Saturday, 17 January 2015

Bar Council & Peguam-Peguam Low Standard : Beza Fitnah & Ktitik Pun Tak Tahu.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee pernah bersungut dan mendedahkan, kualiti peguam-peguam yang ada kini telah benar-benar merosot. Kenyataannya itu pernah disiarkan dalam akhbar The Star.


Lim Chee Wee mengatakan standard peguam-peguam yang dimaksudkannya ini telah jatuh dari standard yang diharapkan. Ia sehinggakan Peguam Negara bersetuju untuk bekerjasama dengan Majlis Peguam untuk mewujudkan satu task force bagi memperbetulkan kenyataan ini.

Jelas kerisauan yang pernah dibangkitkan Lim Chee Wee sebelum ini ada benarnya. Hari ini, kita melihat muncul peguam-peguam seperti Eric Paulsen dan beberapa peguam lain yang didanai dengan pendanaan dari Tokong Demokrasi Amerika Syarikat, yang seharusnya memahami undang-undang lebih dari rakyat biasa, kerap kalinya melakukan sesuatu serta menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Sebagai contoh kes kalimah Allah. Walaupun sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, kita masih melihat Eric Paulsen meracau-racau di dalam akaun twitternya mempertikaikan keputusan tersebut dan undang-undang yang menghalang penggunaanya di kalangan bukan Islam. Benar-benar low standard. Jika ada keperluan untuk mendaftarkannya sebagai peserta awal untuk mengikutii sistem reformasi dalam task force yang mahu dibentuk Majlis Peguam itu, kami bersedia menulis surat sokongan untuknya.

Tetapi, adalah tidak adil untuk Majlis Peguam atau pun Bar hanya bijak menuding jari kepada peguam-peguam seperti Paulsen. Pepatah Inggeris ada menyebut, Fish Rots From The Head Down.

Ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya dengan Bar itu sendiri. Jika Bar itu sempurna dan benar-benar memberi fokus kepada menjaga serta mentadbir sistem kawal selia profession perundangan dengan teliti, semua ini pasti tidak berlaku. Standard Bar sudah mula merosot dan jatuh apabila mereka seolah mula bertindak sebagai cabang biro undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

Semalam, sekali lagi Bar mengeluarkan kenyataan yang menyokong Paulsen dan menuduh pihak berkuasa dan Polis Di Raja Malaysia bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya dalam menangani kes Paulsen, Charlie Hebdo versi Malaysia.

Bar Council tidak tahu membezakan antara kritikan dan fitnah. Apa yang dibuat oleh Charlie Hebdo versi Malaysia, Eric Paulsen itu ialah fitnah. Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh JAKIM mempromosikan ekstremise tanpa beliau berusaha untuk berjumpa terlebih dahulu pengurusan JAKIM untuk menyuarakan apa yang bermain di mindanya. Jika mahu mengkritik, sebagai peguam beliau harus lebih dari tahu cara menggunakan saluran yang betul dan bahasa-bahasa kritikan yang betul.

Jika Eric Paulsen hanya seorang penjual Itik Gantung, tidaklah menjadi satu kehairanan kerana mungkin mereka tidak faham tentang prosedur dalam menyuarakan pendapat dan kritikan. Ini tidak, sebagai seorang peguam, beliau bersikap lebih banyak menggantung itik dari si penjual itik gantung itu sendiri. Rakyat biasa yang bukan Islam boleh faham, takkan Eric Paulsen, seorang Peguam yang turut di bayar Amerika Syarikat untuk menjalankan agenda serasi dengan mereka, tidak mampu faham tentang sensitiviti rakyat Malaysia?

Eric Paulsen tidak pernah memilih untuk melakukan sebarang bentuk engagement dengan JAKIM semenjak dari awal beliau meracau di akaun twitternya. Hanya apabila isu ini menjadi besar, pemilik nama ala Scandinavia tetapi berwajah terbabas GPS sejauh 7,000 km ke timur dari negara-negara tersebut, baharulah beliau dan rakan-rakan terpekik terlolong bercakap mengenai kritikan dan engagement. Boleh blah. Khak Ptuih!

Perbuatannya ini bolehlah dianggap dengan pepatah moden selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menerima imigran sebagai rakyat Malaysia, sebagai berak dahulu baru gelabah cari tisu.

Bar juga dilihat cuba memberikan naratif baru yang cuba menggambarkan Eric Paulsen sebagai CUMA mengkritik JAKIM dan bukan mengkritik Islam. Hanya jika Bar mempunyai kakitangan yang mempunyai kerajinan melepasi tahap moderate, dengan sekali dua scroll ke bawah akaun twitter Eric Paulsen sebelum beliau insaf untuk menjaga setiap kata-katanya, pasti mereka akan terjumpa dengan ratusan tweet yang menghina Islam secara jelas tanpa dapat dinafikan sama sekali.

Melihat keadaan ini, kami menyokong penuh usaha yang dibuat oleh bekas Presiden Bar dan Peguam Negara untuk meningkatkan standard para peguam supaya kes-kes seperti peguam tidak faham undang-undang seumpama Eric Paulsen ini, tidak akan mencemarkan status profession guaman pada tahap yang hina dina dan menjadi profession tumpuan golongan berkasta rendah (dalam keupayaan intelektual) sebagai tempat cari makan.


7 comments:

  1. 'Khak Ptuih!'

    Nothing else need to be said really. These are irrational people. These are the pelampau themselves, masquerading as moderate libertarians, nak cakap apa lagi?

    Tak payah dialog. Tak payah habiskan bajet RTM untuk live telecast debate. Tak payah layan. Nothing but behind bars for these anti Islam extremists!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan. Mereka sendiri memilih utk menolak sebarang engagement dr awal dgn memfitnah dan membuat provokasi secara berterusan sejak lama dahulu. Bila landed in a hot soup baru mahu cakap pasal discourse, debate, bahas dan sebagainya.

      Tak payah layan puak2 ni. Layanan penjara yang npaling sesuai untuk extre!is macam ni.

      Delete
  2. Christopher Leong kurang ajar, saja dumbing down, buat-buat bodoh kata orang Melayu, Eric Paulsen dah selalu sangat tunjukkan sikap benci Islam dalam tweets dia, tak payah nak spin la ah leong woi!

    Lu tatau baca meh? Lost in translation is it?? BM tatau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leong pro homoseksual ni lah cerminan jenis2 peguam di bawah bar. Fish rots from the head jelas dlm isu ni.

      Bar semenjak duduk di bawah Khutubul Zaman, Ragunath kesavan, Lim Chee Wee, Ambiga dan Leong Homo ni dah jadi macam penyakit untut.

      Buat2 bodoh atau memang tak faham langsung apa yg sedang disokong.

      Delete
  3. Betul tu Ben! Nek baru bersembang dgn. seorang pelajaq undg-undg - nek bilang kat dia, tok sah dok angkat loyar-loyar "low-class" si PENJILAT-Barat/Zionis spt. Tipah Koyak dan PORKsen tu sbg. "human/civil rights lawyers" tapi sbg. "LONGKANG lawyers"!

    Diadukan pelajaq ni, masalahnya ramai pensyarahnya yg. LIBERAL! Maka, ramai penyarah-pensyarah Univ. dan Kolej juga tak dak 'standard' tinggi, yg. dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM; sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka jelaslah Nek, peguam² low class ni, pemikiran dan ke-low class-an mereka diternak semenjak dr zaman IPT lagi. Sesuatu perlu dilakukan supaya pusat2 ternakan ini distrerilkan agar penyakit dan sindrom peguam low class dapat dibanteras sepenuhnya.

      Gerakan Islam dan yg cintakan negara ini harus mendekati seberapa ramai pelajar2 guaman utk membetulkan fikrah pemikiran mereka sebelum mrk terpesong jauh nmengidolakan berhala2 mini kiriman tokong demokrasi Amerika.

      Delete
  4. Lawyer2 muslim mesti kena bersatu dan buat satu gerakan bersepadu utk kuasai semula Bar. Jgn dok biaq puak blur spenajang masa ni lead Bar.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.