Sunday, 11 January 2015

Antara ‘Je Suis Charlie’, ‘Je Suis Ahmed’ & ‘Je Suis Muhammad’

Oleh : Megat Rizal M.H.

Setiap perbuatan akan ada balasan. Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik. Dan begitulah sebaliknya. Namun amat malang sekali apabila perbuatan ekstremis kumpulan pengarang dan wartawan Charlie Hebdo dibalas dengan sebuah perbuatan ekstremis juga apabila 12 nyawa melayang (lebih sebenarnya jika empat tebusan dan dua-beradik yang dipersalahkan itu, dikira sekali) pada beberapa hari yang lalu di Paris, sebuah bandar yang terkenal dengan jolokan ‘Ibu Kota Cinta Dunia’.

Islam mengajar umatnya bahawa tujuan tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menghalalkan cara. Maka adalah tepat apabila sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Ulama Sedunia mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan tidak berperi-kemanusiaan tersebut sebagai mewakili suara Islam antarabangsa.

Kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agungnya berpandangan bahawa serangan tersebut tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapapun, termasuk umat Muslim, malah akan hanya menimbulkan fitnah yang sangat besar terhadap agama.

Muslim juga diingatkan dengan lebih lanjut akan ajaran yang diajarkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW (Rasul Pilihan yang menjadi bahan cemuhan dan hinaan Charlie Hebdo suatu masa dulu) cara-cara untuk menghadapi golongan kafir musyrikin seperti yang diperjelaskan melalui Surah Al-Hijr ayat 94 dan 95.

Seruan dan pendirian tersebut penting kerana dalam era Al-Qaeda dan ISIL yang digambarkan sebagai wajah sebenar Islam dan Daulah Islamiyah oleh media-media benci Islam, pandangan bersederhana tersebut amatlah dialu-alukan untuk memberikan konteks sebenar Islam yang sangat menganjurkan keamanan sejagat.

Islam bukan saja mementingkan hubungan di antara berlainan agama, bangsa dan negara, malah ianya sangat menekankan keharmonian hubungan sesama manusia, tidak kira latar belakang. Atas dasar itulah Islam melarang umatnya daripada menghina ajaran dan anutan agama-agama lain selain Islam. Islam sememangnya menganjurkan untuk umatnya berhujah sesama sendiri dan orang lain, namun Islam tidak pernah sekali-kali mengajarkan umatnya untuk menghina agama bukan Islam atau mana-mana tokoh bukan Islam hatta berhala-berhala sembahan bukan Islam sekalipun.

Dan janganlah kamu mencerca berhala-berhala yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allag secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan (al An'am ayat 108)

Disebabkan dengan itulah kita sebagai Muslim sangat terkesan dan marah apabila agama ini ataupun junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dihina dan dipersenda oleh mereka-mereka yang tidak memahami dan berusaha untuk mempelajari apa itu dan siapa itu yang mereka hinakan!

Kita tidak boleh menerima atas alasan apa sekalipun, sama ada kebebasan bersuara atau kebebasan berkarya apabila ianya memilih untuk tidak lain sebagai medan untuk menghina dan mempersendakan Rasul Pilihan yang kita semua kasihi seperti yang diperlakukan oleh penerbitan Charlie Hebdo dan Jyllands Posten sedikit masa dulu yang menyaksikan pelbagai bentuk bantahan umat Muslim sedunia.

Kita juga secara semulajadinya tidak akan dapat menerima sebarang usaha untuk mensyirikkan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam dengan definisi yang bercanggah dengan bait-bait daripada surah Al-Ikhlas seperti yang dapat kita lihat sedang berlaku di Malaysia apabila terdapat beberapa gerakan Kristian dan tokoh-tokoh Kristian secara terancang dan lantang cuba untuk berbuat demikian walaupun jelas ianya menyalahi undang-undang negara seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lepas.

Amatlah menghairankan apabila mereka-mereka ini, lima juta orang semuanya, yang berhashtag Je Suis Charlie tidak dapat berempati bahawa sebarang penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW akan mendapat simpati yang sama kalau tidak pun lebih besar kerana kedudukan Baginda sebagai Kekasih Allah SWT, Rasul Pilihan yang membantu mengeluarkan manusia daripada kesesatan melaui dakwahnya. Sudah tentulah umat Muslim yang berjumlah lebih daripada 2 billion banyaknya akan bangkit dan menyatakan kemarahan mereka (dalam pelbagai cara juga tentunya!) apabila Nabi yang mereka kasihi dihina dan dipersendakan tidak semena-mena.

Jadi adalah menjadi kehairanan yang lebih besar apabila dalam keghairahan makalah-makalah Eropah dan dunia untuk bersimpati dan bersolidariti dengan Charlie Hebdo dan para wartawan yang terkorban, pihak editorial mereka memilih untuk sekali lagi menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW pada masa ketika jurang antara Muslim dan bukan Muslim semakin membesar.

Adalah amat memualkan dan sangatlah tidak bertanggungjawab hendaknya apabila pihak pengarang makalah-makalah tersebut memilih untuk berkonfrontasi dengan puak pelampau dengan satu tindakan tidak kurang melampau! Jika seruan yang dibuat oleh Abu Hamza diklasifikasi sebagai ucapan kebencian yang melampau, kenapakah pula perbuatan penerbitan Charlie Hebdo tidak diklasifikasikan sedemikian rupa?

Jika anti Semitik boleh dipenjarakan di Barat, sama seperti ucapan penuh kebencian Abu Hamza terhadap Amerika Syarikat, yang telahpun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah negara Polis Dunia tersebut, kenapakah penerbitan yang menjurus kepada kebencian kepada umat Muslim dan Islam tidak?!

Bukankah ianya juga akan membawa kepada runtuhnya keharmonian dan semangat hormat-menghormati sesama agama dan manusia yang hanya akan lebih memecah-belahkan dunia? Apa tidak cukupkah kesengsaraan yang sedang berlaku disekeliling kita melalui peperangan?

Jadi tidak hairanlah ketika lebih lima juta memilih untuk berbuat #JeSuisCharlie, ramai pula umat Muslim dan bukan Muslim di seluruh dunia memilih untuk berbuat #JeSuisAhmed sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap seorang pegawai polis Muslim Perancis yang turut sama terbunuh dalam insiden yang sama. #JeSuisAhmed juga sedang trending ketika ini di seluruh dunia di belakang #JeSuisCharlie. Anggota polis, Allahyarham Ahmed dikatakan mati kerana mempertahankan kebebasan bersuara total di Perancis, walaupun itu bermakna agama dan budayanya sendiri dihinakan.

#JeSuis?????

Ada juga yang mahu bersolidariti dengan umat Muslim di Perancis apabila terpaksa berdepan dengan beberapa siri serangan terbaru ke atas masjid-masjid di negara yang sering melaungkan liberte, egalite & fraternite itu. Kebencian kepada umat Muslim dan Islam kebelakangan ini semakin mendesak di lain-lain negara Kesatuan Eropah sebenarnya. Apatah lagi dengan serangan berprofil tinggi seperti yang berlaku ke atas pejabat Charlie Hebdo, layanan terhadap umat Muslim di Peranciss dan Kesatuan Eropah amnya, berkemungkinan besar akan menjadi lebih buruk!

Sikap berat sebelah dan berburuk sangka negara-negara barat dalam menangani isu Islam dan umat Muslim secara amnya, hanya akan membawa kepada jurang perseteruan yang lebih besar. Barat harus belajar mendengar dan bukannya hanya mahu bercakap dan mengarahkan umat Muslim itu-ini supaya mengikut cara hidup yang diputuskan mereka sebagai ideal. Barat juga sebenarnya harus belajar faham bahawa umat Muslim rata-ratanya tidak melihat ketamadunan mereka dulu, kini dan selamanya sebagai sebuah ketamadunan yang patut dibanggakan dan dicontohi umat Muslim.

Jadi tentunya adalah menjadi satu pendekatan yang salah dan ‘membunuh’ kepada bibit-bibit kefahaman sejagat apabila Barat menitahkan supaya umat Muslim di mana pun mereka berada supaya membuang cara hidup Islam mereka dan mengikut gaya hidup barat sebagai pra syarat kepada pengguguran label pengganas dan ektremis. Jika bertudung, berpuasa, tidak meminum arak, bersolat dan memilih untuk tidak mengikut gaya hidup barat diklasifikasikan sebagai pengganas dan pelampau Islam, sehinggalah kiamatnya nampaknya perseteruan antara Islam dan Barat akan berterusan.

Barat harus faham, bagi umat Muslim, mereka secara semulajadi tanpa perlu hashtag segala akan bangun dan mengatakan ‘Je Suis Muhammad’ dan tidak ada apa yang dapat Barat buat untuk mengubah hakikat itu.

Tidak dengan Drones yang membunuh! Tidak dengan tahanan tanpa bicara di Teluk Guantanamo! Tidak dengan penderaan tidak berperkemanusiaan Extra Rendition sedunia! Dan tentunya tidak juga dengan karikatur yang penuh kebencian dan menghina!


11 comments:

  1. Sangat Double Standard Ben. Kutuk Islam, tak kena apa2 dan mesti hormat dan telan sebab tu kebebasan bersuara. Kutuk Yahudi kena hukum.

    Hak kebebasan bersuara my foot!

    http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/france/4351672/French-cartoonist-Sine-on-trial-on-charges-of-anti-Semitism-over-Sarkozy-jibe.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu banyak pula langau2 kt tmi, mkini, star, sun n mmlo ckp kononnya Perancis merupakan sebuah demokrasi matang yang mengamalkan kebebasan bersuara secara total! BS!

      Nabil

      Delete
    2. Ya.. Jazakallah atas link tuan Hamba Allah 06:52.

      Kenapa mesti selektif dalam hak kebebasan bersuara jika ianya memang dikatakan hak kebebasan secara total.

      Benar kata tuan Nabil 15:11. Itu golongan langau. Tidak tahu apa2 pun.

      Delete
  2. Di Malaysia lagi maha hebat, yang kutuk azan dan bangsa majoriti dalam lagu rap pun boleh dapat geran untuk buat filem.Siap pemimpin utama boleh kata beliau seorang yang baik.

    Kah kah kah

    Tuan Ben...saya sangat bangga mempunyai pemimpin sedemikian!!anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggunakan ayat Anwar Ibrahim, 'saya secara berkategori bersetuju dengan komen tersebut'.. :)

      Delete
  3. Mengutuk Islam adalah satu trend dunia. Itulah sebabnya golongan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN pun terikut ikut sama dengan kebodohan mereka.

    Saya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan di Paris.

    Umat Islam tidak perlu bertindak ganas membabi buta kerana itu bukanlah CARANYA.

    Amatlah diharapkan umat Islam Malaysia tidak terpengaruh dengan elemen elemen keganasan sebagai jalan penyelesaian kepada kemarahan anda terhadap Cina Cina Kapir BiaDAp DAP/MCA/GERAKAN.

    Marilah kita bersatu bersama sama rapatkan barisan.

    Marilah kita bersatu dan memilih pemimpin pemimpin kita yang benar benar ikhlas, jujur dan tegas dalam menjalankan amanah mereka tanpa perlu menijilat mana mana Tuan Tuan Cina Cina Kapir DAP/MCA/GERAKAN.

    Kita boleh hidup harmoni bersama, seperti yang telah dibuktikan oleh bangsa Melayu/Islam/Bumiputera, Cina Cina biaDAP semua perlulah berubah dan berhentilah menjadi kaum penghasut dan berhentilah membeli dan membela golongan penjilat anda semua.

    PAS=UMNO=Penjilat tegar Tuan Tuan Cina Cina DAP/MCA/GERAKAN

    PKR=Liberal Bangsat

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkah Umat Islam yang melakukannya.

      Dengan IC yg tertinggal atas bonet kereta dan semua penjenayah terbunuh dalam satu tempat yang tidak dapat dilihat oleh public scrutiny seperti dalam kes Osama, Cafe Australia.. kami melihatnya sebagai satu skrip yg sama berulang2..

      Kita mengutuk pembunuhan jiwa tanpa hak.

      Kita mengutuk tindakan provokasi yg memporakperandakan dunia.

      golongan biaDAP harus tidak wujud di mana2 tempat dalam dunia. Mrklah yg selalunya mengganggu keharmonian dunia sedia ada.

      Setuju dgn tuan, kita semua mesti bersatu..

      Delete
    2. 'Setuju dgn tuan, kita semua mesti bersatu..'

      Tapi masalahnya Tuan Ben, pemimpin masyarakat kita saling bercakaran antara satu sama lain.

      Lillahitaala ke benda lain?

      Delete
    3. Betul Ben,

      Saya setuju. Benarkah mereka yang melakukannya, ataupun, adakah mereka itu memang benar benar Islam.

      Delete
  4. Barat mmg tak pernah mahu walk the talk. Tapi malangnya masih ada ramai yg suka menyembah Barat!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.