Thursday, 8 January 2015

Farouk Musa, Bermoral-lah Sikit..

Setelah ditolak rakyat Malaysia dengan gerakan liberalisme dan pluralisme yang melampau dengan jemputan kepada Ulil Absar Abdalla, salah seorang tokoh rangkaian Muslim yang telah dikosherkan oleh  RAND Corporation contohnya, Farouk Musa sekali lagi menunjukkan sisi kurang beretikanya apabila sebuah perjumpaan ‘private’ dengan Tun Mahathir Mohammad telah diwar-warkan kepada media massa, hanya kerana lelaki ini kempunan mahu dilihat diterima oleh ‘mainstream’ Malaysia.

Duit Dah Bagi, Hasil Macam Hampas. Mungkin Kerana Itu Obama Sendiri Perlu Turun Dengar.

Susuk ini yang di penghujung tahun 2014 dengan aktif membawa sekumpulan ‘pelampau-pelampau RAND’ yang membawakan obor ketuanan Zionis Barat (maklumlah hujung tahun nak tutup akaun dan lobi untuk dana baru), sibuk pula membawa obor-obor kumpulan pesara kerajaan yang dilabelkan sebagai prominent Malays (seolah-olah yang diluar kumpulan mereka tidak cukup prominent) dengan perjumpaan dengan mantan Perdana Menteri yang kita semua sayangi.

Perjumpaan tersebut seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan bahawa beliau dengan dua lagi tokoh muslimin RAND, Zainah Anwar dan Chandra Muzaffar, berjumpa dengan Tun Mahathir kerana tidak senang dengan cara kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak yang memilih untuk tidak mahu terlibat dengan permainan politik kumpulan yang mendakwa mereka sebagai moderates.

Perdana Menteri dilaporkan telah memilih untuk tidak berjumpa dengan kumpulan ‘prominent 25’ dan ini membuatkan kumpulan ‘moderates’ marah dan kurang senang dengan perkembangan tersebut. Ini dapat dilihat dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Farouk Musa yang menuduh Perdana Menteri tidak mengambil berat terhadap negara.

"In fact, when I was still with Bersih, we wrote to Najib to request a meeting but he never replied. This shows that he doesn't care about the country."

Maka melihat kepada beberapa kritikan terbuka yang telah dibuat oleh Tun Mahathir sebelum ini terhadap Datuk Seri Najib, kumpulan ini mula menangguk di air yang keruh dengan melobi Tun Mahathir untuk campur tangan. Tun Mahathir tidak lebih hanyalah sebuah batu loncatan untuk menambahkan tekanan terhadap Datuk Seri Najib.

"They (G25) can take the initiative to meet Dr Mahathir. From there, it can be a stepping stone to meeting Najib."

Tun Mahathir bertindak bijak mahu melihat kepada kenyataan rasmi kumpulan ‘prominent 25’ (lebih prominent daripada Tun Mahathir agaknya?) terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kita harap ada yang membisikkan kepada telinga Tun Mahathir bahawa kumpulan ‘prominent 25’ telah menyatakan dengan jelas sekali, bahawa mereka tidak mahu berjumpa dengan sesiapa saja, kecuali Perdana Menteri. Tidak JAKIM. Tidak Majlis Pemuafakatan Melayu. Tidak juga Tun Mahathir. Mereka hanya mahu berjumpa dengan Perdana Menteri semata-mata. Begitu ‘prominent’ sekali kumpulan ini!

Jadi kita melihat objektif tunggal tiga susuk muslimim RAND tersebut memilih untuk berjumpa dengan Tun Mahathir tidak lebih kepada usaha untuk melobi supaya Perdana Menteri tunduk dengan desakan melampau mereka dan akhirnya berjumpa dengan kumpulan ‘prominent 25’. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu, termasuklah dengan menggunakan kedudukan Tun Mahathir yang masih berpengaruh. Ini dapat dilihat dengan Farouk Musa yang tidak sabar menjaja perihal perjumpaan tertutup tersebut.

Pendirian Farouk Musa yang mahukan Datuk Seri Najib mengikut jejak Barack Obama, yang memilih untuk berjumpa dengan 10 wakil NGO tempatan ketika beliau melawat Malaysia lepas juga telah menyakinkan kita tentang modus operandi mereka.

Kita faham tentulah Presiden Amerika Syarikat mahu berjumpa dengan ‘agen-agen’ yang telah digajikannya.   Tentunya sebagai wakil kepada rakyat Amerika Syarikat beliau mahu mengambil tahu ke mana dan bagaimana wang rakyat Amerika Syarikat yang mendanai gerakan subversif mereka dibelanjakan.

Tentulah Barack Obama mahu melihat sama ada berbaloi atau tidak ‘bayaran gaji’ yang telah diperuntukkan. Sama ada perlu Amerika Syarikat mencari ‘agen-agen’ baru atau mengekalkan terus mendanai khidmat ‘agen-agen’ sedia ada!

Malah kita mahu supaya 10 wakil NGO Malaysia tersebut bersikap dengan lebih telus dan terbuka (seperti yang selalu mereka laungkan) dengan apa yang telah diperbincangkan oleh 10 wakil NGO tersebut dengan mendedahkannya kepada awam, secara verbatim, supaya butiran perbincangan tersebut dapat diteliti oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Kita mahu tahu apa yang sedang mereka perkatakan ketika itu? Kita mahu tahu adakah ‘agen-agen’ Amerika Syarikat ini memperkatakan tentang isu-isu sensitif yang dengan jelas dilindungi Perlembagaan Persekutuan? Kita mahu tahu sama ada mereka-mereka ini boleh disabitkan dengan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970)?

Kita tidak mahu sesi tersebut menjadi seperti satu lagi sesi ‘forum tabu’ Saifuddin Abdullah, si liberalis yang ditolak rakyat kebanyakkan seperti yang pernah kami dedahkan sebelum ini.

Sebenarnya kita sedih apabila niat baik Tun Mahathir yang bersikap terbuka berjumpa dengan tiga tokoh itu telah dihijacked oleh susuk seperti Farouk Musa yang tidak bertanggungjawab dengan mendedahkannya, ‘rather prematurely’ kepada umum, berbanding dengan dua lagi tokoh yang memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

Apa yang menjijikan ialah pelakuan Farouk Musa juga yang memberikan gambaran seolah-olah Tun Mahathir menyokong membuta tuli gerakan melampau mereka yang dari hari ke hari mencabar nilai-nilai Malaysia yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"We arranged for the meeting to allay our worries about the current situation in the country and Tun M agreed. In fact, he was also not happy with what is happening now," kata Farouk Musa.

Mungkinkah Tun Mahathir juga tidak senang dengan cara golongan ‘moderates’ bekerja?

Mungkinkah juga Tun Mahathir tidak gembira dengan musnahnya semangat kongsi dikalangan rakyat Malaysia?

Mungkinkah Tun Mahathir juga tidak senang dengan campur tangan bertali-arus daripada luar seperti Barack Obama yang memilih untuk berjumpa dengan wakil 10 NGO?

Adakah Farouk Musa ada memberitahu Tun Mahathir apa yang dia laporkan kepada Presiden Polis Dunia tersebut?

Farouk Musa juga patut bertanya pandangan Tun Mahathir terhadap dia dan NGO sepertinya yang mendapat dana besar daripda NED Amerika Syarikat!

Mungkin dengan itu dia akan dapat faham apa yang Tun Mahathir ‘are not happy with’?!

4 comments:

  1. Khabarnya wakil Najib dah jumpa kumpulan 25-maka taktik mereka mempergunakan Tun M sudah mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
  2. Bukan ni ka farouk yg sama kata elemen babi boleh guna dlm produk kesihatan?

    ReplyDelete
  3. Macamana boleh ngo2 kat msia dikawal menerima dana asing? Isu ini amat kritikal dalam kelangsungan survival ngo ini yang berkiblat ke barat dan zionis

    ReplyDelete
  4. Jelas Farouk Musa kantoi lagi menipu bila Farida Branca kata Najib tak snubbed depa! Ish3!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.