Wednesday, 7 January 2015

Ingat Peristiwa 21 Februari 1992? Kita Sahajakah Yang Perlu Hormat Kepada Sensitiviti Mereka?


Pada 21 Februari 1992, berlaku suatu peristiwa yang amat memalukan kepada imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pada ketika itu, Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat dijemput mengadakan sebuah ucapan terbuka, free speech sebagaimana dilaung-laungkan oleh golongan ekstremis moderate, di Dataran Merdeka.

Program tersebut dihadiri oleh ribuan penonton dan menarik perhatian ramai pihak kerana ketokohan Allahyarham Ahmed Deedat dalam bidang perbandingan agama. Tetapi program tersebut dan kehadiran kerap Allahyarham mendatangkan perasaan kurang senang di kalangan golongan Kristian tempatan terutamanya ahli-ahli politik Kristian.

Lalu desakan demi desakan dibuat dan dilakukan. Maka berlakulah satu peristiwa hitam yang mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara. Syeikh Ahmed Deedat ketika sedang berucap di dalam program tersebut, telah diperlakukan dengan tindakan yang halus untuk memastikan beliau menghentikan ucapannya. Beliau tidak menghasut malah beliau tidak menggunakan sebarang tona provokatif di dalam ucapannya. Tontonlah sendiri video di atas, betapa kebenaran itu tidak disukai oleh golongan pelampau evangelis tempatan. 

Yang menekan hak kebebasan bersuara Ahmed Deedat pada ketika itu ialah golongan yang sama pada hari ini menyalak dan melolong mengenai hak kebebasan bersuara. Hipokrit!

Atas desakan golongan anti hak kebebasan bersuara dari kalangan menteri-menteri, ahli politik dan kumpulan-kumpulan Kristian, pihak berkuasa pada ketika itu telah melakukan satu tindakan yang meninggalkan satu titik hitam yang paling gelap di dalam sejarah hak kebebasan bersuara di Malaysia ini.

Syeikh Ahmed Deedat telah dimalukan pada ketika itu dengan ucapannya dihentikan melalui arahan dan tindakan tekanan pihak berkuasa. (Bangkit ~Tonton video sampai habis jika boleh, tetapi jika mahu fast forward ke peristiwa arahan penukaran subjek sehingga mengganggu kelancaran ucapan, pergi ke minit 31:10 - kemudian pergi ke minit 56:10, di mana kelihatan seorang petugas bergegas naik ke pentas untuk mengarahkan Pengerusi mengehadkan sesi soaljawab bila Syeikh Ahmed Deedat mula bercerita tentang ketakutan Pope di Vatican untuk mengadakan dialog terbuka dengan Ahmed Deedat. Golongan Kristian hanya mahu mengadakan dialog dengan Mujahid Yusuf Rawa dan Khalid Samad tetapi bukan dengan tokoh perbandingan agama yang mempunyai keupayaan intelektual tinggi seperti Ahmed Deedat, mahu tahu kenapa, tengok video jawapannya bermula minit 57:00 berkenaan beza Dialog dan Convert sampai habis. Dan perhatikan pada minit 1:03:00 bilamana pengerusi mengatakan waktu telah suntuk, dan Ahmed Deedat memeriksa jam tangannya sebagai tidak percaya. Kemudian pada minit 1:24:00 Ahmed Deedat memprotes mengatakan bahawa beliau melihat berdozen kertas soalan di dalam peti soalan yang tidak dikemukakan kepadanya. Tengok reaksi penonton selepas itu dan alasan "Tomorrow is a working day in this country," oleh Pengerusi lalu disambut dengan boo oleh penonton.)

Lalu alasan bahawa sensitiviti golongan Kristian tempatan di Malaysia ini harus dihormati. Tokoh ini sampai perlu dimalukan hanya kerana sebahagian daripada kita begitu takut dengan kebenaran yang bakal menyentuh sensitiviti mereka-mereka yang terkepung jauh dari kebenaran.


Percepatkan masa kepada tahun 2001, hampir 10 tahun selepas peristiwa Syeikh Ahmed Deedat dimalukan hanya kerana beliau menjalankan hak kebebasan bersuara di sini, Majlis KAFIR telah mengemukakan sepucuk surat dengan 14 tuntutan yang kemudiannya dikenali sebagai 14 tuntutan IFC. Kami pernah menulisnya di sini. (KLIK).



9 Daripada 14 tuntutan ini telah pun dipenuhi. Kami menjelaskannya pada penulisan ini (KLIK).


Setelah kita sanggup memalukan hamba Allah yang mulia ini demi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Kristian, apakah mereka turut membalas "kebaikan" itu dengan turut menjaga sensitiviti kita selepas itu?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!!!




Lihat sahaja tindakan demi tindakan pelampau-pelampau evangelis Kristian mencabar sensitiviti umat Islam dalam kes nama Allah dan beberapa hari lepas dilaporkan menjemput golongan muslim murtad untuk memberi ucapan mengenai Islam di negara ini.




Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan berkenaan penggunaan Kalimah Allah. Selangor mempunyai undang-undang yang melarang penggunaannya dikalangan golongan bukan Islam. Hanya golongan pelampau akan melampaui batas undang-undang.
Mereka mula melakukan provokasi demi provokasi biadap ke atas agama Islam. Bayangkan, biadabnya tindakan provokasi mereka, sehinggakan mereka membawa kepada pertikaian isu nama suci Allah ke Mahkamah untuk digunakan mereka bagi merujuk Tuhan yang beranak dan diperanakkan.

Jadi janganlah hairan saban tahun pada setiap satu hari selepas dunia menyambut hari lahir manusia yang dikatakan sesetengah golongan sesat sebagai anak kepada Allah, langit hampir sahaja seolah runtuh dan bumi hampir sahaja seolah terbelah dan menyebabkan berlakunya bencana raksasa di beberapa tempat di dunia. Ingat 26 Disember 2002 ribut Greg di Sabah? Ingat 26 Disember 2003 di Bam, Iran? Ingat 26 Disember 2004 di Acheh? Ingat 26 Disember 2006 di Hengchun, Taiwan?

"Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh (karena ucapan itu) karena mereka menganggap Allah Yang Maha Pengasih mempunyai anak”. (Maryam: 90-91) 

Ya, bencana juga berlaku pada tarikh-tarikh lain. Tetapi tidak sekerap bencana yang mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan dengan kemusnahan yang terus sebagaimana kerapnya ia berlaku pada setiap 26 Disember.

Jika mereka tidak tahu berhenti melakukan provokasi, maka sudah tiba masanya kebenaran sebenar disampaikan seluas-luasnya di bumi Malaysia.

Jemput ke semua tokoh-tokoh perbandingan agama tersohor dunia untuk menyambung usaha Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat yang sebahagian daripada kita telah hentikan 22 tahun yang lalu. 

Terbitkan rancangan-rancangan mereka di dalam stesen-stesen televisyen tempatan secara terbuka. Inilah kebebasan bersuara untuk bercakap mengenai kebenaran yang mereka sangat-sangat mahukan. Mereka mahukan kebebasan bersuara, maka kita jalankan kebebasan bersuara yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan terlebih dahulu.

Sementara kuasa politik masih dipinjamkan kepada kita, mari kita semua berusaha keras untuk menjalankan kebebasan bersuara secara terbuka menggunakan semua saluran yang ada untuk menyampaikan kebenaran.

Bukankah itu yang mereka mahu? Tak perlu terkial-kial terkebil-kebil takut diugut makhluk Allah yang jumlahnya tak sampai pun 9% dengan undi yang berpecah-pecah di muka bumi Malaysia ini. Melainkan hanya jika si penakut menyembah peti undi sebagai Tuhan yang memberi kuasa kepada mereka.


Mahu sangat kebebasan bersuara, mari kita jemput semua tokoh-tokoh perbandingan agama Muslim terkenal dunia untuk mengadakan debat terbuka dan disiarkan live dalam stesen televisyen negara. Kita masuk ke Sabah dan Sarawak dengan program-program tersebut sebagaimana mereka mahu apa yang dipraktis di Sabah dan Sarawak dibawa ke sebelah semenanjung.



Mahu debat intelektual, dipersilakan...

13 comments:

  1. Jangan kita lupa terhadap tsunami darat yg melanda negara kita. Dengan kerosakkan teruk harta benda dan kehilangan nyawa. Adakah ini kerana sesetengah daripada kita sudi Allah SWT dipersenda?

    Kenapakah kekeliruan 10 point solutions tidak diperbetulkan?

    10 point solutions ni untuk melindungi hak siapa sebenarnya? Hak Kristians? Bagaimana pula hak Muslims?

    Muslims tak ada hak ke dalam negara ni?

    Tok Najib lepas kebah ecoli ni tolong jawab skit ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai satu2nya mangsa eColi yang dilaporkan media setakat ini, kita berikansedikit ruang masa kepadanya utk berehat bagi memikirkan siapa yang dia perlu pecat sebagai mrk yg bertanggungjawab mnjaga reputasinya di media2. Jelas seperti tidak buat apa2 kerja sehingga satu persatu isu mengenai PM timbul krn sistem PR yg digunakannya hancus sama sekali.

      Kemudian dalam masa yg sma isu 10 point solutions ni beliau perlu selesaikan krn ia telah dijadikan lesen oleh golongan pelampau evangelis utk terus menjalankan kerja2 melampau mrk.

      Delete
  2. Api kebebasan bersuara mesti dilawan dgn api jugak. Jangan la hantar pondan dgn pemadam api (10 point solution) utk lawan puak krang ajaq ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan Hamba Allah, kita tak takut dengan kebebasan bersuara. Kita yakin kita dipihak yang benar. Cuma apabila padang permainannya sgt senget sebelah bilamana mrk dibiarkan utk mencabar apa sahaja sensitiviti kita dan dalam masa yg sama tangan kita diikat utk membalas, maka dimanakah keadilan yg sepatutnya dinikmati dalam menjalankan hak2 kebebasan ini?

      Setuju sgt, api kebebasan bersuara mesti dilawan dengan api kebebasan bersuara.

      Delete
  3. Puak2 ni memang hipokrit. Depa yang bawak pi kes kalimah 'Allah' pi makhamah. Bila kalah depa tak mau terima. Degil. Tunjuk keras kepala. Kurang ajar. Kebal undang-undang. Memang hipokrit papan atas!

    Siapa di belakang mereka sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibelakang mrk mmg org yg trkenal dgn permainan belakang. Mrk tak akan hormat kepada apa saja, biar Perlembagaan mahupun undang2. Jika ianya tidak menyebelahi mereka, mrk tidak akan hormat dan akan terus melakukan tindakan biadab sampai kemahuan mereka dipenuhi.

      Delete
  4. betul. hari tu anak murid allahyarham iaitu zakir naik penah datang. minta dia datang lagi. dan lagi. dan lagi. bahkan allahyarham sendiri mengaku kehebatan anak muridnya yang melampaui beliau sendri. kalau boleh adalah orang islam kita yang sudi berguru pula dengan zakir naik supaya dapat kita seorang tokoh yang boleh menjawab dengan lancar beserta dalil dan hujah yang kuat untuk membongkar kebusukan kapir terutamanya di Malaysia.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi tuan Jentayu dgn keupayaan yang sama. Kita patut usahakan untuk menjemput semua mereka masuk secara kerap dan dijalankan segala bentuk program terbuka dan ceramah terbuka termasuk di Sabah dan Sarawak.

      Mereka mahukan kebebasan bersuara, kita bawakan kepada mereka kebebasan bersuara yg diminta.

      Ramai tokoh yang boleh dijemput masuk. Kami percaya badan2 Islam negeri dan negara mempunyai lebih daripada bajet yg cukup utk membawa mrk masuk.

      Jutawan2 Islm juga ramai yg kami rasa berminat utk menaja jika mrk faham betapa usaha ini amat penting untuk masa depan akidah negara.

      Delete
    2. saya hormat dengan segala ilmuan dan tokoh islam cuma ahmed deedat dgn zakir naik saya letak di tempat yang istimewa. ini kerana melalui dialog, debat dan ceramah yang mereka buat sudah berapa banyak non muslim mendapat hidayah dan memeluk islam. kita perlu ada breed seperti ini dari kalangan kita yang berani berdepan dengan non muslim dan berhasil pula berdakwah kepada mereka sampai memeluk agama islam. tak perlu pakai serban melilit panjang atau jubah labuh sampai ke buku lali tapi hasil yang mereka perolehi jauh lagi hebat dari so called ulama kita yang dressing ngalahkan pak arab. dengan orang melayu islam bukan main berani tapi bila dengan kapir harbi menikus. baru boleh petik satu dua ayat Al Quran dah pandai kapirkan orang lain. padahal dr zakir naik bukan setakat quran malahan bible, veda, mahabrata dan banyak lagi kandungan kitab non muslim dalam kepala dia.

      jentayu

      Delete
  5. Saya sebenarnya memang amat bersetuju sekiranya debat debat sebegini dibuat di Malaysia.

    Memang, percubaan debat yang cuba dilakukan puak pelampau di Malaysia ini cuba dibuat dengan menggunakan golongan Islam Liberal berkepentingan seperti Mujahid Yusuf Rawa dan Khalid Samad dan bukannya golongan pendebat seperti Arwah Ahmad Deedat, Zakir Naik, Yusuf Estes dll.

    Penipuan penipuan sebegini sedang rancak dijalankan oleh DAP/MCA/GERAKAN bersama evangelis evangelis Kristian yang lain dengan harapan dapat menyesatkan lebih ramai anak anak muda Islam. Setelah bertahun tahun menghidangkan pelacuran, perjudian, dan pelbagai kemungkaran kepada muda mudi Islam, masanya telah tiba untuk mereka go all out secara terang terangan bagi mendapatkan undi Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga memurtadkan umat Islam yang lain.

    Sebenarnya ramai umat Islam yang tidak tahu menahu akan tanda tanda kiamat dan kehancuran Islam(sebelum kebangkitannya kembali), Mereka ini merasakan dunia ini adil kepada mereka yang berusaha mencari duit membabi buta.

    Ingin saya kongsikan satu kejadian, satu keluarga Islam liberal pergi dinner bersama rakan rakan TUAN mereka, lalu dihidangkan daging khinzir bersama dengan lauk pauk yang lain. Maka bertanyalah anak lelaki keluarga Islam Liberal itu kepada ibunya, kenapa tuan rumah menghidangkan daging khinzir kepada mereka sedangkan mereka tidak boleh memakannya ? Soalan itu dijawab oleh kakak kepada budak lelaki tersebut, "Dad does not live like a muslim, so they treat us as non-muslims"

    Basically, this is what happens in Malaysia nowadays, we're being coerced to live life as non-Muslims, hence that is who we will become. Mereka sangat licik. Berdoalah agar Allah s.w.t menyelamatkan kita.

    Kepada YB YB Melayu/Islam/Bumiputera semua. Janganlah biarkan TUAN TUAN CINA DAP/MCA/GERAKAN anda menentukan hala tuju kehidupan anda. Selama ini kita hidup aman damai, berbilang bangsa dan ugama. Jangan biarkan golongan pendatang rakus dan tamak haloba ini menghancurkan negara kita.

    PAS=UMNO=Penjilat Tegar Tuan Tuan CINA DAP/MCA/GERAKAN

    PKR=BANGSAT

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah tuan.. Semoga kes keluarga liberal itu merupakan kes dgn generasi akhir yg sebegitu di sini..

      Mmg kami juga jelas bahawa sasaran mrk bukanlah kepada generasi pertama yg longgar dan kini membesar sebagai ibu bapa, tetapi sasaran mereka ialah untuk menuai pengikut dari kalangan generasi berikutnya yang tiada langsung benih pegangan agama di dalam diri mrk.

      Generasi yg sedang kita hadapi kini ialah generasi yang ditanam dgn benih pemikiran liberal supaya melahirkan ladang2 subur utk mrk tuai dlm tempoh satu hingga 2 dekad dr sekarang.

      Kita semua mesti bergerak aktif dan mesti membawa masuk mrk2 yg mempunyai keupayaan tinggi untuk menggerakkan kempen2 dakwah secara lebih agresif utk memastikan wave kesesatan tersebut dpt dipadamkan segera.

      Jika lambat, jgn harap ia boleh diperbaiki dgn jalan berlembut lagi. Sebelum semuanya menjadi parah, lebih baik semua yg berupaya menjalankan tugas masing2.

      Kita bawakan kepada mrk kebebasan bersuara sepertimana yang mereka mahukan.

      Delete
    2. Setuju dengan pandangan bernas anon dan tuan Ben. Semoga Allah SWT membalas jasa tuan berdua berdakwah. Ameen.

      Delete
    3. Sesuatu yang batil mana bisa ditegakkan. Hujah pembohongan hanya dapat dijaja kepada mereka-mereka yang belum mendapat hidayah Allah SWT sahaja. Maka tidak hairanlah jika mereka takut dengan Ahmad Deedat dan Zakir Naik.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.