Friday, 19 December 2014

Sidang Akhbar Jaringan Muslimin Pulau Pinang Mengecam Kebiadaban Lim Guan Eng.

Semalam, 18 Disember 2014, telah diadakan satu perjumpaan yang menggabungkan lebih dari 34 NGI di Pulau Pinang bagi membincangkan serta membuat satu resolusi untuk dikemukakan satu bentuk pelan tindakan bagi menangani isu tindakan biadab Lim Guan Eng terhadap kesucian Kalimah Allah dan Agama Islam.


34 Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Berfikrah Islam ini, berkumpul secara bersama di dalam Jaringan Muslimin Pulau Pinang  (JMPP), berpadu,bersatu dan menyatakan solidariti kukuh untuk secara bersama di medan paling hadapan untuk menangani tindakan biadab dan celupar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Program dimulakan dengan wakil dari ke semua 34 NGI menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli dengan solat sunat hajat memohon kepada ALLAH agar Guan Eng diberi petunjuk.



Tepat jam 8 malam persidangan meja bulat bermula dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya dipengerusikan oleh ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang(JPMPP).


Hanya satu sahaja agenda dibincangkan di dalam sidang meja bulat tersebut. Persidangan memberi fokus membincangkan  tindakan yang boleh diambil dan boleh dijalankan oleh NGI-NGI terhadap keceluparan Guan Eng dalam isu kalimah ALLAH.


Sidang meja bulat tersebut menyaksikan pelbagai input berupa cadangan, nasihat serta pendapat dikemukakan secara aktif dan penuh semangat merangkumi aspek Perlembagaan, Perundangan, had kuasa seorang Ketua Menteri serta beberapa perkara yang relevan sebagai panduan yang bakal digunakan sebagai respons kepada tindakan celupar Lim Guan Eng dan mereka-mereka yang melakukan tindakan yang sama.



Hasil perbincangan sidang meja bulat tersebut, satu resolusi secara bersama telah dikeluarkan dalam bentuk kenyataan media dan sebuah jawatankuasa bertindak dibentuk untuk menangani isu ini dan isu-isu seumpamanya jika masih berlaku pada masa hadapan.

Persidangan berakhir sejam selepas itu dan satu sidang akhbar membentangkan resolusi 10 bentuk kecaman dibentang di dalam sidang akhbar tersebut.

Pihak kami diberikan akses kepada Kenyatan Media Penuh JMPPyang mengandungi 10 bentuk peringatan dan kecaman ke atas tindakan biadab Lim Guan Eng.



Kenyataan Media penuh seperti di bawah :

KENYATAAN MEDIA
JARINGAN MUSLIMIN PULAU PINANG
25 SAFAR 1436 H/ 18 DISEMBER 2014

Pihak kami Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) ingin membuat kenyataan tegas dan memberi respons kepada keceluparan Lim Guan Eng dalam bertindak menghina kalimah suci Allah, nama Tuhan yang disembah umat Islam, dengan membenarkannya digunakan oleh golongan bukan Islam di dalam negara.

Pertama, Lim Guan Eng perlu diingatkan serta diberi pengajaran bahawa Kalimah Allah Bukan Milik Lim Guan Eng untuk diberikan secara bebas kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Sebagai seorang bukan Islam, Lim Guan Eng harus faham bahawa tindakannya ini merupakan satu bentuk tindakan yang jelas dilihat tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam dengan menghina secara jelas dan terang nama Tuhan yang disembah kami semua.

Kedua, perlu kami ingatkan kepada Lim Guan Eng, tolong jangan jadikan Kalimah Allah sebagai Komoditi Taruhan Perjudian Politik kotor antara beliau dan rakan-rakan politik beliau. Kami melihat isu ini timbul kerana terdorong dengan kehendak taktik kotor politik sehingga sanggup menceroboh sempadan hormat kepada nama Tuhan umat Islam.

Ketiga, Lim Guan Eng  jangan sesekali bertindak menghina keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada bahagian asas di dalam Agama Kristian. Ia diputuskan di dalam kes Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan lain (2013). Lim Guan Eng mesti menghormati keputusan Mahkamah tertinggi tersebut.

Ke empat, Lim Guan Eng perlu diberi amaran supaya kembali mengamalkan apa sahaja kepercayaannya di dalam kerangka hak sepertimana termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan syarat jelas untuk mana-mana agama selain Islam untuk dibenarkan diamalkan di dalam negara, semua praktis dan amalan agama tersebut hendaklah di dalam keadaan aman dan damai terhadap Islam. Sikap yang ditunjukkan Lim Guan Eng ini seolah cuba membawa golongan bukan Islam untuk berkonfrontasi dengan umat Islam.

Ke lima, Lim Guan Eng mesti menghormati dan mentaati Warta Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan di bawah sub seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang dan setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong, telah mengeluarkan Fatwa pengharaman 40 kalimah-kalimah yang berkaitan kesucian Agama Islam. Salah satu daripada kalimah-kalimah yang telah diwartakan tersebut ialah kalimah Allah. Lim Guan Eng mesti belajar menghormati undang-undang negeri di mana beliau menjadi Ketua Menteri.

Ke enam, Lim Guan Eng perlu diingatkan bahawa beliau tidak pernah dilantik sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Ketua Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang ialah Yang Di Pertuan Agong. Perlakuan sumbangnya dengan membenarkan golongan bukan Islam mencemar kesucian nama Allah dilihat sebagai satu perbuatan melampaui batas-batas kuasa beliau sebagai Ketua Menteri.

Ke tujuh, dengan menceroboh masuk serta membuat kenyataan provokasi tentang Islam, Lim Guan Eng dilihat sebagai seolah cuba menceroboh dan menghina kuasa Yang Di Pertuan Agong di dalam Persekutuan Malaysia. Yang Di Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan juga bagi negeri Pulau Pinang. YDP Agong telah diwajibkan bersumpah oleh Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa. Perbuatan Lim Guan Eng ini dilihat adalah satu perbuatan sengaja mencetuskan provokasi malah menghina Yang Di Pertuan Agong dengan mencabar aspek tugasan utama baginda untuk mempertahankan Islam daripada serangan penghinaan pihak-pihak seperti Lim Guan Eng.

Ke lapan, perbuatan Lim Guan Eng sangat jelas boleh menjejaskan perpaduan kaum serta boleh mencetuskan ketegangan antara agama. Lim Guan Eng perlu diberi amaran supaya jangan menjadi punca rosaknya Keharmonian Negara.

Ke Sembilan, Lim Guan Eng mesti diperingatkan supaya tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk menjalankan agenda-agenda politik kotor sehingga menghina nama Tuhan yang disembah jutaan umat Islam di Malaysia.

Terakhir, Lim Guan Eng mestilah menahan diri daripada terus menjadikan dirinya sebagai Batu Api dengan melaga-lagakan antara umat Islam dan umat Kristian yang selama ini hidup rukun damai di Malaysia.

Kami mahu Malaysia dan rakyat Malaysia terus hidup rukun damai, saling hormat menghormati dan hidup mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kebiadaban Lim Guan Eng ini perlu ditangani secara seadil-adilnya mengikut semua peruntukan undang-undang yang ada.Kami mahu mendesak pihak polis dan peguam negara agar mengambil tindakan undang-undang mendesak yang tegas ke atas tokoh yang menjadikan nama Tuhan yang kami sembah sebagai komoditi pertaruhan dan perjudian politik.

Dan jika beliau enggan memelihara 10 perkara sepertimana yang kami nyatakan di atas, beliau cuma tinggal satu saja pilihan iaitu meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri  P.Pinang dengan segera.


Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP)


9 comments:

  1. Salam. Sjak bdk kotok dr mlaka bkuasa d ngri kita dia buat mcm2 kcoh trutma skli dlm isu mngenai agma islam. Tngok dia lontr nma suci Allah wlaupun d lrang. So Guan Eng its better fr you to leave Pg peacefully and go back to Mlaka as advised by Jmpp before you destroy this beutiful island of ours with your crooked heart n bad intention. So brambus bfore its too late.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia harus sedar yang sumbangan dia anak beranak kepada Malaysia hanya sekadar meletakkan hubungan harmoni antara kaum dan agama di dalam permusuhan yg berkekalan.

      Org sebegini, jgnkn dihantar pulang ke melaka, dia dan keturunannya perlu dihantar ke pulau terpencil tanpa manusia supaya tiada lagi manusia dapat dilaga-lagakan utk kepentingan duniawi mrk.

      Delete
  2. Jaringan org2 yang Menangguk di Air Keruh...........Kebodohan terserlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang amat terserlah kebodohan hang!!!!

      Delete
    2. Kesian, 00:11 mencari makan dengan menjadi tisu tandas guan eng.
      Jika tidak boleh di-lap bersih, maka dipanggillah tisu-tisu tandas ini untuk menjilat rasis anak beranak sampai berkilat.

      Delete
  3. Shohh.. Shoohhh.. Ish.. Mana terlepas najis mughallazoh 00:11 belaan guan eng sekor kt sini.. Ben... Blog kau lepas no nanti kena samak pakai selut sebab hanjing guan eng sekor terlepas kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah,

      Maknanya sudah ada puak taksub politik yang sanggup menjilat babi demi sekelumit kehidupan di dunia ini yang tahu kewujudan BANGKIT.

      Manakan mungkin mereka senang dengan pandangan pandangan dan teguran yang boleh membina ummah.

      Mungkin juga dia terlepas khutbah di Selangor hari ini yang mengingatkan kita agar menjauhi golongan liberal dan pluralisme yang dianggap sebagai ajaran sesat.

      Golongan 'Libreal' dan 'Pluralisme' suka menggunakan beberapa perkataan ini untuk menyerang mereka yang tak sependapat dengan mereka:-

      Bodoh
      Sempit
      Belakang
      Kampung

      PAS=UMNO=PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan CINA DAP/MCA/GERAKAN

      PEMIMPIN BANGSAT
      MELAYU MEREMPAT
      ISLAM TERJERAT

      Delete
    2. No Problem, Tuan Hamba Allah 00:38.
      Nampak sgt panas dgn tindakan kita semua mengecam sembahan dia.

      Delete
    3. Ya.. Benar Tuan Hamba Allah 06:43..
      Bahasa mrk sgt mudah dikenali. Kita dpt kenal pasti mrk melalui cara, gaya dan bahasa mereka bertindak.

      PEMIMPIN BANGSAT
      MELAYU MEREMPAT
      ISLAM TERJERAT

      Sangat tepat!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.