Sunday, 25 January 2015

10 Soalan Berunsur KPop Untuk Shabery Cheek

Soalan Berunsur KPop Pertama :
Sebagai Menteri untuk Kementerian Komunikasi Dan Multimedia atau nama sebelumnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), apakah perlakuan sumbang kumpulan KPop yang membenarkan perlakuan berpeluk dan bercium di khalayak ramai itu salah satu daripada bentuk Kebudayaan Malaysia seperti nama asal Kementerian tuan sebelum ini?

Jika tidak, kenapa mesti bersikap tidak apa dan melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain untuk menguruskan hal pencemaran Budaya Malaysia tersebut?

Soalan Berunsur KPop Kedua :

Apakah perlakuan sumbang di dalam penganjuran persembahan KPop itu selari dengan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara?

Jika ia tidak selari, kenapa kementerian Tuan masih bersikap tidak apa dan belum mengambil apa-apa bentuk tindakan ke atas penganjur persembahan tersebut?

Soalan Berunsur KPop Ketiga :
Setiap penganjur yang mahu menjemput artis luar negara yang mahu mengadakan persembahan di Malaysia harus mendapatkan permit daripada AGENSI PUSAT PERMOHONAN PENGGAMBARAN FILEM DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA (PUSPAL) di bawah Kementerian Tuan.

Setiap penganjur, artis dan mereka-mereka yang terlibat di dalam penganjuran penggambaran atau persembahan Artis Luar Negara (ALN) dikehendaki mematuhi Garis Panduan PUSPAL.



Di Dalam Lampiran B Perkara E, telah dijelaskan perkara berikut :

E. PEMBATALAN KELULUSAN

JK-PUSPAL boleh menarik balik kelulusan sesuatu pada bila-bila masa jika disebabkan oleh:
i)      pelanggaran mana-mana kelulusan JK-PUSPAL oleh penganjur/Artis Luar Negara.
ii)      arahan daripada PBT/Pegawai Pelesen
iii)     arahan daripada Polis Diraja Malaysia
iv)    arahan daripada lain-lain agensi/jabatan yang mempunyai kuasa ke atas sesuatu persembahan dan/atau penggambaran filem; atau
v)      apa-apa sebab yang munasabah mengikut pertimbangan JK-PUSPAL.

Mana-mana pihak yang terjejas akibat mana-mana tindakan atau keputusan yang dibuat oleh JK-PUSPAL tidak berhak menuntut apa-apa ganti rugi atau pampasan atau indemniti daripada atau mengambil apa-apa tindakan perundangan ke atas Kerajaan.

Apakah perlakuan peluk, cium anak-anak gadis Muslim di dalam persembahan kumpulan KPop tersebut tidak dikategorikan sebagai satu “pelanggaran mana-mana kelulusan JK-PUSPAL oleh penganjur/Artis Luar Negara” tersebut?

Soalan Berunsur KPop Ke Empat :
Di dalam Lampiran F Garis Panduan PUSPAL, nyata dan amat jelas, perkara yang berlaku di dalam persembahan Kpop kontroversi sebelum ini adalah perkara yang termasuk di dalam perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam mana-mana persembahan. Lampiran F, Perkara 2.2.2 Garis Panduan PUSPAL adalah seperti berikut :

 2.2.2 Gerak Laku Semasa Persembahan ALN adalah dilarang mempamerkan aksi dan pertuturan yang mengganggu keselesaan penonton serta menyentuh sensitiviti masyarakat dan bertentangan dengan nilai budaya tempatan seperti:-

a) Membaling objek ke arah penonton.

b) Mempamerkan perlakuan atau tutur kata yang berunsur lucah dengan aksi yang menghairahkan seperti berkucupan, mencium penonton atau melakukan perbuatan seumpamanya sesama sendiri. Ini adalah selaras dengan :

Kaedah 22, di bawah Kaedah-Kaedah Hiburan ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ) 1993 yang menyatakan tiada hiburan yang lucah boleh dibenarkan di dalam mana-mana tempat hiburan.

c) Melakukan persembahan liar, menjolok mata dan perbuatan yang bertentangan dengan tata susila persembahan.

d) Melakukan perbuatan atau mengeluarkan tutur kata yang boleh difahamkan sebagai menghasut, menarik minat untuk membanggakan sesuatu golongan masyarakat atau agama tertentu dalam konteks polarisasi kaum yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

 e) Melayan atau duduk bersama pengunjung pada bila-bila masa. Persembahan mereka adalah terhad di pentas premis sahaja.

f) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak PBT/Pegawai Pelesenan




Jika benar berlaku pelanggaran, kenapa penganjur masih belum ditarik balik kelulusan permit untuk mengadakan persembahan seterusnya selepas kes tersebut?

Soalan Berunsur Kpop Kelima :
Jelas di dalam perkara yang dinyatakan di atas, berlaku pelanggaran syarat dan arahan sepertimana yang disyaratkan oleh Garis Panduan PUSPAL (GPP). Persoalannya, apakah penganjur Kpop tersebut mempunyai imuniti atau kekebalan tertentu di dalam GPP sehingga mereka dikecualikan daripada dikenakan sebarang tindakan atau permit mereka ditarik balik oleh PUSPAL?

Soalan Berunsur Kpop Ke Enam :
Jika tiada imuniti tertentu diberikan oleh garis panduan tersebut, apakah penganjur konsert Kpop itu mempunyai keistimewaan tertentu sehinggakan undang-undang tidak boleh menyentuh mereka?

Soalan Berunsur Kpop Ke Tujuh :
Apakah prinsip Kedaulata Undang-Undang serta prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara tidak mempunyai sebarang tempat dalam Kementerian tuan?

Soalan Berunsur Kpop Ke Lapan :
Yang Di Pertuan Agong telah dikehendaki bersumpah semasa perlantikan jawatan baginda untuk memelihara dan menjaga agama Islam pada setiap masa.

DYMM YDP Agong telah berkenan mengamanahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan yang memerintah pada ketika ini untuk menjalankan pentadbiran negara bagi pihak Baginda.

Salah seorang daripada Menteri-Menteri yang telah bersumpah untuk menjalankan amanah kuasa ini adalah termasuk Dato’ Seri Shabery Cheek.

Persoalannya, kenapa tuan masih belum mengambil tindakan yang sepatutnya setelah imej agama Islam, imej negara ini sebagai sebuah negara Islam, imej Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Pemerintah yang telah bersumpah untuk menjaga Islam pada setiap masa dicemarkan oleh sikap lepas tangan penganjur dengan insiden tersebut?

Soalan Berunsur Kpop Ke Sembilan :
Jika pentadbir undang-undang sendiri seperti tidak mahu menjalankan undang-undang sebagaimana yang tercatat di atas kertas, maka bagaimanakah pemerintah mahu mengharapkan rakyat jelata untuk menghormati undang-undang yang mereka sendiri tidak mahu menghormatinya?

Jika penganjur konsert Kpop yang sama masih lagi diberikan permit untuk terus mengadakan konsert-konsert susulan meskipun setelah berlaku kontroversi tersebut, apakah PUSPAL mahu mencadangkan kepada rakyat bahawa Garis Panduan PUSPAL yang seharusnya menjadi nadi kepada bentuk kawalan pencemaran budaya Malaysia, tidak lebih daripada bertaraf tisu tandas pakai buang kepada penganjuran acara kumpulan Kpop terbabit dengan perlakuan sedemikian rupa?

Tindakan harus diambil oleh PUSPAL, Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir undang-undang berkaitan persembahan artis. Tidak perlu mencari kambing hitam lain.

Dato’ Shabery Cheek, sebagai Menteri yang bertanggungjawab mesti menyelesaikan isu ini mengikut saluran undang-undang yang ada dan kuasa yang diberikan oleh pemerintah. Jawapan yang diberikannya kepada media sebelum ini dengan mengatakan sikap penonton adalah berada di luar kawalan PUSPAL adalah satu jawapan yang amat tidak masuk akal bagi mereka-mereka yang telah menyemak dan meneliti Garis Panduan PUSPAL tersebut.

Soalan Berunsur Kpop Ke Sepuluh :

Bila mahu serius bertindak Dato’ Seri?


6 comments:

  1. Nma sja islam. Brsmph pgang jwatn mnjlnkn amanh YDPA jga agama islam pda stiap msa tu hanya retorik yg sbnrnya Sabri ni dok jga pngkat dn duit dn glamor jd mntri. Hoi Sobri, jgalah satu ari sumph tu nnti mkn hang. Kalau hang hbat sbagai seorng mntri jwab la 10 soalan Bangkit. Jgn mnyotong sudah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalahnya Tuan. Masing2 telah bersumpah utk berkhidmat kepada negara dengan amanah. Sumpah YDP Agong untuk menjaga Islam pada setiap masa jelas terkompromi dgn tindakan2 yg membelakangkan prinsip kedaulatan undang2 spt ini,

      Delete
  2. Soklan no 11 tuan ben. SPRM x brminat nak mengkaji kekebalan penganjur ke sampai PUSPAL boleh berlepas tangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn soalan ke 11. Penganjur nampak kebal. Berani semacam. Degil dan rasa tak bersalah. Siap salahkan budak2 bawah umur tu pulak. Budak2 tu kena sexual harassment tau tak Penganjur? Underage kut??

      Delete
    2. Terima kasih bangkit dengan pendedahan ini. Barulah jelas nmpk kesalahan yg telah dibuat. Senang skit kita nk pantau konsert2 nih.

      Delete
    3. tuan Hamba Allah 08:39,
      Soalan yg sgt baik. Kita juga tertanya2 kenapa penganjur seolah kebal.

      Tuan Hamba Allah 09:45, mmg jelas penganjur seperti tidak langsung rasa bersalah, tidak takut malah turut memberikan press statement bernada angkuh semasa isu kontroversi tersebut timbul.

      Sama2Tuan Hamba Allah 09:48,
      Kita sama2 ingat mengingatkan, berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.