Tuesday, 27 January 2015

Charlie Hebdo & Delusi Kebebasan Bersuara Di Barat!

Megat Rizal M.H.

Kalau masih ada yang mahu berkomentari bahawa Charlie Hebdo patut disokong dan didokong sebagai sebuah majalah satira yang mengagungkan kebebasan bersuara dan berekspresi, tonggak kepada liberte, egalite dan fraternite yang diagung-agungkan di Perancis dan di seluruh dunia Barat amnya, penulis berani mendakwa bahawa golongan ini sama ada kurang cerdik menghampiri kepada dungu yang melampau atau sememangnya buta mata dan buta hati.

Tidak dapat tidak. Inilah alasan yang paling logik untuk mengambarkan kegilaan yang ditunjukkan golongan ini apabila cuba ‘bersilat’ untuk mengkosherkan bentuk kebencian yang sering diwar-warkan oleh majalah anti Islam tersebut hanya kerana sidang editorialnya mampu untuk membuli kelompok masyarakat Muslim senegara dengan mereka dan dunia hanya kerana perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang sangat trendy untuk dilakukan.

Jadi apabila baru-baru ianya dilaporkan bahawa jumlah keluaran khas majalah Charlie Hebdo setelah kejadian yang menyaksikan lebih daripada 12 orang dibunuh oleh apa yang diperkatakan sebagai pengganas Islam telah mencecah kepada tujuh juta keluaran setakat ini berbanding dengan lebih kurang tiga puluh ribu salinan saja setiap minggu sebelum itu, ianya sememangnya tidak mengejutkan.

Apa yang agak mengejutkan, menyedihkan sebenarnya lebih tepat lagi, ialah apabila sidang editorial yang ada, yang terselamat daripada tindakan ganas yang membunuh rakan-rakan mereka dengan kejam, masih berdendam dengan Islam dan Muslim yang dituduh bertanggungjawab dengan keganasan tersebut, walaupun Presiden Hollande dengan jelas telah menegaskan bahawa Muslim tidak patut dipersalahkan. Malangnya nasihat itu tidak hinggap ke telinga sidang editorial yang berbaki dan mereka memilih untuk berkonfrontasi dengan semua Muslim apabila sekali lagi menghina Nabi Muhammad SAW yang disanjung oleh 1.6 billion umat Muslim di dunia.

Hakikatnya, Muslim dan Islam masih lagi menjadi ‘tebusan sebenar’ kepada kejadiaan yang melanda Charlie Hebdo.

Lihat saja kepada pertambahan mendadak serangan bersifat kebencian terhadap Muslim di sekolah-sekolah dan jalan-jalan di Britain dan Perancis yang dikatakan semakin meningkat sejak insiden pembunuhan kejam di pejabat Charlie Hebdo itu. Lihat juga kepada insiden yang membabitkan beberapa orang yang disyaki sebagai pengganas di Belgium. Lihat juga dengan demo-demo anti Islam dan Muslim yang sedang berlaku di beberapa bandar besar Jerman. Ini semua boleh dikatakan berlaku kerana imej yang telah dipancarkan ke seluruh dunia, secara terancang dan sangat kalkulatif bahawa dua adik-beradik yang didakwa terlibat dalam kes Charlie Hebdo dikatakan sebagai Muslim yang memanjangkan keganasan bagi pihak kumpulan Al-Qaeda atas nama Islam.

Itu naratif yang sedang dijualkan kepada kita semua kini apabila insiden keganasan Charlie Hebdo berlaku. Ini jugalah naratif yang sering dijaja negara-negara dunia pertama Barat, sama ada di benua Amerika ataupun di benua Eropah, cuba untuk memberitahu kita dan rakyatnya khasnya, bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati mereka kini sangat dibenci dan dicemburui oleh ‘sekumpulan orang gila’ (baca Muslim) yang akan mengembom dan melakukan huru-hara kepada kebebasan peribadi dan cara hidup mereka. Lihat saja naratif yang dipersembahkan kepada dunia di atas pengeboman yang berlaku semasa acara larian di Boston suatu ketika dulu. Dua beradik imigran yang tidak disangka-sangka rupanya menyimpan niat untuk mengganas.

Naratif yang sama yang pernah digunakan semasa kejadian 9/11 sudah menjadi naratif klasik yang ‘membuktikan’ bahawa Muslim atas nama Islam akan menyerang Barat dan menganggu-gugat cara hidup mereka.

Apa benarkah Muslim sememangnya tidak pandai berjenaka?

Melihat kepada bantahan demi bantahan yang sedang mengambil tempat daripada negara-negara yang mempunyai penduduk Muslim daripada Eropah, Afrika, Timur Tengah sehinggalah ke Asia, terdapat cakap-cakap, termasuk juga daripada sesetengah tokoh-tokoh dungu buta hati di Malaysia yang kononnya Muslim patut belajar untuk menjadi sedikit terbuka dan mula belajar untuk menikmati jenaka dan satira.

Kata mereka lagi, semua orang dewasa patut belajar untuk menerima pelecehan dengan terbuka dan tiada sesiapa pun patut dicederakan jauh sekali dibunuh hanya kerana melakukan sesuatu ejekan. Mungkin kita boleh melihat dunia seliberal itu. Namun apa yang penulis tidak faham ialah golongan liberalis ini juga yang tidak boleh menerima hakikat bahawa cara orang ‘bersatira’ dan ‘berjenaka’ berbeza. Begitu juga dengan cara untuk seseorang menyuarakan pendapatnya atau menunjukkan ‘kebebasan berekpresi tanpa batasan’?!

Bagaimanakah mampu kita mendefiniskan kebebasan berekspresi tanpa batasan?

Bukankah tanpa batasan sudah memberikan konotasi, apa saja tanpa sekatan dan had, walaupun ekstrem, seekstrem penghinaan ke atas Muslim dengan karikatur Nabi Muhammad SAW?

Jadikah kenapakah perlakuan ekstrem yang diperlakukan sesetengah orang layak dikritik dan dikutuk dunia manakala yang lain tidak? Bukankah sebarang bentuk ektremisme juga patut dikritik, sama ada ianya diperlakukan oleh kumpulan Muslim, Yahudi, Kristian, Buddhis, Hindu ataupun Ateis sekalipun?

Masalahnya jutaan rakyat Perancis yang keluar ke bandar-bandar di seluruh Perancis yang berarak dalam apa yang dinamakan sebagai ‘unity march’ oleh Presiden Hollande, bersama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain, termasuk dengan penyembelih Gaza, Benjamin Netanyahu, bukan berarak untuk menegakkan kebebasan bersuara dan berekpresi secara tanpa sekatan, tetapi lebih kepada menangisi kegagalan sistem yang diamalkan oleh mereka sebenarnya. Sistem kebebasan tanpa sempadan yang bebas menghina dan menyemai kebencian dikalangan mereka dan orang lain yang tidak berkongsi sentimen atau gaya hidup yang sama dengan mereka.

Kenapakah Islam dan Muslim berterusan dihina hanya kerana mereka memilih untuk hidup dengan gaya hidup dan budaya yang berbeza dengan mereka-mereka yang lain?

Kenapakah pula golongan bukan Muslim bebas untuk menjadi apa saja dan berpakaian dengan gaya apa saja, sebebas Lady Gaga, namun kebebasan yang sama tidak layak diberikan kepada Muslim?

Hipokrasi apakah yang sedang dipermainkan di Barat kini, dan kenapakah terdapat sesetengah daripada kita yang mahu mengimpot sikap talam dua muka ini yang tidak memberikan sebarang kebaikan kepada kita di Malaysia?

Hakikatnya ketika sesetengah daripada kita bercakap perihal Charlie Hebdo dan kebebasan berkarya pengkarya-pengkarya mingguan satira tersebut, tahukah kita bahawa pada tahun 2009 Maurice Sinet telah dipecat daripada Charlie Hebdo hanya kerana menuduh anak Presiden Sarkozy, Jean Sarkozy, 22 akan masuk Yahudi atas sebab-sebab ekonomi.

Phillipe Val, editor Charlie Hebdo ketika itu menyuruh penulis yang menggunakan nama pena Sine itu untuk memohon maaf dan beliau menolak sambil berkata “I’d rather cut my balls off.” Penulisan yang dihasilkan pada Julai 2009 itu dianggap sebagai bersifat anti-semitik dan telah membuatkan beliau dihadapkan ke mahkhamah atas pertuduhan ‘inciting racial hatred’.

Bukan itu sahaja malah pada tahun 1970 majalah satira tersebut juga pernah dikecam hebat oleh rakyat Perancis hanya kerana mereka memilih untuk memperlekehkan kematian Presiden Charles de Gaulle sebagai sesuatu yang tidak penting berbanding dengan kematian di sebuah disko yang mengorbankan 146 nyawa sebelumnya, dengan headline ‘Tragic ball in Colombey: 1 death’. Majalah satira yang pada ketika itu menggunakan nama Hara-Kiri Hebdo (jelas semangat hara kiri itu masih ada dengan kematian sepuluh orang pekerjanya!) kemudiaannya diharamkan penerbitan dan ini memaksa kumpulan editorialnya untuk menukar namanya, kepada Charlie Hebdo, sebuah nama baru bersempena dengan nama pertama Jeneral de Gaulle.

Hakikatnya juga akhbar Jyllands-Posten pada tahun 2003, 3 tahun sebelum mereka menghina Nabi Muhammad SAW dan 1.6 bilion umat Islam, juga pernah memilih untuk tidak menerbitkan sebuah karikatur yang dikatakan menghina Jesus dan orang-orang Kristian.

Christoffer Zieler yang menghantar beberapa lakaran ‘dealing with the resurrection of Christ’ mendapat email balas daripada editor Ahad, Jens Kaiser yang berbunyi “I don’t think Jyllands-Posten’s readers will enjoy the drawings. As matter of fact, I think that they will provoke an outcry. Therefore I will not use them.”

Kenapakah terdapat standard yang berbeza terhadap Islam dan Muslim berbanding dengan Yahudi dan Kristian, contohnya?

Baru tiga hari lepas seorang pemimpin parti berhaluan kanan anti Islam di Jerman, Lutz Bachman telah meletak jawatan hanya kerana sekeping foto lama beliau berselfie seperti Hitler dengan misai kontot ‘Pembunuh Kepada Enam Juta Yahudi’ tersebut tersebar viral di media sosial dan diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan. Pemimpin PEGIDA itu walaupun mempertahankan foto yang bercaption “He’s back!” tersebut sebagai sebuah jenaka semata-mata kini sedang disiasat polis setelah akhbar yang sama telah menerbitkan juga kenyataan-kenyataan yang bersifat xenophobik yang terdapat dibawah akaun Facebooknya.

Beberapa hari sebelum itu pula, seorang wartawan veteran CNN, Jim Clancy telah ‘meletakkan’ jawatan yang dipegangnya selama 34 tahun secara mendadak hanya kerana beliau telah mentweet sebuah kenyataan yang bersifat anti-Israel, entiti haram yang masih menjajah dan menjarah bumi Palestin dengan penuh tidak berperikemanusiaan di bawah panji-panji dunia Barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, kononnya bastion kepada demokrasi yang dibanggakan sesetengah daripada kita!

Wartawan CNN yang pernah ke Malaysia untuk melaporkan tentang kehilangan pesawat MH370 itu dikatakan telah bertikam lidah dengan beberapa pengguna twitter pro-Israel diantaranya Oren Kessler seorang penganalisis Timur Tengah berketurunan Yahudi Amerika.

Jim Clancy kemudiaannya mentweet ‘Hasbara?’ memperli Oren Kessler yang didakwanya sedang melakukan kerja diplomasi awam bagi pihak negara haram Israel. Hasbara bermakna ‘penerangan’ dan ia juga boleh didefinisikan sebagai ‘propaganda’. Terminologi ini sering digunakan oleh kerajaan haram Israel dan penyokong-penyokongnya ‘to describe efforts to explain government policies and promote Israel in the face of negative press, and to counter what they see as delegitimisation of Israel around the world.’



Pada 15 Januari lepas pula, infowars.com telah melaporkan tentang seorang Muslim warganegara Canada, Jerry Reddick yang menyara hidup dengan berniaga ‘hotdog’ disiasat polis negara tersebut hanya kerana beliau cuba untuk menguji tahap ‘free speech’ yang sering diwar-warkan Barat sebagai sesuatu yang sangat diagungkan dan suci. Lelaki tersebut yang sedar akan hipokrasi dan sikap double standard yang diamalkan Barat memilih untuk mentweet beberapa kenyataan tentang peristiwa 9/11 dan Holocaust. Akaun twitternya sekarang @dawgfatherphd telah dipadam. (Eric Paulsen dah padam belum akaun twitter beliau? #Hipocrisy #Hipocrite)

 ‘Hitler asked his people, “How do you like your Jews”? Well done with a bagel and a kosher pickle. Freedom of speech goes both ways #Muhammad’

‘In 2001 I thought Americans could fly by the way they were jumping from the twin towers in New York.#FreedomofspeechMUHAMMAD’

‘They say the best cooked Jews can be found in Poland and Germany where the ovens are made from the best clay.#Freedomofspeech?’

Tidak berapa jam selepas itu, lelaki Muslim tersebut dilaporkan kepada polis Halifax dan disiasat. Jerry Reddick kemudiaan mencemuh bangga dengan berkata “I know you didn’t think freedom to insult worked both ways. My point about free speech being limited was made loud and clear!”

Sehari sebelum itu pula, selepas perarakan besar-besaran yang berlaku di Perancis untuk memberitahu kepada dunia bahawa mereka sangat mendukung liberte, egalite dan fraternite selari dengan keagungan kebebasan bersuara dan berekspresi tanpa batasan, polis negara tersebut telah menahan Dieudonne M’bala M’bala atas tuduhan hasutan kebencian hanya kerana artis komedi kontroversi tersebut memuat naik posting yang merujuk kepada perarakan tersebut dengan berbunyi ‘I’m finally going home. Know that this evening, as far as I’m concerned, I’m feeling like Charlie Coulibaly’.

Coulibaly ialah salah seorang yang dituduh sebagai pengganas yang dikatakan telah membunuh seorang ahli polis wanita sebelum menahan sebuah pasaraya kosher sebagai tebusan. Pelawak Dieudonne kemudiaannya dikecam ramai kerana dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang ‘menyokong keganasan’!

Malah dilaporkan semenjak ‘unity march’ pihak polis Perancis telah membuka 54 kes siasatan jenayah yang dikatakan selari dengan langkah-langkah yang diambil untuk mengekang “hate speech, anti-Semitism and glorifying terrorism.”

Tentunya kita tidak lupa akan seorang bapa di Perancis yang didakwa ‘inciting acts of terrorism’ kepada anak-anaknya. Lelaki tersebut dilaporkan oleh bekas isterinya bahawa anak-anak mereka yang berusia dibawah 15 tahun sering dihidangkan dengan imej-imej mengagung-agungkan jihad!

Apa benarkah Barat mengagungkan kebebasan bersuara dan berekspresi tanpa batas? Dan kita semua patut belajar untuk menghormatinya?

Jahabar Saadiq dan geng boleh pergi gebang pasal hal ni pada Julian Assange, Bradley Manning dan Edward Snowden. Stop the BS already will ya?!




Nota Kaki:
Ada sesiapa seperti penulis hairan kenapakah filem ‘The Interview’ tidak mempersendakan Benjamin Netanyahu instead dengan wataknya dibunuh dalam filem tersebut seperti yang dibuat ke atas pemimpin nombor satu Korea Utara, Kim Jong-un?
Dan bayangkan juga sama ada filem ‘American Sniper’ akan mendapat pencalonan Anugerah Academy jika Chris Kyle, watak utama filem tersebut, mempunyai rekod membunuh 160 penjajah Yahudi di West Bank instead dan bukannya 160 orang Arab di Iraq?


14 comments:

  1. Sama mcm kat Malaysia bila Abdullah Zaik kena dakwa tapi Tan Lai Soon tidak untuk perbuatan yang sama?!

    Memang double standard!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cerita dgn Tan Lai Soon sekarang ni...?

      Nampak seolah2 undang2 lebih melindungi gol bukan bumiputera berbanding bukan bumiputera.

      Delete
  2. Media mmg dikawal mereka.

    Terdapat bukti2 pihak ke 3 IS itu mmg diada2kan.
    Siapa yg bagi senjata..

    Malangnya orang Malaysia sendiri terikut2 propaganda Western. Samaada sertai @ turut kempen Islam ganas.

    Dari zaman 20-an Arab mmg dikucar kacir untuk bisnes.

    Banyak kes CIA intelligence yg gagal. Sila cari dlm internet maklumat ada, termasuk siapa yg buat IS itu.
    Bunuh berjuta manusia bukan ganas..6 orang mati hanyalah lesen untuk membunuh berjuta lagi yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clear sgt. Rupanya hak bersuara tu dan rights to offend tu hnya utk offend Islam. Yg lain x boley disentuh. Nampak diskriminasi terang kt situ.
      Yg best, ada pulak so called moderate kt sini yg dok jadi parrot dok ikut sentimen ni. Especially geng evangelis berkulup.

      Delete
    2. Evangelis berkulup hari2 jamah swine tu yg jadi mcm tu!!

      Delete
    3. geng evangelis berkulup makan babi

      Delete
    4. YA Tuan Hamba Allah 14:18.

      Kita sgt pasti bahawa semua ini merupakan sandiwara yg dipanggungkan supaya manusia dapat terus ditakut2kan dgn phantom of the opera Islam, bagi membolehkan hegemoni yg dirancangkan mereka ke atas dunia diteruskan.

      Hanya Islam menjadi ancaman tunggal kepada gerakan perhambaan dunia. Jadi, Islam bagi mereka perlu ditentang dengan segala kekuatan yang ada.

      Delete
    5. Evangelis Berkulup..

      Hahahh..

      Ya .. ada benarnya di situ. Dalam Perjanjian Lama, sign of the covenant yang menunjukkan antara golongan yang menjadi umat Tuhan di dalam tradisi agama semitik dgn yg bukan ialah dengan simbol berkhatan.

      Evangelis seharusnya turut berkhatan. Tanpa berkhatan, mereka tidak termasuk sbagai golongan yang dirujuk sebagai umat Tuhan.

      Genesis 7 verse 9 o 14..:
      9 Then God said to Abraham, “As for you, you must keep my covenant, you and your descendants after you for the generations to come. 10 This is my covenant with you and your descendants after you, the covenant you are to keep: Every male among you shall be circumcised. 11 You are to undergo circumcision, and it will be the sign of the covenant between me and you. 12 For the generations to come every male among you who is eight days old must be circumcised, including those born in your household or bought with money from a foreigner—those who are not your offspring. 13 Whether born in your household or bought with your money, they must be circumcised. My covenant in your flesh is to be an everlasting covenant. 14 Any uncircumcised male, who has not been circumcised in the flesh, will be cut off from his people; he has broken my covenant.”
      If U don’t circumcise, u’ll be cut off from His people… Jesus circumcised too (Luke 2 verse 21) and he observe Sabbath.


      Jesus dalam kitab mereka juga berkhatan (Luke 2:21).

      Jadi kenapa mereka tidak?

      Maka sesuailah dgn rujukan Evangelis Berkulup ..

      Delete
    6. Tuan cerita pula pasal evangelis makan ba alif ba ya...kan haram tu

      Delete
    7. Evangelis Berkulup, selalu menggunakan ayat Mark fasal 7 ayat 15 untuk mengKosherkan babi.

      Sedangkan Jesus sepertimana kumpulan Apostlesnya yang terawal, mengikuti dengan tegas dan berprinsip cara hidup dan sistem keagamaan asal Bani Israel. Mrk tidak menjamah makanan2 haram seperti babi.

      Mark fasal 7 ayat 15 seperti di bawah :

      There is nothing from without a man, that entering into him can defile him: but the things which come out of him, those are they that defile the man.

      Evangelis berkulup selalu re quote ayat ini out of context. Mrk kata, makanan tidak boleh mencemarkan tubuh seseorang termasuk babi. Oleh itu, babi dikosherkan mereka.

      Sedangkan context ayat ialah bilamana golongan pendita Yahudi menempelak Jesus pada ketika itu yg tidak menegur pengikutnya yang menjamah daging korban dengan tidak membasuh tangan.

      Jesus menjawab kembali dengan mengatakan bahawa bukanlah kotor atau bersihnya makanan itu menjadi sebab kepada kerosakan kepada jiwa, tetapi meninggalkan hukum2 Tuhan dan apa yang diperintahkan Tuhan itulah yang merosakkan jiwa dan tubuh seseorang.

      Jesus mengatakan dan merujuk mereka sebagai golongan hipokrit kerana bersungguh2 menepati dan mengikut tradisi ciptaan manusia, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan hukum2 Tuhan yang sebenar sepertimana yang diwahyukan kepada mereka sebelum ini.

      Itu context ayat tersebut. Fasal 7 Mark tidak pernah menghalalkan babi utk golongan Kristian dan ahli kitab, tetapi mengutuk perbuatan hipokrit mereka kerana memberi keutamaan kepada ajaran dan tradisi ciptaan manusia dan meninggalkan ajaran sebenar agama mereka mengikut hawa nafsu mereka.

      mungkin link di bawah milik sahabat kami juga menarik utk di baca..

      http://wrathsofthefallen.blogspot.com/2013/07/summary-writing-101.html

      Delete
  3. Bkn parrot bro. Mrk ni adalh barua yahudi nasrani. Krja mrk ambik duit dn jd dlang kucar kacirkn umat islam. Kita pda pndpt sy hanya dok defend aja tp mrk setang islam stiap ari. So sy hrap mrk2 yg arif buat srangn hndklah ke dpan mrncng srngan trhdap mrk pula. Hungga kini tiada siapa pun yg brani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana diaorang besar. Kita NED tak bg duit. Hehe...

      Delete
    2. Ada jenis sebenarnya Tuan. Yg pertama, seperti yg tuan sebutkan. Golongan yang didanai utk berbuat demikian. Yang kedua, golongan parrot yg hanya mengikut apa yg diprogramkan ke dalam minda mrk.

      Kedua2 pendapat betul.

      Delete
  4. Evangelis penyembah pelacur arak dan zina.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.