amat berlapang dada dan yakin Eric Paulsen bakal berada ditempat yang amat selamat.

Jika beliau dituduh di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 4 (1) AH48 tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM 5,000.00 atau tidak lebih dari 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Pergilah ke mana-mana Sekolah Undang-Undang, antara perkara yang pertama diajar mengenai proses keadilan dan undang-undang ialah untuk menjalankan proses keadilan di dalam masyarakat.

Denda RM 5,000.00 yang dikenakan ke atas kesalahan menghasut yang dilakukan oleh seorang buruh dengan pendapat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, akan memberikan kesan trauma dan impak keadilan yang bakal membuatkannya terasa seolah dihukum dengan hukuman yang tepat.

Tetapi, untuk seorang yang kaya, malah ditaja oleh dana-dana dari Amerika Syarikat seperti Eric Paulsen, denda RM 5,000.00 untuk kesalahan menghasut, hanyalah sekadar habuk di celah gigi sahaja ke atas dirinya. Dibandingkan antara buruh tersebut dan Eric Paulsen dalam senario bayangan tersebut, nyata proses keadilan Mahkamah telah telah melakukan sesuatu tindakan yang amat berat sebelah dan tidak mencerminkan proses mendapatkan hukuman yang adil untuk semua. Si Buruh mungkin terpaksa bergolok gadai, menjejaskan emosi keluarganya, menjejaskan simpanan dan pendapatan keluarganya dengan denda RM 5,000.00 tersebut. Tetapi untuk orang-orang berada seperti Eric Paulsen, jumlah itu boleh dibayar oleh mereka sambal tersenyum girang.

Maka, apakah proses keadilan itu dijalankan dengan adil dengan denda sedemikian rupa? Jelas ia seolah hanya menyebelahi golongan berada.

Kerana itulah adanya peruntukan penjara tidak lebih dari tiga tahun di dalam sistem undang-undang untuk memastikan keadilan yang sempurna dapat dijalankan.

Adalah sangat adil dan saksama untuk golongan berada, malah masih muda seperti Eric Paulsen, jika dituduh dan didakwa di mahkamah nanti dan jika didapati bersalah, golongan seperti ini sangat adil jika mereka dihukum dengan hukuman penjara.

Sebagai orang Islam, kita tidak akan meminta lebih dari apa yang diberikan sebagai hak untuk dituntut. Justeru itu, penjara tidak lebih dari tiga tahun untuk Eric Paulsen adalah sangat adil kami rasakan untuk diputuskan ke atas Eric Paulsen jika mahkamah mendapati dirinya bersalah. Jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah, maka bolehlah beliau bebas.

Sebagai orang Islam, kami juga diajar oleh agama kami, jika seorang musyrik seperti Eric Paulsen meminta perlindungan, walaupun beliau mengecam umat Islam sebelum ini dengan lisan-lisan provokasi twitnya, kami perlu memastikan dirinya dihantar ke tempat paling selamat.

Tiada tempat yang lebih selamat dari penjara dengan sekuriti maksimum. Tolonglah pihak berkuasa, jaminlah keselamatan Eric Paulsen dengan meletakkannya di tempat yang selamat. Tahan dia di lokap, siasat dan dakwa dan kemudiannya, harapan kami, beliau dipenjarakan tidak lebih dari tiga tahun di penjara dengan maksimum sekuriti. Tidak lebih dari itu.


Semoga beliau selamat setiap masa di sana nanti dari pihak-pihak yang mengugut dirinya.

14 comments:

  1. Setuju dengan pandangan editorial bangkit. Beliau harus 'diselamatkan'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itubygnkami fikirkan tuan. Paulsen mesti diselamatkan dgn menempatkannya di prison maximum security jika didapati bersalah.

      Delete
  2. Kesian Eric Paulsen. Kita mesti selamatkan dia dgn sumbat dia ke dalam penjara. Barula yg mengugut x dapat buat apa2 kt dia dlm penjara max security.

    ReplyDelete
  3. Asal nak kena tangkap ja, kuar citer kena ugut. Sudah2 la. Taktik lama. Sumbat paulsen dlm jail. Dalam jail, khotbahkan dia setiap jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gol penakut, MO dia mcm tu la Tuan Hamba Allah..

      Delete
  4. Hukuman penjara?bertuah....penjara dimalaysia hanya untuk dikenakan kepada orang melayu yang mencuri tabung masjid rm2.Bangsa lain hukuman paling berat pun dapat geran buat filem....terbaik hanya dimalaysia!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Tuan berdoa dan baca Yassin banyak2.

      Delete
    2. Melayu citizen kelas tiga maaa...

      Delete
  5. PEMBELA: Peguam Negara mesti dakwa Eric Paulsen | Portal Islam dan Melayu - http://www.ismaweb.net/2015/01/pembela-peguam-negara-mesti-dakwa-eric-paulsen/

    ReplyDelete
  6. Bngsawan d Udra lkonan eric paulson ni yg dia d ugut trhibur para pnonton adgan bgini. Sdr Ben toksah dok kupas byak la lkonan yg mnguntungkn pngarhnya yg sdng mlihat tlath kta dgn senyuman. Why waste our time on this drama kna ugut ! Pihk brkuasa pun bleh buat crita dia d ugut untuk tntramkan isu ni. Mcm Ben khuatir yg isu ini akan d coldstorage kan dgn ending nya NFA. Adegan ini akn brakhir bgitu atas arahn taukay pmbkal sotong yg nk prthan kuasa dmi dia dn plabur2nya. Kita tngu dn lhat. Bnyak kes mcm joseph guan eng, motosamy, ambigasamy dn bnyk lg kes2 lg yg d bkukan krjan sotong. Mna ada justice dn mna hak asasi yg dajjal ni dok champion kan ? Bla pmimpin depa tk d dakwa suara hak asasi hilng entah p kt mna. Sptutnya suara ni kna kumndang la tuntut atas hak asasi orng islam!! Buang msa aja ben !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15:05. Kalo faham sarcasm way of writing, maybe u boley faham the above piece was meant to fooling around with Porksen claims tht he got blackmailed.
      So, the best place and the most secure place for him to take shelter is throwing himself into maximum security jail.

      Delete
    2. Tuan Hamba Allah 15:05.
      Kita tidak membuang masa. KIta sedang berusaha untuk memastikan EricPaulsen selamat di dalam penjara.

      Delete
  7. Masukan dia dlm penjara sg buluh dgn Aljub. Biar dia rasakan botol air mineral bengkok.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.