Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Sunday, 30 November 2014

Tamat Perhimpunan Agong : Masa Untuk Memeluk Guan Eng?

Alhamdulillah, dengan berakhirnya PAU UMNO pada hari ini, maka lengkaplah putaran tahunan Quadmester SOMUH. Apa itu Quadmester SOMUH? Ia merupakan musim perubahan hormon sementara pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam negara.

Setiap tahun, akan berlaku dalam tempoh tiga bulan di mana Perhimpunan Agung Parti-Parti Politik Melayu Islam akan berlangsung. Dalam tempoh menuju kemuncak perhimpunan agong tersebut, kita akan melihat tokoh-tokoh politik Melayu Islam yang selama ini menyotong, tiba-tiba muncul secara janggalnya dengan semangat harimau. Kami telah menyentuh mengenai Quadmester SOMUH ini dalam penulisan sebelum ini.

Sepertimana biasanya saban tahun sejak berdekad-dekad lama, tamat sahaja pusingan Quadmester SOMUH ini, maka kita akan melihat pengulangan episod satu persatu politikus-politikus Melayu Islam yang sebentar tadi menyuntik hormon-hormon testosterone harimau, akan segera membuka internet bagi tujuan menempah tiket penerbangan ke Pulau Pinang.

Tengok Yang Ramai-Ramai Di Bawah tu papa, kejap lagi sampai la tu..
Jangan tersilap. Mereka ke sana bukan untuk memakan cendol atau nasi kandar Pulau Pinang. Mereka ke sana juga bukan untuk berlibur atau membeli belah. Mereka ke sana untuk kembali kepada sikap dan sifat mereka yang asal.

Faham dengan pengulangan skrip yang saban tahun berlaku ini, kami ingin menasihatkan kepada Lim Guan Eng supaya cuba melonggarkan sedikit jadualnya yang padat untuk memberi ruang supaya dirinya dapat diakses kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin merembeskan keluar hormon-hormon harimau palsu mereka.

Lim Guan Eng harus bersedia untuk dipeluk dari semua arah, tidak kira dari depan, tepi atau belakang. Selagi perbuatan itu tidak meninggalkan sebarang kesan DNA lelaki N, Y dan Z, selagi itu atas dasar keterbukaan dan atonement dosa menjadi ultra Melayu semasa PAU mereka, maka pelukan Lim Guan Eng akan menyucikan dosa serta imej-imej mereka ini dikalangan taikun-taikun Cina selepas menjadi ultra dan fundamentalis Melayu untuk seminggu dalam setiap tahun. Sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan setiap kali gambar mereka berpelukan dengan Lim anak beranak tersebar  ke dalam media.

Baju Cina, Nama Pun Sudah Cina, Apa Lagi Cina Mahu?


Harap Tak Tinggalkan Sebarang DNA




Apakah kita mahu melihat sekali lagi episod seperti ini berlaku dan tersebar?

Apakah salah mereka-mereka di atas memeluk Lim anak beranak?

Soalan itu jawablah sendiri. Bukankah kita sebagai orang-orang Islam telah berjanji untuk menyintai Allah dan RasulNya melebihi kasih dan cinta kita kepada ibu bapa kita sendiri? Jadi, masihkah tergamak untuk kita berpeluk mesra dengan pihak yang menghina nama suci Allah dengan membenarkannya digunakan kepada figura tuhan yang beranak pinak?

Cukup-cukuplah. Kami sudah bosan dengan segala janji dan cakap-cakap kosong. Sudah lebih 60 tahun kedua-dua parti terbesar Islam bercakap berdegar-degar di dalam setiap perhimpunan agung, apakah kedudukan Islam dan umat Islam semakin kuat atau terus lemah bila tahun berganti tahun?

Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa semua yang diucapkan dalam perhimpunan agong kedua-dua parti Islam terbesar negara itu hanyalah cakap-cakap kosong belaka.
Kami mahu semua itu diubah mulai tahun ini.

Perlu kami ingatkan kepada semua politikus Melayu bahawa Muslim pada generasi Muslim Bangkit! Tidak terpesona dengan kain batik, duit dalam angpow, mini tar 5 tahun sekali dan gambar mengacau bubur lambuk setiap kali Ramadhan!!!

Muslim pada generasi Muslim Bangkit mahu melihat hak-hak mereka di dalam Perlembagaan dikembalikan!!

Muslim pada generasi Muslim Bangkit mahu pemimpin Melayu Muslim memimpin ke arah Islam yang berdaulat di dalam negara.

Kami sudah bosan melihat retorik. Kami sudah bosan melihat perpecahan. Kami sudah bosan melihat drama-drama perjuangan di dalam setiap Quadmester SOMUH saban tahun,
Kami mahu tindakan berjalan segera. Segera itu bermaksud SEGERA!!!!

Selagi tiada tindakan, selagi itulah isu serius mahu memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di tanahair akan kami santuni dengan pandangan skeptikal.

Maaf, bukan kami tidak mahu percaya, tetapi kami mahu melihat terlebih dahulu semua yang diucapkan itu dilaksanakan terlebih dahulu.

Orang Melayu Islam, apabila membuat tuntutan politik dan tuntutan mereka dipenuhi, mereka pasti akan membalas dengan balasan undi yang dimahukan pemerintah.

Orang-orang Cina Bukan Islam, apabila membuat sesuatu tuntutan politik dan setiap tuntutan mereka dipenuhi, belum tentu mereka akan mengundi pemerintah.

Matematiknya sangat mudah. Jadi pilihlah untuk memenuhi tuntutan siapa. Tepuk dada tanya iman dan jangan sesekali tanya Idris Jala.

Saturday, 29 November 2014

Ketuanan Melayu, Ketuanan Anglo Saxon & Ketuanan Yahudi

Oleh : Megat Rizal MH

Tindakan Majlis Perpaduan Nasional yang berlangsung pada 23 November baru-baru yang  menyarankan supaya bangsa Bumiputera digunakan sebagai asas kepada ‘bangsa teras’ negara bukanlah perkara baru. Saranan itu seperti yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bahawa bangsa Melayu, yang beragama Islam dan bukan Islam, sebagai penduduk asal di Kepulauan Melayu sebagai konteks kepada perpaduan nasional bagi Malaysia, adalah sangat bertepatan dengan konsep kenegaraan yang diamalkan hampir semua negara di dunia.

Penting untuk ditekankan di sini, maksud Melayu yang dimaksudkan, seperti yang penulis faham tentulah menjangkau konsep Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, malah jauh lebih awal lagi sebenarnya, seawal sebelum terminologi ‘Austronesia’ dipilih lagi bagi menggantikan terminologi ‘Malays’ (kerana kekangan-kekangan tertentu) seperti yang telah dipersetujui oleh Sultan Johor, Maharaja Abu Bakar dengan Raja Hawaii, David Laʻamea Kamanakapuʻu Mahinulani Nalōiaʻehuokalani Lumialani Kalākaua. 

Terminologi ini juga seluas cita-cita pejuang nasionalisme Melayu, Perdana Menteri Pertama Filipina, Apolinario Mabini y Maranan yang mengimpikan ‘dream of a Malay confederacy’, kata Jeneral Arthur MacArthur, bekas Gabenor Tentera Filipina. 

Malangnya pemahaman kepada terma Melayu sudah disempitkan sesetengah golongan yang menuduh bahawa ianya hanya memberi fokus kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam semata-mata, ‘Melayu’ seperti yang didefinisikan dalam Perlembagaan Persekutuan, sehingga terdapat penolakan kepada konsep tersebut oleh beberapa pribumi lain, seperti beberapa suku-kaum di Sabah dan Sarawak, sehinggalah kepada Orang Asli sendiri. 

Hakikatnya ‘Malays’ atau ‘Melayu’ sebenarnya lebih luas daripada itu. Empayar Melayu seperti Seri Bijaya (mengikut sebutan lidah orang Minang) sangat luas menjangkau seluruh Asia Tenggara, malah mungkin jauh lebih lagi melalui hubungan diplomatik melalui perkahwinan dan sebagainya.

Hakikatnya, UMNO sebuah parti Melayu, mempunyai ahli-ahli yang bukan sedikit jumlahnya, yang terdiri daripada mereka-mereka yang bukan beragama Islam, seperti keturunan pribumi anak-anak Sabah.

Hakikatnya, Perkasa juga merupakan sebuah pertubuhan yang bukannya memperjuangkan hak-hak kaum Melayu (dalam erti kata sempit semata-mata), malah keseluruhan kaum pribumi Malaysia, Islam atau bukan Islam, tanpa menidakkan hak-hak bukan pribumi.

Namun kebencian membuta tuli kepada bentuk dan rupa yang dibawa oleh UMNO dan Perkasa dalam mengetengahkan perjuangan dua pertubuhan tersebut, sedikit sebanyak telah menyebabkan penentangan keras kepada konsep Ketuanan Melayu. Malangnya juga kegagalan UMNO dan lain-lain cendiakawan Melayu untuk memperjelaskan secara berkesan konsep tersebut juga banyak menyumbang kepada penolakan tersebut. 

Sementara itu terdapat juga sesetengah daripada kita, rakyat Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu melatah kerana masih terkial-kial untuk memahami konsep ‘Ketuanan Melayu’, kerana tidak pandai berbahasa kebangsaan dan sebagainya, selari dengan konsep yang pernah ditegaskan oleh Mukhriz Tun Mahathir suatu ketika dulu, bahawa ianya bukanlah bermaksud hubungan di antara seorang ‘tuan’ dengan seorang ‘hamba’, seperti yang difahami (disalah-fahami sebenarnya) mereka, malah lebih kepada konsep Melayu sebagai bangsa pribumi dominan, teras kepada budaya kebangsaan negara.

Lalu apa perlu Melayu, sebagai bangsa teras Bumiputera malu dengan konsep kenegaraan tersebut apabila undang-undang tertinggi negara sendiri dengan jelas memperincikan perkara tersebut?

Apatah pula semenjak kebelakangan ini banyak isu yang mengguris hati penduduk pribumi yang disuarakan kaum pendatang, yang sering mahu mempersoalkan hak-hak pribumi yang jelas termaktub kemas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?

Berbalik kepada seruan yang dibuat oleh seribu hadirin daripada ratusan ngo-ngo pribumi tersebut tidak lebih daripada untuk mengalakkan semua rakyat Malaysia tidak kira latar belakang kaum dan agama supaya sentiasa menghormati sensitiviti bangsa pribumi, sebagai tuan tanah yang telah bermurah hati bersetuju untuk berkongsi kemakmuran dan kewarganegaraan bersama-sama dengan kaum-kaum bukan pribumi yang lain.

Ketuanan Melayu harus diperkasakan lagi, bukan dengan retorik dan sepanduk semata dan bukan juga dengan membelakangkan perkara-perkara yang jelas terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan! Dan agenda tersebut harus disokong semua dengan kerjasama dan input yang membina.

Ini tidak bermakna Malaysia menolak multikulturalisme seperti beberapa negara Eropah kebelakangan ini. Britain, Jerman, Perancis, Sweden dan Switzerland, sekadar menyebut beberapa contoh, secara umumnya berpandangan bahawa konsep multikulturalisme itu sendiri telah gagal dan mana-mana pendatang ke negara-negara eropah patut tunduk kepada nilai-nilai yang selari dengan aspirasi bangsa natif eropah dan berasimilasi dengan jitu. 

Hal yang sama juga semakin kedengaran di Australia!
David Cameron pada satu perhimpunan di Munich, Jerman, pada tahun 2011, berkata “state multiculturalism has failed” dan beliau kemudiaannya menambah “under the doctrine of state multiculturalism, we have encouraged different cultures to live separate lives, apart from each other and the mainstream.”  
Nampak gayanya itulah juga yang telah kita buat di Malaysia, dengan sekolah vernakular dan sebagainya, dan setelah lebih lima puluh tahun Merdeka, polarasi kaum semakin menjadi-jadi pada kebelakangan ini. 

Persoalannya sehingga bilakah kerajaan Malaysia mahu ‘menaja’ sentimen perkauman yang semakin menebal yang terpupuk dikalangan kebanyakkan rakyat dengan pengasingan sistem pendidikan di peringkat awal persekolahan? 

Berapa puluh tahun lagi dan berapa banyak lagi tragedy ’13 Mei’ yang perlu Malaysia lalui sebelum satu tindakan berani dan tuntas akan diambil kerajaan kita untuk melaksanakan sekolah satu aliran untuk semua?

Jerman mengambil masa selama empat puluh tahun untuk sedar dan mengaku bahawa multikulturalisme yang cuba diamalkan negara tersebut sudah gagal dengan teruk sekali. Empat tahun lalu, Angela Merkel berkomentar bahawa “attempts to build multicultural society in Germany have ‘utterly failed’”. Beliau juga berpendapat bahawa pendatang “should be integrated into German society rather than ‘accommodated’”.

Tetapi kita di Malaysia banyak pula melakukan polisi yang sangat ‘accommodating’ kepada kaum bukan pribumi sehingga jurang perhubungan kaum menjadi semakin menebal. Kita sendiri membina ghetto-ghettos bangsa dengan ‘membolehkan’ apa saja yang diminta mereka, walaupun jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi kebangsaan.

Apakah masih tidak cukup dengan kajian demi kajian yang dilakukan untuk menyakinkan pemimpin kita yang rakyat Malaysia sebenarnya semakin berpecah-belah?

Kalau untuk berbahasa kebangsaan juga tidak mampu, masakan rakyat Malaysia bisa berbahas dan bertukar-tukar pendapat dengan aman sejahtera dan penuh kefahaman? Bahasa jiwa bangsa dan kalau tidak bisa kenal masakan bisa jatuh cinta?

Sentimen yang sama juga dikongsi oleh bekas Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang dengan berani pada siaran televisyen Perancis telah berkata bahawa “My answer is clearly yes it (multiculturalism) is a failure”. Pandangan beliau juga dipersetujui oleh Jose Maria Aznar, bekas Perdana Menteri Sepanyol.

Di Sweden sebuah negara yang kononnya terkenal dengan kehebatan hak asasi manusia, kesamarataan dan keterbukaan dalam negara tersebut menerima pendatang, terutamanya suaka politik, cakap-cakap yang sama juga sudah kedengaran. 

Kent Ekeroth seorang Ahli Parlimen Sweden pada awal bulan ini mendakwa bahawa “mass immigration and multiculturalism destroy that which holds society together, social capital and social trust. Countries with high social trust usually have a stable democracy, a strong economy, good public health, low corruption, low crime and high level of equality. In the Nordic countries this social trust is very high. We have excelled at this compared to other countries”.

Beliau kemudiaannya memberi contoh kajian Professor Lars Tragardh yang merumuskan bahawa ‘social trust’ dikalangan rakyat Swedish wujud kerana masyarakatnya, homogenious. Kent Ekeroth kemudiaannya memetik sebuah kajian yang merumuskan bahawa lebih tinggi kepelbagaian  penduduk dalam sesebuah municipality itu, lebih rendah takat kepercayaan dikalangan komuniti tempatan tersebut.


Apakah disitu terdapat benang-benang merah kepada permasalahan sosial yang dialami oleh negara?

Pendek kata, Kent Ekeroth mendakwa untuk sesebuah negara itu berjaya, ianya perlu menjadi homogenious atau satu negara bangsa. Kent Ekeroth daripada sebuah parti Social Demokrat yang bertanding atas tiket anti immigarasi dan anti multikulturalisme, sebenarnya sedang memperjuangkan dengan tegas sekali Ketuanan Swedish. Beliau mahu keterbukaan yang dipraktikkan oleh negaranya dihentikan serta-merta untuk meningkatkan tarah hidup dan kesejahteraan penduduk Sweden sendiri.

Mungkinkah itu saja jalan untuk sesebuah negara dapat membangun dengan jitu, berterusan tanpa sebarang gangguan dan maju menjadi gergasi ekonomi, lihat saja Jepun dengan Ketuanan Jepun, Korea dengan Ketuanan Korea, China dengan Ketuanan China dan India dengan Ketuanan India.

Negara seperti Indonesia dan Brazil juga mampu menjadi kuasa BRICS dengan semangat negara bangsanya yang utuh, satu dan seragam.

Vietnam yang semakin pesat dan galak kegiatan ekonominya juga dikatakan tidak senang dengan keturunan bukan Viets? Budaya Vietnam didominasi Ketuanan Viets dan bukannya dikelirukan oleh budaya minoriti bangsa Melayu Champa! Dalam hal tersebut Vietnam jelas tidak perlu bernostalgik dengan legasi ribuan tahun bangsa minoriti.

Kenapakah pula kita di Malaysia yang sangat berjaya 
mempertahankan legasi ribuan tahun nenek-moyang kita, berbanding dengan saudara kita di Vietnam contohnya, memilih untuk bernostalgik dengan legasi peninggalan penjajah British, ‘pecah dan perintah’, dengan mengekalkan sekolah vernakular yang baru beberapa dekad lama?!

Malah jika ada yang diantara kita yang masih berpendapat bahawa Amerika Syarikat, ‘the land of the free’ dengan janji ‘American Dreams’ segala, sebagai sebuah negara yang tidak pernah mengamalkan Ketuanan Anglo Saxon, kita tentunya silap!

Amerika Syarikat sememangnya tidak pernah mahu malu dengan pelaksanaan Ketuanan Anglo Saxon yang diamalkan mereka. Lihat sahaja bagaimana mereka memperlakukan bangsa pribumi benua amerika seperti Red Indians. Jangan juga kita terpedaya dengan Barack Obama, anak kacukan Anglo Saxon yang jelas tidak pernah cuba untuk lari daripada naratif kebangsaan Anglo Saxon dalam menjalankan tugasannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Lihat sahaja kritikan demi kritikan yang telah dilemparkan oleh penduduk berkulit hitam terhadap Barack Obama berkenaan dengan kes Michael Brown. Dan semestinya jika kita masih ingat, ketidakadilan di atas kematian Michael Brown bukanlah mangsa kepada Ketuanan Anglo Saxon yang pertama. 

Penulis, penyair dan aktivis social, Profesor Cornel West pernah memberitahu theguardian.com satu ketika dulu tentang keberadaan Ketuanan Anglo Saxon di Amerika Syarikat pasca Barack Obama, "We elected a black president and that means we are less racist now than we used to be. That's beautiful. But when you look at the prison industrial complex and the new Jim Crow: levels of massive unemployment and the decrepit unemployment system, indecent housing: white supremacy is still operating in the US, even with a brilliant black face in a high place called the White House.”

Untuk makluman semua, Jim Crow di sini merujuk kepada sebuah perundangan yang bersifat menindas golongan kulit hitam yang diadakan “after the Reconstruction period in Southern United States, at state and local levels, and which continued in force until 1965, which mandated de jure racial segregation in all public facilities in Southern states of the former Confederacy, with, starting in 1890, a "separate but equal" status for African Americans.”

Lalu timbul persoalan, kenapakah kita yang tidak pernah mempunyai perundangan tersebut masih lagi digelar menindas dan rasis oleh kaum pendatang?

Adakah ini berlaku kerana kita, sebagai bangsa yang penuh berbudi-bahasa dan bertata-susila dan tidak suka mendabik dada dengan kejayaan dan kebaikan yang telah kita hulurkan? Kenapakah kita tidak pandai meminta dividen yang telah kita semua semai?

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang jelas pandai memberikan pakej kepada dasar-dasar Ketuanan Anglo Saxon yang mereka pilih walaupun ianya jelas menindas golongan bukan Anglo Saxon seperti golongan kulit hitam, Hispanics dan Asians.

Seorang aktivis Amerika Syarikat sendiri, Tim Wise banyak bercakap tentang Ketuanan Anglo Saxon di negara Uncle Sam tersebut. Terkini beliau telah bercakap di lebih daripada 600 kampus pengajian tinggi di seluruh Amerika Syarikat. 

Beliau juga ada menulis tentang isu tersebut dan di antara buku-bukunya ialah, Affirmative Action: Racial Preference in Black and White dan Between Barack and a Hard Place: Racism and White Denial in the Age of Obama. Selain daripada itu, video-video ceramah beliau di Youtube juga banyak menceritakan tentang diskriminasi yang telah diperlakukan ke atas kaum kulit hitam.

Awal tahun ini pula sebuah filem yang mengkritik Ketuanan Anglo Saxon bertajuk ‘Dear White People’ telah dihasilkan sebagai keluhan kepada pengalaman pelajar-pelajar kulit hitam di sebuah institusi pembelajaran yang didominasi oleh bangsa Anglo Saxon. Filem tersebut mendapat sambutan hangat di beberapa festival perfileman kerana keberaniannya bercakap tentang isu panas tersebut.

Di mana-mana saja kelihatan konsep negara bangsa yang satu dan seragam dilihat sebagai sebuah rencah kepada kejayaan kepada sesebuah negara. Amerika Syarikat sememangnya sedang mengalami masalah ekonomi, namun hakikat bahawa negara tersebut telah dibangun dengan jayanya dengan dasar Ketuanan Anglo Saxon yang jelas dan sangat terancang, masih merupakan salah satu kuasa besar ekonomi dunia dan fakta ini sememangnya tidak dapat disanggah!

Jadi tidak hairanlah apabila negara haram seperti Israel sekalipun cuba untuk menekankan akan hal yang sama menerusi pengubalan undang-undang untuk meneruskan kesinambungan kepada perjuangan negara yahudi tersebut di peta dunia. Jika kita masih ingat, pernah terdapat tindakan supaya mana-mana kaum pendatang perlu bersumpah dan bertaat setia hanya kepada negara Israel.

Hal ini mendapat tentangan daripada masyarakat Arab yang merupakan warga negara Israel. Ianya menjadi polemik hangat sehingga ada yang mengatakan perbuatan tersebut sebagai sebuah provokasi terdapat bangsa Arab yang telah lama menjadi warganegara Israel yang terbukti mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding dengan warga Israel lain.

Perkara tersebut yang diperlakukan empat tahun lepas sebenarnya preteks kepada langkah yang telah dibuat oleh Israel kini seperti ‘legislation’ yang diluluskan oleh barisan Kabinet Israel sebagai sebuah negara bangsa Yahudi dan dikatakan telah menidakkan hak bangsa Arab Israel. Jika ianya berjaya diterima oleh Knesset kelak, maka bahasa Arab juga akan dimansuhkan daripada menjadi salah satu daripada bahasa rasmi negara.

Perbuatan tersebut hanya akan lebih mengukuhan lagi sifat ‘jewishness’ negara haram tersebut dan menidakkan terus kepulangan pelarian Palestin kerana Israel kini, mengikut perundangan tersebut, merupakan milik penuh bangsa Yahudi. 

Petikan daripada Haaretz pula menjelaskan bahawa ianya dibuat untuk menyelesaikan permasalahan dwi sifat negara tersebut yang sering berlawanan, yakni ‘Jewish’ dan ‘democratic character’ Israel dengan cara “by defining Jewishness as the default nature of the state in any instance, legal or legislative”. 

Pendek kata Ketuanan Yahudi luar dalam berkembang mekar sebagai teras kepada budaya teras penyatuan kebangsaan Israel!

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menegaskan bahawa pengiktirafan kepada konsep negara bangsa Yahudi itu penting untuk ‘peace process’. 

“And for that reason we will anchor in law the national rights of the Jewish people, alongside with assurances of the personal rights of each citizen. That combination is what is important, and what I will promote in the principles of this law. We will continue to do this to make clear the fact that Israel is a Jewish democratic state.”

Lalu timbul persoalan kenapakah kita perlu malu dan apologetik dengan konsep bangsa teras, Ketuanan Melayu sebagai asas kepada penyatuan kebangsaan?

Lalu timbul pertanyaan kenapakah kita yang mempunyai Akta Pendidikan 1961 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan masih mahu meneruskan sistem persekolahan rasis seperti sekolah vernakular?

Lalu timbul juga pertanyaan, kenapakah kita yang dengan jelas mempunyai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan masih malu-malu dengan aspirasi yang telah dibulatkan oleh bapa-bapa kemerdekaan kita?

Dan kenapakah juga kita yang dengan jelas mempunyai Perkara 3 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan masih belum mampu meletakkan Islam pada kedudukan yang sepatutnya, ‘supreme’ dan megah dirgahayu tanah air sendiri?

Apa perlukah kita mengupah seorang Anglo Saxon dan seorang Yahudi dengan upah jutaan ringgit Malaysia, untuk mengajar kita sesuatu yang mereka ciplak daripada kita?!


Friday, 28 November 2014

Kenyataan Media Pengerusi PEMBELA : Masa untuk Najib Mengotakan Janji, Bubar MKPN



Kami menyambut baik ucapan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Wanita UMNO dan disusuli dengan perakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan.

Walaupun sedikit lewat dan telah menimbulkan resah yang mendalam dan membekas ke atas masyarakat Islam di negara ini, Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan untuk bersama hasrat masyarakat majoriti yang lebih mencintai keamanan.

Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan dibuat penambahbaikan merupakan isu yang pihak kami dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tekankan sejak dari awal isu ini ditimbulkan.

Sebagaimana sebuah janji yang baik dan menuju jalan kebaikan, ia harus segera dikotakan.

Antara perkara yang terawal yang mudah untuk dilaksanakan pentadbiran Najib Tun Razak di bawah nafas baharu perjuangan ini ialah dengan mengusahakan pembubaran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC).

MKPN ini sejak dari awal penubuhannya tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan peranan yang cuba dimainkan mereka telah menyebabkan berlakunya kegelisahan dan keresahan besar dalam masyarakat.

Persepsi masyarakat Islam kepada pemerintah hampir sahaja hancur dengan kewujudan Majlis ini. Tindakan demi tindakan mereka yang dilihat sentiasa menjadikan Islam sebagai karung tinju untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dari golongan tertentu.

Semua pihak tidak lupa bagaimana MKPN membenarkan Majlis Peguam yang diresapi elemen sekular menodai kepercayaan Perdana Menteri dengan membolehkan Deraf Rang Undang-Undang Harmoni dihantar ke kabinet atas nama MKPN melalui pintu belakang. Ini adalah perbuatan yang jelas menodai kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka untuk memikul tugas mencari penyelesaian kepada isu perpaduan negara.

Oleh kerana Perdana Menteri sendiri telah menyatakan di dalam Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan, maka dengan pengumuman itu, keperluan kepada wujudnya MKPN dianggap seperti sudah tidak wujud sama sekali lagi.

Ini masa yang terbaik untuk membersihkan pentadbiran Najib Tun Razak daripada sebarang tanggungan liabiliti yang memusnahkan reputasi Kerajaan sebagai pemerintah yang melindungi dan bernaung di bawah Perlembagaan.

Seluruh masyarakat Islam sedang mendekati isu janji terbaru Najib Tun Abd Razak dengan pendekatan berhati-hati.

Yakinkan mereka dengan mula mengotakan janji yang telah dibuat. MKPN harus antara yang pertama dibubarkan kerana relevansi kewujudannya sudah tidak lagi wujud.

Kami akan bersama setiap pihak yang serius serta mahu menjalankan usaha untuk Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.




Bersama Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Thursday, 27 November 2014

AKTA HASUTAN KEKAL, Bukit Uhud Tidak Sesekali Kami Tinggalkan .

Alhamdulillah, setelah ramai pihak berpenat lelah berusaha menyampaikan kesedaran demi kesedaran kepada masyararakat dan barisan kepimpinan negara mengenai ancaman pemansuhan Akta Hasutan 1948, pagi tadi negara dikejutkan dengan kenyataan Presiden Parti Melayu Islam terbesar UMNO bahawa, pemerintah akan mengambil sikap untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948  dan melakukan penambahbaikan.

Terima Kasih Yang Perdana : Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pertama, kami, pasukan kerja di Bangkit.info ingin mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas ucapan perasmian yang mendesak partinya supaya bermuhasabah dan kembali kepada perjuangan asal iaitu memartabatkan Islam dan Melayu di bumi amanah Allah kepada bangsa ini. Ini ucapan yang sangat lama dimimpikan orang-orang Melayu Islam di negara ini. Kami yakin ini adalah kenyataan tulin dari pemimpin yang gusar tentang nasib agama dan bangsanya.

Terima Kasih Yang Pertama : Terima Kasih Datuk Seri Shahrizat Jalil
Begitu juga dengan ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil atas ketegasan Wanita UMNO yang menjadikan agenda untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai antara agenda utama semasa persidangan Parti Melayu Islam terbesar ini. Kami yakin ini juga adalah kenyataan tulin dari pemimpin yang gusar tentang nasib agama dan bangsanya.

Terima Kasih Yang Utama : Terima Kasih Untuk Rakan-Rakan NGI dan NGO
Selama dua tahun selepas peritiwa di Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara, apabila pemerintah yang dipinjamkan Allah amanah kuasa untuk diuji pemerintahannya di negara ini mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948, maka bergeraklah ke seluruh negara NGO dan NGI serta individu-individu Islam yang faham akan impak pemansuhan ini kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini semata-mata untuk menyedarkan masyarakat yang masih terlena tentang ancaman terhadap mereka. Selama dua tahun itu, mereka-mereka ini mengorbankan keringat, masa senggang dengan keluarga, harta dan keseluruhan keupayaan pemikiran mereka menggerakkan usaha supaya janji yang dibuat tersebut tidak berubah menjadi kenyataan. Ini semua usaha yang dilakukan mereka-mereka ini, pihak kami, pasukan kerja di Bangkit meliputi penaung, penulis, pereka grafik dan pasukan perang saraf kami ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada segala bentuk bantuan, kerjasama, perkongsian maklumat, akses kepada maklumat, akses kepada figura-figura penting dan juga menumpang usaha yang telah dijalankan sejak bertahun-tahun dahulu dalam isu ini.

Terima Kasih Yang Tidak Lupa : Terima Kasih Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak

Sedikit petikan ucapan beliau pada pagi ini :
"Sukacita saya umumkan, AKTA HASUTAN 1948, bukan setakat akan terus dipertahan, dikekal, malah diperkukuhkan lagi!"
"Pertamanya, kita akan masukkan peruntukan khas untuk MELINDUNGI KESUCIAN AGAMA ISLAM, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh dihina."
"Keduanya, kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba MENGHASUT SUPAYA SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA."
"Walau bagaimanapun, dalam mendakap realiti semasa, pemikiran demokrasi perlu lebih matang dan dihidupkan dalam masyarakat. Apa yang penting dan harus kita ingat, mengkritik dan menyuarakan pandangan konstruktif lagi membina, demi kebaikan adalah digalakkan."
"Namun, apa-apa jua PERKATAAN, PERBUATAN MAHUPUN UCAPAN YANG MENGHASUT SERTA MENGHINA ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA AKAN KITA TENTANG DAN HALANG HABIS-HABISAN!"

Walaupun dua tahun lewat, tetapi Better late than never Dato’ Seri Najib Tun Razak. Oleh kerana Dato’ Seri Najib telah memilih untuk menjadi Melayu Islam kembali setelah bertahun menjadi Cina tanpa sokongan orang Cina dengan Alter Ego Ah Jib Gor, maka mulai hari ini, kami secara peribadi akan berhenti merujuk Dato’ Seri dengan nama Ah Jib Gor, nama timangan yang dipilih Dato’ Seri sendiri sebelum ini. Selagi apa yang diucapkan pada pagi ini dikekalkan momentumnya, In Sya Allah, janji kami akan kami kekalkan juga.

Terima kasih atas keberanian ini. Terima kasih juga kerana bersedia untuk menghadapi tekanan golongan pelampau serta ekstremis Anti Perlembagaan dengan pengumuman ini. Dato’ Seri Najib Tun Razak tahu dan kami juga tahu bahawa tekanan ke atas pemerintahan negara ini akan dipertingkatkan oleh golongan ekstremis ini.

Selamat Datang Quadmester Ketiga (Quadmester SOMUH)

Dan kami juga sedar tentang sisi psikologi pemimpin-pemimpin Islam di negara ini setiap tahun apabila takwim memasuki quadmester ketiga saban tahun. Saat di mana semua pemimpin Melayu Islam mahu menjadi harimau Melayu Islam setelah menanggalkan pakaian Islam dan menyotong dari mempertahankan Islam dalam 3 lagi quadmester tahunan biasa.

Kami namakan Quadmester ini sebagai Quadmester SOMUH (Sotong Muslim Menjadi Harimau).

Ia suatu yang lumrah untuk semua pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PKR untuk menjadi pejuang Islam dan Melayu jadian bila takwim menghampiri quadmester ketiga setiap kali Perhimpunan Agong parti politik masing-masing dilangsungkan. 

Dalam kalendar perang saraf kami di Bangkit.info, kami telah menggariskan siapa akan menjadi apa setiap kali quadmester ini menghampiri tarikh berlakunya ia. Dan ia benar-benar berlaku sepertimana yang telah kami telahkan.

Harapan Baharu Selepas Tamat Quadmester SOMUH : Terus Jadi Harimau Dan Jangan Menyotong Kembali!!!

Namun, pada kali ni, kami meletakkan harapan baharu bahawa pemimpin-pemimpin Muslim dalam mana-mana parti sekalipun akan terus membawa semangat pembaharuan ala harimau yang garang selepas tamat Quadmester SOMUH ini. Tinggalkan tabie menyotong selepas tamat musim menjadi harimau.

Generasi Muslim Bangkit! ialah generasi Muslim yang memerhati dengan akal fikiran.

Sesiapa sahaja yang berjuang untuk Islam, untuk Raja-Raja Melayu yang taat pada syariat, untuk Melayu, untuk keadilan yang dibenarkan Allah dan Perlembagaan di negara ini, In Sya Allah kami akan berikan sokongan.  Demi Allah Dato’ Seri Najib, setiap yang memusuhi jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah musuh kami yang nyata. Membujur lalu melintang patah. Kami pasti tentang itu. In Sya Allah.

Bukit Uhud Tidak Akan Kami Tinggalkan
Kami, generasi Muslim Bangkit! pasti dan sangat faham benar bahawa setiap janji itu hanya sebuah janji selagi ianya belum dikotakan dengan pelaksanaan. Kami mengambil pengajaran dari peristiwa Bukit Uhud 1,400 tahun yang lalu untuk tidak meninggalkan posisi pertahanan dan serangan kami biarpun terlihat seolah perkara ini bakal selesai dengan janji yang dinyatakan sebentar tadi.

Kami juga yakin dan percaya bahawa gerakan yang memusuhi Akta Hasutan 1948 ini akan melipatgandakan usaha mereka dengan membawa pelbagai bentuk tekanan secara halus, kasar, ganas dan biadab disebabkan janji terbaharu Dato’ Seri Najib ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan, usaha perlu dilipatgandakan dan bukan dihentikan dengan pengumuman ini. Ingat pesan Allah dalam surah al Insyirah. Setiap usaha yang berjaya perlu disusuli dengan lipatganda usaha dan bukan momentum yang menurun.

Kami akan teruskan dengan tugasan kami untuk terus menyedarkan masyarakat. Ia tidak akan berhenti dengan pengumuman ini.

Kami, dengan segala keupayaan yang terhad sentiasa percaya dengan janji Allah berikut di dalam surah Ibrahim ayat 46 :


Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
(Ibrahim Ayat 46)


صدق الله العظيم

Wednesday, 26 November 2014

Najib Bersama Siapa Sebenarnya?

Satu soalan, kenapa Najib berada pada sebelah yang salah dengan grass root yang sentiasa menyokongnya?

Salah dapat nasihat atau apa sebenarnya Dato' Seri?

Lihat gambar di bawah, kenapa beliau berada pada sisi yang janggal daripada kumpulan yang menjadi akar umbi menyokong perpaduan dengan menghormati Perlembagaan Negara?

Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada pemikiran beliau?

Mungkin boleh ambil gambar di bawah ini dan pastekan masuk ke dalam mana-mana grup Whatsapp AHli-Ahli UMNO. Tanyakan kepada mereka, kenapa Presiden mereka lebih menyerupai pembangkang berbanding mempunyai Fikrah pemikiran yang selari dengan Perlembagaan UMNO itu sendiri.



Update terbaharu :

Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengubah pendirian 2 tahunnya pagi tadi (27 Nov 2014)

Baca di sini :
http://www.bangkit.info/2014/11/akta-hasutan-kekal-bukit-uhud-tidak.html

Bahagian II Pindaan Akta Hasutan 1948: Penerangan Dan Sesi Soal Jawab Bersama Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman & Tan Sri Zaman Khan


Bagaimana Dengan Kelulusan Parlimen Pada 1971?
Ketika Parlimen dipulihkan pada 1971, pemerintah tidak mempunyai majoriti 2/3. Walaubagaimanapun, pindaan kepada perlindungan undang-undang Akta Hasutan 1948 dalam Perlembagaan, mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen termasuk ahli-ahli Parlimen dari DAP.

Mereka telah difahamkan melalui kejadian rusuhan yang berlaku bahawa perkara-perkara sensitif seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bukanlah perkara yang boleh dibiarkan disentuh, dikritik dan dipersoalkan sesuka hati.

AH48 dipinda melalui MAGERAN dan kemudian di Parlimen.

Benarkah Undang-Undang Dibuat Bukan Di Parlimen Sebelum Hari Merdeka Tidak Sah Menurut PerlembagaanSebagaimana Yang Dikatakan Sesetengah Pihak?

Undang-undang yang diperkenalkan sebelum Merdeka dirujuk sebagai Ordinan. Kesemua undang-undang ini diterima sebagai undang-undang yang sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan melalui Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

Selagi mana tiada apa-apa pemansuhan maka mana-mana undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka akan terus berkuatkuasa secara sah di dalam negara.

Bagaimana Pula Dengan Tekanan Antarabangsa Mengenai Akta Hasutan 1948?
Tan Sri Abd Aziz menyatakan memang benar Malaysia ada menandatangani beberapa treaty diperingkat antarabangsa, tetapi harus dingatkan bahawa undang-undang antarabangsa membenarkan mana-mana negara di dalam dunia untuk menentukan apa yang terbaik untuk negara mereka tanpa campurtangan pihak lain.

Negara-negara di dalam dunia mempunyai kedaulatan masing-masing yang diiktiraf malah dihormati oleh undang-undang antarabangsa. Percubaan sesetengah pihak membawa tekanan antarabangsa hanya sekadar untuk membawa permainan persepsi untuk menekan pemerintah untuk memansuh AH48.

Apa Sebenarnya Yang Perlu Dilakukan Pemerintah Dengan AH48?
Menurut Tan Sri Abd Aziz, Tan Sri Zaman Khan dan beberapa orang panelis jemputan lain, AH48 sebenarnya cukup untuk memastikan negara ini tidak tercampak ke dalam satu lagi kancah pergaduhan kaum dan pertembungan agama. Yang penting ialah penguatkuasaan perlu dilakukan secara konsisten bagi menunjukkan pemerintah yang ada pada ketika ini ialah pemerintah yang berdaulat.

Walaubagaimanapun, jika perlu untuk dilihat semula keberkesanan AH48 ini, terdapat cadangan penambahbaikan diusulkan oleh panelis supaya Akta Hasutan 1948 ini lebih kuat dan lebih berkesan untuk mengekang budaya ekstremisme yang boleh mencetuskan kekacauan.

Antara yang dicadangkan ialah supaya bahagian kritikan ke atas pemerintah ditiadakan dan dihapuskan supaya persepsi bahawa AH48 ini digunakan sebagai alat untuk mengekang sebarang kritikan ke atas cara pentadbiran kerajaan dapat dikendurkan.

Satu lagi penambahbaikan yang perlu dan mesti dilakukan ialah dengan memasukkan Fasal 1 (g) ke dalam Perkara 3 Akta Hasutan. Fasal 1(g) ini ialah bagi memasukkan sebarang perbuatan yang menghina, mencerca serta melakukan kritikan melampau terhadap Islam sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta Hasutan 1948.

(Cadangan Penuh Penambahbaikan Boleh Dibaca di sini.)

Kenapakah Semasa Pindaan Pada 1970, Elemen Kecenderungan Menghasut Dalam Mencerca Agama Islam Tidak Dimasukkan?
Tan Sri Abd Aziz ketika pihak kami mengajukan persoalan ini menyatakan bahawa perkara ini ada dibincangkan semasa jawatankuasa undang-undang di bawah MAGERAN. Ia tidakpernah terlepas pandang.

Tetapi, perbincangan yang diadakan pada masa itu merumuskan bahawa Islam sudah mempunyai perlindungan yang cukup melalui kewujudan Seksyen 295 – 298 Kanun Keseksaan. Jadi, sebarang penambahbaikan dengan memasukkan pindaan yang melindungi agama Islam pada waktu itu dianggap sebagai tidak perlu kerana sudah wujud peruntukan yang difikirkan memadai.


Walaubagaimanapun, perkembangan keputusan demi keputusan mahkamah lewat ini menyaksikan bahawa keperluan untuk melindungi Islam dengan peruntukan jelas dalam undang-undang dilihat semakin mendesak. DItambah pula dengan perbuatan menghina Islam yang sudah semakin tidak terkawal di dalam negara.

Berikutan itu, cadangan penambahbaikan dengan memasukkan Fasal 1(g) ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

Bagaimana Pula Dengan Janji Perdana Menteri Untuk Memansuhkan Akta Hasutan 1948?
Tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, sebarang bentuk cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun telah diluluskan oleh Parlimen, tidak akan dianggap sah selagi Majlis Raja-Raja tidak bersetuju untuk meluluskannya. Ini adalah peruntukan di dalam Perlembagaan. Semua rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan harus tahu dan menghormati fakta ini.

Cuma satu persoalan yang ditimbulkan Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan panelis yang hadir, apakah Najib Tun Abd Razak telah menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja sebelum menyembah maklum hasrat populis beliau kepada Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara? Jika tidak, kenapa beliau membelakangkan Majlis Raja-Raja di dalam isu ini.

Kesemua panelis yang hadir bersetuju bahawa tindakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 merupakan langkah yang sangat tidak bijak, terkebelakang dan bakal memusnahkan keharmonian negara. Malah Tan Sri Zaman Khan berkongsi pengalaman beliau yang luas tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang tempoh beliau bersama perkhidmatan Polis.

Tanpa undang-undang pencegahan yang tegas, elemen-elemen subversif, ekstremis dan pengacau dalam masyarakat akan bebas menggadaikan negara dengan mencampakkan negara ini ke dalam satu lagi bentuk kekacauan bersifat perkauman dan agama.

Pemerintah harus mendengar gusaran hati mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan pembentukan pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 ini. 

Tuesday, 25 November 2014

Pindaan Akta Hasutan 1948 Pada 1970 : Penjelasan dan Soal Jawab Bersama Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman Bhg 1

Pihak kami diberikan kesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai Akta Hasutan 1948 kepada Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan Tan Sri Zaman Khan dalam sebuah sessi penerangan mengenai Akta Hasutan 1948.

Majlis berlangsung di salah sebuah Hotel di ibu negara. Sessi yang dilangsungkan dengan penglibatan ramai tokoh yang berjuang untuk memastikan pihak pemerintah mendengar rayuan dan desakan ramai pihak yang cintakan negara supaya ia boleh terus kekal aman.

Serba sedikit maklumat mengenai Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman. Beliau merupakan seorang peguam yang kini masih lagi mengamalkan profession guamannya meskipun sudah mencapai usia 81 tahun. Sejarah membuktikan pencapaian beliau dalam memastikan semua tugasan yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan penuh amanah dan cemerlang.


Selain daripada khidmat beliau sebagai Peguambela dan Peguamcara, beliau pernah dipanggil dan dilantik untuk mencurahkan khidmatnya sebagai Setiausaha dan Pengarah Ehwal Undang-Undang MAS pada 1971. Khidmatnya selama 20 tahun di syarikat tersebut menyaksikan beliau kemudiannya  menerajui syarikat Penerbangan Malaysia sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1991.

Tanpa perlu menjual dan melelong bangunan dan asset-aset MAS untuk mencatatkan nilai untung di atas kertas, beliau memimpin Syarikat Penerbangan Malaysia dalam tempoh paling cemerlang perkhidmatan transportasi udara tersebut. Semasa meninggalkan MAS, syarikat tersebut mempunyai lebih RM 5 Billion nilai tunai simpanan dan asset-aset yang tegak berdiri teguh seteguh syarikat penerbangan tersebut.


Pernah berkhidmat sebagai  Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Persekutuan dan Pembantu Penderaf Undang-Undang di Parlimen, khidmat yang dicurahkan beliau semasa tempoh beliau menjadi Penasihat Persekutuan dan Pegawai Undang-Undang  Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa tempoh darurat 1969, menjadikan beliau satu-satunya tokoh yang paling berkredibiliti untuk membicarakan tentang pindaan yang pernah dibuat pada Akta Hasutan 1948.

Sesi penjelasan dan soal jawab yang diberikan kesempatan kepada pihak kami ini, kami catatkan secara ringkas dalam penulisan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Ia sebagai rekod catatan untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang.


Bagaimana Tan Sri Abd Aziz boleh terlibat sebagai Pegawai Undang-Undang MAGERAN?
Sebelum 13 Mei 1969, Tan Sri Abd Aziz berkhidmat sebagai Peguam di Jabatan Peguam Negara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang menimbulkan satu bentuk kesedaran. Selepas kekacauan 1969, beliau ditukarkan ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sebagai Pegawai Undang-Undang.

Tujuan Tugasan DI MAGERAN?
Untuk memastikan kemusnahan yang berlaku pada 1969 tidak lagi berulang pada masa depan. Fungsi dan peranan yang dimainkan semua pihak di dalam MAGERAN ialah untuk membantu kerajaan untuk menjalankan tindakan-tindakan yang perlu untuk elak pergaduhan kaum ini berulang.

Apa perkara yang dimahukan rakyat Malaysia pada ketika itu?
Pada ketika itu, terdapat banyak permintaan daripada pelbagai bangsa supaya pindaan Perlembagaan dibuat. Maka, beberapa kajian dan usaha dijalankan bagi memastikan orang-orang awam boleh disekat daripada melakukan tindakan demi tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan antara bangsa.

Sepanjang 1970-1971, menurut Tan Sri Abd Aziz, topik utama yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin utama ialah ‘cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah permusuhan sesama kaum’.

 Apa yang dikenalpasti sebagai punca yang boleh menyebabkan tersetusnya satu lagi peristiwa seperti  13 Mei 1969?

Melalui kajian dan perbincangan yang dibuat, telah dirumuskan bahawa terdapat 4 perkara yang jelas sekiranya disentuh dan dibincangkan dengan cara yang tidak sensitive, ia boleh merumitkan serta mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia. Empat perkara tersebut menurut Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman adalah seperti berikut:

1.       Mempersoalkan Hak Keistimewaan Orang Melayu (Perkara 153)
2.       Mempersoalkan Soal Kedudukan Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)
3.       Mempertikaikan Kewarganegaraan (Bahagian III)
4.       Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181)

Apa yang dilakukan dengan hasil kajian tersebut?
Parlimen dipulihkan kembali pada 1971. Beberapa cadangan dan usul untuk meminda Perlembagaan bagi menyekat perkara ini daripada berulang lagi dalam negara diusulkan ke dalam Parlimen.

Apa Perkara-Perkara yang diusulkan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan pada ketika itu?

Memasukkan Perkara 10 Fasal 4 Perlembagaan
Menurut Tan Sri Abd Aziz, kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dalam Perkara 10 Perlembagaan bukanlah bermaksud kebebasan mutlak tanpa boleh dikenakan sekatan. Orang ramai yang tersalah faham menyangka bahawa Perkara 10 ini seolah memberikan mereka kebebasan mutlak, tetapi hakikatnya tidak. Pada ketika itu, terdapat Perkara 10 (2) yang membenarkan undang-undang sekatan dibuat. Tetapi menurut Tan Sri Abd Aziz, Perkara 10 (2) ini masih tidak cukup untuk mengelakkan 4 perkara sensitif tadi dari[ada terus disentuh dan dipertikaikan.

Perkara 10 (4) kemudiannya diusulkan serta diterima secara sebulat suara di Parlimen untuk memastikan ke semua 4 perkara sensitif tersebut disebutkan dengan jelas sebagai perkara-perkara yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan Bahagian III, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 dalam negara.

Meminda Perkara 63 Dengan Memasukkan Fasal 4
Sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen mempunyai kekebalan yang dilindungi oleh Perlembagaan menerusi Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan untuk bercakap, mempersoalkan hampir apa sahaja tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut diucapkan di dalam sidang parlimen.

Usul untuk memasukkan Fasal 4 ke dalam Perkara 63 dibawa dan diluluskan secara sebulat suara di Parlimen. Fasal 4 yang diperkenalkan menanggalkan kekebalan seseorang  ahli parlimen jika mereka dipertuduhkan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Asutan 1948 mengikut sebagaimana dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Dengan kemasukan fasal 4 ini, maka ahli-ahli parlimen boleh didakwa sekiranya 4 perkara sensitif sepertimana yang dinyatakan sebelum ini dipersoalkan.

Pindaan Perkara 159 Perlembagaan Dengan Memasukkan Fasal 5
Fasal 5 kepada Perkara 159 dicadangkan serta diluluskan di dalam Parlimen. Perkara 5 ini diperkenalkan bertujuan supaya semua Perkara-Perkara sensitif di dalam Perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada keseluruhan ahli-ahli Parlimen dan tidak boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Semua usul ini dibuat secara muafakat melibatkan penglibatan pemimpin-pemimpin politik berlainan bangsa dan agama untuk memastikan peristiwa seumpama peristiwa 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.


Bersambung…

Monday, 24 November 2014

Melayu Kunta Kinte Di Negara Sendiri Akibat Subsidi dan Tongkat Besar Kepada Lain-Lain

Islam ialah agama negara, tetapi umat Islam ialah golongan perempat di dalam negara. Kuasa politik dan kedaulatan di tangan orang Melayu tidak membawa apa-apa erti sebenarnya.

Kuasa-kuasa ini lebih banyak digunakan untuk memberi keuntungan dan mengayakan golongan yang tidak tahu bersyukur malah bertambah tamak di dalam negara.

Bermula dari sebelum merdeka, golongan bukan Melayu dan bukan Islam ini ditatang bagai minyak yang penuh. Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Aktiviti Persundalan
Mereka yang diperkayakan oleh aktiviti persundalan golongan politik dan pihak berkuasa Melayu di kedua-dua pihak dalam negara kita ini, kini sibuk mempersoalkan peruntukan demi peruntukan perlembagaan sedia ada untuk golongan Melayu dan Islam.

Sedangkan hanya ini sahajalah yang tinggal untuk orang-orang Melayu dan Islam di dalam negara. Perkara-Perkara Perlembagaan dan Perundangan yang menyatakan negara ini harus melindungi kepentingan orang-orang Islam dan Melayu. Tetapi malangnya ia sekadar tulisan-tulisan yang terpampang di atas kertas-kerta yang mencoretkan Perlembagaan dan Undang-Undang tanpa mahu dilaksanakan dengan seadilnya.

Bagi mereka, tidak melaksanakan apa yang dituntut oleh Perlembagaan masih tidak cukup. Mereka mahu semua Perkara Perlembagaan ini dihapuskan sama sekali.

Inilah cara mereka mengucapkan terima kasih kepada orang-orang Islam setelah mereka ditatang bagai minyak yang penuh dengan segala bentuk subsidi-subsidi besar dan tongkat-tongkat raksasa yang diberikan kepada mereka selama ini.

Tongkat Melakukan Pencemaran Tanpa Dikenakan Sebarang Tindakan
Semua yang terlibat di dalam industri memahami, untuk memastikan sesuatu industri yang dibangunkan supaya tidak mencemari alam, memerlukan yang kos yang agak tinggi.

Kos yang tinggi untuk memelihara alam bagi golongan taikun-taikun ini dikira sebagai kos yang tidak memberi untung kepada mereka untuk terus memboyotkan perut masing-masing.

Tetapi, sebagaimana peniaga-peniaga yang bijak, mereka tahu bagaimana cara untuk terus menjalankan bisnes dengan

Jalannya mudah. Mereka perlu berjumpa sundal-sundal Politikus Melayu dan Pegawai-Pegawai Melayu Islam yang tidak takut pada kemurkaan Allah untuk menyundal amanah kuasa yang diberikan kepada mereka.

Tanpa iman yang kukuh, maka tongkat dan subsidi ini diberikan supaya taikun-taikun ini dibenarkan untuk terus mencemarkan alam. Lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada negara yang Allah telah amanahkan kepada kita untuk menjaganya.

Tongkat Mengayakan Diri Sendiri Tanpa Berkongsi Kekayaan Dengan Negara
Politikus Melayu bila berhadapan dengan isu pengangguran dikalangan orang Melayu akan segera meratib satu jawapan standard yang keluar dari pemikiran mereka yang jijik. “Orang Melayu memilih kerja”

Ini skema jawapan dari Politikus Melayu Korup bermentaliti super jijik dan amat hina!

Jika diberikan pilihan untuk bekerja ala Kunta Kinte dengan upah yang lebih murah dari dedak yang diberi makan kepada lembu-lembu ternak dikandang-kandang ternakan,  mahukah politikus-politikus bermentaliti jijik tersebut menyuruh anak-anak mereka sendiri untuk memilih kerjaya dengan kadar upah tersebut? Untuk menghantar anak-anak bersekolah di sekolah Kebangsaan pun tidak mahu, ada hati mahu tuduh graduan-graduan serta orang-orang Melayu memilih pekerjaan!!!!!!

Mahukah mereka memaksa anak-anak mereka untuk bekerja ala seorang hamba ditempat dengan upah kerja yang lebih murah dari dedak binatang ternakan dengan suasana kerja yang memperhambakan mereka dibumi sendiri?

Kenapa mesti mereka dibayar dengan harga upah Kunta Kinte dan diperlakukan sedemikian sedangkan bumi Melayu ini ialah bumi yang Allah berikan kepada mereka untuk didiami dan dimakmurkan oleh mereka sendiri?

Melayu, Kunta Kinte Di Negara Sendiri.
Kenapa mereka  mesti memilih untuk bekerja seperti seorang hamba sedangkan tanah ini asalnya dinamakan dengan nama asal Bangsa mereka????

Lihat sahaja berita yang dipaparkan di bawah ini.


Pekebun-pekebun sayur dan bunga-bungaan meminta tongkat subsidi lagi supaya mereka boleh terus menjadi kaya dengan mengambil pekerja-pekerja asing dengan upah ala upah yang diberikan kepada binatang ternak.

Mereka meminta kerajaan untuk berlembut dan melonggarkan undang-undang supaya mereka boleh terus kaya, bisnes berjalan seperti hari-hari bahagia mereka sebelum ini.

Cukup-Cukup dengan undang-undang yang selama ini dilonggarkan!!!

Sampai bila kita mahu terus memberikan subsidi kepada golongan yang tidak tahu bersyukur???

Sampai bila kita mahu alam kita ini diratah untuk kepentingan poket, perut dan kemaluan sebahagian pihak yang mengambil untung dengan perbuatan tutup sebelah mata selama ini??

Tegas dengan undang-undang!

Tegas dengan amanah kuasa dan amanah tugas yang diberikan Allah kepada anda semua!!!

Hentikan budaya subsidi melonggarkan undang-undang pada golongan yang tidak tahu bersyukur ini!!!

Subsidi Ahli Parlimen Dan ADUN
Sudah hampir 57 tahun orang-orang Islam dan Melayu bertolak ansur dengan memberikan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bermajoriti Melayu kepada golongan bukan Islam dan Melayu di dalam negara ini.

Hentikan semua kebodohan tolak ansur yang langsung tidak masuk akal selama ini. Jika bertolak ansur dengan pihak yang boleh bertolak ansur tidaklah mengapa. Ini bertolak ansur dengan pihak yang beransur-ansur menolak orang Melayu dan Islam ke dalam hutan.  Semua ini perlu dihentikan.

Pastikan tiada lagi Kerusi majoriti Majoriti Islam dan Melayu diberikan kepada parti-parti politik bukan Islam yang tidak tahu bersyukur dan bertolak ansur.

Hentikan semua subsidi  dan budaya tongkat raksasa yang kita berikan kepada mereka selama ini!!


Cukup-cukuplah anak-anak di rumah mati kelaparan!



Baca juga berita ini :