Monday, 1 December 2014

Ular Janji Pemerintah : Bagaimana Mahu Kekalkan Akta Hasutan Jika Pintu Belakang Masih Terbuka?

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :" Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali" (HR Bukhari dan Muslim).

Kali pertama umat Islam di negara yang diberkati ini dipatuk oleh ular janji pemerintah ialah pada ketika Perdana Menteri pada waktu itu berjanji dengan mengatakan Perkara 121 (1A) akan kekal. 

Kekal di sini bermaksud bahawa Perkara 121 (1A) akan diberikan maruah, dihormati dan diperkasakan kembali. Ia berlaku ketika negara sedang dihimpit tekanan golongan kafir dan menteri-menteri kafir yang sedang mendesak supaya Suruhanjaya Antara Agama bersama 14 tuntutannya dipaksakan ke dalam sistem negara.

Umat Islam bangkit pada ketika itu. Semangat mereka membara. Mereka bersatu padu diseluruh negara menuntut agar ke semua 14 tuntutan yang dinamakan sebagai tuntutan IFC ditolak.

Bermula dengan penentangan terbuka di Cititel Pulau Pinang dan berakhir dengan himpunan belasan ribu umat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan hampir satu dekad lalu. Solidariti (bukan SO LI DA LI TI MAA) sehingga membuatkan pemerintah pada waktu itu cemas. Akhirnya sebuah akujanji dihidangkan kepada umat Islam bahawa Perkara 121 (1A) dikekalkan dan 14 tuntutan IFC oleh yang disampaikan oleh menteri-menteri kafir pada waktu itu ditolak sama sekali.

Samada 121 (1A) Mahupun Akta Hasutan 1948, Pelakonnya Tetap Pelakon Dengan Skrip Yang Sama.

Umat Islam kemudian percaya kepada janji tersebut tanpa mereka sedar bahawa pintu-pintu belakang dibuka oleh mereka-mereka di dalam pentadbiran pemerintah untuk mematuk umat Islam dari belakang.

Hampir sedekad sesudah itu, 9 daripada 14 tuntutan yang dijanjikan ditolak pemerintah pada waktu itu telah dilaksanakan melalui pelbagai agenda dan tindakan pintu belakang.

Sebelum Perhimpunan Agong UMNO bermula, kami telah menghidangkan fakta tersebut sebagai rujukan supaya penulisan ini akan dibuat  selepas PAU sebagai tanda peringatan. Ia boleh di baca dengan klik sini. Kami telah menjangkakan satu tindakan populis akan dibuat. Akta Hasutan kami yakin ianya akan diumumkan bakal dikekalkan. Kami faham bagaimana sistem pemikiran pemerintah berputar dan berpusar-pusar. Kami menunggu untuk melihatnya berlaku dan ia berlaku sebagaimana yang dijangkakan.

Kami tahu dan kami sudah bersedia dengan kemungkinan itu. Kami juga sudah bersedia dengan tindakan-tindakan yang perlu untuk memastikan kami tidak lagi dipatuk dengan ular janji mana-mana pemerintah sekali lagi.

Kami sangsi bahawa pemerintah benar-benar mahu "mengekalkan Akta Hasutan dan dibuat penambahbaikan".

Selagi pintu-pintu belakang seperti MKPN, agensi-agensi liberal dan figura-figura liberal masih berkeliling pada pemerintah, maka selagi itu kami akan terus menyeru umat Islam untuk mendekati janji pemerintah dengan pandangan skeptikal.

Bukan kami tidak mahu berterima kasih sepenuhnya, tetapi kami mahu menyimpan trofi pujian itu sehingga semua yang dijanjikan benar-benar terlaksana.

MKPN, GMM dan lain-lain pintu belakang yang boleh menggugat janji pemerintah harus segera dibubarkan. Jaringan liberal yang berkeliling kepada pemerintah harus segera dilupuskan. Tanpa itu berlaku, kami tetap dengan pandangan sangsi tentang janji-janji ini.

Ingat. Kami belajar dari patukan yang pertama hampir sedekad lalu. Kami berada di situ. Bisa patukan itu tidak pernah hilang dari terus menyakitkan  hati.

Tutup semua pintu belakang. Golongan penerobos pintu belakang sedang berkeliaran di mana-mana sahaja. Tutup dan jangan sesekali biarkan ia terbuka.

Jika ia tidak berlaku, anggap sahaja kami melihat ia sekadar ular janji yang tidak akan dibenarkan mematuk kami semua sekali lagi. Kami tidak akan membenarkannya berlaku untuk kali kedua.

Percayalah, kami di sini bukan untuk menjilat pemerintah sehingga berkilat-kilat. Kami di sini kerana kami golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang taat kepada pesan-pesan yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. ke atas kami sebagai panduan.

Bayarkan sahaja kepada sesiapa sahaja untuk menjilat sesiapa sahaja menjadi berhala-berhala emas yang saban hari dipuja-puja walaupun melakukan perkara-perkara yang tidak betul dan salah. Tetapi tidak kami.

Jika benar, kami nyatakan benar. Jika salah, kami akan menegurnya sebagai salah.

Jika dipatuk sekali lagi untuk kali yang kedua ini, kami akan menyeru supaya semua umat Islam bangkit menuntut hak-hak mereka sebagaimana yang telah termaktub buat mereka di dalam Perlembagaan.

BANGKIT! Dan tutup pintu belakang.

Jangan biarkan kita dipatuk oleh ular janji yang sama sebanyak 2 kali.

16 comments:

  1. dkt PAU sendiri dah nampak betapa terpaksanya ah jib gor kekalkan akta hasutan. kalau tak, takkan blogger pro umno terutama yg freelance dipanggilnya bangang. tak logic pula nak kata blogger umno berbayar akan tegur pemimpin2 nya sendiri. maklumlah, sapa pula yg nak berak kat periuk nasi sendri. kekalkan akta hasutan adalah salah satu perjuangan blogger umno dan pro kerajaan supaya kerajaan tak tersasar dari matlamat untuk sediakan suasana yang stabil untuk politik, ekonomi dan social Negara. tapi nampaknya ah jib gor dalam hati masih lagi simpan dendam pada penentang2nya yang bangkang agenda memansuhkan akta hasutannya.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt setuju Jentayu. Nampak sgt keterpaksaannya.

      Delete
  2. SYUKUR ALHAMDULILLAH ada PEMBELA, Ben! KEJAM betul pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL PENGKHIANAT; mcmmanalah mereka dpt.tidoq malam setelah tahu KEBENARAN; tapi masih TAK nak BERTAUBAT kpd. ALLAH SWT?!!

    Kerana yg. perlu diperjuangkan paling utama oleh PENCINTA-UMNO/PAS-TULEN, adalah ISLAM, sbg. “TIANG TUA“ PAS/UMNO, supaya NEGARA ISLAM kita ini serta “RUMAH ADAT“ PAS/UMNO TIDAK diROBOHkan puak PENGKHIANAT dalaman ni (lihat makna "Tiang Tua" dlm. adat Melayuberzaman kita ni di - http://kesenianrahmat.blogspot.com/ , Rumah Adat Melayu, 11 Desember 2011)!

    Sebenaqnya, puak PENGKHIANAT dalamanlah, yg. terdiri dari PENGGANAS Yahudi yg. MENYAMAQ sbg. umat Islam, yg. telah MENJATUHkan Empayar Islam di Andalusia/Eropah! Malangnya sekarang, pengkhianat dalaman yg. paling bahaya, dlm. Dunia Islam zaman sekarang, adalah dari puak Islam/Melayu-LIBERAL; yg. TAMAK kuasa/kemewahan anak beranak/keturunan mereka!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link yg menarik Nenek. Kita semua sama2 berkerja.

      Delete
  3. Bubar MKPN!! mansuh Saipuddin Abdullah!! tolak Idris Jala dan 10 point solution!

    ReplyDelete
  4. Ben, thanx pasal remind kami semua. Kita semua pernah kena patuk dulu. Kita lupa. Jngn kna patuk lagi. Cukup skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita saling berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

      Delete
  5. Yg kna pksa najibul tutup pntu blkng smestinya orng2 kuat dlm umno sndiri. Klau mrk dok syok dgn hbuan mka pntu tu akn trknkang lbih luas yg akhirnya smuanya akn trlps. Agak msthil la klau orng kuat2 umno bolh buat. Klau bolh alhamdulillah. Tp tk nmpk jln. Slagi mrk tk brubh prngai mrk slma itula mlayu akn mrana dn mrempt d ngri sndiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu ini mmg seolah tak nampak jalan Tuan. Mcm yg tuan nyatakan, org2 dalan UMNO sendiri yg perlu mengusahakan supaya pintu belakang ini ditutup. Jika gagal, UMNO sendiri akan bungkus dan ditutup kurang satu dekad lagi.

      Delete
  6. Aku masih AMAT2 tidak faham keperluan dan fungsi MPKN diwujudkan. Apa sebenarnya hasrat kerajaan mewujudkan MPKN sedangkan ia hanya berfungsi menjadikan kerajaan lebih condong kepada kehendak pembangkang. Kemana hala tuju kerajaan yang diterajui oleh ds najib ni? Adakah suara pembangkang lebih dihargai berbanding suara rakyat yang memenangkan BN masa pru yang lepas? Tak paham betul aku dengan ds najib ni. Samada beliau terlalu bijak @ bijak @ tak bijak @ terlalu tak bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mkpn ialah bedak yg digunakan najib atas nasihat con-sultans nya supaya dia dilihat spt seorg demokrat, terbuka dan liberal dikalangan mrk2 yg mahu dia ampu.

      Delete
  7. Pada pandangan saya terdapat beberapa perkara yang perlu dirungkaikan/diperhalusi.


    1) Seluruh dunia sedang bergerak ke arah menghancurkan Islam

    Kebanyakan umat Islam di Malaysia leka dengan perkara perkara yang berlaku di Malaysia sahaja tanpa melihat konteks yang lebih besar sedang melanda dunia.

    Umat Islam Malaysia GAGAL memperhalusi apa yang sedang dipaparkan kepada mereka kerana taksub politik, hiburan dan material.

    Menghancurkan Islam adalah satu trend DUNIA. Ianya sudah tiba di Malaysia


    2) Apakah yang disorokkan oleh pemimpin Islam Malaysia ?

    Ataupun apakah yang tidak diberitahukan oleh pemimpin Islam Malaysia kepada rakyatnya yang beragama Islam ?

    Mungkin terdapat ugutan ugutan ekonomi yang berat terhadap negara yang tidak dibincangkan secara terbuka oleh pemimpin pemimpin kita.

    Ini mungkin penyebab utama ataupun jawapan kepada kelembikan pemimpin pemiimpin kita.

    Saya selalu bertanyakan kepada rakan rakan PAS dan UMNO "Apakah yang kita sebagai rakyat biasa tidak tahu (tidak diberitahu) ?"

    Sebagai pemimpin, kemunduran ekonomi adalah satu malapetaka kepada kerjaya mereka dan juga malapetaka kepada negara.
    Yang pasti, pemimpin pemimpin Islam seluruh dunia tidak mempunyai jawapan kepada penyelesaian ekonomi Islam.
    Cara yang terbaik, di dalam konteks ekonomi global adalah dengan meninggalkan Islam secara teratur dan perlahan lahan (sperti yang sedang berlaku di Malaysia)
    Dengan meninggalkan Islam, Malaysia akan kekal relevan dalam konteks ekonomi dunia.

    Cabarannya kepada UMNO dan PAS (terutamanya UMNO) ialah bagaimanakah hendak meninggalkan Islam sambil mengekalkan kuasa politik mereka ?
    Langkah langkah yang telah diambil setakat ini adalah dengan menyuburkan hiburan dan mengagong agongkan golongan artis.
    Pada masa yang sama, golongan golongan yang masih percayakan Islam disogokkan dengan janji dan sumpah palsu.
    Trend ini juga telah diikuti dengan hebatnya oleh parti PAS sendiri.
    Sedekad dua lagi, golongan yang prihatin Islam akan menjadi golongan yang amat kecil (kerana yang tua telah mati, dan anak anak mereka sudah lalai)

    Maka, bagi memastikan Melayu kekal relevan pada masa akan datang, Islam terpaksa dihapuskan. Mungkin itulah perancangan PEMIMPIN PEMIMPIN BANGSAT KITA.

    UMNO=PAS=PKR=Penjilat TUAN cina cina kafir DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berlaku ugutan di peringkat antarabangsa, beliau harus punya keyakinan sama seperti Tun M ketika menghadapi pelbagai ugutan antarabangsa. Rakyat akan bersamanta jika jalan pilihannya benar.
      Jika kebenaran yang diperjuangkan, rakyat akan sanggup jatuhbangun bersama pemerintah.

      Delete
  8. Dia bodoh klau tk bjak. Mngikut kjian hanya 3 prsen pngundi cina bn dpt dlm pr yg lps. Dia msih syng puak ni dn ari ni plak bg 5 juta kt pariah. Orng mlayu nganga aja. Tnh risab mlayu pun tk gnti bla kluar dlm surt khabr dia buat pkak n bisu. Bila kna tmbk dlm pau bru nk bg arahn surh gnti blek. So pndai ka bodoh ka @ buat2 bodoh krna tkut ssuatu yg dia tkut. Kta tugu dn lihat apa musliht dia. InsyaAllah smua akn trdedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persatu sudah terdedah sekarang. Dia harus memilih supaya umat Islam dapat semula mempunyai kecenderungan utk memilihnya. Jika dia mahu bermuslihat, tiada pemimpin dengan kecenderungan tersebut dpt survive lama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.