Monday, 19 January 2015

50 Juta, Denominasi Gereja & Cengkerik Portal Media

Tuan Haji A Karim Omar  menulis mengenai kes penyelewengan Gereja City Harvest di Singapura. Jumlah yang menjadi sebutan kes ialah 50 Juta Dollar Singapura. Kes disiasat sebagai kes Jenayah Kolar Putih. Kes ini mendapat liputan meluas media di sana. Tetapi di sini, portal-portal berita yang selalu dengan perasaannya mendakwa diri mereka raja pejuang ketelusan dan integriti, tiba-tiba bagaikan dilanda Garuda. Hanya cengkerik berbicara kerana mereka senyap sunyi daripada membuat sebarang liputan mengenai penyelewengan ini,

Entah mana perginya perjuangan integriti. Entah ke mana tercampak pula perjuangan menuntut ketelusan dan amanah. Atau, semua itu hanya perlu dilakukan secara selektif mengikut skrip dan arahan pihak-pihak tertentu?

Apakah yang akan berlaku sekiranya kes Gereja City Harvest ini dibuat liputan secara terbuka? Siapakah yang akan mendapat kesan buruknya di Malaysia jika kes ini dibongkarkan? Semua persoalan itu boleh dijawab dengan bantuan Google. Google-lah nama-nama politikus tempatan dan kaitkannya dengan City Harvest, macam-macam berita akan terpacul. Justeru itu, tidak hairanlah portal-portal berita ini mengambil sikap berdiam diri dengan kes seumpama ini.

Jika mereka boleh sibukkan diri dengan ISIL di Syria dan Iraq serta Boko Haram di Afrika, kenapa kes seumpama ini juga mahu didiamkan?

Bacalah penulisan Tuan A Karim Omar di bawah :


*****************

Kes Penyelewengan $50 Juta Oleh Gereja Cuba Disembunyikan


Kes penyelewengan dana $50 juta oleh pengasas gereja City Harvest pastor Kong Hee sedang didakwa sebagai suatu jenayah kolar putih (CBT) dan dibicarakan di Singapura. Portal-portal berita seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini terlalu jelas menunjukkan sikap mereka untuk “membantu” puak pelampau evangelis menyembunyikan berita tersebut.
City Harvest-no coverage
Sepanjang pembicaraan kes tersebut tahun lalu, kedua-dua media tersebut langsung tidak memetik liputan pembicaraan. Media atas talian ini dilihat sebagai kerap menyebelahi pihak pelampau evangelis Kristian dalam banyak hal dan cara liputan mereka.
Kenapa pembicaraan kes sebesar ini mereka PILIH untuk tidak memberi liputan?
Apakah ada AGENDA TERSEMBUNYI supaya orang ramai tidak bercakap tentang penipuan dan penyelewengan dana gereja untuk kepentingan peribadi?
Apakah ada ARAHAN tertentu supaya MENUTUP malu gereja dan gerakan pelampau evangelis?
Jika kita membuat carian di kedua-kedua portal berita mereka dengan perkataan “city harvest” kita tidak mendapat sebarang petikan berita yang mereka laporkan berhubung kes penyelewengan dana oleh pengasas gereja, pastor Kong Hee semasa pembicaraan kes tersebut pada tahun lepas. Kong Hee didakwa bersama 5 orang lagi pimpinan gereja City Harvest untuk membantu membina kerjaya isterinya, Sun Ho – juga seorang paderi, sebagai seorang penyanyi dengan mengguna dana gereja.
Perlu juga diingat bahawa City Harvest mempunyai beberapa cawangan mereka di Malaysia. Ada di kalangan ahli politik DAP yang terlibat sama dalam gereja City Harvest di Malaysia.

Pautan Asal :

1 comments:

  1. Apa nak diherankan Ben, puak PENGGANAS KAPIRDAJAL ANTI-ISLAM DAPBANGKAI/PKRSODOM serta penyokong mereka tu memang jenis PEROMPAK/LANUN/PENIPU/PEMBUNUH - maklumlah ejen si PENGGANAS KAPIRDAJAL Barat/NATO-Zionis-KEPARAT!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.