Saturday, 10 January 2015

Bongkar! Video Gerakan Jahat Penipuan Dakyah Kristianisasi Terselindung

Acapkali apabila pihak-pihak pembela Islam mendakwa bahawa terdapat satu gerakan terancang untuk mengkristian umat Islam di negara ini secara halus dan penuh dusta, akan ada suara-suara sumbang yang menafikannya. Suara-suara ini bukan saja terdiri daripada tokoh-tokoh Kristian namun berjangkit sehinggalah kepada beberapa susuk yang mengaku Muslim sendiri kononnya semua itu adalah tidak lebih daripada perasaan buruk sangka atau perasaan kurang yakin diri umat Muslim itu sendiri yang keterlaluan.

Lalu mereka-mereka yang cuba untuk secara terancang pula menerangkan kepada khalayak Muslimin, sama ada melalui penulisan, forum, symposium, demo dan sebagainya, akan terus dilabelkan sebagai kumpulan ektremis agama sama sekufu dengan Al-Qaeda dan ISIL, yang patut diperangi atau dihumban saja ke Teluk Guatanamo!

Maka tidak hairanlah apabila Uthaya Sankar (semoga beliau dikurniakan Allah SWT hidayah) dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, semakin tidak keruan apabila sebuah forum Kristianisasi yang diadakan di UiTM tahun lepas, untuk umat Muslim, yang bercakap secara ekslusif dalam konteks Muslim dan Islam berlalu tanpa ‘sebarang huru-hara’.

Lalu beberapa siri laporan polis dibuat supaya semua yang terlibat dalam penganjuran program itu dimalukan, dilabelkan sebagai sebuah organisasi ekstrem dan juga ditangkap supaya umat Muslim sendiri dalam sebuah Persekutuan yang mengaku Islam sebagai Agama Negara, menjadi takut-takut untuk meneruskan kerja dakwah mereka.

Pembulian yang dilakukan ini sememangnya bukanlah satu kebetulan malah sangat terancang dengan dalang yang bukan calang-calang orangnya.

Kita hairan mereka-mereka yang kononnya warga Malaysia bertanggungjawab ini, yang cintakan keamanan dan kesejahteraan Malaysia, tidak pula membuat sebarang laporan polis terhadap usaha Kristianisasi terancang seperti pendustaan terhadap pengunaan kalimah ‘Allah’ untuk kata ‘God’ yang sememangnya bererti ‘Tuhan’ dalam Bahasa Melayu. Uthaya Sankar sepatutnya orang yang pertama dikalangan rakyat Malaysia bukan berketurunan Melayu yang patut tahu akan kebenaran itu.

Itu tidak berlaku. Begitu juga apabila Lina Joy dimurtadkan di sebuah gereja di Brickfields, yang jelas telah melanggar undang-undang negara, namun kumpulan ‘moderates’ ini tidak pula datang ke depan, dengan beberapa laporan polis, contohnya dengan berbuat pendirian yang jelas, sepadu dan jutu bahawa ianya merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang dan ianya harus dihentikan. Mereka juga patut mendesak pihak berkuasa, polis dan pejabat Peguam Negara untuk bertindak. Namun sayangnya ini juga tidak berlaku. Jelas mereka amat bersikap berat sebelah dalam beraktivisme.

Adakah ini bentuk ssebuah keadilan yang mereka banggakan dan mahu perjuangkan?

Sesungguh tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa sikap berat sebelah yang diamalkan oleh golongan ini yang mendambakan diri-diri mereka sebagai satu-satunya moderates contoh di Malaysia, tidak lain dan tidak bukan terbit daripada sikap benci Islam yang mendalam. Suka membaca buku-buku berkenaan dengan Rasullulah SAW tidak akan membawa apa-apa makna jika sikap berat sebelah dan talam dua muka terus-menerus diamalkan. Adil menurut Islam ialah meletakkan hak pada tempatnya. Uthaya Sankar dan rakan-rakannya selagi tidak benar-benar berjuang ke arah itu dengan seluruh jiwa raga tentunya tidak akan dapat faham ini!

Mungkin ketidak-ikhlasan ini yang gagal membawa mereka menemukan jalan lurus menuju Tuhan?

Berbalik kepada video Kristianisasi yang dihasilkan oleh saudara Muslim kita di Indonesia yang semakin hebat diganggu-gugat oleh gerakan mengkristiankan umat Muslim secara terbuka, kerana tidak ada sebarang halangan perundangan seperti yang terdapat di Malaysia, terutamanya dikalangan orang-orang tua dan anak-anak muda yang tidak berdaya melawan pendustaan yang sedang mereka jalankan.

Sila lihat video dibawah ini yang menunjukkan dengan jelas seorang wanita pendakwah Kristian yang berbaju hitam berlambangkan merpati putih dan bertopi putih yang mendesak seorang nenek tua untuk ‘percaya’ kepada tuhan Jesus. Nenek tua daif tersebut kelihatan didesak bertalu-talu untuk mengaku percaya sehinggalah jurukamera, aktivis Muslim yang merakam proses dakwah Kristianisasi tersebut menegur, barulah perempuan misionaris tersebut berlalu dan meninggalkan nenek tua itu.

Kristenisasi Terselubung Di Car Free Day Jakarta [ Trending Topic Heboh ]

Kumpulan-kumpulan ini juga kelihatan suka mensasarkan gerakan Kristianisasi terancang mereka kepada kumpulan-kumpulan remaja belasan tahun dengan bacaan ‘puisi’ (doa masuk Kristian?) dan diberikan hadiah susu (susu ‘suci’?) kepada mereka-mereka yang telah membacanya. Yang tidak membaca tidak diberikan apa-apa supaya terselit di minda mereka kelak bahawa keterbukaan kepada apa saja akan mendatangkan hasil, kali ini dalam bentuk paket susu yang gagal didapatkan.

Perhatikan juga ucapan, ‘amin’ yang diucapkan misionaris Kristian di setiap bait yang telah dibacakan anak-anak muda tersebut yang ‘berterusan bersangka baik’ selari dengan sikap keremajaan mereka. Sikap lurus bendul inilah yang membuatkan mereka berterusan menjadi sasaran sama ada untuk diberikan kalung merpati secara percuma ataupun bandana yang mempunyai kata-kata ‘dakwah’.

Mereka juga akan diberikan lencana ‘I’am Saved’ dan juga beberapa paket biskut yang tertulis perkataan  ‘sudah genap’ sebuah kata-kata yang terdapat dalam Alkitab seperti yang ditemukan oleh aktivis Muslim yang merakamkan gerakan Kristianisasi terancang ini.

Namun apabila pembikin video berusaha untuk berdepan dan bertanya dengan mereka, sama ada gereja-gereja terlibat dalam gerakan Kristianisasi ini, mereka akan cepat menafikan dan mengatakan bahawa mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berkumpul untuk berbuat sesuatu kepada Indonesia. Mereka akan mendakwa bahawa mereka sedang berjuang supaya Indonesia bebas daripada korupsi (alasan yang sama sering digunakan oleh gerakan sivil yang didukung mereka di Malaysia) dan mereka berasa terpanggil untuk berbuat sesuatu dan tidak duduk saja supaya Indonesia ‘diselamatkan’.

Apabila ditanyakan mengenai simbol merpati yang digunakan, dengan bersahaja mereka menjawab bahawa ia simbol perdamaian dunia. Sedangkan semua yang biasa meneliti dan memantau gerakan ini tahu bahawa itu merupakan simbol Ruh Kudus (Holy Ghost) sebagaimana yang pernah terakam di dalam peristiwa pembaptisan Jesus seperti yang tercatat di dalam Luke fasal 3 ayat 21 hingga 22. Mengalungkan kalung dengan simbol merpati tersebut seolah satu simbolik bahawa subjek yang menjadi sasaran telah dibaptiskan. Lalu lencana I'm saved pun diberikan kepada subjek-subjek muda remaja dan orang-orang tua tanpa mereka sedar mereka sedang ditipu dengan titik hitam kesyirikan diconteng ke atas iman mereka sedikit demi sedikit.

Di Malaysia misionaris bergerak dengan usaha mengadakan makan malam, memberikan elaun sara hidup, menyediakan pendidikan tuisyen percuma, pengajaran Bahasa Inggeris, aktiviti sukan (seperti yang pernah didedahkan oleh SUA Muafakat Sejahtera Rakyat Malaysia (Muafakat), Hj Karim Omar  sebelum ini) bertanyakan soalan berkenaan dengan AIDS dan HIV kepada remaja belasan tahun dan golongan terpinggir, seperti gelandangan dan kumpulan LGBT, supaya dapat berhubung lagi dengan mereka untuk ‘diselamatkan’.

Begitu juga di Malaysia kita melihat gerakan evangelis yang digerakkan oleh sesetengah gerakan politik yang mendekati orang-orang Melayu di dalam kampung-kampung mereka dan masjid-masjid mereka dengan berpakaian seperti orang-orang Islam yang seolah-olah mesra Islam, tetapi hati mereka seperti serigala yang lapar sedang melemparkan senyuman ke atas bakal-bakal mangsanya.

Video di bawah ini merupakan rakaman yang lebih panjang yang menunjukkan dengan jelas gerakan Kristianisasi terancang yang diadakan semasa Car Free Day Jakarta. Melihat kepada cara agresif yang diguna-pakai misionaris di sana, maka tidak hairanlah, jika Indonesia, yang satu ketika dahulu mempunyai lebih daripada 90 peratus daripada rakyatnya beragama Islam, lama-kelamaan akan semakin hilang karakter itu. Jakarta sudah mempunyai gabenor bukan Muslim.


Spesial: Kristenisasi Terselubung di Car Free Day Jakarta

Mengikut sebuah penulisan Mark Tronson yang dikeluarkan oleh christiantoday.com.au pada tahun 2010, Indonesia didakwa telah mempunyai diantara 15 sehingga 20 peratus penganut Kristian. Dengan populasi yang menghampiri suku billion penduduk, umat Kristian di Indonesia sudah mencecah jumlah seramai 40 juta orang. Mengikut PEW Research, Indonesia kini mempunyai lebih ramai umat Kristian daripada ke semua 20 negara timur tengah dan afrika utara dikumpulkan.

Namun satu yang menjadi tanya tanya dan kerisauan kita ialah adakah jumlah ini telah mengambil kira umat Kristian yang masih mengamalkan cara hidup sepeti seorang Islam? Jika tidak, ianya sememangnya sesuatu yang perlu kita bimbangkan!

 Marilah sama-sama kita semua belajar untuk buka mata dan telinga dengan lebih luas supaya penularan seperti yang telah diperlakukan di Indonesia kini tidak akan sesekali berlaku dikalangan anak-anak dan ibu-bapa kita. Ameen.

22 comments:

  1. Mcm dubuk mencari mangsa. Cari mangsa2 kecil dan tua sbb mrk ini naif, mudah tertipu dan x bgkit melawan. Agama jenis apa ni yg dikembangkan melalui proses2 penipuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Perumpamaan yg sgt tepat tuan. Mmg mcm dubuk.

      Delete
  2. Berdakwah untuk menyesatkan! Yang penting dalam usaha jahat mereka itu kelihatan seperti lebih ghairah untuk menyesatkan imann orang2 Islam semata2!

    Memang Setan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. MO mmg lebihb kepada mahu sesatkn dan rosakkan iman umat Islam. Mmg jahat! Siapa sj yg lihat boleh marah dgn penipuan mcm ni.

      Delete
  3. Lagu ALLAH SELMATKAN KAMU yang di nyanyikan dalam majlis harijadi pun sama. Ada dalam filem P. Ramlee dalam adegan majlis harijadi Haji Bakhil. (Labui-Labi)

    GOD SAVE YOU di berikan nafas orang Melayu = ALLAH SELAMATKAN KAMU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang2nya dikontekskan kembali dalam nyanyian yg tak menggugurkan akidah.

      Delete
  4. Dasar si PENGGANAS-KEPARAT MUSUH ISLAM MUSUH ISLAM dari si KAPIRDAJAL Barat/NATO-Zionis dan ejen tempatannya termasuk melalui NGO-NGO-PENYAMAQ - tak habis-habis nak MENGHANCURkan/MEMIJAK Islam/umatnya; dgn. pelbagai cara!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nek. Dn yg parah, cara2 penipuanlah yg paling banyak digunakan.

      Delete
  5. Ni dah kira macam methodology pendakwahan bacul dan memaksa kerosakan iman dgn jalan2 palsu dan pnuh kepalsuan. Apa kes ni??? Tidak ada maruah langsung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuatu gerakan agama yg bermaruah dan mahu menyampaikan kebenaran tidak akan mengunakan jalan2 kotor dan penuh kepalsuan untuk mendapatkn pengikut. Ini tidak. Apakah ia berpunca dr kefahaman yg sedia busuk hingga ke dasar creednya yg utama?

      Delete
  6. Ben, aku dengar Mujahid Yusop Rawa kata x dak gerakan evangelis mcm ni kt Malaysia. Sama ada dia kurang cerdik atau dia mmg sebhgian drpd depa kot bila dian dok nafikn semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak diherankan tuan Hamba Allah. Bukankah dia juga digelarkan sebagai Father As Sissi oleh gerakan gereja tempatan dan dia berbesar hati dgn anugerah tersebut.
      http://www.malaysiakini.com/news/263156

      Delete
    2. Yang kapir dihalalkan kepada Muslim sebagai khalifah Umar. Yang Muslim dikosherkan sebagai As Sissi.

      Delete
  7. Sakit hati aku tengok. Apa yang kerajaan kita buat untuk menghindarkan aktiviti seperti ini daripada mengambil tempat di Malaysia?

    NGO2 Islam pun cukupkah dengan pendedahan semata-mata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah, jika tuan faham dengan cara manusia secara majoritinya berfikir dan tergerak utk menjalankan sesuatu, maka pendedahan pengetahuan kepada semuan lapisan masyarakat itu merupakan peringkat pertama dalam peringkat2 tindakan.
      Setiap suatu pendedahan akan disusuli dengan followup tertentu kepada lapisan2 pihak yang perlu menjalankan tindakan.
      Jika tidak sedar krn tanpa pendedahan, mana mungkin pihak yang kita mahu mrk bergerak, mahu bergerak kerana masih tidak sedar dgn apa nyang berlaku.

      Delete
  8. Masaalah utama Umat Islam di Malaysia adalah :-

    1) kita tidak berdakwah kepada bukan Islam, Kita sebok berdakwah sesama sendiri, sambil membiarkan golongan bukan Islam menentukan cara kehidupan kita.

    2) Ramai mengatakan kita perlu membetulkan keluarga kita dahulu sebelum berdakwah kepada bukan Islam. Bagi saya kita perlu melakukan kedua-duanya serentak(dakwah kepada ahli keluarga dan bukan Islam). Oleh kerana ibu-bapa tertakluk kepada tata cara kehidupan bukan Islam dalam urusan seharian, maka dakwah dirumah tidak memberi kesan yang mendalam(Hipokrasi, anak anak jelek dengan ibu-bapa).

    3) Golongan pemerintah perlu lebih terbuka berdakwah, INIKAN NEGARA ISLAM ? YA atau TIDAK ? Dalam hal ini, saya suka Terengganu dan Kelantan yang lebih melambangkan bandar bandar Islam dengan slogan slogan Islam dan ayat ayat peringatan di papan papan tanda di tepi jalan. Sebagai contoh, kita boleh labelkan bandar Bangsar sebagai bandar Liberal. Kita boleh letak papan tanda ayat Quran yang mengharamkan Arak contohnya di bandar bandar penuh arak di Kuala Lumpur dan sebagainya. Letakkan sekali akibat akibat buruk meminum arak disitu.

    Golongan 'educated' barat berduyun duyun meninggalkan ugama sesat Kristian, mereka samaada menjadi Atheist ataupun berubah kepada Islam. Evangelis Kristian sekarang terpaksa pergi kepada golongan golongan hopeless yang cetek ilmu untuk mengembangkan ajara mereka (Malaysia dan Cina contohnya)

    Arwah Ahmad Deedat pernah berkata, lebih mudah menyedarkan golongan atheist daripada golongan sesat Kristian dan ugama lain kerana mereka sudah menerima separuh kesedaran iaitu 'La ila' (Tiada tuhan), mereka cuma perlu mencari yang selebihnya (Tiada Tuhan Selain ALLAH). Golongan Atheist adalah golongan yang mencari kebenaran dan mereka nampak kebodohan golongan kristian dan lain lain.

    Yusuf Estes juga pernah berkata, ramai hanya masuk Kristian kerana ianya adalah ugama yang mudah, buat apa sahaja, cinta Jesus dan masuk syurga.

    Islam adalah ugama yang menakutkan kepada bukan Islam, kerana Islam adalah satu satunya ugama yang menjanjikan neraka kepada umatnya yang tidak menurut nilai nilai kehidupan Islam.

    Akhirnya, semuanya berbalik kepada pemerintah kita. Bangsat mereka, bangsatlah umat yang dijaganya.

    PAS=UMNO=Penjilat Tegar Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN

    PKR=Liberal Bangsat

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dgn tuan.

      Semua ini terjadi kerana dakwah ke atas bukan Islam seolah2 mati dan tidak digerakkan secara integrasi oleh agensi2 kerajaan, berkait kerajaan dan orang2 Islam secara keseluruhannya sedangkan Perlembagaan memberikan riang secukupnya untuk semua itu dilakukan.

      Kita disekat krn parti2 politik sgt takut dgn sokongan undi. Sebahagian NGO guna Islam takut kerana fund mrk dtg juga dr sokongan sesetengah pemerintah negeri dan negara yg sentiasa mengikat mrk dgn syarat sensitiviti.

      Kebanyakab yg memimpin kita tidak mahu untuk beriman dengan Ali Imran ayat 26 hingga 27 dan disambung pula dgn ayat 28.

      'Āli `Imrān:26 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

      'Āli `Imrān:27 - "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
      'Āli `Imrān:28 - Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

      Ttp apa yg dilarqng itulah yg mrk lakukan. Selagi pemerintah dan ahli2 politik kita tidak kembali beroiman dgn al Quran sepeñuhnya, selagi itulah mrk akan beriman dgn petunjuk2 statistik yg boleh dimanipulasi manusia.

      Tetapi mereka terlupa ttg satu perkara, bukankah Allah yang berkuasa membolak balikkan hati2 manusia?

      Kristian mudah berkembang spt yg tuan sebutkan. Maka apabila sesuatu agama itu sudah dilonggarkan dan ditanggalkan sehingga ia menjadi togel tanpa sebarang hukum dan peraturan yang mesti diikuti, maka ia bukanlah lagi agama sepertimana Jesus mahukan mereka beriman.

      Bukankah di dalam Matthew fasal 5 ayat 17 hinggà 19, Jesus yg diimani mrk berkata:

      5:17 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.
      5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.
      5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.

      Apa yg gol evangelis sesat ini dan di Malaysia sedang lakukan ialah meniadakan hukum2 Taurat dan menghapuskannya semua sekali dari muka bumi ini dgn kepercayaan kristian yg ditogelkan semasa zaman Paul dan selepas zaman Council of Nicea 325 AD.

      Hudud ialag kesinambungan kepada hukum2 Taurat dr zaman Nabi Musa a.s.

      Menentang hudud bermakna mereka menentang apa yang Jesus nyatakan kepada mereka.

      Bukankag mereka semua mendakwa diri mereka akan memperolehi kerajaan sorga? Tetapi kenapa pula Jesus bertegas bahawa mrk tidak akan memperolehinya dgnpenipuan2 dan kepalsuan2 yg mereka masukkan ke dalam agama itu.

      Delete
    2. Terima kasih Tuan Ben dengan penjelasan yang sangat mencerahkan. Saya tidak bersetuju jika kerajaan semata2 dipersalahkan. Setiap umat Islam ada tanggungjawab masing2.

      Tentunya ada kebaikan yang lebih besar apabila negara kita pelbagai rencam etc. InsyaAllah kesabaran kita akan dibalas dengan baik oleh Maha Esa kelak.

      AMIN.

      Delete
    3. Ya .. Benar Tuan Hamba Allah 15:32.
      Mmg kerajaan tidak boleh disalahkan secara sepenuhnya. Tetapi gerakan dakwah ini akan lebih berjaya jika kerajaan memberi sokongan penuh dan tidak takut utk brdepan dgn realiti bahawa golongan tersebut mmg tidak pernah peduli dgn sensitiviti kita sebagai masayarakat Islam yang selama ini diam demi sebuah toleransi yg nyata berat sebelah.
      Kita tidak boleh biarkan keadaan ini hanya menghakis kekuatan kita dan kita semua, tidak kira siapa, perlu bangkit memperbetulkan kedudukan tidak seimbang ini.

      Delete
  9. Asalam. Klau sdr kta krjn tk salah spnuhnya, sy tk stuju krna kunci mnykat srngn kristian ni ada d tngn mrk dgn akta2 dn jga prlmbgan yg ada undng2 brtraskn kpd mnghlang aktiviti kristian ni. Prsoalnnya mngapa tdak brtndk dlm scpe undng2 ni yg sdia ada ttpi mnyotong dgn puak2 kapiak yng brani dmikian rupa ! Pokoknya mrk brkongsi kuasa dgn brbilng agama dn bngsa mna ada jln kluar krna brkiblatkn pilihnraya dn nk prthnkn kuasa dgn kpntingan dunia dn snggup mnyotong pthankn islam. Mngapa ben ? Jwpanya majoriti pmpinan islam dlm krjaan tdak brjiwa islam ! Islam mrk adalh islam smpna itu dn ini kini smpena mauludul Rasul. Itu aja yg ada dlm pmimpin islam krjan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Jwpanya majoriti pmpinan islam dlm krjaan tdak brjiwa islam !'

      Yang diluar kerajaan pun tak cukup berjiwa Islam agaknya, sebab itulah pemimpin macam tu.

      Bukankah pemimpin sesuatu bangsa itu melambangkan masyarakat yang dipimpin mereka?

      Baik masyarakat baiklah pemimpin mereka!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.