Wednesday, 17 December 2014

Radio Dengan Siaran Bersifat Anti Perlembagaan BFM, NGO Buat Sidang Media Esok

Satu sidang media akan diadakan secara bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Pertubuhan Pembangunan Dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI), Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Gabungan NGO Islam Melayu Malaysia (GNI) berikutan aduan demi aduan yang diterima mengenai modus operandi bisnes Business FM (BFM) yang sentiasa menyentuh perkara-perkara sensitif berkenaan Melayu dan Islam di dalam rancangan terbitan mereka.

Sebagai NGO-NGO yang bertanggungjawab dan mencintai keamanan dan ingin mengekalkan keharmonian antara penduduk Malaysia, sikap yang diambil oleh BFM dilihat berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ancaman kepada keharmonian sesama kaum dan agama yang sudah sedia lama wujud di Malaysia. Untuk menzahirkan perasaan resah tersebut, satu sidang media akan diadakan pada hari esok (18 Disember 2014) mengikut waktu dan tempat yang dinyatakan di dalam gambar pemakluman di bawah.





2 comments:

  1. BFM 89.9FM tu bukan radio business ke? Kalau ya, apa business dia nak cakap pasal Islam dan umat Muslims? Dah tak ada berita atau isu business ke nak diperdengarkan kepada pendengar mereka?

    Sepatutnya agensi kerajaan yang berkaitan tarik balik lesen kepada stesen radio tersebut sebagai peringatan dan teladan kepada yang lain.

    Sampai bila lagi Umat Islam harus sabar dan tersenyum apabila Islam dihina, dipersenda dan ditertawakan BFM89.9FM dan lain-lain pendengarnya?

    Sila siasat dan dakwa sekali pengurus stesen tersebut dan dj-dj yang sering mempersendakan Islam dan umat Muslim.

    Tahniah NGO Islam. Diharap momentum ini tidak terhenti begitu saja. Harap pendekatan pro aktif seperti ini dapat dilakukan untuk mengekang kumpulan subversif pelampau anti Perlembagaan Persekutuan seperti BFM 89.9FM dan rakan-rakan mereka yang lain seperti portal-portal berita dan sebagainya!

    ReplyDelete
  2. Ya Tuan Hamba Allah.. lesen mereka patut digantung dan ditarik.

    Ini bukan kali pertama Patrick Teoh Menghina Islam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.