Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 30 July 2014

KUMAN Menghina Negaraku

Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan tegas berkenaan niat jahat KUMAN (Kumpulan Anti Negara Islam) menggunakan nama Negara-ku. Ianya tidak akan dibenarkan sama sekali menurut Datuk Zahid Hamidi. Tahniah pihak kami ucapkan kepada Datuk Menteri.

Diharapkan ketegasan Datuk Menteri akan diambil serius  oleh semua pihak. Pihak media harus menahan diri daripada merujuk organisasi bejat tersebut dengan nama Negara-ku. Dengan track record memperjuangkan perkara-perkara jenayah untuk diangkat sebagai ham untuk diiktiraf, malah beberapa gerakan yang pernah diketuai mereka pernah direkodkan melakukan tindakan demi tindakan ganas untuk merealisasikan agenda mereka, niat jahat tersebut harus dihalang daripada direalisasikan.

Terdapat bukti demi bukti jelas yang KUMAN diserapi fahaman anarkisme. Mereka sanggup menggunakan elemen-elemen anarki untuk menjalankan agenda yang telah ditugaskan kepada mereka oleh pihak yang mendanai mereka daripada luar dan dalam negara.

Jadi, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri amat dialu-alukan. Cuma pihak kami berharap agar kenyataan tersebut tidak  berakhir sebagai sebuah amaran serta hanya sekadar teguran lisan dari Menteri KDN. Setelah teruk dicalarkan kredibiliti KDN dalam tahun- tahun kebelakangan ini kerana mengambil pendekatan lembut dalam menangani elemen anarkis dan ganas di dalam negara, maka ini waktunya yang tepat untuk menjalankan semua proses undang-undang sediada.


Tahniah Datuk Menteri.



KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI MENGENAI KUMAN

KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI MENGENAI NEGARA KU


PEN: 07/2014/18 (KDN)

Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut;
  
KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI
MENGENAI NEGARA-KU
26 JULAI 2014, PUTRAJAYA

Dengan ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), tiada sebarang permohonan daripada Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARA-KU) bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Oleh yang demikian NEGARA-KU adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Oleh yang demikian,  JPPM menegaskan bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Namun begitu, sekiranya permohonan pendaftaran tersebut dibuat kepada JPPM, penggunaan nama Negara-Ku adalah tidak bersesuaian oleh sebab ia adalah hak milik negara Malaysia. Ini kerana Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968. Ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ianya tidak wajar didaftarkan.

Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
  

Pihak kerajaan ingin menegaskan di sini bahawa pertubuhan yang menjalankan aktiviti tanpa berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen  41(1) (b).

Pautan Asal :



Tuesday, 29 July 2014

Kerajaan Baru Selangor – Gabungan PAS dan UMNO

Alhamdulillah Syukur. Umat Islam sudah ternanti-nanti. Sudah sampaipun masanya untuk umat Islam dan seluruh orang Melayu bersatu dalam isu kepentingan bersama.
Musuh sentiasa merancang untuk menghakis, merosak dan menganiayai kita. Jika kita terus berbalahan – maka peluang dan kesempatan inilah yang bakal diambil oleh musuh.
FB-LatheefaKoya-reMBKhalid-26Jul2014
Anak perempuan Koya dengan keceluparannya
Kita lihat bagaimana MB Khalid dihentam oleh orang partinya sendiri. Orang yang telah banyak mendapat habuan semasa pentadbiran Khalid semenjak 2008. Semasa melantik Khalid, Khalid adalah orang terbaik dari segi pengalaman, jujur dan sebagainya. Semasa menghadapi PRU13, PKR dan PR menjaja rekod pentadbiran Khalid adalah terbaik. Kini Khalid dihina orang parti sendiri. Namun keceluparan mulut anak perempuan Koya ini bukanlah perkara baru. Akhlak buruk sebeginilah yang diangkat oleh musuh-musuh Islam.
Terbaru Malaysiakini telah mendedahkan perbincangan di kalangan sebahagian pimpinan PAS berhubung isu pengabungan PAS dengan UMNO demi kepentingan dan kelangsungan bangsa dan agama Islam di Selangor.
Barisan ahli DUN kerajaan yang bakal terbentuk jika gabungan PAS-UMNO dan MB Khalid terhasil.http://helenang.wordpress.com
Antara yang menarik disebut beliau ialah:
Suppose the ‘Kajang move’ kicks into the next gear. One option then would be for Khalid to declare himself an independent. Either that or he could even be peremptorily sacked by his party, in the event of which Umno will, and PAS conceivably might, step up to offer their backing.
Khalid together with the Umno and PAS Aduns will command 28 seats whereas DAP and PKR will have 28 seats too but only 27 votes because the Speaker (Adun DAP Subang Jaya) cannot cast her vote to move a motion of No Confidence against the sitting MB.
A realignment in the Selangor legislature will make the Khalid-Umno-PAS side all Malay while the PKR-DAP side remains a multiracial line-up.
Kita sama-sama doakan kebaikan untuk umat Islam ketika menghadapi saat-saat getir serangan bertubi hasil perancangan berterusan musuh yang nyata dan musuh dalam selimut.
*********


Pautan Asal :

Semoga Ia Menjadi Kenyataan. Amin.

Sunday, 27 July 2014

Perutusan Aidul Fitri Pengerusi PEMBELA



BismiLLAH walhamduliLLAH, wassolatu wassalam 'ala rasuliLLAH wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
Malu rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidul Fitri di tengah-tengah aliran sungai darah Gaza.. entah berapa banyak lagi darah yang terpaksa dialirkan sebagai korban demi kedaulatan Islam dan bumi Palestin. Namun ALLAH telah menganugerahkan al nasr (kejayaan) yang besar bilamana yahudi laknatullah kecut perut dengan serangan roket-roket al-qassam ke atas entiti haram mereka. Sehingga ada media barat yang telah mengisytiharkan Yahudi telah tewas dengan serangan roket mujahidin Palestin.
Di depan mata kita pula proksi-proksi upahan Yahudi juga sedang meningkatkan serangan mereka ke atas aqidah dan syariat kita, apabila kita sendiri dapat melihat bagaimana mereka dengan terang-terang mempersenda dan mencaci Islam. Ditambah dengan kelemahan-kelemahan ketara pihak kerajaan dalam menangani perkara ini. 
Ramadhan dan Aidul Fitri pada tahun ini dilalui dengan penuh kedukaan. Sudahlah umat Islam Palestin terutamanya kanak-kanak dibunuh dengan begitu kejam, kaum kafir dalam negara kita pula mula menunjukkan belang Ekstrimis Islamufobia mereka apabla bertindak mendesak supaya akta Hasutan yang berfungsi menjaga kedaulatan Islam dan perlembagaan dihapuskan. 
Selain agenda yang secara terang-terangan ini, mereka juga kelihatan bersungguh-sungguh mahu membawa negara ke arah negara republik liberal. Lebih dikesali mereka yang bersama dengan kumpulan kafir ini adalah terdiri dari orang-orang Islam sendiri yang diistilahkan sebagai 'partners' oleh Rand Corporation. Justeru saya selaku pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyeru agar umat Islam peka terhadap perkembangan yang semakin kritikal dan mengancam kedaulatan Islam ini. Saya juga dengan penuh tawadhu' menyeru agar umat Islam bersatu padu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah bagi mendepani arus deras serangan ekstrimis Islamufobia ini.
Ke Arah Mendaulatkan Islam Agama Negara.
Minal 'aidin wal faizin wa kullu 'aam wa antum bi khair, Salam Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.



Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi PEMBELA.

Saturday, 26 July 2014

Serangan Ke Atas Institusi Beraja Selangor Telah Bermula


Gerakan Kristian yang ditunjangi organisasi politik setempat dan mendapat sokongan daripada gerakan dajjal antarabangsa telah lama mensasarkan Selangor untuk dijadikan tanah yang subur bagi gerakan Kristian ke atas orang-orang Islam.

Telah beberapa kali dan beberapa kes dicatatkan, dilaporkan kepada polis dan pihak berkuasa, malah telah pun pun ada beberapa kes murtad membabitkan umat Islam yang berlaku di negeri ini. Justeru itu, keperluan untuk pihak mereka melakukan kontekstualisasi agama Kristian dengan menggunakan istilah-istilah biasa di dalam Islam, adalah satu agenda yang jelas diketahui digunakan bagi tujuan menyebarkan agama mereka dengan cara halus. Kontekstualisasi sebenarnya dilakukan dengan tujuan supaya agama Kristian ini lebih mudah difahami dan dirasakan dekat, meskipun pada hakikatnya tidak sama dengan akidah umat Islam.
Gerakan ini mendapat pukulan yang parah apabila usaha pihak mereka menemui beberapa kegagalan. 

Terima kasih kepada ketegasan Sultan Selangor yang sentiasa memperkasakan Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor melalui sokongan padu baginda. Isu serbuan ke atas DUMC dan Bible Society Malaysia yang melakukan kesalahan undang-undang di bawah Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di Selangor, menunjukkan bahawa ketegasan pihak berkuasa agama, banyak mendapat catalyst kekuatannya dari sokongan padu Sultan Selangor. Daulat Tuanku!

Lalu gerakan ini mula mengubah taktik. Menggunakan Ahli-Ahli Parlimen Melayu dan Islam yang gilakan kuasa, gerakan ini mula menggunakan pihak ketiga yang beragama Islam untuk menjadi jurucakap agenda perjuangan mereka. Ia sehinggakan mereka langsung berani melakukan segala bentuk kebiadaban ke atas  Sultan Selangor kerana menyokong penuh usaha-usaha MAIS dalam mempertahankan agama Islam di dalam negeri yang maju ini.

Tersentak dengan ketegasan Sultan Selangor yang tidak mudah diugut oleh ahli-ahli Parlimen biadab ini dengan ugutan mahu mengurangkan pengaruh dan kuasa MAIS, mereka kini dengan menggunakan hubungan daripada jaringan gerakan dajjal antarabangsa, bertukar pelan perancangan.

Sultan Selangor adalah batu penghalang terbesar kepada cita-cita penyebaran dan penguasaan kuasa politik Kristian ke atas Selangor. Sebagai Ketua Agama Islam yang tegas memainkan peranannya, Sultan Selangor ini, bagi mereka harus diserang semua bentuk kredibiliti , integriti dan maruah baginda dengan sebuah modus operandi biasa yang kita tahu dan sangat kenal biasa digunakan gerakan dajjal diperingkat antarabangsa. 

Melalui fitnah, mereka mencetuskan dan memenangi peperangan. Melalui fitnah juga, mereka melakukan satu demi satu percaturan politik untuk mendapat kuasa mutlak di dalam pemerintahan.

Kini, dengan menggunakan jaringan antarabangsa ini, Sultan Selangor sedang menghadapi ujian fitnah ke atas baginda dengan pihak mereka menyerang peribadi pihak yang paling dekat dan tentu sahaja disayangi baginda. Sebuah portal berita kendalian Zionis yang berpengkalan di Tel Aviv menerbit  sebuah berita yang disangsikan kesahihahannya mengenai anakanda baginda yang dikatakan bakal melakukan satu kesalahan yang besar di dalam agama Islam.

Tanpa mendapatkan kepastian dan temuduga daripada anakanda baginda dan pihak Istana Selangor, portal berita ini terus sahaja menyiarkan berita tersebut dengan niat supaya ia segera diviralkan dan dipercayai oleh rata-ata orang awam yang tidak mahir dan mudah terdedah kepada modus operandi fitnah gerakan dajjal seperti ini.

Tujuannya satu. Ia supaya maruah DYMM Sultan Selangor dicalarkan seteruk mungkin. Ia juga dilakukan dengan niat dan tujuan supaya Sultan Selangor mendapat kekecewaan dan perasaan sedih yang teruk sehingga menyebabkan baginda tidak akan berani lagi lantang untuk menentang agenda pemurtadan orang-orang Islam di Selangor. Boneka-boneka gerakan dajjal ini bertepuk tangan dengan penyebaran berita ini. Agen-agen mereka di dalam bentuk ahli-ahli parlimen Muslim yang menjadi boneka bagi pihak mereka sedang bersorak sorai dengan gembira kerana sebahagian umat Islam yang mudah ditipu sedang sibuk menceritakan perihal buruk keluarga Sultan Selangor.

Pihak kami ingin menyeru semua pihak supaya sentiasa berhati-hati dengan gerakan dajjal seperti ini. Allah sw.t. di dalam al Quran telah berpesan kepada kita umat Islam supaya menyiasat terlebih dahulu sebarang berita yang dibawakan oleh golongan Fasiq sebelum mengambil jalan untuk mempercayainya. Ayat ke 6 surah al Hujurat mencatatkan perkara berikut :

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al Hujurat : 6)

Apa pun yang terjadi, pihak kami tetap ingin merafakkan sembah sokongan kepada DYMM Sultan Selangor supaya sentiasa tabah dan diberikan kekuatan yang lebih oleh Allah dalam menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri. Pihak kami akan berdiri teguh dibelakang  baginda di dalam zaman penuh dengan berita fitnah seperti ini kerana kami faham bahawa akhir zaman ini, fitnah akan berada di mana-mana sahaja. Ia ada di dalam setiap udara yang kita sedut dan setiap titian air yang saban hari kita hirup. Selagi baginda Tuanku meletakkan Islam sebagai keutamaan baginda dan memperjuangkan kesucian Islam supaya tidak mudah diperkotak katikkan, selagi itulah baginda akan mendapati pihak kami dan lain-lain pihak yang sentiasa komited untuk memperjuangkan serta mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara akan teguh berdiri di belakang DYMM Sultan Selangor.

Kami akan berdiri mengambil jalan dan pendirian yang diambil oleh umat-umat Islam di zaman lampau sebagaimana yang telah mereka lakukan dengan tetap berdiri teguh dibelakang pemimpin mereka pada waktu ini. Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s., selain daripada rasul dan nabi yang dilantik ke atas umat mereka, mereka juga menjadi pemimpin ke atas umat Islam di zaman mereka. Sebahagian anak-anak dan isteri mereka, tidak mendapat hidayah dari Allah. Tetapi itu semua tidak pernah dijadikan alasan untuk umat Islam menolak untuk berdiri teguh di belakang mereka. Ini kerana mereka mengikut pemimpin mereka yang berada di atas landasan takwa dan yang mahu membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah. Begitulah juga jalan yang sedang kami ambil untuk menyokong penuh baginda kerana baginda telah menzahirkan komitmen baginda untuk memelihara kesucian agama Islam di negeri pentadbiran baginda.

Daulat Tuanku! Semoga Allah memberikan Tuanku dan semua yang rapat dengan Tuanku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi zaman fitnah ini. Amin.


Thursday, 24 July 2014

Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian

Laporan gerakan pelampau evangelis Kristian nampaknya tidak reda dan ditambah pula ada di kalangan kita yang masih lagi skeptik dan tidak percaya pendedahan demi pendedahan yang kita buat. Sebab itu apabila ada orang-orang Melayu yang begitu ghairah tidak mahu percaya pendedahan kita, ada yang bertanya balik apakah mereka ini sebenarnya telah pun menjadi anggota C5 MBB? (apa itu C5 MBB – sila baca)
Semalam, Harian Metro melaporkan kes terbaru yang berlaku di Seremban, baca petikan akhbar di bawah:
Kristianisasi di Sri Carcosa Seremban 22Kul2014
Petikan Harian Metro 22 Jul 2014 – klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.
Mungkin bahasa laporan itu agak lembut kerana ianya datang dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Sebenarnya bahan bukti sudah cukup. Kerja yang dilakukan telah dikenal pasti. Kaedah penipuan sudah jelas. Identiti paderi Kristian itu pun sudah disebut dan dikenal pasti.
Sebab itu, sebelum ini saya telah nyatakan bola sepak adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh pelampau Kristian untuk memurtadkan anak muda kita. Dan saya telah pun sebutkan di sini:
Kali ini, selain daripada kaedah tersebut, penipu-penipu jahat ini turut mengguna kaedah jual langsung MLM dan menjual produk kesihatan. Sudah banyak laporan yang diadukan bahawa paderi-paderi ini menipu melalui produk kesihatan untuk mendekati mangsanya – hingga dapat masuk ke dalam rumah mangsa.
Kita masih alpa.

Pautan Asal :

Wednesday, 23 July 2014

Khalid Samad Masih Berkeliaran Dengan Kebiadabannya


Setelah DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda ke atas perbuatan biadab Khalid Samad, lelaki ini masih kelihatan dibiarkan berkeliaran dengan perbuatan demi perbuatan yang semakin hari semakin menyinggung perasaan Sultan.

Wa’ad Melayu, Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Orang-orang Melayu/Islam tidak pernah taat secara membabi buta pada sesiapa sahaja yang memerintah. Selagi sesiapa yang memerintah masih memerintah di dalam lingkungan perka
ra yang dibenarkan oleh syariat, kesetiaan orang Islam akan ditumpahkan kepada pemerintah-pemerintah yang adil sebegini.

Sultan Selangor telah menjalankan tanggungjawab baginda sebagai Ketua Agama Islam bagi Selangor. Ini merupakan sebuah negeri yang menjadi antara sasaran utama golongan evangelis untuk menjalan agenda gerakan Kristianisasi mereka. Timbul masalah tentang kebiadaban Khalid Samad ini, apabila dia mempertikaikan bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terletak di bawah Sultan Selangor.

Tindakan biadab ini berikutan perbuatannya cuba  membela tindakan Bible Society Malaysia yang melanggar  Enakmen Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 di Selangor.

Kebiadaban sebegini terhadap Sultan yang berusaha keras mempertahankan agama Islam daripada serangan bertubi-tubi golongan Ekstremis Islamufobia tempatan tidak harus dibiarkan. Jika kebiadaban sebegini dibiarkan, ia akan memberikan isyarat yang salah kepada pihak umum. Ia seolah-olah, sesiapa sahaja boleh berkelakuan biadab kepada Sultan atau Raja mana-mana negeri tanda dikenakan sebarang tindakan.

Jika isyarat yang salah ini difahami dan digunakan sebagai hujah oleh golongan yang bercita-cita mahu menukar negara ini sebagai sebuah republic, maka tunggulah masalah yang lebih besar akan berlaku.

Justeru itu, kami ingin mendesak pihak berkuasa menyiasat mana-mana ruang undang-undang yang ada untuk mengusahakan satu bentuk tindakan undang-undang ke atas perbuatan biadab Khalid Samad.


Khalid Samad perlu dikenakan tindakan segera! 

Apakah Wujud SOP Diskriminasi Perkauman Ketua Polis Negara dan Peguam Negara?

Ketika ini, bagai sebuah wabak yang melanda, rata-rata komen yang melimpahi ruang-ruang perkongsian maya sedang sibuk berbicara tentang integriti dan kredibiliti dua orang tokoh yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin amanah memegang kuasa menjalankan keadilan di dalam negara.

Rata-rata komen dan perkongsian di dalam maya sedang menyambut dengan penuh ‘gembira’ kecekapan Polis DiRaja Malaysia di bawah KPN sekarang Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pejabat Peguam negara dalam menghantar Kiki Kamaruddin, mangsa provokasi lisan seorang rasis tua, ke muka pengadilan. Perbuatan mencetuskan kemarahan mendadak tidak lagi dipertimbangkan sebagai asbab amukan wanita malang tersebut. Walaupun beliau sudah memohon maaf secara live melalui media-media, permohonan maafnya tidak membawa apa-apa erti kepada kamus keadilan KPN yang seharusnya buta warna.

Dalam tempoh tidak sampai 5 hari, tanpa sebarang laporan polis, beliau ditahan, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan dan dihukum oleh Mahkamah. Hanya dengan KPN menonton video amukan yang dilakukannya tanpa mencederakan sesiapa melalui aplikasi telefon pintar, ia sudah cukup untuk KPN menggerakkan jentera-jentera kepolisan dengan kelajuan halilintar untuk menyegerakan proses keadilan.  Hebat! Super Hebat!

Tahniah Ketua Polis Negara. Justice delayed is justice denied. Rata-rata, penduduk negara kagum dengan keupayaan halilintar selektif kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM dalam isu ini.

Tetapi kecekapan kerjasama pada tahap halilintar ini menimbulkan satu bentuk misteri yang asing. Kes Kiki Kamaruddin ini dan kes Presiden ISMA sebelum ini melibatkan pihak yang menjawab provokasi perkauman yang dicetuskan pihak lain. Yang melakukan provokasi terlepas, tetapi yang menjawab provokasi cepat pula dikenakan tindakan. Apakah kerana mereka Melayu dan beragama Islam, maka dikirimkan pasukan elit halilintar yang mampu mencapai kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk membawa mereka ke muka pengadilan dengan sepantas mungkin.

Rakyat Malaysia sudah mula terhidu sesuatu. Seolah ada pendekatan selektif. Jika kamu Islam dan Melayu maka, kecenderungan untuk keadilan dikuatkusakan ke atas kamu akan berlaku dengan pantas. Tetapi jika kamu bukan Islam, maka kamu boleh lakukan apa sahaja. Setiap laporan polis, tidak akan membawa apa jua bentuk tindakan. Jika ada pun usaha untuk mengenakan tindakan, satu dua panggilan telefon daripada pihak tertentu sudah cukup untuk menghentikan Mahkamah yang baharu hendak bersidang atas sebab-sebab tertentu. Ini telah berlaku di hadapan mata dan deria rakyat Malaysia. Ks RSN Rayer satu contoh yang baik. Rakyat mula teringat satu persatu kes-kes yang sehingga kini belum mendapat pengadilan yang sepatutnya.



KPN & AG, apa cerita pula dengan kes Patrick Teoh yang melakukan provokasi menghina Islam dua tahun lepas? Kenapa tidak dikirimkan pasukan halilintar tuan untuk membawa penghina dan pemprovokasi ini ke muka pengadilan? Atas apa alasan kesnya didiamkan? Apakah kerana dia telah memohon maaf di dalam laman sosialnya, maka dia dilepaskan? Bukankah Kiki Kamaruddin juga telah memohon maaf, malah permohonan maafnya lebih kelihatan penyesalan yang ikhlas berbanding permohonan maaf Patrick Teoh ini? Jadi kenapa ada beza layanan perjalanan keadilan di dalam kes ini?




KPN dan AG, bagaimana pula dengan kes Namewee yang sudah berusia 7 tahun tanpa diambil sebarang tindakan?


Apa pula kisahnya dengan penghina dan penggugat ketenteraman awam yang mencetuskan provokasi agama sebagaimana yang telah dilakukan oleh Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvavi)? Seolah seluruh sistem keadilan melumpuh bila berhadapan dengan mereka berdua.


Bagaimana pula dengan kes Pengetua Sekolah Cina yang mengugut bunuh salah seorang guru mualaf di Johor hanya kerana dia bertekad memakai tudung? Kenapa tiada sebarang tindakan? Apakah kerana dia telah ‘memohon maaf’ maka tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Sedangkan terdapat laporan polis dibuat ke atas pengetua terbabit. Pelik bukan? Kes Kiki Kamaruddin yang tiada laporan polis dan dia juga sudah memohon maaf, dibawa ke muka pengadilan sehingga dihukum dengan hukuman yang telah ditetapkan.


Apa pula cerita remaja sekolah yang menjadi mangsa tindakan rasis guru yang mengajar sekolahnya? Ibu bapanya sudah membuat laporan Polis. Tetapi di mana pula pasukan halilintar tuan KPN berada sehingga kes ini senyap begitu sahaja?



Apa pula ceritanya dengan seorang lelaki Cina menerajang dan menyepak muka seorang remaja yang dituduh mencuri? Undang-undang mana yang digunapakai untuk menghalalkan perbuatannya wahai Tuan KPN? Bukankah di dalam rakaman video tuan semasa mengulas insiden amukan Kiki tersebut, tuan ada mengatakan bahawa negara ini ada undang-undang dan jangan buat sesuka hati? Mana pula perginya pasukan halilintar tuan dalam kes ini?


Kes provokasi Teresa Kok juga berjalan pada kelajuan super perlahan? Kenapa? Boleh Peguam negara jelaskan?



Bagaimana pula dengan kes P. Ramasamy yang jelas melakukan provokasi mengajak pertumpahan darah antara kaum supaya disegerakan? Bukankah terdapat tidak kurang dari dua laporan polis ke atasnya? Malah yang melaporkan kesnya kepada polis ialah bekas Tan Sri Zaman Khan, bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Apakah pihak KPN ingin memberitahu dunia bahawa bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM tidak faham takrif hasutan sebagaimana yang PDRM pada hari ini fahami?

Benar masa telah berubah, jika dulu di zaman Tan Sri Zaman Khan, mungkin dia tidak pernah tahu akan kewujudan cara bertindak selektif yang dijalankan PDRM dan Pejabat Peguam Negara kini.

KPN harus menjawab kenapa wujud dua bentuk perbezaan ketara antara kes sensitif melibatkan orang Melayu Islam dan golongan bukan Islam yang melakukan provokasi dan tindakan biadab ke atas orang Melayu. Kenapa apabila orang Melayu dan Islam yang melakukannya, semua tindakan dari siasatan, pendakwaan dan hukuman dilakukan dengan begitu pantas, tetapi apabila melibatkan golongan bukan Islam yang biadab terhadap Islam yang merupakan agama negara ini, seolah-olah semua kes tersebut mengalami kelewatan tindakan super luarbiasa, dipetisejukkan dan kemudiannya hilang entah ke mana.

Kenapa boleh jadi sebegitu AG dan KPN? Boleh tolong jelaskan supaya semua ketidakadilan ini dapat dirungkai dan dipastikan puncanya. Jika puncanya ialah tuan KPN sendiri, maka tolonglah letak jawatan. Jika puncanya pejabat Peguam Negara, maka tolonglah umumkan supaya semua umat Islam tahu kenapa ketidakadilan sebegini berlaku. Jika puncanya ialah tekanan luar tertentu samada dari parti politik dan sebagainya, maka jelaskanlah supaya kami faham beban yang sedang ditanggung tuan KPN dalam menjalankan amanah kuasa di bumi Malaysia ini.




Tuesday, 22 July 2014

Pemerkasaan pendekatan IPHRC



Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) yang dianggotai 18 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah direalisasikan penubuhannya pada Jun 2011 bagi mencari langkah pemerkasaan hak asasi manusia dari perspektif Islam. Malaysia, selain Turki dan Indonesia, merupakan anggota yang aktif dan menonjol telah turut menyumbang secara berkesan daripada segi pendekatan yang berupaya meningkatkan taraf pencapaian hak asasi manusia dalam kalangan negara anggota OIC.

Sebagai salah satu langkah memulihkan peranan OIC melalui penggunaan mekanisme ke arah memperkukuh dan melindungi hak asasi negara anggotanya, IPHRC telah mencapai kata muafakat untuk memberi fokus utama terhadap perbincangan tentang tatacara prosedurnya, di samping memberi tumpuan terhadap isu kontemporari berkaitan agenda hak asasi manusia di peringkat sejagat.

Pada awal penubuhannya, IPHRC memutuskan bahawa hak daripada segi sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan di negara anggota OIC, keadaan hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab lain yang diduduki Israel pada 1967 dan isu hak asasi manusia dalam agenda OIC akan menjadi perkara tetap dalam agenda suruhanjaya itu.

Dalam syor yang dikemukakan kepada majlis Menteri-Menteri Luarnya, IPHRC menawarkan untuk membantu negara anggota, jika diminta berbuat demikian, dalam bidang penting seperti memenuhi keperluan mekanisme hak asasi manusia. Ini adalah peranan yang perlu diperkasakan, melihat pada cabaran semasa melibatkan pencabulan hak asasi manusia terhadap negara anggota OIC.

IPHRC juga menggalakkan setiap negara anggota memanfaatkan kepakaran yang dimiliki suruhanjaya itu dengan merujuk perkara berhubung hak asasi manusia dan undang-undang berkaitan kepadanya untuk mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat, selain turut membincangkan sumbangan nilai-nilai Islam terhadap hak asasi manusia yang diiktiraf sejagat serta mengiktiraf peri pentingnya kerjasama dalam kalangan negara anggota OIC, termasuk melalui perkongsian amalan baik.

Setelah kira-kira dua tahun mesyuarat rasmi pertama IPHRC berlangsung bagi memutuskan perkara-perkara tersebut, mesyuarat terkini pada 1-5 Jun 2014 yang lalu telah sekali lagi menyentuh isu keganasan Israel, selain mendalami perbincangan Islamophobia, impak negatif akibat sekatan ekonomi unilateral terhadap negara anggota, situasi minoriti Muslim Rohingya, situasi hak asasi manusia di Republik Afrika Tengah serta pembentukan mekanisme untuk memantau pencabulan hak asasi manusia dalam kalangan minoriti Muslim. Mutakhir ini dunia Islam kembali berdepan dengan pencabulan hak asasi manusia yang getir, khususnya serangan Zionis yang berleluasa terhadap masyarakat awam di Palestin, skala pembunuhan etnik Muslim Rohingya di Myanmar yang semakin serius dan penindasan kaum Uighur di China. Justeru kapasiti IPHRC perlu dinilai kembali agar lebih menyerlah peranan serta keberkesanan tindakannya terhadap isu-isu pencabulan hak asasi manusia masyarakat Islam.

Dalam hal ini, peranan Malaysia yang mempunyai kedudukan utuh peranan Islam perlu dioptimumkan bagi memimpin fokus dan arah tuju IPHRC. Keistimewaan kedudukan Islam melalui Perkara 3(1), Perkara 37(1) Jadual Keempat serta Perkara 12(2) di dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai jaminan undang-undang sama di peringkat pusat mahupun melalui Undang-undang Tubuh dan Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri memperkukuhkan kedudukan Malaysia untuk menyerlahkan model pencapaian hak asasi manusia dalam kalangan negara anggota OIC.

Keupayaan Malaysia membentuk pendekatan wasatiyyah dalam mentadbir sebuah masyarakat berbilang agama menerbitkan harapan dalam kalangan negara anggota OIC lain dan contoh ikutan bagi menzahirkan acuan hak asasi manusia mesra tamadun manusia tanpa meninggalkan kerangka Islam. Kepimpinan kerajaan bertunjangkan Melayu-Islam yang telah diuji ini perlu berperanan lebih jauh lagi bagi memaksimumkan peranan IPHRC sebagai platform membaiki pencapaian hak asasi manusia menurut acuan sendiri, tidak terikut dengan model liberal-sekular Barat yang memberi kebebasan hak asasi manusia tanpa batas.

Bagi menggarap harapan tersebut, Malaysia boleh menimbangkan perkara-perkara berikut melalui keahliannya dalam IPHRC sebagai pendekatan dan strategi jangka panjang:

"Mencipta rangkaian masyarakat sivil dengan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) yang memfokus pada usaha meningkatkan pencapaian hak asasi manusia menurut kerangka syariah. IPHRC perlu mempunyai sayap masyarakat sivil yang tersendiri bagi berperanan menasihat serta berkongsi kepakaran dan pengalaman NGI dalam menangani situasi hak asasi manusia;

"Memfokus pada usaha melatih lebih ramai kalangan sarjana dan ilmuwan Muslim, di samping para aktivis NGI untuk turut didedahkan dengan mekanisme hak asasi manusia yang sedia berjalan di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk menguasai kefahaman dan kepakaran dalam instrumen-instrumen undang-undang antarabangsa dan di peringkat ASEAN dalam pelbagai aspek hak asasi manusia. Hal ini penting sekiranya IPHRC mahu mewujudkan mekanisme pemantauan pencabulan hak asasi manusia tersendiri.

Dalam keadaan semasa, sistem hak asasi manusia sejagat yang sedia ada dikuasai sifat imperalisme negara-negara Barat yang bertopengkan moralisme. Maka umat Islam dan negara-negara anggota OIC tidak harus terus meletakkan harapan pada sistem hak asasi manusia sejagat sedia ada untuk mencari jalan keluar menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai, Islamophobia serta pelanggaran hak asasi manusia di kalangan masyarakat Islam.

Setelah lebih 60 tahun fahaman liberal-sekular melatari Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 dan akhir-akhir ini dikatakan semakin gagal menyelamatkan pelanggaran hak asasi manusia negara-negara anggota PBB sendiri, maka umat Islam tidak patut hanya menunggu tindakan melalui mekanisme hak asasi manusia badan dunia itu. IPHRC perlu mencetus pendekatan yang lebih dinamis dan bertenaga dalam melaksanakan tindakan menyelamatkan pencabulan hak asasi umat Islam.

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam yang mengetuai MuslimUPRo, iaitu Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140720/re_12/Pemerkasaan-pendekatan-IPHRC#ixzz389gUxaeL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KERANA SURAT BIADAP.. SULTAN SELANGOR ENGGAN TERIMA KHALID SAMAD MENGADAP.

Pakailah Bedak Apa Sekali Pun Khalid...
ISNIN, 21 JULAI 2014 16:44
Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.
Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.
“Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini.
Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.
Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.
Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.
Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.
AGENDAILY 21/7/2014.

Menjawab Khalid Samad: Negara Islam tercemar dengan sikap melampau Islamis Liberalis

hjhazizi

Meniti bilahan hari di bulan Ramadhan ini, kebersamaan Allah yang dikecapi ketika tilawah dan solat malam dibasahi pula sejak dua tiga hari ini dengan doa munajat agar Allah S.W.T. menghancurkan tentera Yahudi Zionis laknatullah yang menyerang bumi Gaza. 

Namun kekhusyukan beribadat ini amat terganggu dengan sikap melampau ¨Islamis liberalis¨ terkini. Kata-kata mereka menjengkelkan perasaan muslim sejati dan mencemarkan imej Islam yang diturunkan untuk memimpin umat manusia dengan wahyu Ilahi.
Kemunculan puak ¨Islamis liberalis¨ ini bukan baru. Sudah lama. Namun selepas pilihanraya 2008, kewujudan mereka semakin ketara, bahkan kini ia semakin menjolok mata.
Puak ini apabila berbicara mengenai agama, mereka memakai fahaman agama seperti yang difahami oleh sami Buddha di Myanmar yang membunuh muslimin Rohingya, sama seperti agama yang difahami oleh kumpulan teroris Klu Klax Klan. Islam mereka samakan dengan Kristian Ortodoks di sisi tentera Serbia yang merogol wanita muslimah Bosnia beramai-ramai. Oleh sebab itu, apabila bercakap mengenai hubungan antara fahaman kebangsaan dan Islam, mereka hanya terbayangkan model-model taksub bangsa daripada orang-orang kafir yang sesat itu, sedangkan tiada titik pertemuan antara kebenaran Islam dan kebatilan agama lain.
Mereka membutakan mata terhadap seruan asobiyah kaum Cina yang saban hari sekarang ini, secara terang-terangan tanpa malu dan takut, menyemai perasaan benci terhadap orang-orang Melayu. Mereka membisu seribu bahasa di hadapan tindakan menghina agama Islam yang bertalu-talu dilakukan oleh orang-orang Cina. Bukan itu saja, bahkan mereka bersekongkol dan ¨bersekedudukan¨ dengan puak Chauvinis Cina Kristian Evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja sebagai satu helah untuk memurtadkan orang Melayu. Mereka menjadi perkakas bagi agenda asing yang diterajui oleh kumpulan yang menggabungkan antara fahaman fanatik perkauman ultra kiasu dan agama liar ciptaan Yahudi.
Bani Israel yang mereka perkatakan itulah yang merosakkan ajaran Nabi Isa seawal kemunculan Paulus dan yang mencipta ajaran sesat Syiah dengan kemunculan Abdullah bin Saba´. Tidaklah Evangelisme dan Syiah itu melainkan kesinambungan kreativiti Yahudi untuk melatakan kefasadan di muka bumi ini. Tetapi yang menjadi bencana ialah apabila golongan ¨Islamis liberalis¨ yang berimejkan Islam ini bertahaluf, bertolong bantu, berganding bahu, dengan puak-puak perosak itu, hanya semata-mata perebutan kuasa politik.
Bencana menjadi malapetaka apabila mereka bersekongkol dengan puak Chauvinis Cina Kristian Evangelis yang terang-terangan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sivil tanpa agama. Negara tanpa mana-mana agama dominan. Sama seperti di Indonesia. Tidakkah mereka tahu bahawa projek puak-puak ultra kiasu Evangelis itu bakal menghancurkan institusi agama Islam di negara ini, memijak hak orang-orang Islam yang kebetulan hampir kesemuanya berbangsa Melayu. Sebenarnya mereka tahu, tetapi golongan ¨Islamis liberalis¨ ini sanggup untuk menjadi balaci dan terus menerus mengelirukan anak-anak muda Islam.
Kumpulan sebegini hidup atas emosi dan kejahilan ummat. Apabila melihat sokongan semakin merosot di kalangan orang Melayu, maka semakin aktiflah kumpulan ¨Islamis liberalis¨ ini berwacana atas nama Islam rahmat bagi seluruh alam untuk memenangi hati orang-orang bukan Islam. Topeng Islam yang digunapakai sebagai justifikasi moral untuk mengambil sesuatu tindakan yang oportunistik dan tidak bermaruah.
Golongan ini tidak kisah sekiranya imej Islam tercemar, prinsip dan ajarannya menjadi kabur, maksud ¨rahmatan lil alamin¨ diselewengkan, asalkan dapat mengasak untuk merebut kuasa dan merobohkan tembok sang penguasa. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka merobohkan Islam bernegara, lalu memberi ruang penguasaan kepada sang ultra kiasu Evangelis. Bagi sebahagian daripada mereka pula, mereka tidak kisah apa yang terjadi pada Islam asalkan penaja asing mereka berpuas hati. Mereka berpegang pada prinsip kalah jadi abu, menang jadi arang. Perjuangan dan dakwah Islam sememangnya bukan agenda mereka. Namun yang jahil dan taksub di kalangan Melayu tetap tertipu.
Golongan ini tidak mendapat dokongan para ulamak. Manakan tidak, segala fatwa mufti-mufti di negara ini mereka sanggah, jika tidak memenuhi selera politik mereka. Malah keputusan institusi syura ulamak mereka sendiri pun mereka langgar. Bahkan mereka membiarkan orang-orang bukan Islam memperlekeh institusi ulamak dan agama di negara ini, selagi ia selari dengan nafsu politik mereka. Mereka hanya dengar sekali sekala pendapat bekas mufti dan seorang dua “ulamak liberal”, yang sekepala dengan mereka.
Bagi yang memahami Islam dan memahami juga pendekatan yang digunakan Allah dan RasulNya, semestinya pendekatan golongan Islamist liberalist ini amat canggung dan wajib ditentang. Ia bercanggah dengan pendekatan Islam yang berpaksikan kepada wahyu, dengan segala disiplin ilmu syarak dalam menghuraikannya. Pada masa yang sama semakin ramai umat Islam telah berjaya disesatkan atas seruan emosi membenci sang penguasa, menggunakan pendekatan liberal dan pragmatis Barat, sehingga terjerumus dalam politik berdosa dan tidak bermaruah. Demi membela imej Islam, kesucian ajarannya dan demi menyelamatkan umat Islam dari disesatkan olehnya, kita mesti bersuara. Islam menolak liberalisme dan pluralisme agama. Dan Melayu hendaklah kembali kepada Islam, ajarannya dan pendekatan tersendirinya dalam mengislah kerajaan berdasarkan manhaj Rabbani.
Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Pautan Asal :

http://www.ismaweb.net/2014/07/menjawab-khalid-samad-negara-islam-tercemar-dengan-sikap-melampau-islamis-liberalis/

Mujahid, NUCC Dan Tuntutan Kongsi Gelap LGBT

Malaysia merupakan sebuah negara Islam sebagaimana ia ditakrifkan mengikut  Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, setiap undang-undang yang ditegakkan di dalam negara ini, sejak sekian lama mematuhi prinsip-prinsip keadilan yang diiktiraf serta tidak bertentangan dengan Agama Islam.

Perlakuan dan kecenderungan melakukan hubungan seksual diluar tabii merupakan satu bentuk jenayah di dalam negara. Kanun Keseksaan (Akta 574) di dalam seksyen 377 menggariskan bentuk-bentuk perbuatan serta kecenderungan seks di luar tabii yang diiktiraf sebagai perbuatan jenayah dan layak dihukum di bawah undang-undang negara.

Tetapi semua ini cuba dihapuskan di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC). NUCC telah mencadangkan 3 deraf Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Harmoni melalui bantuan Majlis Peguam. Terdapat beberapa eleman Anti Negara dimasukkan bagi memenuhi tuntutan nafsu golongan Ekstremis Islamufobia tempatan di dalamnya. Ini termasuklah memasukkan Seksyen 7 di dalam Rang Undang-Undang tersebut yang mahu menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelaku jenayah LGBT.

Mujahid Pertahan Hak Kaum Lut Untuk Tidak Didiskriminasikan
Mujahid Yusuf Rawa, seorang pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah diberikan tanggungjawab oleh NUCC untuk menjayakan Rang Undang-Undang Harmoni. RUU Harmoni ini dikatakan telah dibentuk supaya diterima sebagai undang-undang yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948. Dalam kenyataannya sebelum ini, Mujahid Yusuf Rawa, yang selama ini diangkat oleh golongan Ekstremis Islamufobia tempatan sebagai seorang tokoh Islam Moderat, menyatakan beliau akan berjuang untuk mempertahankan hak golongan homoseksual, lesbian yang mengamalkan jenayah kaum Lut daripada sebarang bentuk diskriminasi.

Walaubagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Mujahid Yusuf Rawa dengan membelakangkan ayat-ayat al Qur’an dan hukum-hukum agama, seolah masih belum cukup untuk golongan yang hidup mereka sentiasa dipandu oleh kehendak seksual dan nafsu sendiri. Mereka menuntut Mujahid bersama NUCC untuk tidak hanya memperjuangkan hak mereka untuk tidak didiskriminasikan, malah Mujahid juga dituntut mereka supaya mengeluarkan kenyataan untuk mengiktiraf hak kecenderungan seksual golongan terbabit.

Kongsi Gelap LGBT
Sekumpulan daripada mereka telah menubuhkan beberapa pertubuhan yang menyokong perbuatan-perbuatan jenayah di luar Tabii. Kamus Dewan Bahasa mentakrifkan perkumpulan sulit untuk maksud atau kegiatan jahat dirujuk sebagai kumpulan kongsi gelap.

Oleh kerana kesalahan jenayah seks luar tabii merupakan kesalahan yang terletak di bawah Kanun Keseksaan  Akta 574 yang turut memuatkan kesalahan seperti jenayah melancarkan perang ke atas Yang di Pertuan Agong, sebarang usaha untuk megiktiraf hak mana-mana kumpulan untuk menyahkan fungsi undang-undang di dalam Akta 574 akan mendorong pihak-pihak pelampau lain untuk berbuat sedemikian rupa.

Bayangkan kumpulan-kumpulan pengganas yang dibiayai dana dari negara-negara luar menubuhkan pula kumpulan pendesak untuk mendesak NUCC untuk memansuhkan seksyen121 (Jenayah Melancarkan Perang ke Atas Yang diPertuan Agong), kumpulan-kumpulan penjawat awam yang dibiayai dana daripada luar menubuhkan kumpulan pendesak menuntut hak untuk mendedahkan rahsia-rahsia negara dan kumpulan-kumpulan nafsu buas menuntut Seksyen 377E (Jenayah Seskual ke atas kanak-kanak) atas alasan itu sebahagian daripada hak mereka yang telah didiskriminasikan.  

Penang Freedom To Love dan Diversity merupakan pertubuhan yang menyokong kecenderungan seks luar tabii untuk diiktiraf sebagai hak yang mesti diterima oleh negara. Tuntutan serta desakan mereka supaya wujud satu bentuk undang-undang untuk menghapuskan semua undang-undang yang menyatakan kesalahan orientasi seksual songsang sebagai satu jenayah. Inilah bentuk tuntutan yang membuatkan mereka layak dirujuk sebagai kumpulan Kongsi Gelap LGBT.

Mereka telah menulis sepucuk surat tuntutan kepada NUCC untuk meneruskan agenda memasukkan Seksyen 7 di dalam RUU Harmoni tersebut. Ia supaya hak kecenderungan seksual mereka akan mendapat pengiktirafan negara dan tidak boleh didiskriminasikan oleh sebarang bentuk undang-undang di dalam negara.

Persoalannya, bagaimana kumpulan sebegini dibenarkan wujud untuk mencabar undang-undang yang tidak disukai mereka? Apakah Ketua Polis Negara hanya sibuk memburu kesalahan yang dilakukan video viral di dalam wechat, whatsapp dan lain-lain aplikasi media baharu, tetapi melupakan terus jenayah dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap seperti ini yang bakal memusnahkan keharmonian dan keamanan negara?

Kumpulan Kongsi Gelap Menentukan Undang-Undang Negara?
Apakah kita akan membiarkan undang-undang negara ini ditentukan oleh kehendak-kehendak kongsi gelap yang menggunakan NUCC sebagai saluran menyuarakan kehendak mereka? Apakah NUCC mahu dikenali sebagai badan yang terlalu memberi muka kepada tuntutan demi tuntutan yang bercanggah dengan prinsip keharmonian negara, bersifat Anti islam, Anti Perlembagaan, Anti Rukunegara dan bersifat cenderung mengiktiraf perbuatan jenayah sebagai hak yang tidak boleh dipertikaikan?

Apakah NUCC kini dipandang kongsi gelap-kongsi gelap sebegini sebagai Godfather untuk membawakan perkara-perkara rosak diangkat sebagai hak yang diiktiraf oleh negara?

Kita sama-sama saksikan nanti. Cukuplah dengan negara ini berhadapan satu demi satu masalah dan bala dari Tuhan. Walaupun tindak tanduk tokoh-tokoh Islam Moderat mengikut acuan RAND Corporation seperti Mujahid Yusuf Rawa boleh bersetuju untuk mempertahankan hak mereka-mereka ini, majoriti umat Islam di luar sana memandangkan semua yang cuba diusahakan Mujahid Yusuf Rawa di bawah NUCC ini sebagai bakal mengundang masalah yang lebih besar kepada negara nanti.

Jika satu ketika dulu batuan berapi dari langit runtuh dan bumi terbalik menimpa kaum Lut kerana kedegilan kaum tersebut yang menuntut hak mereka diiktiraf, maka tidakkah kita melihat satu persatu masalah yang menimpa negara juga sebagai satu isyarat kepada kepimpinan supaya segera menghentikan kecanduan tuntutan hak asasi membabi buta seperti ini.

Pihak kami akan sentiasa bersama pemerintah di waktu susah dan senang. Tetapi jika kesusahan itu ditempah kerana kedegilan membelakangkan prinsip kedaulatan Islam di negara ini, maka bersedialah pemimpin untuk menghadapi semua masalah dan bala secara berseorangan tanpa sokongan dan doa umat Islam dibelakangnya.