Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 31 December 2014

Bantuan Allah Semakin Dekat, Teruskan Perjuangan Di Tahun-Tahun Mendatang

Tahun ini, ternampak seolah golongan yang memusuhi Islam sedang melakukan pesta serangan besar-besaran ke atas Islam. Ia bertambah rancak setelah Tokong Demokrasi Amerika mendarat di bumi Malaysia dan memgiktiraf kewujudan pertubuhan dan tokoh-tokoh bobrok dengan mengadakan perjumpaan dengan mereka. Selepas pertemuan itu, seolah-olah mereka semua mendapat satu semangat baru untuk secara bersama menentang kedaulatan Islam di negara ini.

Sangka mereka, dengan berbuat demikian secara beramai-ramai, tersusun, penuh strategi, dilakukan secara bertubi-tubi, malah dengan bantuan dana daripada pelbagai pihak di luar dan dari dalam negara, umat Islam serta kedudukan Islam di Malaysia ini akan menjadi lemah. Itu hanya sangkaan dan dugaan mereka belaka yang telah edan dengan rancu pemikiran-pemikiran sesat. Mereka hanya boleh bersorak melolong dengan perasaan syok sendiri pada tika dan waktu ini.

Percayalah kepada cakap kami. Kemenangan umat Islam sudah hampir dekat dan pasti. Ia satu perkara yang mereka langsung tidak pernah sedar dan tidak pernah percaya untuk beriman dengannya. Hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia sebenarnya semakin hampir. Memang, secara fizikalnya, mereka sedang merasakan bahawa mereka sedang melihat sebuah Fata Morgana bahawa kemenangan itu bakal berpihak kepada pihak mereka. Itu hanyalah khayal golongan SEPILIS.

Kenapa kami menyatakan demikian? Ia mudah. Bukankah kita semua merupakan golongan yang sentiasa menyatakan bahawa kita merupakan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Jika demikian keadaannya, tentu sahaja kita beriman dengan iman yang tidak berbelah bahagi dengan dua sumber terpenting wahyu dan panduan untuk kita pegang selama-lamanya.

Bantuan Allah sebenarnya semakin dekat. 

Ya, bantuan Allah memang semakin dekat. Bagaimana kami berani menyatakannya sebagai demikian?

Negara kita diuji dengan pelbagai bentuk tragedi sepanjang tahun ini setelah kita saling bermusuhan sesama Islam. Kita faham dan tahu bahawa di dalam setiap tragedi ini, Allah mahukan kita mendekati sesama kita dengan perasaan kasih sayang dan itulah yang sedang berlaku.

Tetapi, dalam kita sedang mendekati sesama kita untuk kembali mentautkan kasih sayang, terdapat pihak-pihak yang terus tidak senang dengan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah supaya setiap kita kembali dengan semangat assobiyyah dan berpuak-puak memusuhi satu sama lain kembali kerana tertipu dengan fitnah-fitnah ini.

Allah sedang menyatukan kita semua melalui ujian-ujian ini. Imuniti serta kekebalan umat Islam sepertimana yang telah Allah janjikan di dalam hadis Amr' bin Saad r.a. dan Tsauban r.a. bahawa umat Islam tidak akan dapat dimusnahkan oleh musuh-musuh mereka sehinggalah mereka bermusuhan sesama sendiri, akan kembali diberikan kepada kita jika kita menggunakan kesempatan ini untuk kembali bersatu dalam satu jemaah.

Kita bukan hanya diuji dengan pelbagai bentuk trajedi, malah serangan ke atas kedaulatan Islam dan kedudukan agama Islam yang secara bertubi-tubi menjadikan sebahagian besar daripada kita mula bertanyakan satu soalan yang sama. Bilakah bantuan Allah akan datang?

Maka apabila persoalan itu mula dilontarkan setelah lama kita bersabar dan meniti ujian-ujian tersebut tanpa berputus asa, maka ketahuilah apa yang telah pernah Allah wahyukan kepada kita 1,400 tahun yang lalu di dalam surah al Baqarah ayat 214.

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, bilakah akan datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Ya. Sesungguhnya dengan ujian dan serangan bertubi-tubi ini dan kita yang tidak pernah berputus asa bangkit menentang kebatilan ini, In Sya Allah, apa yang telah Allah janjikan kepada kita pasti akan ditunaikan dalam tempoh yang tidak jauh dari sekarang.

Begitu juga dengan beranjaknya satu tahun kepada tahun yang baru yang bakal menjelma nanti, ia semakin hari semakin mendekatkan kita dengan hari kemenangan umat Islam ke atas semua bentuk kejahatan dan fitnah dari Dajjal dan gerakannya. Ya. Semakin hari kita semakin dekat dengan detik kemenangan itu.

Berjuang dan terus berjuang. Akan ada hari-hari yang susah dan menghimpitkan. Akan ada hari-hari di mana kita jatuh berkali-kali. Tetapi, umat Islam akan sentiasa bangkit kembali berjuang sehingga hari akhir nafas mereka.

Yang pasti, umat Islam tidak pernah berundur dari perjuangan sejak dari zaman Nuh a.s. menentang kesyirikan dan bentuk permusuhan terhadap Allah. Sudah puluhan ribu tahun umat Islam berjuang dengan api perjuangan yang tidak pernah padam.

Tidak pernah hatta untuk hanya satu saat sekalipun, tidak ada seorang pun umat Islam yang tidak berani bangkit untuk menentang kebatilan dan memperjuangkan kebenaran. Itu satu kenyataan yang pasti.

Bangkit dan kembali bersatu! Jika ada yang mahukan kita terus berpecah dan bermusuhan, ludah sahaja sikap mereka itu dengan mempersetankan saranan bersifat jahat tersebut.

Untuk yang memusuhi kita kerana jalan agama kita, maka mulakanlah dari sekarang countdown hari kebinasaan anda.

2015, jadikan tahun umat Islam bangkit keluar dari permusuhan sesama sendiri.

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung ganang sekalipun. 
(Ibrahim ayat 46)

Kita akan bangkit dan bersatu!

Mulakan dengan penyatuan Muslim di Nusantara.



Tuesday, 30 December 2014

Malaymail Mahu Umat Islam Diam Bila Bayi Palestin Dibunuh Dan Babi Dimasukkan Ke Dalam Makanan Mereka?

Dalam dunia yang semakin pantas dan menuntut kerja keras, ukuran merit, pengalaman serta keupayaan-keupayaan tertentu untuk sesiapa sahaja mencapai kejayaan, terdapat juga golongan yang ketinggalan tetapi tetap mahu berada di atas. Tetapi, apabila melihatkan keupayaan terhad yang ada pada mereka, maka jalan-jalan terbalik, hitam dan tidak bermaruah dipilih kerana mereka merasakan itulah dia jalannya untuk membolehkan mereka kembali ke persada persaingan dengan nafas kemenangan baru.

Kita melihat bagaimana mereka-mereka yang tidak berbakat, tetapi masih teringin menjadi seorang artis, menjual maruahnya dengan tampil dengan penampilan seksi dan menjual cerita-cerita kontroversi demi mencari sekelumit suluhan lampu limpah untuk meletakkan diri mereka sebagai satu subjek perbualan. Mereka-mereka ini tidak segan untuk melakukannya kerana mereka yakin dan percaya bahawa perbuatan menjual maruah tersebut akan membolehkan diri mereka survive dalam dunia persaingan yang semakin sengit. Mereka tidak peduli sama ada ianya bermoral atau pun tidak, bagi mereka survival kepada kewujudan mereka di dalam persada tersebut adalah lebih penting.

Perkara yang sama turut berlaku di dalam bidang-bidang dan industri-industri yang lain termasuk industri penerbitan. Bagi mana-mana penerbitan yang sudah berada pada tahap hidup segan mati tidak mahu, sentiasa mencatatkan kerugian sejak bertahun-tahun lamanya, tidak lagi menarik untuk menjadi bahan bacaan pilihan oleh ramai pihak, malah pengiklan pun tidak lagi tergamak untuk mencemarkan maruah produk mereka dengan mengiklan dengan penerbitan suam-suam kuku seperti satu dua penerbitan di tempat-tempat tertentu, maka jalan hitam dengan menerbitkan cerita-cerita kontroversi akan diambil.

Itu adalah golongan tidak bermaruah yang mencari nafkah dengan menjual maruah dan daya akal fikiran sendiri dan menghinakan maruah intelektual diri semata-mata untuk mendapatkan sedikit pendapatan bulanan.

Kita tinggalkan cerita tersebut kerana golongan seperti itu akan terus wujud sehingga dunia ini kiamat.

Seorang pembaca menghantar email kepada pihak kami untuk memberikan komen terhadap sebuah laporan yang dikemukakan oleh Malaymailonline, sepupu online Malaysian Insider. Sebuah artikel bertajuk "In 2014, Muslim Hardliners Crawl Out Of The Woodwork."

74 Likes je?
Artikel yang seolah mahu umat Islam hanya berpeluk tubuh dan patut mendiamkan sahaja diri bila melihat kanak-kanak Palestin dibunuh dan babi dimasukkan ke dalam makanan umat Islam di sini.

Perkara pertama yang kami persoalkan kembali, apakah wajar untuk kami meluangkan masa yang sangat bernilai untuk memberi respons kepada penulisan tersebut?

Sebelum itu, kita lihat dahulu impak kewujudan Malaymail dalam mencorak pemikiran masyarakat Malaysia. Kita mulakan dengan apa yang berlaku pada dua dekad lepas. Kami memetik sebuah kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Komunikasi, Jilid 19,  Tahun 2003 m/s 79 hingga 98.


http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2003/V19_5.pdf

Oh My God! -50% setelah dibundarkan kepada nombor bulat  terhampir?? Apa yang dihidangkan mereka sejak dua dekad lepas sehingga rakyat Malaysia berebut-rebut tidak mahu membaca apa yang mereka hidangkan? Kenapa ianya diperlakukan seperti itu?

Sex Sells, Tetapi Kenapa Meskipun Menggunakannya Malaymail Kekal Tidak Terjual?

Malaymail sudah bertukar dari satu tangan ke tangan beberapa pemilik lain sejak dari krisis ekonomi yang melanda Asia pada 1998. Pernah diedarkan secara percuma untuk menarik sumber pengiklan tetapi masih mencatatkan kerugian. Pernah juga digantung permit penerbitan kerana melibatkan penerbitan berbau seksual yang bertentangan adat ketimuran untuk mencari ruang survival kewujudannya sekitar 2005.

Oh.. tidak adil jika kita hanya melihat prestasi mereka sejak dua dekad lepas. Mari kita kaji dan lihat prestasi terbaharu Malaymail sepanjang 2 tahun lepas. Kami petik apa yang dipaparkan The Star, salah sebuah pesaing dalam pecahan pasaran jualan akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/06/The-Star-shines-bright-Paper-remains-Malaysias-premier-English-daily-in-circulation/

Apa?? Biar betul? Langsung tidak tergamak disebut oleh The Star sebagai saingan terdekat mereka? Apa sebenarnya yang bermain di minda Wong Chun Wai bila nama Malaymail, langsung tidak disebut dalam pecahan pasaran akhbar berbahasa Inggeris tempatan? Apakah Wong Chun Wai cuba bertindak "moderate" dalam hal ini?

Kami masih merasakan menggunakan laporan pesaing mereka untuk menunjukkan berapa jumlah akhbar mereka yang terjual merupakan satu usaha perbandingan yang tidak terlalu adil. Kita mesti mencari keadilan.  Kita rujuk pula sumber yang lebih boleh dipercayai. Kita rujuk pula Audit Bureau of Circulation (ABC) untuk tahun 2012 hingga 2013.

http://abcm.org.my/abcmfiles/uploads/2014/01/Jan-2013-to-June-2013-ABC-Circulation-Figures-PM-Price-Band.pdf
http://abcm.org.my/abcmfiles/uploads/2014/05/ABC-Circulation-Figures-July-13-to-December-13-Newspapers-West-and-East-Malaysia-Price-Bands.pdf

Sangat misteri. Kami cuba melakukan seadil mungkin. Tetapi mereka hilang ditengah-tengah semak samun statistik.

Kita cuba cara lain. Kali ini dengan merujuk laman web adQrate. Di sana diberikan statistik tanpa sebarang data lain sebagai sokongan.

http://www.adqrate.com/newspaper/details?id=56&type=1

Betulkah readership Malaymail bersamaan dengan kosong, zero, zilch dan elek pocik meskipun dikatakan sejumlah 35,000 naskah diedarkan? Kami sangat tidak bersetuju dan sangsi dengan fakta yang cuba dikemukakan adQrate. Tidak mungkin dalam 35,000 yang diedarkan tersebut, tidak ada seorang pun yang mahu beli dan membaca akhbar tersebut? Malaymail harus betulkan fakta adQrate ini.

Melihat keupayaan menjana keuntungan yang sangat kecil lagi mikro berbanding akhbar-akhbar lain, maka fahamlah kami akan sekatan dan keupayaan terhad bagi pihak Malaymail untuk menggajikan penulis-penulis yang berwibawa, mempunyai kredibiliti dan prestij lagi mempunyai akal fikiran cemerlang yang boleh membuatkan mana-mana rakyat Malaysia yang membaca akhbar mereka dapat mencapai keupayaan minda Glokal sepertimana yang dimahukan Perdana Menteri kita.


Semenjak Malay Mail kehilangan wartawan-wartawan senior yang berwibawa kepada NST sebelum penstrukturan semula akhbar tersebut beberapa kali sebelum ini, kualiti kewartawan yang sama dengan zaman di mana Malay Mail menguasai segmen pembelian iklan untuk akhbar berbahasa Inggeris seolah mustahil untuk dikembalikan dengan barisan penulis mereka sekarang ini.

Atas dasar simpati kerana mereka terpaksa survive dengan kumpulan wartawan yang dibayar dengan upah kekacang, maka tidak perlulah kami membuat sebarang komen kepada penulisan yang dimaksudkan.


Guna Dana GMM Untuk Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur

Global Movement of Moderates (GMM) merupakan sebuah gerakan yang tertubuh atas inisiatif dan cita-cita Perdana Menteri untuk membawa agenda kesederhanaan dalam pemikiran masyarakat dunia. Sebuah idea yang murni pada dasarnya, tetapi sangat menjengkelkan pada perlaksanaannya.

Di bawah teraju Datuk Saifuddin Abdullah, dana-dana besar yang diberikan kepada GMM, kini dilihat sedang digunakan secara rancak untuk membajai sisi-sisi pemikiran yang pro gerakan Liberal di Malaysia.

Bukanlah satu rahsia lagi, kebanyakan program  yang dianjurkan oleh GMM, membawa bersamanya aliran pemikiran dengan topik-topik yang dilihat cuba mencabar kedudukan  serta kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.




Malah, tokoh daripada NGO seperti IRF yang merupakan pengimport tegar mereka-mereka yang telah difatwakan sebagai mengamalkan aliran pemikiran sesat, seringkali diundang oleh GMM dalam program-program mereka.

Beberapa ketika, GMM juga turut ada dinyatakan sebagai pihak yang menaja program yang melibatkan pengimport tegar ajaran sesat IRF.

Dari mana datangnya sumber sebenar dana yang digunakan okeh GMM? Jika ianya mengalir daripada wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan, maka ada baiknya wang tersebut diambil semula dan digunakan untuk perkara yang berfaedah seperti memberikannya sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.




Jika Saifuddin Abdullah boleh mempertikaikan dana yang digunakan oleh kerajaan untuk program-program berbentuk mendekatkan diri kepada penghayatan Islam sebelum ini, maka dana yang sama yang diterima GMM juga harus dipertikaikan kerana ia digunakan untuk mengembangkan sisi pemikiran dan persepsi yang salah mengenai kedudukan Islam dalam negara.



Monday, 29 December 2014

Kenyataan Rasmi : Berkenaan Ujian Yang Sedang Melanda Negara Ini

Pihak kami ingin merakamkan rasa sedih dan simpati dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua pihak yang terlibat dengan peristiwa banjir di Pantai Timur. Setiap satu perkara yang berlaku, telah berlaku dengan ketetapan Allah. Sebagai saudara sesama Islam dan insan, apa yang sedang dialami oleh saudara-saudara kita di Pantai Timur, mengundang rasa insaf betapa kerdilnya kita semua dalam menghadapi kuasa dan ketetepan Yang Maha Esa.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Syukur ke hadrat Allah, di atas respons dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pasukan bantuan yang sudah mula bergerak ke seluruh pelusuk kawasan yang memerlukan pertolongan. Semoga Allah memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan bagi membolehkan semua pihak dapat diselamatkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Sebagai umat yang terbaik yang telah dipilih Allah untuk diberikan hidayah, kita seharus mendekati ujian ini dengan penuh sabar dan kembali bermuhasabah supaya apa yang sedang dilalui ini akan memberikan gantian keadaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Secara fizikalnya, segala keupayaan perlu digembleng supaya negara kita lebih bersedia untuk mencari jalan keluar supaya peristiwa banjir seperti ini tidak lagi akan berlaku pada masa hadapan. 

Kemusnahan hutan dan gangguan kepada ekosistem mesti dikurangkan. Keupayaan kejuruteraan alam perlu digunakan sepenuhnya untuk memastikan alam dan manusia dapat hidup secara bersama tanpa memudaratkan antara satu dengan yang lain. Amanah kita dalam menjaga alam ini jangan sesekali diperkosa oleh ketamakan kita sendiri.

Secara ruhaninya, kita harus bermuhasabah dan menggunakan peristiwa yang berlaku ini sebagai sempadan peringatan supaya kita sentiasa lebih dekat dengan Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kami menyeru supaya semua pihak lebih sensitif dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini dan sepanjang tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan ini.

Begitu juga pihak kami ingin menyampaikan rasa simpati kami kepada satu lagi peristiwa kehilangan pesawat yang turut membawa imej negara bersamanya yang dikhabarkan hilang dan masih belum dapat dijejaki. Semoga semua yang terlibat dan mempunyai pertalian dekat dengan sanak saudara yang terlibat dengan peristiwa itu terus bersabar dan mendoakan supaya kesudahan yang baik dapat dikecapi dalam peristiwa ini.

Teruji dengan ujian demi ujian berat dari masa ke semasa di dalam rentang waktu sesingkat satu tahun ini, pihak kami ingin menuntut supaya semua pihak berfikir dengan lebih matang dan mengetahui semua sempadan sensitif supaya setiap bentuk program dan pengisian yang bakal diadakan menjelang kedatangan Tahun Baru 2015, adalah program-program yang dapat membantu kita semua supaya membina semangat serta mengembalikan jatidiri negara ini sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai Agama Negara. 

Pihak kami ingin menuntut supaya semua bentuk program berunsur kemaksiatan menjelang kedatangan Tahun Baru dibatalkan. 

Jangan kita berhenti berdoa dan menunaikan solat hajat serta memohon kepada Allah supaya ujian ini dapat dijalani dengan penuh sabar dan dapat diselesaikan segera.

Kepada yang mampu, bersama-sama kita membantu serta memberi pertolongan sedaya mungkin kepada mangsa-mangsa banjir ini dengan segera.



Jika 2014 merupakan tahun ujian buat kita semua, mari kira jadikan Tahun 2015 sebagai tahun kematangan untuk kita semua.

Muslim Bangkit & Bersatu.


Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Penaung/Pengerusi
Pasukan Gerak Kerja Bangkit

Friday, 26 December 2014

Apa lagi Kit Siang mahu?!

Beberapa hari lepas, Lim Kit Siang, bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar kedudukan Yang di-Pertuan Agong dengan ‘membenarkan’ orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah, cuba memberikan peringatan bahawa sidang khas DUN Kelantan untuk membentangkan Hudud pada hari Isnin, 29hb Disember ini sebagai sesuatu yang buruk bagi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).


Pemimpin yang pernah dituduh sebagai pencetus kepada sebuah peristiwa hitam besar di Tanahair itu dilihat cuba menangguk di air yang keruh dengan mendambakan bahawa enakmen jenayah syariah Islam yang bakal dibentangkan di DUN Kelantan tersebut sebagai sesuatu yang bakal membawakan keburukan kepada Malaysia dan rakyatnya!

Lim Kit Siang mendakwa bahawa percubaan untuk berbuat demikian akan melanggar nilai-nilai kenegaraan seperti yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu. Ahli Parlimen Gelang Patah yang dilabel Tun Mahathir Mohammad sebagai seorang yang cuba menghapuskan semangat kongsi antara bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan itu, mendakwa lagi bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Ini jelas merupakan satu pembohongan terancang yang cuba digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang amat bencikan pelaksanaan hukum Allah SWT tersebut. Pembohongan mereka ini disanggah oleh aktivis Concerned Lawyers For Justice (CLJ) yang menerangkan dengan jelas bahawa Kelantan berhak untuk membentangkan Hudud dan pandangan yang mengatakan sebaliknya adalah “erroneous, misconceived and misconstrued understanding of our basic law due to selective reading of the Federal Constitution, and not to mention the principles underlying hudud itself.”

Kata CLJ lagi, “As provided for in Part IV, Chapter 4, of the Federal Constitution, our legal framework is built upon the principle of parliamentary democracy; while Article 72(1) thereof specifically protects the privileges of any proceedings in the Legislative Assembly of any State. In this regard, it is perfectly within the constitutional right of the Kelantan State Government and power to hold a special state assembly sitting on this coming 29th December 2014 to table an amendment on the Shariah Criminal Laws Act II 1993 (Amended 2014) and thereafter to take a further step in implementing hudud.”

Kumpulan itu juga, dalam penulisan yang sama mendakwa, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular seperti yang sudah diperjelaskan mereka dalam penulisan yang terdahulu yang bertajuk ‘Wither the Myth of a Secular Nation’ dan undang-undang Syariah Islam bukan ‘subservient’ kepada perundangan sivil yang diamalkan negara. 

Kumpulan itu menegaskan lagi kes yang membabitkan Lina Joy dan Herald merupakan duluan yang jelas dan terang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan “is not merely ceremonial in nature, but rather it imposes positive obligation on the Federation to give effect by appropriate state action, to the injunction of Islam and able to facilitate and encourage people to hold their life according to the Islamic injunction spiritual and daily life.”

Itulah yang amat dirisaukan oleh Lim Kit Siang sebenarnya, lalu kita tidak hairan apabila pemimpin cauvanis itu menjadi tidak keruan apabila PAS bertegas mahu meneruskan pembentangan Hudud pada sidang DUN Kelantan, apatah lagi UMNO Kelantan sendiri telah menyatakan persetujuan untuk menyokong usul itu nanti.

"But it will be a point of no return not only for BN, it will also be a point of no return for PR, as there is no way PR can survive in its present form after one of its component parties can act so unilaterally and arbitrarily as to show utter contempt for the other parties, the PR common policy framework as well as the PR operational consensus principle," katanya lagi yang dipetik oleh sebuah portal tempatan.

Bekas pesalah tahanan ISA itu seterusnya mendakwa bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mempunyai persetujuan untuk “agree to disagree” berkenaan dengan Hudud dan menegaskan apa yang telah diperkatakan oleh Ketua Maklumat PAS, Mahfuz Omar sebagai sebuah “fallacy” dan dakwaan Mahfuz Omar bahawa terdapat persetujuan tentang perkara tersebut adalah tidak benar!

Persoalan yang kita semua harus tanya ialah siapa pula yang berbohong sekarang ini, DAP ataupun PAS?

Namun kenapakah setelah Pakatan Rakyat yang menjanjikan ‘Ubah, Ini Kalilah’ kepada semua rakyat Malaysia dan PAS yang hanya mahu meneruskan agenda partinya yang telah diperjuangkan sejak sekian lama mahu dinafikan haknya untuk berbuat demikian?

Pernahkah DAP dinafikan haknya untuk mentadbir Pulau Pinang dengan ‘ketuanan Cina’ seperti yang cuba diperlakukan ke atas PAS di Kelantan?  Perbuatan Kit Siang itu hanya menyerlahkan lagi sikap kiasu dan gila kuasa menebal  DAP? Apa lagi DAP mahu?

Sesungguhnya benarlah kata Lim Kit Siang bahawa apa yang dicapai kini adalah keberkesanan kepada ‘penyatuan’ yang dicapai oleh PR apabila mereka bertanding dalam pilihanraya umum sebagai sebuah kumpulan.

Jadi apa masalahnya jika PAS pula mahu mengisi kemenangan bergaya yang telah dinikmati partinya itu?

Lim Kit Siang juga mendakwa kemungkinan kemenangan yang dicapai oleh PAS di beberapa kerusi dan PR secara umumnya tidak akan dicapai jika Hudud dijadikan isu pilihanraya. Adakah pemimpin DAP ini mendambakan bahawa mereka telah berjaya menipu rakyat jelata kerana memilih untuk ‘mendiamkan’ isu Hudud semasa PRU13 lepas?

"It is sad if such a political scenario should come to pass, especially for Malaysians who had hoped that change for the better is at last very close," katanya lagi seperti mendakwa bahawa pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam itu sebagai sesuatu yang tidak baik.

Apa masihkah kita mahu melihat saja dan terus bertahaluf siyasi dengan seseorang dan parti yang jelas sering menghina Islam dan syariah yang dibawanya?

Tentunya kita masih ingat akan seekor ‘pak belang Jelutong’ yang mendabik dada dengan penuh riak dan bongkak dan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum Allah SWT perlu dibuat melalui acara ‘melangkah mayatnya dulu’? Apabila ‘pak belang Jelutong’ sudah mati meninggalkan nama, kita masih tertunggu-tunggu kesungguhan PAS untuk melaksanakan hukum yang menjadi titik tolak kepada penentangan PAS terhadap UMNO.

Persoalannya sekarang adakah PAS akan terus tunduk dengan tekanan yang dibuat oleh DAP dan PKR, rakan tahaluf siyasi mereka sendiri? Dan siapa pula yang akan dipersalahkan mereka nanti?

Sesungguhnya Allah SWT sudah merencanakan supaya rakan bukan Islam UMNO dalam BN akan kehilangan kuasa dan legitimasi untuk menjadi batu penghalang dan menidakkan pelaksanaan hukum Hudud. Kerajaan juga dengan kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan jawatankuasa teknikal bagi pelaksanaan hukum Hudud bagi negeri tersebut.

Terima Kasih kepada politik ‘rakyat kelas dua, tiga dan empat DAP’ yang sering mereka momokkan kepada kaum Cina terhadap pentabiran kerajaan sedia ada. Rakyat yang mahukan ‘Ubah, Ini kalilah’ seharusnya dapat apa yang mereka mahukan. Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.

Dan jika itulah yang rakyat Kelantan mahukan, siapa DAP mahu cuba-cuba menafikan hak mereka? Siapa pula Lim Kit Siang yang mahu berkempen sakan untuk menidakkan pelaksanaan hukum Allah SWT tersebut?

Mungkin kita semua, terutama mereka-mereka dalam PAS sendiri, patut bertanya ‘apa lagi Kit Siang mahu?’




Thursday, 25 December 2014

Pandir Di SUARAM Mari Belajar Google

Sudah lama kami memerhatikan badan ini yang sering berlagak seperti ‘tangan panjang’ kepada US State Department di Malaysia. Tindak-tanduk badan tersebut selama ini seperti mahu menidakkan legitimasi kerajaan Malaysia untuk mentadbir negaranya sendiri.

Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa badan seperti Suaram yang mendapat dana daripada badan  asing itu sering bertindak di luar kepentingan negara. Suaram juga sering condong kepada gerakan pembangkang dalam memperjuangkan agenda hak asasi di Malaysia.

Contoh yang paling ketara ialah, Suaram memilih untuk membisu apabila hak pribumi seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sering diungkit dan mahu dipijak sesetengah golongan pelampau di Malaysia. Suaram juga sering membisu apabila Islam, Agama Persekutuan, seperti yang termaktub pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, sering dihina dan dipersendakan, seolah-olah umat Islam tidak mempunyai sebarang hak di tanahair mereka sendiri.

Apakah hak golongan pribumi yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia, tidak layak dipertahankan langsung oleh Suaram?

Dalam kerangka apa pula badan seperti Suaram bekerja sehingga menidakkan langsung nilai-nilai identiti negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Namun kami dibangkit.info sudah lama menyedari akan sikap berat sebelah dan pilih kasih Suaram dalam memperjuangkan isu hak-hak asasi di Malaysia dan hari ini Suaram buat lawak lembam dan kurang cerdik lagi, apabila mahu kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat isu yang bukan isu sebenarnya, semata-mata untuk membazirkan wang kerajaan, wang rakyat marhaen, walhal ianya boleh dicapai dengan hanya carian di Google sahaja.

Kami berani berkata sedemikian kerana jika butiran itu yang Suaram mahukan, dengan hanya beberapa langkah, kami mampu mendapatkan perihal lelaki dan isterinya yang ditahan di Bangkok semasa mahu berangkat ke London dan mendapati dengan jelas melalui laporan yang dikeluarkan sendiri oleh inisiatif kelolaan penyangak matawang dunia, George Soros, Open Society Justice Initiative.

Pertamanya kami memanjangkan pertanyaan kepada pakcik Google berkenaan dengan "Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition" by the Open Society Justice Initiative dan carian tersebut menemukan kami kepada laporan yang dimaksudkan dalam bentuk PDF. Bacaan lanjut terhadap laporan tersebut menemukan kami kepada petikan dibawah kami salin semula secara verbatim untuk tindakan lanjut Suaram, gratis daripada Bangkit.info (113-merujuk kepada no. mangsa Extraordinaire Rendition kelolaan Amerika Syarikat)

113
Abu Abdullah al-sadiq(Abdul Hakim Belhadj), a Libyan national, and his pregnant wife, Fatima Bouchar, were seized in 2004 by Malaysian authorities in Kuala Lampur, where they were detained for 13 days.

707
They were told that they could travel to the United Kingdom through Bangkok, but were detained by Thai authorities upon arrival in Bangkok, and, according to al-Sadiq, abused by the CIA for several days in a special room in the airport.

708
Al-Sadiq and his wife also allege that they were ill-treated by persons they believed to be Thai authorities.

709
In addition, al-Sadiq reported that in Bangkok he was questioned by British spies.

710
The two were then separately put on the same flight to Libya.

711
Al-Sadiq was held in Libyan custody for the next six years, five of which were in solitary confinement, and during which time he believes he was interrogated by U.S. and British officials.

712
He was eventually sentenced to death but was released in early 2010.

713
Documents discovered by Human Rights Watch immediately after Gaddafi’s fall confirm
the role of the CIA and the United Kingdom in al-Sadiq’s case.

714
On the basis of these documents, al-Sadiq and his wife brought legal actions against
the U.K. government and subsequently against former Foreign Secretary Jack Straw for approving their abduction and transfer.

Merujuk kepada butiran laporan tersebut maka jelaslah bahawa dakwaan tidak berasas tentang penglibatan Malaysia dalam kes Abu Abdullah al-Sadiq (Abdul Hakim Belhadj) dan isterinya, Fatima Bouchar adalah sebuah tuduhan jahat yang dibuat oleh Human Rights Watch (HRW) yang juga didanai oleh George Soros yang sememangnya aktif dengan kerja-kerja subversifnya di Eropah dengan gerakan revolusi warna untuk menidakkan sesebuah kerajaan yang tidak ‘mesra’ Amerika Syarikat.

Laporan tersebut tidak berasas dan berniat jahat kerana kedua-dua mereka telah menyaman kerajaan U.K kerana membenarkan mereka diculik dan kemudiaannya ditahan di Libya. Mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka ditahan di Thailand, oleh agen Thai dan kemudiaannya disiasat oleh pegawai-pegawai British dan Amerika Syarikat sendiri.

Jadi apa isunya pula Suaram mahu mengaitkan Malaysia dengan kes ini?

Sememangnya kita juga sedar bahawa Revolusi Warna inisiatif George Soros juga boleh dilihat di Malaysia dengan BERSIH, sebuah badan yang tidak sebersih mana, yang sering pula turun ke jalanan dengan melakukan huru-hara dan kekacauan dengan merosakkan harta benda, menimbulkan kacau-bilau, kecederaan dan beberapa tahun lampau malah hampir-hampir mengancam nyawa awam.

Dakwaan jahat bahawa Malaysia terlibat dalam kes lelaki warga Libya dan isterinya tersebut telah dibuat HRW melalui laporan yang bertajuk Delivered into Enemy Hands: U.S.-Led Abuse and Rendition of Opponents to Gaddafi’s Libya (2012). Mungkin Suaram dengan jaringan antarabangsanya boleh bertanya dengan lebih lanjut dengan HRW sendiri akan tuduhan ini.

A memorandum dated March 4, 2004, from the CIA to the Libyan government states “[w]e are working energetically with the Malaysian government to effect the extradition of Abdullah al-Sadiq from Malaysia. The Malaysians have promised to cooperate and arrange for Sadiq’s transfer to our custody.”

Tuduhan itu hanya menulis tentang sebuah kerjasama yang akhirnya tidak berlaku apabila kedua-dua warga Libya tersebut ditahan oleh penguasa Thai sendiri yang kemudiaannya menyerahkan mereka berdua kepada CIA seperti yang dapat dibaca di atas. Maka tuduhan yang dibuat oleh HRW dan dipetik Suaram (dan PKR) adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan sangatlah berniat jahat!

Teknik ‘shaming’ yang sering dilakukan mereka-mereka ini untuk menimbulkan semangat bencikan kerajaan yang sedia ada, merupakan sebuah gerak kerja yang terancang dan amatlah memalukan apabila terpaksa mengadakan sesuatu yang sememangnya tidak sepatutnya menjadi isu. Apatah lagi apabila badan seperti Suaram yang kononnya berwibawa mendesak kerajaan mengadakan suruhanjaya ke atas sesuatu yang jelas bukan jenayah yang telah dilakukan oleh kerajaan kita.

Mungkin juga Suaram dengan jaringan NEDnya patut menulis kepada George Soros berkenaan dengan hal ini, jika mereka masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Akhil Bulat yang telah menjelaskan bahawa perkongsian maklumat polis risikan dengan CIA hanyalah sebuah usaha untuk menangani pengganas. Dan ianya terhad kepada perkongsian maklumat dan latihan saja seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

"Itu tidak betul. Memang betul kita bekerja dengan CIA dan hantar pegawai menghadiri latihan demi kebaikan dan meningkatkan lagi pengumpulan maklumat risikan. Kita juga dedahkan pegawai kita dengan teknologi terkini tetapi cuma itu saja. Berhubung dakwaan dalam laporan (menahan secara rahsia dan tahanan dibawa ke penjara tidak diketahui), juga 'dibawa untuk diseksa' itu tidak betul.”

Persoalannya, apabila laporan senat Amerika Syarikat sendiri tidak menamakan kerajaan Malaysia, kenapakah Suaram seperti ketagihan candu dan mengharapkan dana yang lebih mahu juga melibatkan Malaysia dengan kerja jahat Amerika Syarikat itu?

Kenapakah juga Suaram tidak mahu mendedahkan kepada Malaysia, bentuk kerjasama yang telah dibuat oleh badan itu dengan NED? Berapa banyakkah kemasukan wang dan dana asing ke dalam poket mereka dan untuk apa dan tujuan apa kemasukan dana asing itu ke dalam pertubuhan mereka?

Adakah Suaram sehingga kini masih dengan lapang dada dan senang hati menerima dana daripada NED sebuah badan kerajaan Amerika Syarikat yang jelas tidak pernah mahu menghormati hak-hak asasi manusia, melalui CIA dan lain-lain gerakan covertnya di seluruh dunia terutamanya dengan kempen Perang Menentang Keganasan yang ditaja mereka?!

Ingin juga kami perjelaskan di sini bahawa dua rakyat Malaysia yakni, Mohd Farik Amin dan Mohd Nazir Lep yang ditahan di Teluk Guantanamo (Gitmo) sendiri pun sebenarnya tidak ditangkap oleh kerajaan Malaysia tetapi ditahan di Bangkok oleh penguasa Thai dan di serahkan kepada CIA.

Kenapakah Suaram tidak mahu memperjuangkan hak asasi dua rakyat Malaysia ini sehingga membawa kepada kepulangan mereka yang masih ditahan di kem tahanan haram tidak berperi-kemanusiaan seperti Gitmo tanpa sebarang peluang untuk mempertahankan diri di mana-mana makhamah dunia?

Mungkinkah kerajaan Malaysia perlu mengadakan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat kemasukan dana-dana asing yang telah diterima oleh Suaram (dan lain-lain badan seperti Malaysiakini, Bersih, IRF, IKD, SIS Forum (Malaysia) Berhad dsbnya), dan melakukan penyiasatan secara terperinci tentang asal-usul dana tersebu dan daripada mana dana tersebut datang, negara mana atau pertubuhan apa? Berapa jumlahnya? Dan apa pula yang perlu dibuat mereka sebagai ‘collateral’ kepada dana tersebut?

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas dengan gerakan subversif atas nama NGO dan gerakan sivil yang telah banyak mendatangkan kemusnahan dan perpecahan dalam masyarakat kita disamping terdapat sesetengah daripada badan-badan ini berlagak seperti agen kepada kerajaan asing sambil berterusan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia!

Berita Ini Diterbitkan Tahun Pada Tarikh 22 Sepetember 2012. Sudah 2 Tahun, 3 Bulan, 3 Hari Berlalu. Tindakan? Hampas!!!
Jika Amerika Syarikat, Tokong Demokrasi sembahan golongan Liberal di Malaysia boleh mempunyai Foreign Agent Registration Act (FARA), kenapa tidak dengan Malaysia? Jika dahulu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh digunakan untuk menghalang perbuatan subahat menggunakan wang dari pihak luar yang berniat mengucarkacirkan keamanan Malaysia, kini hanya Anti Money Laundering Act 2001 merupakan tolok undang-undang yang sedikit tumpul untuk mengekang kebanjiran kemasukan wang asing untuk menjalankan agenda-agenda luar dalam negara. "Terima kasih" kepada Najib Tun Razak yang menghapuskan ISA dan kemudiannya menyuruh Suruhanjaya Syarikat mencari undang-undang untuk mencari kesalahan SUARAM. Terlalu "bijak".

Cukup dengan itu, bantuan Google secara Gratis Dari pasukan Gerak Kerja Bangkit.Info, untuk SUARAM yang didanai tajaan wang dari negara luar. SUARAM, sila klik dan baca sepenuhnya pautan di bawah  
:http://www.opensocietyfoundations.org/sites/default/files/globalizing-torture-20120205.pdf


Wednesday, 24 December 2014

Liberal 25, Pulau Batu Puteh dan Kedaulatan Negara

Kali terakhir negara memberi tanggungjawab serius kepada sebahagian mereka yang menjadi penggerak utama kumpulan Liberal 25, kita kehilangan wilayah laut, pengecilan sempadan maritim dan kedaulatan wilayah negara kepada negara Singapura.

Salah seorang tokoh daripada kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu yang menandatangani surat terbuka tersebut, pernah dilantik menjadi Co-Agent kepada pasukan tuntutan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Co-Agentnya, Dato’ Farida Ariffin 1. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan pasukan peguam untuk ke ICJ. Beberapa orang telah dilantik untuk memastikan Pulau Batu Puteh kekal sebagai Pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Kes tersebut telah dibawa ke ICJ dan keputusan telah diputuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau dirujuk juga  sebagai Pedra Branca adalah menjadi milik Singapura.

Kes ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada emosi rakyat Malaysia, maruah negara dan Kesultanan Johor terutamanya. Ia sehinggakan Almarhum Sultan Johor dan DYMM Sultan Johor  2 kini menegaskan supaya segala usaha dibuat bagi memastikan Pulau Batu Puteh kembali diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatan Johor dan Malaysia.

Kes kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh di ICJ tidak berakhir dengan begitu sahaja. Malaysiakini, sebuah portal yang pernah mendapat bantuan dana daripada National Endowment For Democracy (NED), pernah menggemparkan negara dengan membuat laporan berita bahawa pasukan yang dianggotai dan dibentuk oleh tokoh di dalam kumpulan Liberal 25 tersebut, merupakan punca yang menyebabkan negara kita kehilangan kedaulatan wilayah 3.



The Malaysian Insider juga ada melaporkan bahawa Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, telah membuat sebuah akuan bersumpah bahawa terdapat elemen wang bertukar tangan berlaku sehingga menyebabkan berlakunya penyerahan bahan bukti yang berupa gambar yang dipertikaikan keasliannya oleh ICJ 4.



Isu tersebut mengundang reaksi berbalas tuduhan serta jawapan antara yang menuduh dan kumpulan Dato’ Farida Ariffin yang sedaya upaya membersihkan kumpulannya daripada tuduhan rasuah dan tidak cekap 5.

Malah isu ini menjadi semakin panas apabila Malaysiakini yang pernah dibiayai dana dari Amerika Syarikat, negara yang turut membiayai kewujudan Taliban di Afghanistan membuat liputan yang kerap bersama tajuk-tajuk berita yang panas untuk menggambarkan betapa tidak cekapnya pengurusan kumpulan yang ditubuhkan secara bersama oleh Dato’ Farida Ariffin, jurucakap Liberal 25 kini. The Malaysian Insider tidak terkecuali menjual cerita ini secara kerap dengan gaya pemberitaan yang sama.

Jika dahulu Malaysiakini, TMI dan segala yang bernafsu pembangkang menuduh kumpulan Dato’ Farida di ICJ sebagai mengkhianati negara dengan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam kes Batu Puteh di ICJ, pada hari ini, kita melihat tahap hipokrasi agung ke semua mereka dengan kini berpeluk di bawah satu selimut dengan mengangkat kumpulan Liberal 25 yang sedang dijuarai Dato’ Farida sebagai Harapan Baru Untuk Malaysia pula.

Bayangkan, jika dahulu kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang daripada Liberal 25 menyebabkan kita kehilangan wilayah kedaulatan negara, apakah kini kita mahu terus secara bodoh memperjudikan kedaulatan yang sama dengan memberikan harapan kepada pihak yang sama hanya kerana mereka kini memakai kosmetik golongan moderate pula?

Perlukah pisang sampai berbuah dua kali dan baharu kita semua mahu sedar?

Melihat track record ini, jelas The Star memang sedang memperjuangkan golongan Moderate Kelabu Asap sebagai Harapan baru untuk Malaysia.





Rujukan :

Tuesday, 23 December 2014

Moderate Kelabu Asap : Siapa Sahaja Boleh Menggelarkan Dirinya Apa Sahaja,Tetapi...


Benar. Siapa sahaja boleh menggelarkan dirinya dengan apa sahaja label dan gelaran.

Ayah Pin mengakui dirinya Tuhan Pencipta Segala Agama. Harun Mat Saat, mengakui dirinya Tuhan dan mengembangkan ajaran Tuhan Harun. Abdul Kahar Ahmad, mengakui dirinya sebagai seorang Rasul. Zainah Anwar dan rakan-rakannya mendakwa diri mereka anak-anak tuhan. Keluarga Anwar Ibrahim, menggelarkan dirinya sebagai Anugerah Tuhan. Badrol Amin yang memakaikan dirinya dengan pakaian dan gelaran ustaz, mendakwa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi.

Adolf Hitler mengakui dirinya pejuang kebebasan. Republik Korea Utara mengakui negara mereka sebuah republik demokratik. Ia dilakukan dengan menamakan negara mereka sebagai Republik Demokratik Korea Utara. Amerika Syarikat sibuk mendakwa diri mereka sebagai pejuang hak kebebasan manusia.

The Star pula mempersembahkan sekumpulan manusia yang perasan diri mereka moderate dan dipromosikan secara perasannya sebagai golongan moderate saban hari di dalam akhbar mereka.

Jadi, benarkah dakwaan mereka semua sepertimana yang disebut di atas. Apakah Ayah Pin dan Harun Mat Saat benar-benar seorang Tuhan sepertimana yang didakwa mereka? 

Benarkah Zainah Anwar dan rakan-rakannya itu manusia yang seharusnya bergelar anak-anak Tuhan sepertimana yang cuba dinyatakan mereka? Dan benarkah semua figura yang cuba diketengahkan secara perasannya oleh The Star sebagai golongan moderate atau ke semua mereka sebenarnya golongan moderate kelabu asap?




Untuk mengenalpasti sama ada apa yang didakwa mereka itu benar sepertimana yang didakwakan mereka, terdapat satu cara yang paling mudah. Saidina Umar al Khatab r.a. pernah berpesan supaya menilai dan menghukum manusia, bukan dengan apa yang diucapkan atau diakui, tetapi manusia dinilai melalui perlakuan dan perbuatan mereka. Setiap pencuri tidak akan mengaku dirinya mencuri. Yang membuatkan seseorang pencuri diyakini sebagai seorang yang benar-benar telah mencuri ialah setelah semua perlakuan dan perbuatannya disiasat dan ditelitikan.

Bangkit.info telah berkali-kali menegaskan, Perlembagaan Persekutuan, Lima Prinsip Rukun Negara dan undang-undang sedia ada sentiasa wajib menjadi kayu ukur bagi menentukan sempadan antara mereka yang bersifat pelampau dan mereka yang sentiasa bertindak sebagai golongan yang bersikap sederhana.

Sebagai contoh, menuntut kalimah Allah digunakan selain daripada Agama  Islam bukan hanya satu tindakan melampau yang dilakukan oleh golongan pelampau, tetapi boleh dikategorikan sebagai kumpulan pelampau yang amat kurang ajar. Ini kerana, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan syarat, lain-lain agama hanya boleh diamalkan dengan amalan yang mesti bersifat aman damai terhadap Islam. 

Begitu juga memperjuangkan dan mengatakan sistem sekolah vernakular itu sebagai sistem yang dijamin dan dilindungi Perlembagaan. Ia adalah satu perbuatan ekstrem dan melampau kerana Perlembagaan tidak pernah memberi jaminan sedemikian rupa kepada dasar pendidikan vernakular. Tetapi ia tetap dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina dan pemimpin Melayu bernama Cina tempatan. Hairan apabila ia tidak dikecam oleh manusia-manusia moderate kelabu asap yang cuba dipromosikan oleh the Star.

Percubaan menghapuskan sistem syariah, menidakkan kewujudan Perkara 121(1A), mendakwa negara ini sebagai sebuah negara sekular meskipun perkataan itu sendiri tidak pernah wujud di dalam Perlembagaan, mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang bersifat melampau tetapi secara degilnya terus dilakukan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai golongan moderate.

Maka setiap kali membuka the Star dan membaca perkataan moderate digunakan kepada figura-figura yang bergerak membuat tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan, Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan Undang-Undang, maka ketahuilah, apa yang cuba dipaparkan itu adalah golongan moderate kelabu asap. Ya, memang kelabu asap. 

Monday, 22 December 2014

False Flag Demi False False Untuk Mencemarkan Imej Islam, Bila Pula Giliran Negara Kita?

Seluruh Australia sedang bersedih dengan insiden tahanan tebusan yang berlaku di sebuah kafe di Sydney beberapa hari lalu. Insiden dramatik tersebut meragut tiga nyawa termasuklah suspek, seorang yang berketurunan Iran, Man Haron Moris.

Beberapa orang mangsa lain, termasuklah seorang anggota keselamatan tercedera dan sedang dirawat. Dunia sedang bersimpati dengan Australia dan begitulah sepatutnya.

Sepertimana skrip sesebuah filem yang mahu dipanggungkan dengan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada pemikiran sedar dan bawah sedar mereka-mereka yang menontonnya, "filem-filem False Flag" ini sepertimana biasa memerlukan watak-watak tebusan, watak mereka yang bertindak heroic untuk menyelamatkan nyawa orang lain, watak korban adalah satu kemestian untuk memastikan emosi terbina, imej musuh dibina supaya emosi kemarahan yang tercetus itu boleh disalurkan kepada mereka yang dibentuk sebagai musuh dan sasaran kemarahan, dan yang penting sebuah ending yamng dramatik.

Sesudah peristiwa tebusan tersebut, Perdana Menteri Australia Tony Abott dan isteri, meluangkan masa memberikan penghormatan dan kalungan bunga sebagai tanda simpati daripada pihak kerajaan Australia. Abott yang kelihatan sedikit terganggu dengan tenang memberikan wawancara di media-media massa.

Namun apa yang menjadi kehairanan kita semua ialah, apabila Perdana Menteri tersebut seperti menyalahkan pihak penguasa dan pasukan keselamatan tempatan yang gagal untuk menghalang  kejadiaan ini daripada berlaku!

Kata Tony Abott, dia terkejut kenapa seseorang yang "deluded and sick individual" dan sering melakukan jenayah ekstrem masih boleh dibiarkan bergerak bebas dalam masyarakat.

The Guardian versi atas talian kemudiana telah melaporkan ‘Australia’s prime minister Tony Abbott has questioned how the gunman Man Haron Moris was out on bail after he and two of his hostages were killed in a shot out that end the siege. Speaking at press conference Abbot said: “How can somebody who has had such a long, chequered history not be on the appropriate watch list? And how can someone like that be entirely at large in the community?”

Dan soalan itu jugalah yang harus kita tanyakan kepada penguasa polis dan badan perisikan negara itu yang gagal untuk mengekang kejadian menyedihkan itu daripada berlaku.

Kewujudan anomali-anomali seperti ini hanya akan dapat kita lihat berlaku dalam kebanyakkan operasi ‘false flag’ seperti kejadiaan ‘11 September’, apabila beberapa buah kapal terbang ‘dibiarkan saja’ dengan mudah untuk memasuki ruang udara Amerika Syarikat yang sangat ketat itu dan melakukan keganasan, secara serentak dan terancang, di beberapa tempat.

Anomali berlaku kerana sebagai seorang manusia, perancangan kita, seteliti mana sekalipun akan sentiasa akan melanggar hukum kesempurnaan yang hanya ada pada Allah SWT.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik rancangan.

Amerika Syarikat kemudiaannya berjaya dengan mudah menggubal ‘USA Patriot Act’ pada 26hb Oktober, 2001, sebulan lebih setelah kejadiaan ‘911’ dan menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara polis moden yang menjadikan rakyatnya sendiri sebagai mangsa kepada projek dajjal mereka.

Persoalannya apakah yang sedang dirancang oleh kerajaan Australia dengan kejadian keganasan yang telah berlaku di Sydney ini?

Dan satu lagi persoalan ialah, bila pula giliran kita yang seterusnya untuk dimangsakan dengan permainan operasi Falsa Flag seperti ini  untuk memastikan agenda gerakan dajjal menerusi gerakan SEPILIS tempatan dapat diberikan "sijil kosher" untuk setiap usaha mereka di tanahair sejak lewat sedekad ini.

Jika ISIL aka ISIS aka IS aka Islamic State berjaya memburukan imej ‘Daulah Islamiyah’ dengan perbuatan tidak Islamik mereka, seperti yang dilaporkan media-media massa, yang mana mengabsahkan lagi projek Zionis dalam menfitnah Islam sebagai agama keganasan. Kebencian kepada IS juga telah berjaya menyatu-padukan kuasa-kuasa besar untuk bersatu menentang musuh bersama yakni ‘Negara Islam’ apabila Parlimen negara masing-masing meluluskan sebulat suara untuk tujuan itu.

Sebagai umat Muslim, kebimbangan kita ialah, apakah ‘Flag of Islamic Shahada’ bakal menjahanamkan semua umat Islam secara pukul rata kerana hakikatnya kita semua mengucap dua kalimah syahadah?

Kita sudah melibat kelibat NGO-NGO yang bersifat Taliban Kolar Putih yang didanai dengan dana yang sama daripada Amerika Syarikat yang kini sedang rancak mempertikaikan segalanya tentang Islam termasuk mendesak satu bentuk reformasi kepada agama Islam dibuat oleh tangan-tangan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Moderate Muslims. Mereka juga mahukan supaya al Quran ditafsirkan mengikut kehendak nafsu syahwat mereka. Semua ini kelihatan amat seiring dengan apa yang berlaku melalui gerakan tangan-tangan Dajjal di seluruh dunia.

Apakah kita juga sedang menunggu giliran dan masa terbaik untuk mereka sekali lagi menjalankan agenda False Flag ke atas kita untuk memberikan legitimasi kepada perjuangan agen-agen mereka di sini?

Semoga semua itu tidak berlaku. Mohon Allah menyelamatkan kita semua daripada fitnah dajjal dengan kita terus berusaha dan bertawakkal.

Lihat Bagaimana Mereka Memburukkan Satu Persatu Perkara Yang Dekat Dengan Islam.


 http://www.smh.com.au/content/dam/images/1/2/7/c/h/m/image.related.articleLeadNarrow.300x0.1279s0.png/1418661480969.jpg