Saturday, 6 December 2014

Talian Hayat MKPN : Apakah Pemerintah Benar-Benar Serius Mahu Mempertahankan Akta Hasutan 1948?

Setelah dikritik hebat oleh ramai pihak, MKPN mula bersuara untuk menyatakan bahawa penubuhan Majlis tersebut masih lagi relevan biarpun Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan.



Pada awal penubuhannya, MKPN memang ditubuhkan bagi tujuan untuk membuat konsultasi diperingkat nasional bagi mencari jalan mengukuhkan perpaduan di dalam negara.

Kewujudannya pada ketika itu adalah untuk membuka jalan supaya Najib Tun Razak boleh diberikan kosmetik populis dengan mengumumkan cita-cita pemansuhan undang-undang yang sangat dibenci agen-agen Amerika.

Malang sekali apabila terdapat segelintir pihak di dalam MKPN pada ketika itu, mengambil jalan mudah dengan membiarkan nafsu songsang pihak-pihak di dalam Bar Council dapat dilampiaskan melalui pintu belakang mereka.

Negara menjadi gempar apabila dengan tidak semena-mena diumumkan bahawa 3 deraf Rang Undang-Undang yang dikatakan bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 telah diserahkan kepada kabinet untuk dibentangkan dan diluluskan.

Tanpa melakukan konsultasi dengan 'stakeholder' sebenar dalam isu ini iaitu Majlis Raja-Raja Melayu, Jabatan-Jabatan Agama Islam dan Orang-Orang Melayu Islam, mereka cuba memaksakan undang-undang di dalam versi mereka melalui jalan yang hina.

Semalam, MKPN atau ringkasan terbaru mereka MPPN (Majlis Perundingan Perpaduan Nasional) menyatakan pihak mereka masih relevan lagi untuk terus wujud walaupun setelah AH48 berazam dikekalkan pemerintah.

Kita tidak lupa bagaimana mereka pernah menodai kepercayaan Perdana Menteri melalui deraf undang-undang pintu belakang Bar Council.

Kita juga tidak lupa bagaimana MKPN cuba berperanan sebagai Gestapo Agama dengan mengkritik tindakan MAIS merampas Bible yang melanggar undang-undang serta cuba menjadikan isu penyebaran agama Islam sebagai sesuatu yang seolahnya salah untuk dilakukan di dalam negara.

Kita tidak lupa tentang sikap-sikap Islamufobia yang diambil mereka selama ini.

Jadi, apabila Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dibuat penambahbaikan, maka adalah wajar dan amat masuk akal untuk pentadbiran Najib Tun Razak memulakan tindakan untuk membubarkan MKPN @ MPPN @ NUCC atau apa sahaja kependekan yang mahu digunakan mereka.

Ia jelas merupakan sebuah Majlis tiada beban batu digalas pemerintah. Harus sahaja ia dibubarkan dengan segera.

Kesungguhan pemerintah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 sangat bergantung kepada kesungguhan pemerintah untuk membubarkan MKPN. Jika ianya dibubarkan, amat jelas bagi semua umat Islam bahawa kerajaan benar-benar serius untuk mengotakan janji tersebut. Jika sebaliknya, umat Islam akan terus dan kekal menganggap bahawa janji pemerintah itu tidak lebih daripada sebuah janji populis.

Tan Sri Ramon Navaratnam boleh sahaja memberikan seribu satu lagi alasan supaya MKPN boleh terus kekal wujud, tetapi sebagai sebuah negara yang diperintah dan ditadbir untuk memacu maju ke dalam arus kemodenan sejagat, maka apa yang sudah tidak relevan perlu kekal dianggap sebagai sesuatu yang tidak relevan.

Masa untuk pemerintah menutup pintu-pintu belakang. Bubar sahaja MKPN.

7 comments:

  1. najib takkan bubarkannya...dia tak berani...kalau bahasa kasar...najib takde telor....

    azhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri peluang kepada dia. Dulu, dia berdegil utk memansuhkannya. Tetapi, setelah memikirkan dengan mendalam, dia memansuhkan hasrat tersebut.

      Harapan yg sama juga kami sandarkan mengenai MKPN. Semoga dia sedar bahawa MKPN tidak membawa sebarang kebaikan melainkan terus menjadi pintu belakang kepada pihak lain untuk mensabotaj hasrat kekal akta hasutan 1948.

      Delete
  2. Aku tak setuju...sebab Rang undang-undang Kerharmonian Nasional akan bercanggah dengan Akta Hasut...maka pesalah yg benar2 pesalah akan terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tuan. Tak perlu kita berfikir secara Einstein pun kita semua boleh tgk dan faham tentang hakikat trsebut.

      Delete
  3. Ramon ni spa nk kta mkpn ni releven ! Podah ! Klau lah puak2 harimau d sblek pntu blkng bstju dgn specis ni mka jlas lah yg arimau mla mnyotong dn grang mrek hanya retorik dlm pau sja. Bpk sotong mla mnyotong slmbut2nya agr ianya d kunyah hbis2san oleh barua2 yahudi yg sngup gadaikn maruah dn agama dmi kpentign duniawi. Bubarkn mkpn. Dok tngu apa lagi hoi najib. Ikutlah cra ayah kau dgn ktgasnnya mnyelmtkn mlayu, islam dn NGARA!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan. kita mahukan ketegasan sepertimana yg dipamerkan Allaryarham Ayahandanya. Negara ini tidak boleh ditadbir dengan kiblat populis. Ia mesti terus bertegas dengan kontrak sosial yang selama ini dihormati oleh semua pihak demi kesejahteraan semua.
      Tanpa ketegasan, jangan harap Malaysia akan mencapai kemajuan kerana antara resipi kemajuan ialah negara yang aman dan stabil.

      Delete
  4. Tiada apa yang boleh diharapkan dari najib dan gengnya(kabinet)

    semua pengampu dan penjilat.
    tiada menteri yg berani bertindak dan bercakap apa2 pun


    apa lagi yg ada untuk Islam hari ini dgn pemimpin2 selfish lagi suka berselfie
    kita perlu ada satu mekanisma lain selain dr pemerintah
    mungkin parti lain
    parti yg menyatukan melayu ahli umno-pkr-pas (bukan pemimpin umno-pkr-pas)
    Ahli yg cintakan damai
    ahli yg cintakan penyatuan

    sy percaya ramai yg mahu bersatu atas nama Melayu dan Islam terutamanya

    umno-pkr-pas hanya memecahkan umat
    masing2 mahu menjadi juara yg hakikatnya semuanya kalah

    sy percaya ramai yg ingin bersatu tp bukan atas dasar politik tp atas dasar islam

    jgn diajak pemimpin yg senang lena diulit mimpi
    kita tak mahu pemimpin yg degil lg pekak badak
    pemimpin parti mana2 pon sombong tak kira umno-pas-pkr sama saja , semuanya sombong angkuh

    kita mahu org biasa

    bangkit.info dan org di belakang bangkit.info boleh memulakan sesuatu

    tolong mulakan sesuatu


    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.