Monday, 19 January 2015

Babri, Lembu dan Ambiga

Jika dunia merasakan umat Islam  sudah melupakan tragedi pemusnahan Masjid Babri, di Ayodhya, Uttar Pradesh, India, jelas dunia tidak memahami sikap umat Islam yang mereka tidak pernah lupa tentang setiap satu kebiadaban yang dilakukan ke atas agama mereka. Masjid Babri, sebuah masjid yang berusia lebih setengah kurun, dimusnahkan melalui rusuhan kumpulan pelampau Hindu yang bermotifkan politik.



Masjid itu telah menjadi rebutan sejak sekian lama. Provokasi demi provokasi ke atas kesabaran umat Islam di sana dicabar hampir setiap masa. Yang memulakannya ialah fitnah yang dibuat oleh pihak kolonial British. Mereka menyemarakkan permusuhan antara kaum dengan menuduh Masjid Babri dibina atas runtuhan kuil Ram. Tonton video di atas. Sama seperti yang dilakukan keturunan penjajah yang sama dengan mendanai pelbagai NGO yang sibuk menyebarkan fitnah bahawa kaum selain pribumi ditindas di Malaysia.

Permulaan konflik bermula 1853. Provokasi yang dilakukan pada 1949, mengundang Perdana Menteri India pada waktu itu, Jawarhal Nehru untuk campur tangan. Sebuah berhala telah diletakkan oleh pihak yang tidak bertanggunghjawab di dalam masjid.

Nehru kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut ialah satu contoh perbuatan berbahaya sedang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terpalit di dalam sejarah, pada 1992, himpunan lebih daripada 150,000 pelampau Hindu yang dibakar sentimen anti Islam, beramai-ramai menuju ke masjid tersebut dan memusnahkannya.

Penduduk Islam cuma 14 peratus dari jumlah penduduk India. Lebih 170 juta jumlah mereka. Walaupun membentuk segmen minoriti yang besar, jelas mereka diperlakukan sebagai karung tinju politik untuk politikus di sana.



Narendra Modi, Perdana Menteri India sekarang juga tidak terkecuali. Ketika kempen politik dan pilihanraya sedang berlangsung, umat Islam sekali lagi menjadi karung tinju dengan sensitiviti amalan agama mereka disentuh. Modi dikatakan berikrar untuk mengharamkan sebarang bentuk penyembelihan, jual beli dan import eksport daging lembu di India. Pemikiran politiknya yang sejak dari awal dibentuk melalui penglibatan aktifnya dengan Rashtriya Swayamsevak Sangh, sebuah gerakan Nasionalis Hindu yang mensasarkan untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Hindu sepenuhnya. Parti Bharatiya Janata (BJP) merupakan cabang politik gerakan tersebut yang dibentuk sejak 1980. Modi, pada 2005, talah diharamkan daripada memasuki Amerika. Alasan Amerika, Modi sebagai seorang Gabenor bagi wilayah Gujerat, telah gagal untuk memastikan peristiwa pembunuhan serta penghapusan umat Islam pada 2002 daripada dielakkan dari berlaku.

Pada 2014, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri India.
Jelas malang, walaupun sebagai minoriti dengan jumlah yang besar, umat Islam sentiasa menjadi sasaran kempen politik golongan pelampau di sana.

Tetapi itu tidaklah terlalu menghairankan. Di Malaysia ada perkara lebih pelik berlaku. Di Malaysia, jumlah umat Islam sudah menghampiri 70%.

Terlalu baik dan berlembut sikap terhadap semua manusia yang diterima sebagai rakyat Malaysia selama 57 tahun, umat Islam di Malaysia kini, seolah-olah dipijak-pijak dan agama mereka menjadi bahan sepak terajang golongan minoriti biadab saban minggu, saban hari dan saban masa.

Di Malaysia, golongan kafir biadab kini sedang mengajar kita bagaimana kita harus menguruskan agama kita. Pihak berkuasa Islam yang kita amanahkan untuk menjalankan  kuasa untuk pihak kita, kini sedang mahu ditundukkan supaya mengikut telunjuk dan tunjuk ajar mereka.

Mujur Majoriti di sini tidak sama sikap dan pendekatannnya dengan apa yang dilakukan majoriti di India terhadap golongan minoriti.

Babri dan Gujerat menjadi saksi.

Tetapi kita di sini yang hatta menjentik mereka pun kita tidak pernah, saban hari digelarkan mereka dengan panggilan ekstremis dan pelampau.


Mereka perlu ingat, setiap kata-kata itu adalah doa. Tentu sahaja Ambiga dan Gayatri tidak mahu Melayu Islam menjadi seperti Ekstremis Hindu di India. Jadi, bersyukurlah dengan layanan yang diterima dengan baik selama ini walaupun mereka sentiasa bermulut lancang dan biadab.



Melihat keadaan dan kebiadaban mereka ini, satu persoalan timbul,  siapa minoriti sebenarnya? Kenapa sesetengah dari mereka sampai begitu biadab mahu mengajar Jabatan Agama kita tentang urusan agama kita?

Tidak retikah mereka erti hidup secara harmoni dan saling hormat dan menghormati?

17 comments:

  1. Fullamak. Depa kata Melayu extremis di M'sia. Kalo Melayu extremis sebab lawan guna hujah, police report, penulisan dan mcm2 pendekatan intelektual lain, yg dekat India tu nak panggil apa plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah.
      Itulah dia, hanya Melayu dan Islam layak digelar ekstremis, pelampau dan pengganas. Yang lain seperti Israel, Paulsen, Ambiga, pemusnah masjid babri di atas, mereka ialah pejuang hak. Dugal rasanya melihat sikap perasan golongan ini.

      Delete
  2. Masalahnya pemimpin kita tidak tegas....adakan subjek kontrak sosial dan perlembagaan negara Dari darjah satu sampai ke university dan wajib lulus....sekiranya tidak lulus hantar mereka ke negara nenek moyang mereka kembali!!!!opssss kejap kes novel interlock tu apa cerita????........hmmmmm.....saya Cuba tahan gelak ni tuan Ben!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pastikan lulus subjek kontrak sosial, terlebih dahulu mesti pastikan semua rakyat Malaysia lulus dan fasih dalam ujian lisan Bahasa Kebangsaan. Lori sebutannya Lori dan bukan Loli. Ada sebutannya ada dan bukan Atak.
      Tidak Tahu sebutannya Tidak Tahu dan bukan Tatau Meh...

      Itu yang harus diperkasakan terlebih dahulu. Punca penyakit tidak tahu Bahasa Kebangsaan selepas 57 Tahun Merdeka ialah kes yang menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka dan lawak penduduk seluruh dunia.

      Bayangkan sampai jadi MP, Bahasa Kebangsaan masih ditahap jamban tersumbat. Itupun orang Melayu dituduh sebagai penindas mereka.

      Delete
  3. Derang dh lma lbih sudu dr kuah. Kerajaan kena tegas la. Fund2 luar negri yg masok pada drang ni kena pantau. Xkan sampai x ada satu undang2 yg bleh kawaldana asinh an agenda asing kat Msia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITulah dia tuan, kami juga berharap pemerintah ambil serius pasal dana asing ni.

      Delete
  4. Pmimpin kta bkn tk tgs bro ttpi LEMBEK dn mmpunyai kpntingn diri. Ada bnyk undng2 yg bleh d guna tapi takut. Takut apa ! Tkut hlang kuasa aja. Islam nk mmpus ka, nk d pijak2 ka, nk hina ka bkn kja mrk. Komen apa pun sprt Bangkit bngkitkan mrk tk rasa sakit sikit pun. Si kafirin d m'sia buat homework 24 jam nk msnh agama Islam tp pimpinan kta buat homework mcmna nk kaya dn pgang kuasa sampai depa mmpus. Mta hati mrk dh buta tk nmpk Islam yg mrk nmpk kkayaan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NGO2 pun sibuk buat duit juga ke?

      Delete
    2. Apa pun kita semua mesti ikhlas dan terus bergerak dan kelemahan2 yg ada jgn sampai mematahkan semangat kita tuan2..

      Delete
  5. Mati2 aku ingat Babi, Lembu dan Ambiga. Ben, Jenuh aku cari babi dalam artikel tu, rupanya benda lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiga kata India negara sekular terbaik?! Betul ke Tuan Ben?

      Delete
    2. Nampak Ambiga dan Sekular, jangan percaya dua-dua tu sekali.

      Delete
    3. baca dgn penuh sabar tuan hamba Allah 12:15..

      Delete
  6. Klau dia kta gitu, blek la ke ngara tok nenek hang. Ni ngara hak kami orng mlayu islam. So simple as that. Go back n don't ever return here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa diupah Tuan.. Uncle Sam bela depa..

      Delete
  7. Lawan dgn Hanya dgn menggunakan bahasa kebangsaan je kita blh menang, gerenti
    MUO france

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju tuan.. bab itu sj, lebih separuh boleh gagal..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.