Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Monday, 30 June 2014

Pendirian Anarkis Anti Perlembagaan MCCBCHST?

Gambar Hiasan Antara Aktiviti MCCBCHST

Majlis Antara Agama semalam mengeluarkan satu KENYATAAN PALSU yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Majlis Antara Agama yang dimaksudkan ialah Majlis Rundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism (MCCBCHST). Ia merupakan sebuah majlis perundingan menghimpunkan agama-agama yang tidak disebutkan kewujudan mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Kenyataan dikeluarkan oleh Presidennya, Sardar Jagir Sigh.

Presiden MCCBCHST Jagir Singh dilihat masih berusaha memetik Memorandum Perikatan yang dihantar kepada Suruhanjaya Reid pada 1956 sebagai BUKTI PALSU yang menyatakan negara ini dibentuk untuk menjadi negara sekular.

Pihak PEMBELA telah berkali-kali menjelaskan serta menegaskan fungsi dan peranan Suruhanjaya Reid dalam proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk menyediakan laporan. 

Sebuah jawatankuasa kerja dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper bertanggungjawab untuk menjelaskan pindaan-pindaan terakhir ke atas cadangan Suruhanjaya Reid.  Parti Perikatan menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa White Paper yang antaranya memasukkan:

i. Islam sebagai Agama Persekutuan,
ii. tetapi tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka, dan
iii. tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini.
Jawatankuasa White Paper menjelaskan Memorandum Perikatan yang menuntut 3 Perkara tersebut. Walaupun hanya seorang sahaja Ahli Suruhanjaya Reid Beragama Islam, iaitu Hakim Abdul Hamid, beliau telah bersetuju menerima cadangan perikatan itu. Namun begitu, Raja-Raja Melayu telah memuktamadkan penerimaan cadangan tersebut dengan hanya menerima dua prinsip cadangan Perikatan tersebut iaitu yang Pertama dan yang Kedua. Manakala prinsip Ketiga yang mengandungi pernyataan " tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini" ditolak dan tidak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya Raja-Raja Melayu menegaskan mengenai kedudukan Sultan dan Raja-Raja sebagai Ketua Agama bagi negeri masing-masing dan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Untuk pihak MCCBCHST cuba menyembunyikan fakta sejarah apabila masih berdegil berpegang dengan cadangan yang ditolak ini sebagai alasan untuk menyokong hujah Malaysia sebagai sebuah negara Sekular, maka tindakan ini bolehlah dianggap sebagai satu perbuatan menjalankan penipuan terancang.

Hujah yang dibawakan mereka ini merupakan hujah yang sama dengan apa yang dibawakan selama ini oleh IRF, Parti-Parti Politik Perkauman Cina, serta kumpulan-kumpulan ekstremis Islamufobia tempatan yang didanai oleh campurtangan politik negara luar ke atas kedaulatan Malaysia.

Telah jelas direkodkan di dalam sejarah bahawa cadangan negara sekular di dalam Memorandum Perikatan tersebut telah DITOLAK SAMA SEKALI sebagai sebahagian daripada PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

MCCBCHST harus faham perbezaan antara cadangan dan apa yang diterima serta ditolak di dalam cadangan Memorandum Perikatan tersebut. Bukan semua cadangan diterima. Apa yang diterima itulah yang membentuk apa yang kita namakan sebagai Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini.

Mahkamah Syariah

Jagir Singh juga kemudiannya mengungkit bahawa perkataan Mahkamah Syariah tidak pernah wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957.

Presiden MCCBCHST harus diperingatkan bahawa Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah membuat rujukan yang menyeluruh kepada semua aspek yang terkandung di dalam agama Islam termasuk amalan dan sisi perundangan Islam yang menjadi susuk-susuk tiang pendiri agama Islam di sini.

Perlembagaan juga bukanlah sebuah dokumentasi rigid dan  harus sentiasa bersifat statik dan kaku. Perlembagaan Persekutuan membenarkan isi-isikandungan di dalamnya diubah, ditambah dan dibuang mengikut syarat yang telah ditetapkan. Ini termasuklah kewujudan Artikel 121 (A) yang menyebut secara jelas status hak serta kewujudan Mahkamah Syariah di dalam negara ini.

Jika Jagir Singh mahu menafikan hak umat Islam untuk ditadbir perundangan syariah dengan menggunakan alasan bahawa perkataan Mahkamah Syariah tidak wujud di dalam Perlembagaan, apa pula perasaannya nanti apabila umat Islam mula mempertikaikan kewujudan serta hak-hak beragama pihak lain dengan menggunakan alasan bahawa agama mereka tidak pernah disebut oleh Perlembagaan yang sama?

Untuk pengetahuan Presiden MCCBCHST,  agama Kristian, Buddha, Hindu, Tao yang membentuk persatuan MHCCBHST juga tidak pernah disebut walaupun sekali di dalam Perlembagaan Persekutuan bermula 1957 hingga sekarang ini.

Yang ada hanyalah referensi kepada agama-agama lain yang dibenarkan diamalkan secara aman dan damai dengan agama Islam di dalam artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

Tanpa sikap aman damai kepada Islam, mana mungkin agama-agama yang tidak disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dibenarkan diamalkan di negara ini?

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

“Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain bebas untuk diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

“Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.”


Kenyataan Biadap Menghina Perlembagaan Persekutuan, Sultan Selangor Serta Undang-Undang Negeri Selangor oleh Dato RS Mohan Shan
Malah kenyataan dari Datuk RS Mohan Shan dari Persatuan Hindu Sangam yang merupakan salah satu ahli di dalam MHCCBHST dilihat sebagai satu kenyataan SANGAT BIADAB, apabila beliau menyatakan perkara berikut :
“Rampasan Bible membuktikan mereka mahu mengatur agama lain.”
Ini adalah satu kenyataan yang seharusnya tidak diucapkan oleh Presiden Persatuan Hindu Sangam.
Datuk RS Mohan harus diperingatkan bahawa Perbuatan Pencerobohan ke atas Perlembagaan Persekutuan, menghina Titah Sultan Selangor serta mencabul Undang-Undang Negeri oleh pihak-pihak yang menerbitkan, membawa masuk serta menyimpan Bible tersebut adalah satu perbuatan jenayah yang tidak seharusnya disokong oleh mana-mana pihak.
Malah, di dalam penghakiman yang dibuat di dalam Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 di dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Mahkamah menyatakan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada ajaran asas agama Kristian dan perkataan ‘peace and harmony’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah bermaksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli MHCCBHST ini adalah merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta mencerminkan sikap biadab beliau terhadap kedudukan serta kadaulatan agama Islam di Malaysia.

Pendirian Anarkis MHCCBHST?
Apakah pihak MHCCBHST sedang cuba menjadi agen anarkis negara dengan membawa satu bentuk budaya anarki bersifat :
i)         Anti Perlembagaan
ii)        Tidak mempamerkan rasa hormat kepada YDPA Sultan/Raja-Raja yang merupakan Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri.
iii)        Berterusan mempamerkan sikap degil dengan enggan menerima kewajipan Negara untuk memelihara agama Islam pada semua masa sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.
iv)        Enggan menerima hakikat bahawa agama-agama lain bukanlah agama Negara sebaliknya hanyalah agama yang dibenarkan untuk diamalkan secara bersyarat seperti disyaratkan di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.
v)         Cuba menggugat keharmonian Negara dengan bertindak secara agresif mempertikai Kedaulatan Islam di dalam negara.
Dengan pendirian-pendirian bersifat anarkis ini, pihak PEMBELA ingin mendesak supaya MCCBHST diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya dilarang dari terus bergerak aktif dalam mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan agama.
Pendekatan Anarkis mereka ini secara jelas telah melanggar syarat beragama untuk agama-agama lain yang ditetapkan di dalam Artikel 3(1) dan Artikel 11 (5) Perlembagaan Persekutuan.

PEMBELA menghormati hak penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka, tetapi kenyataan-kenyataan MCCBCHST telah mencetuskan kemarahan dan menimbulkan suasana tidak harmoni terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Hanya Pertubuhan-pertubuhan Agama yang tidak bersikap sedemikian wajar dibenarkan untuk terus bergerak di dalam  negara ini.

Pihak PEMBELA juga ingin mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat elemen-elemen anarkis yang sedang meresapi serta menghasut kumpulan-kumpulan agama ini yang semakin hari semakin biadab mencetuskan provokasi dan mengambil sikap tidak aman kepada Kedaulatan Islam di negara ini.

Kenyataan PEMBELA ini dikeluarkan kerana ada pihak dengan sewenang-wenangnya mencetuskan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan mencetuskan rasa permusuhan antara agama di dalam negara ini tanpa diambil tindakan ke atas mereka.

Ingat, syarat untuk mengamalkan agama-agama lain selain Islam di Malaysia ini ialah dengan bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Tanpa sikap aman damai terhadap Islam, PEMBELA mahu satu gerakan mengharamkan pertubuhan-pertubuhan bersifat anarkis ini untuk dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa.

Sila jalankan TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN KEPADA ANDA!


Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)


Mitos Malaysia Negara Sekular : Fahami Fungsi Dan Peranan Sebenar Suruhanjaya Reid


Fungsi dan peranan Suruhanjaya Reid dalam proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk menyediakan laporan. Sebuah jawatankuasa kerja dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper bertanggungjawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir ke atas cadangan Suruhanjaya Reid, selaras dengan kehendak-kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, dan pemerintah 
British. Hakim Abdul Hamid yang berasal dari Pakistan, satu-satunya Hakim beragama Islam yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.

Jawatankuasa White Paper telah bersetuju menerima memorandum daripada Parti Perikatan yang antaranya memasukkan:


i. Islam sebagai Agama Persekutuan,
ii. tetapi tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka, dan
iii. tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini.

Suruhanjaya kemudiaannya membuat keputusan untuk menerima (i) dan (ii), tetapi menolak (iii). Dengan itu, Persekutuan Tanah Melayu, dan kemudiaannya Malaysia tidak ada kena mengena lagi dengan 'negara sekular'.

BERHENTILAH DARIPADA MENGATAKAN MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR.


DATUK S AMBIGA JAHIL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?




Datuk S Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, dilaporkan oleh akhbar Sunday Star sebelum ini, di bawah tajuk “MPs backing PAS’ hudud will break oath”, sebagai berkata bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong hudud akan melanggar sumpah mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular. Kata beliau dalam forum anjuran MCA bertajuk “Hudud – A Nation at Crossroads” di Wisma MCA beberapa minggu lepas: “Their oath states that they have to defend the Constitution, which is secular.”

Perlembagaan Persekutuan memang mewajibkan Ahli Parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan sebagaimana berikut:

"Saya, ........................................................................................, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

Kami menggesa Datuk S Ambiga tunjukkan di mana di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia adalah sekular. 


Datuk S Ambiga tidak akan mampu untuk menunjukkan yang Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia adalah sekular kerana peruntukan seperti ini memang tiada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah:


Perkara 3 (1): Islam ialah agama bagi Persekutuan.
Perkara 11 (1): Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Berdasarkan kepada Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan ini maka jelaslah bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong hudud sebenarnya akan mentaati sumpah mereka untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana hudud ialah ajaran Islam, Islam ialah agama bagi Persekutuan, dan tiap-tiap orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agama Islam.

Apakah sikap dan butir biacara yang dipamerkan  Datuk S Ambiga dan lain-lain pihak yang bersamanya seolah-olah cuba mendedahkan sisi kebencian terhadap Islam yang mungkin berakar kukuh di dalam jiwa mereka?  Ia sehingga sanggup mengada-adakan apa yang tiada di dalam Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk menafikan hak umat Islam untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agama mereka yang sebenarnya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.


Hentikanlah pembohongan Malaysia negara Sekular.

Perkataan Sekular tidak pernah wujud di dalam Perlembagaan malah pengisian Perlembagaan juga menunjukkan negara ini adalah sebuah negara yang dibentuk dengan acuan Islam sebagai rupabentuknya.




Qurrawiy

Sunday, 29 June 2014

Perutusan Ramadhan Pengerusi PEMBELA.



Assalamualaikum wa rahmatuLLAHi wa barakaatuh.
AlhamduliLLAH segala puji hanyak layak bagi ALLAH tuhan semesta raya. Selawat juga salam ke atas Rasul junjungan al-mustafa SAW serta ke atas para sahabat dan keluarga baginda.
Sekali lagi ALLAH mengurniakan kita nikmat Ramadhan yang penuh barakah. AlhamduliLLAH di akhir-akhir ini semakin ramai di kalangan umat Islam yang menyambut dengan penuh kegembiraan kedatangan Ramadhan. Ramadhan disambut begitu meriah sekali. Ini menandakan dakwah para ulama dan duat dalam negara kita telah berjaya menjadikan umat Islam menghayati serta menjiwai Ramadahan al-mubaarak ini. Setiap tahun juga pelbagai program dan aktiviti ihya' Ramadhan dianjurkan segenap lapisan umat. Sehingga dj-dj radio dan para artis pun turut menggambarkan kepentingan Ramadhan dalam hebahan mereka. 
Namun apa yang mesti menjadi muhasabah kita bersama ialah adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan? Atau kita hanya sepeti burung tiong yang pandai mengejek percakapan tuannya tetapi langsung tidak mengerti apa yang dia sendiri ungkapkan?..

Ihya Ramadhan hanya diertikan menghidupkan siang dan malam Ramadhan dengan beribadah lahiriah yang khusus semata-mata..masih ramai di kalangan kita yang masih belum meng'ihya' Ramadhan'kan hati-hati mereka..akibatnya kita dapat melihat saban tahun Ramadhan datang dan pergi namun tiada langsung meninggalkan bekas pada hati kita. Masih makmur dalam diri kita sifat mazmumah. Masih berjerebu dalam hati kita tentang la ma'bud illaLLAH dan la maqsud illaLLAH. Masih kosong dalam hati kIta iyyaka na'budu, wa iyyaka nast'in. Seolah-olah aqidah, syariat dan akhlak itu hanya dihayati di bulan Ramadhan semata. Selepas berlalunya Ramadhan segalanya kembali seperti asal. Tiada lagi penghayatan selepas berlalunya bulan mulia ini.

Hakikatnya ihya' Ramadhan itu lebih dari hanya menghidupkan ibadah-ibadah khusus di dalam bulan qiamullail ini semata-mata..tetapi ihya'ul Iman wal Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab itu kalau kita perhatikan ALLAH mengharamkan kita melakukan yang halal di siang hari Ramadhan. Kalau di luar Ramadhan ianya halal tetapi tidak di dalam bulan rahmat ini. Sebagai contoh makan makanan yang halal, ianya dihalalkan oleh ALLAH kita makan tetapi diharamkan kita makan walaupun yang halal di siang hari Ramadhan. Puasa diertikan sebagai menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..bukan semata-mata menahan diri dari makan dan minum sahaja. Pendek kata Ramadhan adalah satu manifestasi kepada ketundukan dan ketaatan kepada ALLAH dengan tidak berbelah bahagi dalam apa juga keadaan dan masa asalkan perintah dan larangan itu dari ALLAH sami'na wa atho'na. Justeru kalau kita semua memahami falsafah tarbiyah Ramadhan dari ALLAH ini, kita pasti akan berjaya meninggalkan semua perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH.
Saya selaku Pengerusi PEMBELA dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH ar Rahman dan ar Rahim mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubaarak untuk 1435H ini. Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita semua. SALAM RAMADHAN AL-MUBAARAK!
BERSATU PADULAH WAHAI UMAT ISLAM DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA!






Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Friday, 27 June 2014

Ridhuan Abdullah : Pelarian Muslim Di Negara Islam Malaysia

Saudara Islam kita, En Ridhuan Abdullah telah mendapat perintah dan hak penjagaan ke atas anaknya Ummu Habibah dari Mahkamah Syariah. Sebuah keputusan dari sebuah Mahkamah yang diiktiraf kewujudannya oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebuah keputusan yang menurut Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diganggu atau dimasuk campur oleh Mahkamah Sivil menurut artikel 121 (A).

Saudara Islam kita ini, telah mengislamkan anak perempuannya yang berusia bawah 18 tahun dan diberikan nama Ummu Habibah. Perlembagaan Persekutuan pada artikel 12 (4) membenarkan salah seorang dari ibu atau bapa atau penjaga menetapkan agama anak yang berusia 18 tahun ke bawah.

Ia sebuah hak yang diiktiraf malah diperkukuhkan Mahkamah Persekutuan di dalam kes  kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Lain (2007) dan kes Nedunchelian V Uthiradam lawan Nurshafiwah Mah Singai Annal & Lain (2005). Mahkamah. Dalam kedua-dua kes, Mahkamah Persekutuan  secara jelas menyatakan bahawa perkataan “parent’ di dalam Artikel 12 (4) adalah merujuk kepada bentuk mufrad atau singular. Jadi ibu atau bapa atau penjaga boleh menentukan apa agama bagi anak yang berusia di bawah 18 tahun.

Malang bagi saudara seagama kita ini apabila kewujudan Artikel 121 (A) seolah-olah tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Mahkamah Syariah yang telah memutuskan hak penjagaan ke  Ummu Habibah kepadanya.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai Agama Negara. Artikel 37 menuntut Kepala Utama Negara bersumpah di atas nama Allah untuk menjaga kedudukan Islam sebagai agama negara. Perdana Menteri negara ini, bersumpah dengan nama Allah semasa mengangkat sumpah jawatan. Ketua Pembangkang negara ini, bersumpah dengan nama Allah semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Tidak bolehkah kita berhenti bermusuhan sejenak dan menyatakan Solidariti Akidah kepada saudara kita ini. Bukankah Allah yang mempersaudarakan dia dengan kita?

Tetapi malangnya tali persaudaraan yang bertaut antara Negara, Kepala Utama Negara, Perdana Menteri Negara, Ketua Pembangkang Negara, kedua-dua Parti Islam terbesar negara iaitu UMNO dan PAS kepada saudara Ridhuan Abdullah ini tidak memberikannya sedikit ruang untuk mendapat teduhan demi cintanya kepada akidah Islam.

Allah berikan hidayat kepadanya. Dia datang kepada kita sebagai saudara sedarah kerana akidahnya kepada Allah. Allah telah mempersaudarakan Ridhuan Abdullah dan anaknya Ummu Habibah kepada kita. Tetapi tatkala dia datang memohon sedikit perlindungan di rumah saudara-saudaranya, masing-masing menutup pintu demi mencari keberuntungan dunia.

Lihat wajah anaknya. Lihat kembali kepada wajah anak-anak kita di rumah. Hari ini, hari Ridhuan dan anaknya diherdik pada muka utama akhbar berbahasa Inggeris tempatan seolah dia seorang penjenayah. Begitu mereka memusuhi dirinya dan tidak sabar untuk mengherdiknya di muka depan sehingga terlupa bermuhasabah bahawa gambar yang dipaparkan bukan gambar Ridhuan Abdullah.

Hari ini dia hidup dalam keadaan bersembunyi. Dia tidak takut, tetapi kasih sayangnya kepada Ummu Habibah membuatkan dirinya terasa diancam. Ini kerana Perlembagaan yang mengiktiraf keputusan Mahkamah terawal, tidak langsung membawa makna apa-apa kerana kebaculan dan penyakit cinta dunia yang tidak kunjung padam antara kita. Hari ini, hari Ridhuan Abdullah menjadi pelarian dan buruan polis hanya kerana mempertahankan akidah anak kesayangannya.
Siapa tahu, esok hari kita pula menjadi pelarian akidah di negara Islam Malaysia. Dengan kuasa undi dan wang, kita mungkin akan selamat dan berjaya di Mahkamah Dunia.

Tetapi apakah alasan yang dapat kita berikan nanti di depan Allah sekiranya saudara Ridhuan membawa anaknya Ummu Habibah dihadapan setiap seorang kita, lebih 15 Juta umat Islam di negara ini di Mahkamah Akhirat nanti?!!!!!!

Ya Allah.. maafkanlah kami.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosa kami kerana membiarkan saudara Ridhuan dan anaknya Ummu Habibah yang engkau persaudarakan kepada kami menjadi pelarian akidah di bumi yang mengangkat Islam sebagai agamanya.

Kepada saudara Ridhuan, semoga Allah memberikan saudara dan Ummu Habibah jalan keluar dari kemelut ini dan mempertemukan saudara dengan saudara-saudara Islam yang tidak mempunyai penyakit wahan di dalam diri mereka. Amin.



Ben Yaacob. 



MAIS serah bible kepada Pendakwa Raya negeri


1372748821DSC_1786 (1)

PETALING JAYA, 26 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menyerahkan semua kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lepas kepada pihak Pendakwa Raya negeri untuk tindakan selanjutnya. 
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata beliau telah menulis kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri berhubung perkara itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan cadangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini. 
Minggu lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya MAIS menyelesaikan isu rampasan Bible itu mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai. 
Abdul Gani pula mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup. 
Katanya, Pejabat Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 
Mohamad Adzib berkata, MAIS akur dengan keputusan Peguam Negara itu dan kini menyerahkan kitab berkenaan kepada pihak Pendakwa Raya untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik. 
“Sebenarnya kami berhak melupuskannya dengan sendiri. Tapi sebab kami pentingkan keadilan dan keharmonian, kami dah pulangkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa balik ke mahkamah mengikut prosedur,” katanya ketika menutup Konvensyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, hari ini. 
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat rampasan itu mengikut undang-undang di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 
Pada 2 Januari lalu, JAIS menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, di sini dan merampas 300 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu. - BERNAMA

Thursday, 26 June 2014

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berkenaan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
     

IGP Tolong Kotakan Janji Untuk Bertindak Ke Atas Penghina Keputusan Mahkamah

Bernama melaporkan Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) mengeluarkan amaran kepada semua pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan isu nama Allah baru-baru ini.

Seolah-olah ia satu amaran yang tegas. Tetapi, satu persoalan timbul. Setakat mana ketegasan yang ingin dipamerkan IGP dan pasukan polis nanti? Terus terang, kita sudah muak dengan amaran yang tidak pernah diterjemahkan dengan satu tindakan tegas ke atas golongan pelampau yang tidak pernah hormat Perlembagaan, Undang-Undang Negara dan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak pernah menyebelahi mereka.

Malah, menjadi semakin muak, apabila pihak-pihak yang mempertahankan Perlembagaan, Undang-Undang Negara dan keputusan-keputusan mahkamah pula menjadi subjek tangkapan atas desakan kumpulan-kumpulan pelampau.

Seolah-olah hanya orang-orang Islam layak ditangkap tetapi pelampau Ekstremis Islamufobia terlepas dengan begitu sahaja. Tetapi, umat Islam masih percaya sistem ini boleh diperbaiki kembali.

Dengan amaran seperti bernada tegas yang baru dikeluarkan IGP ini, kami berharap agar janji pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas golongan yang menghina keputusan mahkamah ini dapat dikotakan. Semoga semua kes yang disiasat dan diambil tindakan oleh polis tidak lagi berubah menjadi NFA dan dedak anai-anai seperti biasa apabila dibawakan ke Pejabat Peguam Negara.

Berikut berita yang dipaparkan BERNAMA.
_____________________________________________________________

Kalimah Allah: Jangan pertikai keputusan mahkamah - IGP



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.
  
Katanya Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan berkenaan isu itu, tetapi didapati ada pula pihak-pihak tertentu mempersoalkan keputusannya.
  
"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
  
"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.
  
Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
  
Pada Isnin lepas, usaha Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu.
      
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.
  
- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/266832