Tuesday, 20 January 2015

Debat Dengan Ekstremis Paulsen? Apa Yang Shabery Cheek Fikirkan?

Bukan mudah untuk jadi seorang Menteri. Setiap tindak tanduknya menjadi perhatian. Setiap patah perkataan dan perbuatannya menjadi sebutan. Menteri di Malaysia, kebiasaannya datang dari kalangan ahli politik. Sebagai Ahli Politik, mereka tahu bahawa survival mereka bergantung kepada populariti mereka. Mereka juga faham, untuk sentiasa dilihat sebagai orang yang menjadi harapan kepada bos mereka, watak pengikut setia mesti dipanggungkan semaksimum mungkin.

Tetapi tidak semua ahli politik begitu. Masih lagi kami ingat ketika perjuangan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dijalankan dengan penuh semangat, dan ketika itu Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum membuat keputusan akhir mengenai nasib AH48, selain Saifuddin Abdullah dari Global Movement of Moderates (GMM), Dato’ Shabery Cheek ialah pihak yang beria-ia memberikan segala bentuk penjelasan supaya sokongan diberikan kepada Perdana Menteri untuk menggantikan AH48 dengan Akta lain.

Evolusi Pemikiran Shabery Cheek Kes Akta Hasutan 1948
Kami mengikuti rapat evolusi pendekatan pemikirannya mengenai AH48 pada ketika itu. Pada September 2014, beliau mengeluarkan pendapat bahawa sebuah Akta baharu, akan diperkenalkan dan Akta tersebut lebih menyeluruh berbanding Akta Hasutan 1948. Ketika ini, Perdana Menteri masih lagi yakin bahawa langkah beliau mahu menghapuskan Akta Hasutan itu satu langkah yang bakal membawa popularitinya ke planet Zargus.


Menjelang Oktober  dan November 2014, ketika Quadmester Melayu (kami gelarkannya sebagai QuadmesterSOMUH) berlangsung, tiba-tiba graf populariti isu menunjukkan bahawa mana-mana ahli politik Melayu yang menentang Akta Hasutan 1948, destinasi masa depan mereka ialah di tapak-tapak perkuburan politik.



Bukan seorang dua yang kelam kabut dibuatnya dengan penemuan graf populariti ini. Perdana Menteri sendiri membuat brek mengejut melihat Tok Adi dan cangkul kubur politiknya melintas di depan. Ia sehingga menyebabkan semua yang bersamanya dalam hal memansuhkan Akta Hasutan 1948 selama ini, terpelanting kerana inersia terhasil dari brek mengejut itu cukup kuat. Lalu terpelanting pula status dengan evolusi pemikiran baharu Shabery Cheek di dalam akaun Facebooknya.


Menjelang Disember, semua tona pendapat dan penjelasan Dato’ Seri Shabery Cheek, bercakap di dalam momentum dan trajektori yang ditentukan vektor-vektor yang menetapkan, menyokong Akta Hasutan 1948, adalah selamat untuk mana-mana politikus Melayu dan Islam.

Alhamdulillah, manusia kita tidak nilaikan mereka pada permulaan dan pertengahan kehidupannya, tetapi di mana pengakhiran kehidupannya yang menentukan sama ada apa yang diusahakan pada awalnya membawa hasil yang baik pada pengakhirannya.

Walaupun berevolusi mengikut populariti, bagi kami, Dato’ Shabery Cheek bijak dalam membuat keputusan yang betul, selalunya di saat-saat akhir.

Evolusi Pemikiran Shabery Cheek Dalam Kes Haramkan Facebook
Ketika isu penghinaan ke atas Islam menjadi-jadi kerana kebanyakan kes dijadikan No Further Action oleh Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Gani Patail, Shabery Cheek, turut sama berusaha untuk memberikan pendapat bagi menyelesaikan isu ini pada kadar daya intelektualisme Einstein. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menuju ke kandang kambing.

Tujuannya satu, mencari seekor kambing hitam lalu perlu disembelihkan sebagai korban untuk menutup isu ini.  Inilah cara penyelesaian yang sangat sepatutnya diberikan peluang untuk mendapat anugerah Nobel Keamanan selama tiga tahun berturut-turut.

Caranya mudah. Haramkan Facebook.

Tetapi, sebelum mengharamkan Facebook, Shabery Cheek perlu menggunakan akaun facebooknya untuk bertanyakan rakan-rakan facebooknya tentang cadangannya untuk mengharamkan facebook.



Jelas, idea itu bukan sebuah idea yang mendapat sokongan majority dan bakal diterjemahkan sebagai idea yang tidak boleh memberikannya populariti. Kami pernah menulis tentang ideanya mengharamkan facebook sebelum ini. Penulisan bertajuk “Facebook Atau Penguatkuasaan Undang-Undang Tumpul Yang Menjadi Punca?” 

Facebook masih wujud di Malaysia sehingga hari ini.

Jelas, sepertimana yang kami nyatakan sebelum ini, Shabery Cheek, seorang yang sangat bijak dalam membuat keputusan akhir. Keputusan awalnya, sepertimana di atas, tidak mencerminkan keseluruhan kesudahan pemikirannya selepas faktor populariti diambil kira.

JAKIM Perlu Berdebat Dengan Eric Paulsen
Sepertimana kes-kes yang dibentangkan kami sebelum ini mengenai evolusi pemikiran Shabery Cheek. Kali ini, sekali lagi beliau cuba mengeniuskan rangka pemikiran dirinya dengan mencadangkan supaya pihak satu debat antara Eric Paulsen, Charlie Hebdo versi Malaysia, dengan JAKIM diusahakan.

Dalam kenyataannya yang dipetik oleh mstar:

"Eric perlu jelaskan kepada orang ramai mengenai kenyataannya di Twitter yang begitu pendek, tak semestinya dalam  TV tapi kalau ada stesen yang ingin benarkannya.
"Saya rasa tak ada masalah dan setuju kalau Jakim kata "Ok kita berbahas" dan minta Eric datang ke stesen TV, beritahu apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya bahawa Jakim menggalakkan keganasan melalui khutbah setiap Jumaat," katanya pada sidang media selepas melancarkan identiti jenama baharu Pos Malaysia di sini, Khamis.1
Bayangkan situasi ini, seorang perogol yang sudah direman dan menunggu masa untuk didakwa, dicadangkan untuk berdebat dengan mangsanya sebagai menunjukkan kita terbuka dengan hak kebebasan bersuara. Dalam debat tersebut, bolehlah si perogol menjelaskan apa yang beliau mahu maksudkan dengan melakukan pemerkosaan tersebut. Terlalu cerdikkan? Rasanya Einstein boleh batuk berdarah di dalam kubur.



Eric Paulsen, Charlie Hebdo versi Malaysia, mempunyai segala ruang untuk menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan tweet beliau di dalam Mahkamah. Tidak perlu untuk melajukan proses-proses yang belum tiba masanya.

Beliau mempunyai segala peluang dan ruang untuk memberikan penjelasannya di dalam mahkamah di hadapan hakim-hakim yang bertauliah. Melainkan Shabery Cheek mengimani konsep Rakyat Hakim Negara sebagaimana yang digerakkan oleh En Sivaji, Anugerah Tuhans untuk bangsa Malaysia.


Eric Paulsen tidak pernah mahu menggunakan saluran yang betul sejak dari awal beliau meracau-racau menghina Islam di dalam twitternya. Apabila tindakannya berhadapan dengan tindakan undang-undang, secara tiba-tiba sahaja semua cakap mengenai debat, perbahasan dan segala yang memercikkan air liur tanpa tapisan disebut sebagai remedi. Cit, Podah!

Tetapi kami percaya, Shabery Cheek akan segera sedar tentang keputusan apa yang seharusnya menjadi keputusan akhirnya dalam isu ini. Harap beliau sedar awal.


10 comments:

  1. Dah habis pikir ke Shabery Cheek ni nak expose Islam as target makian, sendaan, pertikaian, utk dilondehkan dan sebagainya? Kemon la.. Menteri klu pikir cenggini, mmg la kerajaan akan dpt problem.

    Suruh paulsen berhujah dlm court. Abih cerita. Bukan masuk court mulut dia kena tutup. Hak dia boleh diamalkan kat situ. Totyallyu agree dengan Ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITu yg kami hujahkan Tuan. Di Mhakamah,dia boleh bebas membentangkan hujahnya. Itu tempat yang sesuai.

      Delete
  2. Mau jadi hero, tapi salah tempat dan alamat. Alamatnya jadila Mr flip flop nanti. Hujah kat mahkamah sj. period!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mahkamah tempat paling sesuai dan adil.

      Delete
  3. Shabery Cheek tak payah nak cheeky sangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut bila cheeky x cukup, berubah adi Chucky pulak..

      Delete
  4. Paul@ahbeng@ tongsan.....saya Nak bagi tahu anda selagi anda Ada Mata sepet,j***r berkerak Dan bau t**& 24 jam tolong jangan perasan anda mat saleh!!!!

    Mengenai shabery chik ni....biasa la pemimpin,jilat menjilat....kata nak pangku jawatan sampai kiamat!!!!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoaaa Tuan.. betul2 marah ni.

      Kami pun marah juga. Mmg dia dok perasan dia mat saleh. Tapi mat saleh terbabas GPS.

      Shabery Chik kena sedar, partinya bukan milik elit tetapi ditentukan sentimen akar umbi.

      Akar umbi pula dekat dengan aspirasi Islam. Kena ingat tu sebagai tips panjang umur politik.

      Delete
  5. Shabery Cheek ni menteri apa ye? Kenapa otak udang sangattt? Sejak bila pula Jakim yg dinaungi YDP Agong kena jawab n pertahan polisi diaorang kt Paulsen? Shabery ingat Paulsen tu siapa? Agong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot On Tuan.. Apa mereka fikir Paulsen ni Agong sampai semua kena bersoal jawab dengan PAulsen?

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.