Friday, 16 January 2015

Agenda Pengukuhan Dan Pemantapan Aqidah Islamiah Wajib Diperkasakan

Oleh : Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Agenda pengukuhan dan pemantapan aqidah Islamiah wajib diperkasakan. Walaupun kita sekarang ini berada di pihak pertahanan kerana setiap detik kita diserang oleh musuh-musuh ALLAH, luar dan dalam negara. "Kubu" pertahanan kita amat lemah dan boleh menjadi sangat rapuh kalau pengukuhan dan pemantapan aqidah diabaikan.

Semua pihak yang bertanggunggjawab dalam urusan ilmiah dan dakwah wajib memperkasakan urusan warisan RasuluLLAH SAW ini.

Saya yakin apabila iman kukuh dan aqidah mantap tiada siapa pun mampu menggugat keIslaman dan keimanan umat Islam hari ini. Saya pernah mengingatkan Kementerian Pelajaran agar turut berusaha ke arah ini. Namun sehingga sekarang para pelajar muslim keluaran sekolah kerajaan masih nipis dan dangkal iman mereka. Sehingga ada pihak-pihak NGO atau swasta pula yang mengambil peranan ini. Dalam keadaan serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan kepakaran yang ada pada pihak kementerian Pelajaran sudah tentu mereka ini tidak mampu menampung keperluan yang mendesak ini. Lebih-lebih lagi pihak ini tida kuasa untuk melaksanakannya.


Pengajaran adab dan akhlak Baginda RasuluLLAH SAW juga mesti dipertingkatkan atau diperhebatkan. Biar Islam dikenali oleh para pelajar melalui akhlak Baginda RasuliLLAH SAW.

Kalau perkara ini diambil mudah atau dianggap tidak penting sebaliknya mungkin ada yang berpandangan bahawa urusan politik dan pentadbiran negara lebih penting. Maka tunggulah saat kehancuran tamadun Islam yang suci ini. Di ketika kehancuran ini terjadi tiada apa lagi yang boleh kita lakukan dan tidak ada guna lagi penyesalan.

2 comments:

  1. Kalau susah sgt cikgu sekolah nak buat

    Buat mcm ni je

    Pelajaran Agama Islam seminggu sekali siarkan Program Fattabiuni yg selalu dok ada kat tv hijrah tu. bukan lama pun tak sampai 10 minit pun

    Tak payah la nak rangka strategik planning super, cukup je bg murid skolah tgk

    sedikit2 lama2 jadi bukit

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.