Tuesday, 6 January 2015

Antara Jual Unta, Jual Manusia dan Jual Agama, Hussain Lempoyang Pun Boleh Tersilap Berniaga

Dalam filem Tiga Abdul, apabila saudagar unta, Tuan Hussain Lempoyang didekati Abdul Wahub untuk membeli dua orang hamba miliknya, secara tiba-tiba Tuan Hussain Lempoyang baru tersedar bahawa berniaga manusia berkali-kali lebih menguntungkan berbanding berniaga dan menjual unta.

Tuan Husin Lempoyang mencapai saat eurekanya bila Abdul Wahub mahu membeli dua lagi Abdul yang telah dijual sebagai hamba disebabkan sifat mereka yang terlalu tamak.

Tetapi, walaupun saat eureka itu menyebabkan Tuan Hussain Lempoyang berkira-kira untuk menukar barang dagangannya, menjual manusia itu tidaklah menguntungkan sangat jika dibanding menjual dan melacurkan agama. Hanya jika kita semua mempunyai mesin rentas masa dan dapat membawa Tuan Hussain Lempoyang ke masa kini pasca 2008, mungkin kita semua boleh meyakinkan Tuan Hussain Lempoyang bahawa bisnes menjual agama itu lebih mendatangkan untung yang besar.

Apabila Ketua Menteri paling kurang ajar terhadap agama Islam membuat kenyataan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di dalam agama mereka, ada seorang Abdul di Pulau Pinang, hanya diam tersenyum menunggu di depan mesin ATM mengira wang upah diam dirinya masuk ke dalam akaunnya.

Begitu juga apabila Ketua Menteri yang sama mahu memperosok Islam ke dalam kotak, menyembunyikan Islam daripada wujud kelihatan segar di bumi Pulau Pinang, Abdul yang sama keluar mengkahakkan semua pihak yang memprotes bahawa tindakan negeri tersebut melarang perarakan Maulidur Rasul adalah sesuatu yang patut dan tidak perlu untuk dipertikaikan.

Itulah dia Abdul ke empat dari cerita Tiga Abdul. Bukan dia seorang sahaja yang berjaya di dalam bisnes menjual agama. Ramai lagi di dalam pakatannya berbuat demikian demi mencari sekelumit kecil kemewahan dan kedudukan di dunia.

Nama Allah dihina, mereka bersikap tidak apa. Ladang babi diperosok ke dalam kampung-kampung Melayu, mereka terus bersikap tidak apa. Sahabat kafir mereka mempermainkan hukum-hukum Islam, mereka terus bersikap tidak apa.

Sungguh Tuan Hussain Lempoyang, saudagar unta leher panjang,  apabila melihat semua keuntungan yang dijana oleh bisnes menjual dan melacurkan agama pasca 2008 ini, pasti akan menukar dialognya kepada kepada berikut :

"Wow! Meniaga agama lagi bagus dari meniaga manusia dan onta."




19 comments:

  1. Patuttla pakat2 dok jual agama skang ni. Untung besau rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Mmg untung. Tp di dunia saja la.. Tu pun hati tak tenang.

      Delete
    2. PAKATAN jual agama RAKYAT!!!

      Delete
  2. Adakah Abdul itu mempunyai suara bak buluh perindu tuan Ben?konfius!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buluh perindu is in the ear of the hearer.. Takut dosa tuan kutuk anugerah Tuhan untuk dia.. Walaupun komen tuan boleh mengundang senyum pjg lebar..

      Delete
    2. Aih,tuan ben soalan tu....Ada tanda soal ????? Tu....Hehe

      Delete
    3. Elak dosa kering tuan Hamba Allah 11:20..

      Delete
    4. OK.tq tuan ben

      Delete
  3. Nama penoh dia Abdul Lim Guan Eng ka En Ben? Kalau Abdul pada nama2 Allah dia x buat perangai mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tepat sj.. Dari gaya mempertahankan tuannya, nampaknya dia spt rela jd hamba pada manusia yg digelar mat sabu sebagai kalipah.

      Delete
  4. YB YB Melayu/Islam/Bumiputera Malaysia adalah golongan rendah akal, mereka tidak tahu bagaimana hendak hidup tanpa bantuan Tuan Tuan Cina DAP/MCA/GERAKAN mereka.

    Mereka sebok suruh kita bertarung sama rata dengan pendatang tanpa sebarang bantuan sedangkan mereka menghirup semua bantuan sambil menjilat Tuan Tuan Cina DAP/MCA/GERAKAN mereka.

    Undi kawasan kita diberikan kepada mereka,
    Tanah nenek moyang kita dibiarkan diratah mereka,
    Ugama Allah s.w.t dibiarkan diperkotak katik mereka,
    Hak kita dihirup dan diberikan kepada mereka,
    Anak bangsa kita disesatkan mereka,

    YB YB bangsa(t) kita sebok menyembah material dunia sambil bersembunyi disebalik bangsa dan ugama mereka.

    TIADA LAGI HORMAT UNTUK MEREKA!!

    PAS=UMNO=Penjilat Tegar Tuan Tuan Kapir CINA DAP/MCA/GERAKAN

    PKR=BANGSAT

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ada 3 tahun lagi utk kita mulakan sesuatu supaya kebergantungan kita semua pada YB2 lidah panjang bertengkolok ni dapat kita kurangkan..

      3 tahun.. Kita semua perlu aktif menggerakkan umat Islam supaya bersatubatas satu tekad yg sama iaitu menolak sama sekali semua pnjilat agenda anti Islam dinegara ni..

      Delete
  5. Usung bawak hantu sampai berjam-jam Georgetown jammed-boleh. Nak selawat Nabi tak boleh. Memang khlaifah betoila kawan Mat Sabu ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa sj boleh, janji bukan Islam. Kalipek lebih tepat kot (kalipah apek).

      Delete
  6. Editorial bangkit ni sesuatu la. Kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak2 juga. Tp jgn sampai terlupa apa lim anak beranak ni sedang jalankan utk cita2 pjg mrk di Malaysia brsama kump evangelis di belakang mrk.

      Delete
  7. Apo nak dikato? Kesian Muslims de Penang...

    ReplyDelete
  8. orang melayu memang bodoh....nak buat mcm mana dia dah bodoh sejak azali lagi.......dan kebodohan tu akan diwarisi oleh anak cucu dia pulak... so sampai kiamatlah orang melayu ni bodoh dan suka jadi hamba.....

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.