Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Friday, 31 October 2014

Badan Peguam Zero Integriti!

Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan, Syahredzan Johan, seorang peguam dan ahli majlis Badan Peguam, telah mempertahankan kritikan demi kritikan yang bertali-arus terhadap keengganan badan tersebut untuk menegah pembabitan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, di media sosial dengan berkata, antara lain bahawa resolusi yang telah diluluskan terhadap bekas hakim-hakim untuk hadir ke mahkamah sebagai peguam sesudah bersara, bukanlah merupakan satu bentuk sekatan ke atas hakim yang telah bersara dan sememangnya tidak dimaksudkan untuk melarang mereka daripada berbuat demikian.

Maka dengan itu, menurut beliau lagi, ianya tidak ‘mengikat’ dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Sememangnya kita tidak menafikan bahawa resolusi yang telah diluluskan oleh Badan Peguam sememangnya bukanlah satu ketetapan undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan. Tetapi bukankah resolusi tersebut merupakan satu pernyataan pendirian, yang dibuat sebagai mewakili pendirian keseluruhan pengamal undang-undang tempatan, terutamanya apabila ianya telah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), apabila kesemua ahli-ahli Badan Peguam boleh menghadirkan diri untuk menyuarakan pendapat mereka sebelum mengundi?

Baru bulan ini kita telah menyaksikan sesi berjalan "Walk for Peace and Freedom" yang dianjurkan oleh Badan Peguam sendiri, berdasarkan kepada sebuah resolusi yang telah dibuat pada satu EGM yang diadakan pada 29 September, 2014.

Boleh Percaya Ke Kumpulan 4% Ini?
Resolusi tersebut antara lain melabel Akta Hasutan 1948 sebagai satu undang-undang yang kejam, yang menidakkan kebebasan bersuara dan tidak sesuai lagi untuk diamalkan kini. 

Resolusi tersebut juga menyarankan supaya kesemua ahli-ahli Badan Peguam terus-menerus memberikan tekanan kepada Kerajaan Malaysia untuk meneruskan janji yang kononnya telah dibuat untuk memansuhkan akta tersebut dan mengutuk keras sekiranya kerajaan tidak berpegang kepada janjinya itu. Tetapi bukankah resolusi ini juga tidak bersifat ‘mengikat’ dan semestinya tidak boleh dikuatkuasakan? Patutkah ini juga diabaikan semua?

Kami Rakyat Malaysia Tidak Pernah Bersetuju Dengan Pandangan Kumpulan "The 4%".
Seterusnya kita harus bertanya, adakah Badan Peguam, terutamanya ahli-ahli majlis Badan Peguam, masih boleh dipercayai?

Namun sebenarnya bukanlah susah untuk kita semua nampak bahawa mereka-mereka ini sudah tidak boleh dipercayai lagi. Pada satu sisi Badan Peguam mahu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Ia telah memulakan kempen #MansuhkanAktaHasutan yang dipimpin oleh Syahredzan Johan sendiri. 

Badan Peguam juga, terutamanya melalui Presiden badan tersebut, Christopher Leong banyak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menentang penguatkuasaan akta tersebut.

Ia juga telah mengadakan EGM khas bagi membentangkan resolusi untuk menyeru pemansuhan segera Akta Hasutan 1948, dan menurut ketetapan yang telah diluluskan oleh 701 ahlinya yang hanya mewakili sebanyak 4% daripada keseluruhan 15,000 pengamal undang-undang di Malaysia, telah mengadakan satu sesi berjalan untuk menentang Akta Hasutan 1948, malah pada masa yang sama juga telah meminta sokongan daripada pelbagai persatuan guaman antarabangsa seperti Law Society of Australia sehinggalah kepada American Bar Association, termasuk jugabadan-badan antarabangsa lain seperti LAWASIA dan juga the Commonwealth Law Association, untuk menyokong kempen mereka.

Dalam pada itu, Badan Peguam, yang didukung oleh ahli-ahli majlis yang sama, pada awal tahun ini, 2014, telah meluluskan satu resolusi pada 5hb Mac, terhadap sebarang amalan guaman bekas-bekas hakim yang pernah menduduki kerusi Kehakiman tetapi kini boleh pula mengatakan bahawa resolusi tersebut tidak bersifat ‘mengikat’, tidak boleh dikuatkuasakan dan patut diabaikan.

Dalam pada saya akur bahawa Syahredzan Johan telah menegaskan bahawa beliau hanya menyuarakan pendapat peribadinya dan bukannya Badan Peguam, namun beliau, sebagai salah seorang ahli majlis, dan kenyataan yang telah dibuatnya, terutamanya melihat kepada keadaan dan konteks komen itu dibuat, boleh dianggap sebagai mewakili pandangan oleh Badan Peguam itu sendiri, terutamanya apabila Presidennya sendiri, Christopher Leong masih kelu seribu bahasa.

Dwi standard dan kemunafikan yang nyata?

Mungkin ini juga boleh menjadi peringatan kepada kita semua, pengamal undang-undang, supaya mula mengabaikan sahaja sebarang resolusi Badan Peguam. Apatah lagi apabila mereka-mereka yang mendukung perjalanan Badan Peguam itu sendiri memilih untuk tidak menghormati resolusi yang telah dibuat, kenapa tidak kita?

Kita ada kerja yang patut dibuat dan keluarga yang harus disara. Kita sememangnya tidak ada masa untuk terjebak dengan permainan yang Badan Peguam mahu libatkan kita, apatah lagi apabila sesuatu resolusi itu, menurut pendapat mereka sendiri, tidak ‘bermaksud’ untuk menjadi sebarang halangan atau kekangan.

Jadi kepada semua pengamal undang-undang, di lain masa, jika ada sebarang notis AGM atau EGM sampai di muka pintu firma anda, menjemput tuan-tuan hadir ke mana-mana mesyuarat yang mendambakan undi anda untuk sesuatu resolusi, tolong jangan buang masa anda dan lemparkan saja jemputan tersebut ke dalam bakul.

Itulah yang telah dibuat oleh Badan Peguam terhadap resolusi yang dibuat mereka berkenaan bekas hakim bersara yang bertindak sebagai peguam pada mana-mana kes perbicaraan, itu jugalah yang patut kita semua buat terhadap resolusi terhadap Akta Hasutan 1948, maka itu, sahabat-sahabat saya yang bijak pandai, mesej yang patut kita sampaikan kepada Badan Peguam sendiri berkenaan dengan pandangan kita terhadap resolusi-resolusi mereka.



Penulisan asal oleh : 
Faidhur Rahman Abdul Hadi. Beliau merupakan salah seorang aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ).

Pautan Artikel Asal  : 

Terjemahan Oleh     : 
Perkhidmatan Terjemahan OKU (somethink.diffferent@gmail.com)





Jelajah Malaysia Tanpa Liberal & Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ancaman pembohongan golongan Liberal di Malaysia tidak pernah diambil enteng. Segala usaha sedang dilakukan di pelbagai peringkat untuk memastikan pembohongan serta bahaya pembohongan golongan ini dimaklumkan kepada rakyat Malaysia.

Kerap kalinya, sesuatu negara itu runtuh ketika mana rakyatnya alpa dan tidak bersedia dengan serangan halus yang sedang meresapi serta meruntuhkan kekuatan pertahanan negara. Apabila kekuatan dari dalam ini longgar, maka ia membuka pintu peluang kepada musuh-musuh Islam untuk masuk dan menguasai negara.

Orang Melayu Islam di Malaysia dikira masih bernasib baik menjadi tempat perlindungan orang Melayu Islam serta ketamadunan Melayu Islam selama ini. Melayu ditempat-tempat dan negara-negara Melayu yang lain seperti Filipina, Singapura, Kemboja, Selatan Vietnam, Selatan Thailand, Taiwan, Selatan Jepun dan pulau-pulau di Laut Teduh, kini tidak lagi dikuasai oleh orang-orang Melayu.

Budaya dan agama mereka dikekang dan disekat-sekat. Mereka terpaksa melakukan adaptasi kepada penjajahan luar yang menekan jati diri asal mereka.

Tetapi, kekuatan Melayu Islam di Malaysia yang selama ini kita lihat sebagai selamat, kini sedang diancam dengan hebat. Musuh-musuh umat ini kini menghantar agen-agen perosak mereka menyerap masuk ke dalam masyarakat kita untuk melakukan kerosakan dari dalam.

Budaya pemikiran SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) kini sedang disebarkan sebagai wabak yang semakin deras menjangkiti masyarakat.

Persoalannya, apakah kita mesti diam dan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menyedarkan orang-orang di sekeliling kita tentang bahaya yang sedang melingkari serta menunggu masa untuk meruntuhkan semua kekuatan yang kita bina sejak ribuan tahun yang lalu?

Atas sebab prihatin dengan nasib agama dan negara ini, pihak GABUNGAN BELA HAK INSAN PULAU PINANG (GABUNGAN), sekali lagi meneruskan aktiviti JELAJAH MALAYSIA TANPA LIBERAL di kawasan Utara Semenanjung Tanah Melayu.

Mensasarkan kawasan tumpuan orang ramai yang dikunjungi rakyat biasa yang mungkin selama ini tidak terdedah dengan maklumat tentang bahaya-bahaya SEPILIS, ahli-ahli GABUNGAN turun padang untuk menyampai risalah demi menjalankan tanggungjawab untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.




Semoga usaha ini mengeluarkan mereka-mereka yang mengorbankan masa, wang ringgit, tenaga dan keringat demi Allah pada jalan ini, mengeluarkan mereka dari golongan yang sentiasa kerugian sepanjang perjalanan masa.

Mengharapkan balasan ganjaran dari Allah, sentiasa dan sudah semestinya yang terbaik.

Lebih 600 keping risalah dengan tajuk utama Malaysia Tanpa Liberal, Hayya Ala Solah, Kempen Menutup Aurat, Wajib Mempertahankan Kalimah ALLAH dan Menolak Tuntutan Songsang Pengkhianat COMANGO diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung di kawasan Pasar Malam Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ini merupakan usaha berterusan dan dijalankan dengan jalinan kerjasama NGO-NGO Islam yang semakin bergerak aktif menyediakan umat ini dengan pertahanan serta membina kemampanan untuk berhadapan dengan isu serangan demi serangan ke atas Islam ini secukupnya.

Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara/Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI)
Sebelum dari itu, satu seminar dengan penumpuan tajuk Daulatkan Islam Sebagai Agama negara telah dianjurkan oleh Yayasan Murni Akidah telah bertempat di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan di kawasan Utara.

Beberapa tokoh pejuang dari NGI-NGI  dijemput untuk memberikan pencerahan tentang isu semasa yang sedang mendepani negara. Antara yang dijemput dan meluangkan masa untuk membentuk generasi pemampan kepada ancaman yang sedang melanda umat Islam ialah Tuan Azman Ariff dan Tengku Rozaidin (Yayasan Murni Akidah), Tuan Azril Mohd Amin CEO dari CENTHRA/MUslimUPro yang terlibat dengan perjuangan menentang usaha COMANGO dalam Semakan Berkala UNHCR, Dr Fauzi Syafie dan Ustaz Hafiz Nordin (Pengerusi PEMBELA) dan juga merupakan penaung Bangkit.Info.

Fokus pembentangan dan perkongsian diberikan kepada ancaman yang sedang menerobos masuk ke dalam negara ke atas akidah Islam. Hampir lebih 200 pelajar menghadiri sesi pencerahan dan pembentangan tersebut.









Tamat, ia tidak berakhir di situ. Satu sessi TOT bersama kumpulan kecil diadakan supaya mereka-mereka yang aktif berjuang menentang gerakan SEPILIS di negeri ini diberikan pendedahan terkini tentang apa yang sedang dan bakal berlaku di dalam negara. Sesi diadakan berhampiran ibu pejabat GABUNGAN negeri Pulau Pinang.




Semoga lebih ramai dan lebih banyak NGI dan pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kepakaran masing-masing tampil aktif menyedarkan serta mempersiapsiagakan umat ini dengan keupayaan pertahanan serta kekuatan menggempur segala bahaya yang mendatang.

Kepada Allah kami berserah dan kepada Allah kami serah keputusan untuk segala usaha yang dilakukan ini.

Thursday, 30 October 2014

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja

Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu
Dalam kehangatan serangan demi serangan segmen Pro Kumpulan Penghasut negara, terdapat satu fakta yang disembunyikan tentang hakikat Kuasa Veto Majlis Raja-Raja untuk perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan.

Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Untuk Perkara Perundangan (Legislative)
Melalui pindaan Perlembagaan yang dibuat pada 1983, 1984 dan 1994, kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh dipintas oleh proses perundangan melalui pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan sebelum 1983, membenarkan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, jika tidak bersetuju atau berkenan dengan sesuatu undang-undang yang hendak diwartakan, diberikan kuasa memberi nasihat, memberi amaran atau menangguhkan proses kelulusan undang-undang tersebut tanpa had masa yang ditetapkan.

Kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan ini sebelum ini disalah anggap ramai pihak sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Ia hanyalah satu kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan undang-undang tanpa had masa penangguhan ditetapkan.

Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sebelum 1983, tidak menyatakan had masa tempoh penangguhan yang dibenarkan. Ianya ditetapkan oleh tradisi, resam (convention) dan pertimbangan yang waras.

Walaubagaimanapun, selepas pindaan dibuat kepada Artikel 66 tersebut, had masa 30 hari telah ditetapkan sebagai tempoh had masa maksimum sesuatu proses kelulusan undang-undang boleh ditangguhkan.

Artikel 66 (4) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885)
Yang Di-Pertuan Agong hendaklah di dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.

Artikel 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885)
Jika sesuatu Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.

Melalui pindaan-pindaan ini, selepas tempoh 30 hari penangguhan, bersetuju atau tidak, Rang Undang-Undang yang dikemukakan dan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, akan “diluluskan” oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Kuasa menangguhkan ini yang selama ini diberikan tanpa had masa, telah disalah anggap ramai pihak sebagai kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong. Ia sebenarnya hanyalah kuasa untuk menangguhkan tanpa had masa yang ditetapkan sehingga pindaan dibuat pada 1983, 1984 dan 1994.

 Tetapi Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa Veto atau kuasa membuat kata pemutus di dalam perkara-perkara penting di dalam Perlembagaan.

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja Untuk Perkara Penting Perlembagaan
Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung di dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas.

Pindaan Artikel 66 Hanya Untuk Proses Kelulusan Rang Undang-Undang dan Bukan Pindaan Perlembagaan
Pindaan Artikel 66 tersebut hanya melibatkan proses kelulusan perundangan biasa dan tidak melibatkan sebarang proses pindaan perkara-perkara Perlembagaan.

Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan:
Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4) , undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Akta Hasutan 1948 merupakan undang-undang yang terletak di bawah Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan. Keabsahan kewujudan Akta Hasutan 1948 yang merupakan undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka diiktiraf kewujudan serta keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 162.

Jadi, apakah kumpulan Pro Hasutan dan Perdana Menteri yang senada dengan mereka sudah menyembahmaklum hasrat memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mendapat restu Majlis Raja-Raja untuk memansuhkan Akta tersebut?


Apakah kumpulan Pro Hasutan yang senada dengan Perdana Menteri mahu mencetuskan krisis dengan Majlis Pemerintah Tertinggi Negara?

Semua pihak perlu diingatkan kembali tentang Kuasa Veto Majlis Raja-Raja di dalam 11 Perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Jangan sesekali melangkaui had yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

Kami menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-Menteri Kabinet serta pemimpin-pemimpin utama kumpulan teras politik Melayu dan Islam, bekas-bekas Hakim, bekas-bekas Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera dan barisan kepimpinan NGO Islam dan Melayu yang tegas dengan pendirian untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan dibuat penambahbaikan dengan memasukkan klausa perlindungan terhadap Agama Islam di dalamnya.

Wednesday, 29 October 2014

Ke Mana Christopher Leong Mahu Bawa Integriti dan Kredibiliti Bar Malaysia?

Sejak hampir sedekad lalu, Bar Council di bawah pertukaran demi pertukaran Ahli Majlis yang baharu, mula membawa Bar ke arah jurang integriti dan kredibiliti yang semakin terhakis.

Tidak cukup dengan perlantikan Ahli Majlis Badan Peguam yang dipertikaikan sistem pengundiannya oleh Ahli Badan Peguam sendiri, Bar Council kini, semakin hari semakin bertindak seperti sebuah pertubuhan yang lebih banyak meracau dari memberi fokus kepada pengukuhan serta pembangunan berintegiriti badan professional guaman Malaysia.

Dalam EGM terbaharu, hanya kurang 6% ahli badan peguam hadir untuk menyokong agenda pro hasutan dengan bersetuju untuk berjalan dengan Syahredzan Johan, seorang peguam dan merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar Pengerusi Media Prima, untuk tujuan mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. 


Bukan Main Lantang Lagi Hari Tu. Kenapa Senyap Dan Menikus Bila Gopal Sri Ram Menjadi Peguam Anwar Ibrahim? Bukankah Bar Sudah Keluarkan Resolusi Untuk Menghalang dan Melarang Bekas Hakim dari Bertindak Sebagai Peguam? Double Standard atau Memang Tidak Ada Standard Langsung?
Daripada 6 peratus ini yang mengundi ini, hanya kurang 3% daripada jumlah Ahli Badan Peguam mengotakan janji mereka untuk turun bersama berjalan dengan agenda memansuhkan Akta Hasutan 1948 di Padang Merbok pada 16 Oktober 2014. 97% ahli Badan Peguam memilih untuk tidak hadir dan terlibat sama dengan aktiviti syok sendiri golongan minoriti yang seolah cuba merampas nama Bar untuk agenda dengan kepentingan tertentu.

Dalam beberapa keadaan lewat ini, Bar Council yang kini sedang dipimpin oleh Christopher Leong dilihat cuba membawa agenda minoriti peguam untuk bersuara mengikut suara-suara pembangkang. Bar kini seolah-olah menjadi salah satu sayap perundangan kepada parti politik yang menentang kerajaan yang sedang berkuasa, menjadi suara kepada golongan liberal dalam negara dan malah Presidennya sendiri menyokong pihak LBGT unuk tidak didiskriminasikan melalui perundangan negara.

Pertuduhan demi pertuduhan yang menyatakan Badan Peguam terlalu bias bukanlah pertuduhan-pertuduhan liar yang dibuat dengan sesuka hati tanpa ada sebab.

Tiada monyet, masakan pokok bergoyang?

Terbaharu, apabila Bar Council berdiam diri seribu bahasa bilamana bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, menjadi Peguam Bela kepada Anwar Ibrahim. 

Sedangkan umum mengetahui bahawa Bar Council dan Badan Peguam telah secara lantang mengemukakan usul dan membuat resolusi pada 15 Mac 2014, untuk melarang dan menghalang secara undang-undang mana-mana bekas Hakim mahkamah lebih tinggi untuk bertindak sebagai peguam.



Kebisuan Bar Malaysia ini dikecam pelbagai pihak. Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan mengeluarkan kenyataan media menuntut penjelasan Bar Malaysia berkenaan hal ini. Petikan Kenyataan Media beliau boleh dibaca di bawah :

To Media Representatives, Date: 29th October, 2014
Did Malaysian Bar Allowed ex-Federal Court Judge Gopal Sri Ram To Represent Anwar?
I refer to the resolution by the Malaysian Bar passed on 15th March 2014 at its annual general meeting that retired higher court judges be prohibited from representing clients in court.
This is based upon the principle of antiquity in common law jurisdictions that a retired judge of a superior court should not practice as counsel before the judges who were previously his colleagues or his junior to him on the Bench.
Such conduct may involve the retired judge/counsel purporting to rely upon, distinguishing or criticising decisions made by him while he was on the Bench; worse, there could arise a situation of such a retired judge invoking the principle of stare decisis to submit that the Court is bound by some decision of his handed down when he was a judge.
According to the Malaysian Bar, such conduct may also have the effect of intimidating the Bench and worse, it could give the perception that the said retired judge/counsel and his client have an advantage over other counsel and adverse parties.
This may adversely affect public perception as to the administration of justice.
In the appeal before the Federal Court yesterday, Pakatan de facto leader Anwar Ibrahim was allowed to be represented by ex-Federal Court judge Gopal Sri Ram.
This is clearly contrary to the resolution by the Malaysian Bar early this year.
Gerakan Youth urge the Malaysian Bar to clarify whether there was any special exception granted to the Pakatan de facto leader to be represented by an ex-Federal Court judge.
As was argued by the Malaysian Bar to justify their resolution, this matter may affect the public perception as to the administration of justice in our country. The Malaysian Bar should offer a public explanation without any further delay.
TAN KENG LIANG Gerakan Youth Chief

Sekumpulan peguam dan warganegara prihatin juga mengeluarkan kenyataan media mereka mendesak Bar Malaysia membuat penjelasan berkenaan tindakan tidak konsisten Bar Malaysia di dalam kes Bekas Hakim Gopal Sri Ram. Kenyataan kumpulan ini dan pihak-pihak yang menandatangani kenyataan media ini, boleh dibaca di bawah :

Media Statement - Bar Council must make its stand on ex-judge acting as counsel
29 October 2014
The Malaysian Bar in its Annual General Meeting held on 5 March 2014 passed a resolution prohibiting ex-Judges and other former members of the judiciary from representing clients in our Courts as this would amount to breach of principle and convention at play in Common Law.
The said resolution was passed as a response to former Federal Court Judge Dato Seri Gopal Sri Ram, to act as counsel in a constitutional case.
Yesterday and suddenly out of the blue we hear that Dato Seri Gopal Sri Ram has agreed to act and has indeed acted for Anwar Ibrahim in the Federal Court and the President of the Malaysian Bar maintains a deafening silence which can only be described as hypocritical to say the least in the face of the actions of DS Gopal Sri Ram and the Bar Council has failed to comply with their own resolution in this matter.
We therefore urge the Bar Council to issue a statement in line with their resolution passed at their 68th AGM. The Bar Council's silence is a contradiction of their own commitment to uphold justice without fear or favour.
It is not proper for the Bar Council to have two sets of principles that differ when Anwar Ibrahim is involved and the credibility of the legal profession is surely tarnished by such hypocritical actions.

Faidhur Rahman Abdul Hadi Advocate & Solicitor
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz Advocate & Solicitor
Datuk Zulkifli Noordin Advocate & Solicitor
Dato' Haji Abu Bakar As-Sidek Bin Dato' Haji Mohd. Sidek, Advocate & Solicitor
Azril Mohd Amin Advocate & Solicitor
Mohammad Yahya Bin Zakaria Advocate & Solicitor
Zamzuri Mohamed Tahir Social Media Activist
Farah Nadiah Zainudin Advocate & Solicitor
Suariza @ Hidayah bte Muhammad Pegawai Dakwah & Kebajikan PERKIM
Aidil bin Khalid Advocate & Solicitor
Mohamad Rafi Awg Kechik Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia
Nazira Abdul Rahim Advocate & Solicitor
Ahmad Soffian Mohd Sheriff Secretary, Shah Alam Welfare Association
Nazriah Shaik Alawdin Advocate & Solicitor
Reza Rahim Advocate & Solicitor
Nadiah Hanum Md Nadzri IT Executive
Suhaimi bin Adnan Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia
Mohd Fauzi bin Anuar Pengerusi Belia Taman Gemilang, Sepang.
Kamsani bin Kamarudin Pengerusi Belia kg Sri Aman, Puchong.
Sallehuddin bin Abdullah AJK Belia 4B Labohan Dagang, Banting.

Apakah Bar Malaysia sedang dirosakkan integriti serta kredibiliti pertubuhan itu oleh kumpulan anai-anai perosak?

Persoalannya di mana integrity serta kredibiliti Bar Malaysia jika resolusi yang diluluskan mereka sendiri tidak dipertahankan mereka di dalam kes Bekas Hakim Gopal Sri Ram ini?
Kepimpinan Christopher Leong bersama Ahli Majlis Bar terkini seolah sedang membuat kerosakan yang mungkin sukar dibaiki kepada imej Bar Malaysia sebagai Badan Peguam yang berkecuali.

Melainkan mereka keluar dengan kenyataan menegakkan prinsip berpegang kepada resolusi yang telah dibuat pada 15 Mac 2014, maka selagi itu belum dibuat, kredibiliti serta integriti Badan Peguam bolehlah dianggap sebagai tidak membawa apa-apa nilai yang boleh dibanggakan.


Melayu & Islam Dibuli Bertubi-Tubi?

Oleh : Megat Rizal MH

Sedari zaman penjajahan British orang-orang Melayu telah dipinggirkan secara sistematik melalui pelan afirmatif yang dilaksanakan oleh Inggeris untuk kekal ‘beraja di mata’ masyarakat tempatan. Prof. Dr Kamaruddin Mohd Said dalam karangannya yang bertajuk ‘Hubungan Kaum dan Gelagat Politik Di Malaysia: Isu Lama, Cabaran Baru’ menulis ‘Orang Melayu berada di pinggiran sektor ekonomi aliran utama selama 73 tahun (1874-1957). 

Sebagai komuniti terpinggir, orang Melayu tidak mendapat pendidikan moden (dasar yang dibuat oleh R.O. Winstedt) dan tersisih daripada proses pemodenan yang lebih luas.’

Dalam karangan yang sama beliau menulis bagaimana seorang kerabat raja yang dinafikan haknya, dibuli oleh Inggeris dan tauke-tauke hanya kerana laba perniagaan semata-mata. Beliau menulis dengan panjang lebar akan hal ini dalam perenggan-perenggan berikut:

           ‘Pada tahun 1874, golongan tauke China (Tan Kim Cheng dan Chung Keng Quee) yang terlibat dengan kongsi gelap Ghee Hin dan Haisan, telah mengaturkan supaya Perjanjian Pangkor ditandatangani. Mereka telah mengatur strategi supaya Raja Ismail dilucutkan kuasa sebagai Sultan Perak, dan Raja Abdullah ditabalkan menjadi Sultan sebagai gantinya. Pelan ini telah dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke. Maka dengan itu bermulalah era penjajahan Inggeris yang didalangi oleh golongan taukey China terhadap Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang masih diperintah oleh Raja-Raja Melayu atas “nasihat” Residen Inggeris). Singapura, Pulau Pinang dan Melaka telahpun dikuasai oleh Inggeris, dan dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.’

‘Sejak Perjanjian Pangkor, pemodal Inggeris dengan kerjasama tauke China menguasai bidang tanah yang luas yang kaya dengan hasil bijih timah dan sesuai dijadikan ladang getah. Pemodal Kolonial dan taukey China membangunkan pelbagai industri dan perdagangan di seluruh Tanah Melayu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu masih milik Thailand, dan hanya diserahkan kepada kekuasaan Inggeris pada 1909).’

           ‘Orang Melayu yang dipinggirkan oleh sektor ekonomi moden ini tinggal di kawasan tanah rezab Melayu, dan tanah yang tidak diduduki oleh orang Melayu adalah bebas untuk dijadikan tanah lombong, ladang dan sebagainya oleh pemodal kolonial dan taukey China.’
          
           Hal yang sama juga disentuh oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah daripada Persatuan Arkeologi Malaysia yang bercakap tentang bagaimana pemodal-pemodal kolonial dan tauke-tauke, bebas untuk memiliki tanah-tanah dan perniagaan tanpa kawalan. Beliau juga ada bercerita tentang bagaimana orang-orang Melayu yang sering digambarkan sebagai lanun dan perompak (perkara yang sama masih kedengaran di Malaysia baru-baru ini) oleh ketuanan Cina kerajaan Singapura seperti apa yang dapat dilihat sehingga kini di Muzium Singapura.

Kata beliau seperti yang dipetik daripada portal ismaweb.net, “Kalau kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, apa yang dipamerkan di depan ruang bangunan ‘Melayu lanun, Melayu perompak’. Gambar dan video ini diulang tayang dan dipamerkan berpuluh tahun sehingga sekarang, itulah imej yang digambarkan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu untuk meracuni pemikiran rakyat dan pelancong.”

Beliau juga pernah menyentuh berkenaan rekod tanah-tanah yang dipindah milik kepada tauke-tauke oleh British secara ‘kurang telus’ dalam salah satu daripada ceramahnya yang lepas. Beliau menunjukkan slaid berkenaan dengan butiran tanah, nama tauke dan harga tanah tersebut ‘diurusniagakan’.

Tentunya kita masih ingat bagaimana beliau dihina dan dilabel dengan pelbagai kata-kata nista oleh puak-puak cauvinis anti perlembagaan, hanya kerana memperjelaskan konsep ‘nam tien’ kepada umum.

Baru-baru ini pula di portal yang sama, ismaweb.net, seorang penulis iaitu Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin telah menukilkan satu artikel yang bertajuk ‘Siapa buli siapa?’ yang melontarkan idea bahawa sejarah negara telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu tidak pernah menindas orang-orang bukan Melayu seperti yang sering dituduh sesetengah pihak. Malah katanya lagi perkara yang sebaliknya telah berlaku.

Dalam artikel tersebut beliau mendakwa British telah membawa masuk kaum pendatang sesuka hati tanpa sebarang kawalan. Malah British juga seperti merestui sikap antagonistik kaum pendatang terhadap orang-orang Melayu dengan ‘menubuhkan pasukan bersenjata mereka sendiri untuk ‘mempertahankan diri’ daripada orang Melayu. Pasukan bersenjata ini tidak lain tidak bukan ialah ahli-ahli kongsi gelap yang diberi lesen oleh British untuk berbuat sesuka hati mereka, termasuklah melakukan keganasan, rompakan dan ugutan kepada orang Melayu.’

Tentunya kita masih ingat akan amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan dengan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang dikatakan ditubuhkan dengan membelakangi undang-undang negara yang menyaksikan ratusan ahli sukarelawan PPS ditahan untuk disoal siasat.

Berbalik kepada artikel ‘Siapa buli siapa?’, penulis tersebut mendakwa di atas sikap tidak bertanggungjawab British itu ‘pada tahun 1931, bilangan orang Cina dan India adalah hampir 2.6 juta orang manakala orang Melayu hanyalah 2.0 juta orang sahaja. Keadaan semakin meruncing sepuluh tahun berikutnya apabila orang Melayu hanya 2.3 juta manakala orang Cina dan India ialah sebanyak 3.0 juta orang.’

Jadi adalah molek juga kiranya jika kita mengulang tanya persoalan yang telah dikemukan oleh penulis tersebut, yang juga merupakan penganalisis sejarah dan perlembagaan Malaysia untuk Institut Kajian Arus Baru, ‘Persoalannya, siapa yang sebenarnya dibuli dan siapa yang sebenarnya sedang membuli?’

Nancy Shukri DiBuli?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut elok juga kita menjengah kepada ‘musibah’ yang melanda Hajah Nancy Shukri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dibuli selama lebih dua minggu setelah memberikan jawapan di Parlimen bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak mendakwa Ibrahim Ali kerana beliau hanya mempertahankan kesucian Islam seperti yang termaktub pada Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan ‘isu bakar bible’.

Rentetan daripada peristiwa itu Nancy Shukri, Menteri berportfolio undang-undang itu difitnah dengan segala macam label sehinggakan ada yang menggelar beliau sebagai salah seorang daripada ahli Perkasa malah ada juga yang menuduhnya sebagai klon Ibrahim Ali, walaupun beliau hanya membaca keputusan yang telah dibuat oleh pejabat Peguam Negara dan berkali-berkali menyatakan bahawa pandangan tersebut bukanlah pandangan peribadi beliau. Namun akibat daripada tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu, beliau terus dibuli dari dalam dan juga luar negara.

Clive Kessler yang terkenal dengan sikap anti Melayu dan Islam, contohnya tidak menunggu masa lama untuk mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ‘de facto law Minister’, hanya kerana beliau memilih untuk tidak mencampuri urusan pejabat Peguam Negara! Kata-kata pembenci alam Melayu dan Islam itu sebenarnya mendapat dukungan daripada ramai dari dalam negara yang menangguk di air keruh.

Gara-gara sikap berkecuali Nancy Shukri yang dilihat oleh pembuli-pembuli beliau sebagai tidak lebih daripada seorang ‘postman’, beliau disarankan untuk terus meletak jawatan!

Persoalannya, bukankah golongan inilah juga yang sebenarnya sering menuduh kerajaan tidak mengamalkan pengasingan di antara kuasa Esekutif, Legislatif dan Kehakiman, sehingga ada yang membawa isu tersebut ke Australia baru-baru ini?

Jadi kenapakah apabila kerajaan memilih untuk mengamalkan pengasingan kuasa dan tidak mencampuri urusan pejabat Peguam Negara, mereka yang pertama sekali mengkritik dan mencemuh kerajaan?

Terbaru dilaporkan oleh sebuah portal bahawa sebuah parti politik cauvinis akan terus ‘membuli’ Menteri tersebut berkenaan dengan isu Ibrahim Ali sehinggalah mereka mendapat jawapan yang memuaskan. Dengan kempen masuk kampung mereka untuk ‘menakluk’ Sarawak, nampaknya Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Saadong, kena terus-menerus bersabar dan tebal telinga kerana dijangka pembulian ke atasnya tidak akan berhenti begitu saja!

Ketua Bahagian UMNO Dibuli?
Hal yang sama juga dapat kita lihat berlaku ke atas timbalan ketua bahagian UMNO Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad apabila beliau mengatakan mahu membincangkan isu untuk memansuhkan sekolah-sekolah vernakular pada perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan kelak.

Seorang demi seorang tampil mengkritik beliau sehinggakan ada yang mahu beliau didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) dengan membuat beberapa siri laporan polis kerana menuduh beliau telah melanggar undang-undang apabila mempersoalkan isu berkaitan dengan sekolah-sekolah vernakular.

Tentunya kita sedar bahawa puak-puak cauvinis inilah juga yang kononnya memperjuangkan supaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) dimansuhkan. Sudah terang lagi bersuluh hipokrasi yang mereka tunjukkan!

Walaupun telah ada pengamal undang-undang yang menerangkan dengan panjang lebar bahawa perbuatan Mohamad Azmi tidak langsung menghasut mengikut peruntukan yang terdapat pada Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) malah sangat bersifat kebangsaan kerana mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, masih ada lagi yang mahu beliau ‘didiamkan’ dengan memaksa pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan keras ke atas beliau.

Paku dulang paku serpih, bagi puak-puak cauvinis sememangnya mengata orang, mereka yang lebih!

Perkara inilah yang menyebabkan orang-orang Melayu yang berterusan diasak mula mempersoalkan keistimewaan yang dinikmati oleh orang-orang bukan Melayu seperti sekolah-sekolah vernakular, kata Ibrahim Ali. Menurut Presiden Perkasa itu lagi cakap-cakap seperti mahu memansuhkan sekolah-sekolah vernakular, yang mendapat dana ratusan juta setahun daripada kerajaan Persekutuan dan lain-lain badan, lahir daripada sikap orang-orang bukan Melayu sendiri yang sering suka mempersoalkan hak-hak orang-orang Melayu dan lain-lain pribumi.

"Cadangan ini timbul kerana selama ini mereka merasakan sebagai orang Melayu, perkara yang dijamin Perlembagaan diusik kaum lain. Selama ini, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu, kedaulatan raja dan hak istimewa orang Melayu sentiasa dicabar oleh pihak tertentu sedangkan perkara ini ada dalam Perlembagaan," katanya kepada sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Ibrahim Ali Dibuli?
Ibrahim Ali patut tahu, kerana beliau dan pertubuhannya itu sering dibuli dengan beragam label yang menghina dan memalukan oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan apa yang diperjuangkan. Acapkali juga kita lihat, badan seperti Perkasa yang sebenarnya memperjuangkan hak-hak kaum pribumi seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sering dilabel sebagai pertubuhan rasis dan ektremis.

Ibrahim Ali sendiri sering dilabelkan sebagai seorang yang berpandangan ekstrem perkauman walaupun perjuangan beliau sangat bersifat nasionalis dan tidak lebih daripada meletakkan hak kepada tempatnya.

Tentunya kita masih ingat akan nasib sekolah-sekolah vernakular Melayu yang dimansuhkan untuk dijadikan sekolah umum dan memberikan hak untuk mendapatkan pendidikan kaum bukan Melayu. Ini jelas membuktikan bahawa orang-orang Melayu sememangnya sangat pemurah dan sanggup berkongsi sesuatu yang merupakan hak mutlak mereka.

Hal yang sama juga boleh kita lihat apabila orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu bersetuju untuk menganugerahkan berjuta-juta kewarnegaraan kepada golongan pendatang dan keturunan mereka secara Jus Soli.

Sehingga kini kita lihat orang-orang Melayu sentiasa diasak untuk berkompromi dengan kaum-kaum lain sehingga sering kali diminta menidakkan tradisi budaya mereka seperti tradisi membaca doa dan juga upacara ibadah korban yang telah diamalkan secara turun-temurun.

Namun kenapakah agaknya masih terdapat suara-suara sumbang yang sering mahu mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu yang sememangnya hak, seperti yang dibangkitkan oleh Ibrahim Ali?

Jadi jika sesuatu yang hak boleh dipersoalkan atas nama kesatuan dan penyatuan kaum, kenapakah pula sesuatu yang bukannya hak, seperti sekolah-sekolah vernakular, tidak boleh dipersoalkan atau ditarik balik?

Apa lagi yang mereka mahu, sebenarnya?

Presiden UMNO Dibuli?
Itu juga yang patut ditanyakan oleh Perdana Menteri yang dibuli kiri dan kanan apabila mengesa supaya kaum tertentu supaya membalas jasa kerajaan dengan menyokong dan mengundi kerajaan Barisan Nasional untuk terus menikmati bantuan daripada kerajaan.

Kata Najib Tun Razak, mereka-mereka itu tidak boleh berterusan mengharapkan kerajaan membantu mereka, meminta itu dan ini, tetapi pada masa yang sama memilih untuk mengundi pembangkang atau parti yang bertentangan dengan aspirasi yang dibawa kerajaan.

“Saya hendak lakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya mampu buat lebih lagi. Tetapi saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Adillah. Kamu kena mainkan peranan kamu juga.

“Kamu tak bolehlah buat tuntutan (dari BN) tapi kemudiannya sokong DAP. Buat tuntutan, kemudian sokong PR. Kamu minta (dari BN), kamu sokonglah BN, kita akan berlaku adil kepada masyarakat Cina,” kata Najib Tun Razak sebagaimana dipetik sebuah portal.


Ini bukanlah kali pertama Najib dibuli disebabkan oleh sesuatu yang disuarakannya. Perdana Menteri yang lebih mesra dikenali sebagai Ah Jib Gor dikalangan kaum-kaum Cina pernah dimalukan oleh seorang ahli parti politik lawan, dan disuapkan kangkung ke mulut ‘peran’ yang kelihatan seperti beliau apabila pernah menyuarakan bahawa harga kangkung sudah turun walaupun negara mengalami sedikit kemelut ekonomi.

Isteri Perdana Menteri Dibuli?
Pembulian kepada Perdana Menteri tidak terhenti disitu, malah berjangkit kepada isteri beliau sendiri. Datin Seri Rosmah Mansor juga sering dibuli walaupun beliau bukan seorang ahli politik atau pemimpin kerajaan. Wanita ini sering dicemuh daripada segi beliau berpakaian sehinggalah kepada berat badan beliau sendiri. Pendek kata apa saja yang dapat menjadi bahan berita atau lawak jenaka sesetengah pihak, susuk Rosmah Mansor akan terpalit kena.

Tentunya kita masih ingat bahawa beliau pernah difitnah hebat dengan menggunakan kepala akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan cincin permata berharga jutaan ringgit yang dikatakan dibeli daripada hasil tabungan beliau sedari kecil. Fitnah tersebut memaksa Jabatan Pengarang akhbar terbabit untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Perlakuan tidak bertanggungjawab golongan tersebut sehingga ke hari ini masih berterusan.

Kemuncak kepada pembulian tersebut ialah apabila ada sesetengah pihak telah menuduh bahawa Datin Seri Rosmah Mansor mendapat durian runtuh dengan bajet yang luar biasa besar diberikan untuk program PERMATA yang dilihat sebagai program peribadi beliau. Fitnah tersebut membuatkan Menteri Kewangan II, Ahmad Maslan terpaksa menegaskan bahawa Rosmah Mansor tidak akan mendapat sesen pun daripada bajet RM711 juta yang akan disalurkan kepada PERMATA kelak.

Semalam diberitakan bahawa Rosmah Mansor mendedahkan bahawa dia sering menjadi mangsa buli dan fitnah pembangkang kerana mereka gagal berbuat demikian kepada suaminya, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Pembangkang objektifnya adalah mahu menjatuhkan kerajaan. Sebab mereka tidak boleh kata Najib, jadi mereka kata saya," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014.

Bekas Melayu DAP Dibuli?
Itulah juga isu yang telah dibawa oleh bekas pemimpin pembangkang Tunku Abdul Aziz kepada seorang pemimpin cauvinis supaya tidak berterusan membuli orang-orang Melayu Islam. Bekas pemimpin yang pernah dilabelkan sebagai ‘towering Malay’ itu menegur Ketua Menteri Pulau Pinang supaya ‘to leave the Malays and their religion well alone’!

Beliau yang pernah dibuli bakal diambil tindakan undang-undang jika terus-menerus mengkritik parti politik cauvinis yang pernah dianggotainya itu, sememangnya telah bertegas bahawa beliau tidak akan mengalah dengan taktik buli berserta dengan ugutan saman yang telah dilemparkan kepada beliau!

Melayu PAS Dibuli?
Namun lain pula yang menimpa saudara Iszuree Ibrahim apabila beliau dilucutkan daripada jawatannya sebagai salah seorang daripada Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang apabila dikatakan mengkritik kerajaan negeri tersebut kerana meminggirkan nasib perkampungan tradisi orang-orang Melayu seperti yang pernah dilaporkan oleh portal media ismaweb.net, “Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya. Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.”

Persoalannya adakah benar dakwaan bahawa ahli PAS tersebut telah dilucutkan jawatannya kerana memperjuangkan nasib orang-orang Melayu sebuah kampung di Tanjong Tokong?

Parti Islam Dibuli?
Adakah benar seperti yang didakwa oleh Nik Abduh Nik Aziz sendiri, bahawa parti PAS sering dibuli oleh rakan-rakan dalam pakatan sendiri?

Adakah saman yang dikenakan kepada Nasruddin Hassan, bekas Ketua Pemuda PAS kerana mengkritik projek terowong laut, merupakan satu bentuk buli seperti yang digambarkan oleh Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat?

Mungkin itulah juga perasaan yang dirasakan oleh Dr. Zuhdi Marzuki apabila dilabel dengan pelbagai label jahat seperti perkauman dan sebagainya di media sosial, hanya kerana perbincangan strategi politik yang diadakan secara tertutup dibongkarkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Perihal dibuli lawan dan kawan seperti yang berlaku ke atas PAS bukanlah satu perkara yang asing kepada UMNO.

Tentunya kita masih ingat pada tahun 2008 akhbar Utusan Malaysia pernah melaporkan bahawa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, gesaan tidak munasabah parti-parti komponen mereka menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin pergerakan tersebut. Beliau mengesa supaya gesaan pergerakan tersebut tidak perlu diberikan perhatian.

UMNO Dibuli Taraf Biawak Hidup?
''Ini merupakan contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu," jelasnya.

Baru-baru ini pula seorang lagi ahli parti komponen UMNO dilihat membuli parti tersebut lagi apabila melabel orang-orang Melayu, termasuk Raja-Raja Melayu tentunya, sebagai pendatang. Pandangan dangkal dan bodoh ini walaupun didiamkan saja oleh Presiden UMNO dan juga Ketua Pemuda UMNO dicabar oleh beberapa cendiakawan Melayu.

 "Jika beliau merujuk orang Melayu yang duduk di Malaysia sekarang ini datang dari Sumatera, Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Borneo, maka dalam sejarah ia tidak dipanggil bangsa pendatang. Orang Melayu yang berhijrah dari kawasan tadi, kita gunakan istilah sebagai perantau," katanya di portal ismaweb.net baru-baru ini.


"Sebabnya, bila kita sebut Tanah Melayu, ia bukan merujuk kepada Malaysia sahaja, Tanah Melayu adalah satu wilayah cukup luas yang bermula dari Champa, sekarang ini dikenali sebagai Vietnam, Thailand, Singapura sehingga ke Riau Lingga.

"Kemudian di sebelah barat, Sumatera keseluruhannya, turun lagi ke bawah Kepulauan Jawa, kemudian naik semula ke atas Kepulauan Sulawesi, Borneo dan Filipina."

Pandangan itu disokong oleh Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
Beliau berkata, “Pakar arkeologi tempatan menolak teori Barat yang mengatakan asal-usul orang Melayu daripada Yunnan, wilayah selatan China, sebaliknya mereka merupakan penduduk asal Alam Melayu itu sendiri yang wujud sejak 74,000 tahun Sebelum Masihi (SM)”.

Mohd Firdaus Salleh Hudin pengarang di ismaweb.net semalam berkomentari tentang sejarah pendatang Cina dan India yang ditulis oleh Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Khim sendiri. Tokoh sejarahwan negara itu antara lain menulis, seperti yang dipetik daripada ismaweb.net “Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu. Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.”

Namun nampaknya kenyataan tersebut tidak disenangi anak kepada Khoo Kay Khim sendiri yang melabel pengarang ismaweb.net tersebut sebagai, seperti yang dipetik sebuah portal tempatan, “tidak penuh memahami tulisan tersebut, atau mungkin langsung tidak membaca tulisan tersebut tapi hanya memetik berasas cebisan atau khabar angin. Itu sebenarnya dipanggil bacaan "separuh celik huruf" dan hasil tulisan yang diterbitkan atas bacaan "separuh celik huruf" boleh dianggap sebagai tullisan yang kurang punyai maruah.”

Label buli seperti bodoh, lembab, kekampungan, keterbelakang dan malas, sememangnya sering diguna-tebus mereka-mereka yang tidak senang dengan orang-orang Melayu yang berani bersuara. Label-label buli ini akan kedengaran apabila mereka tidak dapat berhujah dengan lebih baik dan jitu, lalu label-label buli sedemikian akan digunakan. Mitos Melayu malas yang dimulakan penjajah British untuk menghalalkan penjarahan kekayaan negara sememangnya sudah diketahui umum.

Apa mungkin bangsa Melayu, pembina empayar maritim yang menjangkau se-Asia Tenggara, penakluk ‘benua laut’ dengan jong-jong gah, pelahir ahli falsafah dan pemikir hebat biara Nalanda seperti Dharmakirti, dan pewaris kesatria raja segala raja, boleh duduk saja dengan alpa dan mencapai itu semua? Namun itu tidak menghalang kumpulan pembuli daripada menggunakan label-label buli tersebut untuk menghalalkan kerja jahat mereka.
Apabila kalah pilihanraya mereka akan menggunakan label kampung dan pemikiran keterbelakang kepada golongan yang tidak mengundi mereka. Apabila perkara yang mereka lakukan tidak mendapat sokongan masyarakat umum mereka akan melabel umum sebagai malas berfikir.

Alasan malas jugalah yang digunakan untuk memperlekehkan pandangan Datuk Abdul Shukur Idrus, yang mengkritik kaum tertentu berkenaan dengan sokongan merosot terhadap Barisan Nasional. Seorang penganalis cauvinis dipetik sebuah portal sebagai berkata Timbalan Pengerusi UMNO Selangor itu sebagai “ahli-ahli politik yang malas yang tidak mahu berfikir secara mendalam mengapa sokongan mereka berkurangan”.

Bentuk buli seperti itulah juga yang dihadapi oleh mereka-mereka yang memilih untuk mempertahankan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) yang sememangnya melindungi beberapa perkara sensitif yang sering menjadi modal puak-puak yang suka menghasut. Puak-puak ini jelas sanggup berbuat apa saja daripada memfitnah sehinggalah kepada menipu fakta sejarah sekalipun.

“Apabila terdapat segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak, mereka dilabelkan “racist” (perkauman), manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau)”, keluh tokoh wartawan negara, A. Kadir Jasin yang tidak senang dengan sikap dwi standard yang diamalkan puak-puak pembuli.

Penyokong Undang-Undang Negara Dibuli?
Malah ianya tidak terhenti disitu. Bentuk pembulian yang dihadapi oleh mereka-mereka yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) bukan saja berlaku di dalam negara semata-mata seperti yang dirasakan oleh pengamal undang-undang Faidhur Rahman Abdul Hadi yang diboo semasa satu majlis Badan Peguam baru-baru ini, malah ianya juga boleh dilihat datang daripada luar.

Ini boleh dilihat apabila kedutaan Amerika Syarikat memilih untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia dengan menjahanamkan saja kedaulatan negara ini apabila mendesak supaya kerajaan Malaysia membelakangkan kehendak rakyatnya dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970).

Hal yang sama juga dibuat oleh beberapa organisasi luar lain seperti International Commission of Jurists dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahukan segala bentuk pendakwaan berkaitan dengan akta tersebut digugurkan serta-merta. Golongan penghasut yang melanggar undang-undang negara dilabel sebagai pejuang hak asasi manusia dan diberi suaka politik.

PBB tidak berhenti di situ, malah pertubuhan antarabangsa tersebut telah memanggil Malaysia untuk menjawab isu berkenaan dengan dakwaan diskriminasi terhadap golongan LGBT seperti yang dimomokkan oleh COMANGO?

Tanpa mengambil kira kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, PBB memilih untuk memaksa Malaysia tunduk kepada desakan songsang puak-puak LGBT.

Jadi tidak hairanlah apabila seorang kolumnis luar baru-baru memilih untuk memperkecilkan kebolehan Malaysia hanya kerana tidak senang dengan tindakan afirmatif yang telah diamalkan oleh kerajaan yang telah berjaya memakmurkan kek kekayaan negara seperti yang dapat dinikmati ramai dewasa ini. Negara dituduh akan gagal berinovatif dan maju ke depan jika terus mengekalkan polisi afirmatif untuk mempertingkat daya saing mobiliti sosial merentas kelas yang telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan melonjakkan ekonomi negara sehinggalah rantau asia tenggara diganggu-gugat spekulator mata wang. Negara juga kononnya digambarkan telah melangkah ke belakang berbanding dengan Indonesia.

Sememangnya kita sedar bahawa bentuk pembulian seperti yang diperjelaskan di atas tidak akan berhenti semudah itu saja. Puak-puak pembuli, dari dalam dan luar negara akan terus membuli orang-orang Melayu dan agama Islam selagi hati mereka tidak senang dengan apa yang kita miliki.

Mungkin sekali lagi kita perlu bertanya kepada mereka, apa lagi yang anda semua mahu sebenarnya?

Apakah Mereka Peduli?