Wednesday, 17 December 2014

Projek Mensekularkan Malaysia!

Oleh  : Megat Rizal MH

Mereka menyalak lagi. Dengan barisan personaliti anti-Perlembagaan Persekutuan yang sama, mereka berkomentari lagi bahawa perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan sekular. Sikap tidak senang mereka kepada autonomi yang diberikan perlembagaan negara kepada Islam sebagai Agama Persekutuan sememangnya tidak sukar untuk ditelah. Sesungguhnya golongan Islamufobia ini sememangnya tidak akan mahu berhenti daripada menidakkan percambahan politi Islam daripada berkembang maju dalam negara kita dengan acuan sendiri. Oleh itu seperti yang dapat kita semua lihat sesungguhnya mereka akan menggunakan segala ruang yang ada, untuk mempertikaikan keabsahan Islam dalam kehidupan seharian kita di Malaysia.

Gerakan ini terdiri daripada beberapa susuk personaliti beridentiti Muslim dan bukan Muslim, malah gerakan ini juga sejak kebelakangan ini semakin galak pula menjemput ‘pakar-pakar Islam’ daripada pertubuhan dan institusi yang tidak kurang mencurigakan. 

Masing-masing cuba memberikan naratif masing-masing dengan menidakkan segala sesuatu yang telah dibuat oleh penguasa-penguasa agama negeri dan jabatan-jabatan kerajaan seperti JAKIM contohnya, sekian lama.

Mereka juga semakin berani menemplak pemimpin Muslim yang dipilih kita, malah sehinggakan ada juga yang bertandang ke negara kita sebagai tetamu tetapi sanggup bersikap kurang-ajar dan menyerlahkan lagi kerendahan adab mereka, apabila menyuruh kita ‘koyak’ perlembagaan negara sekiranya kita masih bertegas untuk menolak liberalisme acuan mereka.

Bukan itu saja malah naratif mereka juga sangat tersusun dan seragam. Lazimnya yang Muslim dengan mendabik dada akan membawa agenda mensekularkan segalanya yang ada di Malaysia, atas nama keterbukaan kepada konsep liberalisme dan penghayatan kepada nilai-nilai pluralisme yang sering pula dikelirukan dengan multikulturalisme. Yang bukan Muslim pula akan cuba bermain watak sebagai wakil kepada suara minoriti yang sering dianiaya dan ditindas dalam segala hal oleh politi Islam.

Mitos yang dicipta mereka ini akan disahkan pula, secara berkala, oleh pakar-pakar teologi Islam yang telah di"kosher"kan dengan dana dan geran ratusan ribu ringgit, institusi-institusi yang boleh diragui asal barat seperti NED, KAS, Carnegie Corporation, Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding dan banyak lagi, yang jika dikaji secara mendalam akan jelas terserlah agenda ketuanan politi Kristian yang sedang diusahakan badan tersebut. Naratif mereka satu, Islam sebetulnya lebih inferior daripada ketamadunan yang telah dibina barat dan umat Muslim, di mana saja mereka berada harus lebih barat-centric.

Seperti yang dapat dilihat baru-baru ini apabila Islamic Renaissance Front (apa Islam itu sememangnya perlu direnaissancekan?) yang sememangnya pernah mendapat dana daripada NED telah menjemput Profesor Ebrahim Moosa baru-baru ini datang dengan membawa berpendapat bahawa sesetengah negara Muslim seperti Pakistan, Mesir, Iran dan Arab Saudi mempunyai ‘discriminatory laws and "intolerable" practices that make non-Muslim minorities in effect, second class citizens.’ Sama seperti apa yang sering dilaungkan oleh sesetengah ahli-ahli politik pelampau untuk mendapat sokongan dan dokongan kaum-kaum tertentu.

Kata beliau lagi, ‘Pluralism and liberal coexistence must strive to get the best out of people working with their local cultures’, seperti kita pula yang bertanggungjawab ke atas Holocaust di Eropah. Tidakkah beliau lihat bagaimana berjayanya Muslim tempatan menjaga kebajikan kaum pendatang bukan Muslim yang rata-rata hidup dengan sangat selesa?

Ebrahim Moosa sebenarnya perlu membawa khutbahnya ke Perancis yang sedang didominasi oleh tsunami Neo Nazi (seperti juga lain-lain negara di Eropah) yang menjadikan umat Islam sebagai kambing hitam kepada permasalahan ekonomi mereka!

Mungkin juga dia perlu membawa khutbahnya ke Belanda supaya ahli Parlimen negara itu , Machiel de Graaf, tergerak hati untuk menghentikan ‘hate speech’ yang dimulakan beliau agar seluruh masjid-masjid di Belanda ditutup. Ucapan yang penuh dengan kebencian sebeginilah yang sedang bergema di seluruh eropah termasuk di negara-negara yang kononnya dikenali sebagai ‘bastion’ kepada hak asasi seperti Denmark, Sweden dan Norway.

Malaysia negara yang telah berjaya menjadikan golongan minoritinya kaya-raya, sehinggakan jauh melebihi penduduk pribuminya sendiri, sehinggakan ada yang berpendapat bahawa ianya hampir menyerupai etos ‘kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Namun itulah hebatnya adab umat Muslim di sini.

Dan hakikat ini adalah sesuatu yang perlu diteliti oleh Ebrahim Moosa sendiri, sebelum beliau berani membuka mulut dan mengkritik tentang ‘sosial fabric’ kita. Mungkin Ebrahim Moosa lupa bahawa apartheid sebenarnya bermula di Afrika Selatan dan bukannya di tanah ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga tidak akan segan silu untuk mengkritik apa saja yang berkaitan dengan Islam dan perundangan Syariah khasnya, seperti yang dikehendaki penaja-penaja mereka, walaupun mereka sedar akan kejahilan mereka terhadap perkara-perkara yang dikritik mereka itu.

Inilah yang berlaku apabila Andrew Khoo memilih untuk mendambakan supaya Islam menjalani proses reformasi seperti yang telah disuarakan beliau pada satu majlis yang sama baru-baru ini. Kata Andrew Khoo, ‘I hope it's not going to take that long for Islam to go through a reformation. Certainly, we would like, or I would like, as a neighbour, I would like to see reformation within Islam and I know it is happening here.’

Nampaknya lelaki ini terbukti bukanlah seorang jiran kita yang baik. Dengan mengeluarkan pandangan tersebut beliau juga telah memilih untuk tidak bersikap aman dan damai dengan agama kita kerana mahu menjadikan kita sebagai sebuah entiti sekular, dengan pemisahan urusan agama daripada urusan negara seperti yang dapat kita lihat di Barat. Pandangan beliau itu boleh dilihat dengan kenyataannya dibawah.

'How can Islam recover (as a) religion of peace? Well, I think the reformation is very important, the split between Church and State, must, I Think also occur between Mosque and State,' komen pendukung COMANGO itu lagi.
Tidakkah beliau membawa penulisan seorang cendikiawan Oxford, berketurunan Malaysia yakni Dato Dr. Muhammad Afifi al-Akiti yang bertajuk 'Defending the Transgressed By Centuring The Reckless Against The Killing of Civillians,', yang banyak memperhalusi adab-adab dalam peperangan dan pandangan perundangan Islam berkenaan dengannya, khasnya berkenaan dengan pengebom berani mati dan hukum dalam menyasarkan serangan ke atas orang awam. 

Kata Dato Dr. Muhammad Afifi al-Akiti melalui penulisan tersebut yang telah dihasilkan pada tahun 2005 lagi, setelah menghuraikan permasalahan utama kenapa premis yang menghalalkan serangan ke atas orang awam, terutamanya ke atas bukan Muslim (sebaiknya dibaca lanjut atas talian untuk mengelakkan kekeliruan berkenaan konteks hujah beliau) di barat adalah tidak mengikut syarak kerana 'The result in Islamic jurisprudence is: if a Muslim carries out such an attack voluntarily, he bocomes a murderer and not a martyr or a hero, and he will be punished for that in the next world.'


Tidakkah pandangan di atas yang jelas menentang keras sebarang keganasan ke atas orang-orang awam, penting untuk dibaca bersama ketika memperbincangkan perihal Islam sebagai agama yang memupuk keamanan sejagat? Kenapakah hanya pandangan ektremis sahaja yang mahu diterima pakai oleh Andrew Khoo dan rakan-rakan?

Adakah ianya selari dengan naratif yang mahu memalukan Islam dengan menidakkan sifat rahmat kepada sekian alam yang dibawa Islam?

Pernyataan berat sebelah dan sangat cetek itu sengaja diwar-warkan gerakan islamufobia ini. Dan apabila ada diantara kita yang bertanyakan kepada mereka-mereka yang jahil tentang Islam, apatah lagi apabila mereka itu sendiri tidak percaya kepada Islam mahu berdiskusi tentang isu Islam?

Lalu jawapan kurang ajar seperti apa yang disuarakan oleh Eric Paulsen, pengasas bersama Lawyer for Liberty, dalam twitternya, @ericpaulsen101, pada 6hb Disember lalu akan diberikan kepada kita semua, ‘Dont want people especially non Muslims to comment on Islam? Then don’t make laws and public policies based on Islam.

Kenyataan menghasut beliau sememangnya satu pernyataan ‘perang’ terhadap nilai-nilai tradisi Malaysia yang cuba dirungkai gerakan Islamufobia. Adakah sifat-sifat Islam yang sudah termaktub sekian lama, perlu diubah hanya kerana Eric Paulsen dan penggerak Islamufobia yang seangkatan dengannya tidak suka dan tidak selesa?

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah cubaan untuk meleraikan pemahaman berkenaan dengan Islam sebagai agama wahyu dan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terpilih, maksum daripada sebarang dosa!

Pendekatan untuk meleraikan pemahaman tradisi orang Islam dengan membawa ide-ide baru yang lahir daripada pemikir-pemikir yang tidak mempunyai kepakaran fiqah mahupun syariah Islam adalah alternatif sekular kepada fatwa yang dikeluarkan para ulama Islam.

Penentangan kepada sistem siasah Islamiyah berjalan dengan begitu teratur sekali seperti terdapat satu central intelligence agency yang mendasarkan secara sistematik kempen penolakkan mereka terhadap sistem politik Islam yang independen, tidak terikat dan terikut barat.

Perkara itulah yang sememangnya diperjuangkan SiS Forum (Malaysia ) Berhad sejak sekian lama. SIS sememangnya terkenal dalam usaha mereka untuk mensekularkan perundangan Malaysia kerana sejak dari tahun 2004 lagi mereka dengan beraninya telah mendesak kerajaan Malaysia agar meminda peruntukan berkaitan kuasa mahkamah Syariah iaitu Perkara 121 (1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini juga dapat kita lihat melalui kenyataan media yang pernah dikeluarkan mereka suatu ketika dulu ‘In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration.

Namun setelah sekian lama, apabila menyedari bahawa babak pertama mereka gagal, pengikut jemaah Amina Wadud ini, liberalis yang difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor, kini mula masuk ke babak yang kedua.

SiS dan ‘kawan-kawan’ mereka dari dalam dan jaringan luar negara, sedang sibuk pula untuk menidakkan perundangan Syariah dan memperlekehkan pandangan-pandangan ulama seperti yang boleh kita lihat pada forum yang mereka adakan baru-baru ini. 

Perbuatan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk ‘memalukan’ Islam supaya institusi perundangan Syariah akan dilihat sebagai tidak ada kredbiliti dan ‘inferior’ berbanding dengan perundangan sivil.

Sememangnya perjuangan mereka sangat bersifat anti Syariah sama selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh paymasters mereka di barat. Lihat sahaja apa yang diperlakukan ke atas Morsi hanya kerana beliau mahu mengusahakan sebuah perlembagaan berteraskan Syariah di Mesir. Episod di Mesir sepatutnya lebih membuka mata kepada penipuan barat berkenaan gerakan ‘kuasa rakyat’ (seperti juga segelintir pemimpin di negara kita) ‘Arab Spring’ yang tidak lain tidak bukan adalah satu projek batil yang gagal kerana sekali lagi apabila rakyat memilih untuk tidak condong kepada barat, seperti yang berlaku di Algeria dengan FIS dan Palestin dengan Hamas, barat akan menggunakan talian hayat kuku besi seorang El Sisi.

Namun di Malaysia, yang mempunyai Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, dilengkapi pula dengan enakmen undang-undang negeri yang berbeza dan tidak seragam, bukti kepelbagaian yang diamalkan Muslim Malaysia, bukti kesyumulan Islam itu sendiri, yang juga meletakkan tanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua-ketua agama bagi negeri-negeri dan negara dan yang mempunyai sistem perundangan syariah yang sudah terpakai, dicampur pula dengan Akta Hasutan 1948 yang tidak dimansuhkan, kerja jahat mereka tidaklah semudah di Mesir.

Malaysia, mungkin agak delicate dan perlu ditatang dengan teliti. Maka dengan itulah agaknya kita dilambakkan dengan forum-forum batil yang semakin menjadi-jadi dikebelakangan ini.

Batil kerana yang menganjurkannya bukan ahli dalam bidang yang mahu dibincangkan mereka. Batil juga kerana yang menganjurkannya mempunyai motif sinister mahu menidakkan politi Islam dan mereka ini dengan jelas terdiri daripada susuk-susuk yang rata-rata ditolak oleh umat Muslim.

Batil juga kerana undang-undang negara yakni Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan, menyatakan dengan jelas dan terang bahawa Islam adalah Agama Persekutuan, lalu seharusnya amalan dalam seluruh persekutuan seharusnya tidak bercanggah dengan peruntukkan tersebut!

Peguam dan aktivis kemasyarakatan, saudara Aidil Khalid ada menerangkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara sekular dengan memetik pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad tentang perkara ini.

Tun Hamid seperti yang diterjemahkan oleh Aidil Khalid sendiri, menulis “Unfortunately, the word secular was used in the judgement, but even so, it was not to refer to the country, but rather to the institutions and its laws. In any event, the usage was rather inaccurate, and it was not supposed to be used as such. Due to certain group and political agendas, it was often quoted out of context so as to allege Malaysia is a secular state, despite the fact that not once does the word ‘secular’ appears in the Federal Constitution. Instead, attention was omitted from the declaration that ‘Islam shall be the religion of the Federation,’ while there is no such declaration for other religions. Attention was also not addressed to the various provisions with regards to the head of the religion of Islam, when there is no such provision for other religions as well. Neither was attention directed to the fact that there is provision to restrict the propagation of other religions to the Muslims; that there are provisions with regards to the jurisdiction of the state legislative bodies to enact Islamic laws including for the establishment of Shariah courts, for the enactment of offences against the precepts of Islam, for the establishment and management of Islamic institutions like Baitul Mal and wakaf, all of which are not provided for other religions. So are all these secular provisions?

Persoalan yang dilemparkan itulah yang tidak mahu mereka jawab sebenarnya! Sesungguhnya kita bukannya mahu dunia memberikan ruang kepada gaya hidup bertunjangkan syariat di mana-mana tempat mereka, tetapi kita hanya mahu dibiarkan untuk menulis sejarah kita sendiri. Kita juga telah lihat bagaimana sekularisme telah melayan umat Muslim di Perancis, Turki, Amerika Syarikat dan kita seharusnya berasa tidak selamat dengan semua itu. Oleh itu kita mahu apa yang kita sudah sedia ada, dan tidak sanggup kehilangan perkara yang telah diperhalusi oleh Tun Hamid di atas.



Baru-baru ini pula di satu forum Ambiga, pengerusi KUMAN, menyatakan bahawa kita harus mengikut teladan India sebagai sebuah negara sekular contoh. Itu mungkin benar. India mungkin sebuah negara sekular yang paling demokratik di dunia. Namun alasan yang digunakan Ambiga untuk mensekularkan perlembagaan negara amatlah dangkal sifatnya.

Saudara Aidil Khalid dalam eseinya yang bertajuk ‘Wither the Myth of a Secular Nation’ berpendapat bahawa ‘there is no provision with regards to the state’s religion in the Indian constitution, while there is in ours. The preamble to the Indian constitution also, following amendment, provides for a clear and unequivocal declaration that India is a “sovereign socialist secular democratic republic,” while there is none such declaration in ours.

Mungkin Ambiga juga yang baru-baru bercakap tentang kehebatan sekularisme di India boleh memperjelaskan kepada kita semua tentang kenyataan yang dibuat oleh seorang menteri India, Sadhvi Niranjan Jyoti yang mengatakan bahawa rakyat India, harus membuat pilihan sama ada mahu negara itu dipimpin oleh anak-anak Ram atau anak-anak haram (merujuk kepada rakyat India yang bukan beragama Hindu).

Untuk pengetahun Ambiga, Muslim di Malaysia tidak mahu berdepan dengan kenyataan-kenyataan sedemikian rupa. Dan kami merasa yakin dengan status quo yang sedia ada yang telah terbukti selama hampir 60 tahun.

Jika India yang kononnya sekular itupun semakin kuat mahu mendasarkan elemen Hindu dalam urusan kenegaraan mereka, kenapa pula kita yang jelas bukan ini, mahu diajak untuk buang begitu sahaja, Islam sebagai Agama Persekutuan?

Namun kenapakah pula kita masih membiarkan perbualan, forum dan rundingan meja bulat yang dengan jelas menghina dan memperlekehkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, semakin berleluasa?

Kenapakah juga para penghasut-penghasut kebencian dan perpecahan masih bebas ke hulu ke hilir menghasut dengan jemputan-jemputan asing mereka sambil menghina Islam, Agama Persekutuan kita?


8 comments:

  1. aku paham kalau kapir bersungguh2 nak mensekularkan Negara kita ni. itu pun dah difirmankan oleh Allah banyak kali dalam quran. tapi yang pelik bin ajaib melayu2 islam boleh ngikut lenggok kapir2 ni. tak takut ke mereka pada azab kubur dan akhirat? sedih bila mereka nilah sebenarnya sebab melayu2 baru ngikut lenggok kapir. cuba kalau kapir tu je yg beriya2 nak secular dan kristiankan Negara ni tentu takkan berjaya. aku harap mereka sempat la bertaubat dan balik ke pangkal jalan sebelum malaikat maut tarik nyawa mereka. amal asas mcm sembahyang, puasa, zakat pun x tentu perfect kena lagi dosa sesatkan umat, masya-Allah...

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu ada puncanya mengenai cara mereka melihat tuntutan2 kafir sebagai sesuatu yg menggiurkan, tuan Jentayu.

      Dan yg lebih pelik, mrk kini lebih berani menonjolkan diri sebagai org2 Islam yang bangun menentang cara Islam.

      Siapa mereka disebalik nama Islam mereka, perlu kita semua telitikan.. Ini zaman di mana ramai sesumpah wujud.. yg paling bahaya tentulah sesumpah dengan pakaian yang sama dengan pakaian agama kita..

      Delete
  2. Tak habis2 muka tu la jugak. Muka recycle. Maknanya, depa ni sikit tapi bersuara lebih dr guruh. Umat Islam kena tgk ni. Depa x kuat. Depa x ramai. Tp depa pandai bagi depa nampak mcm ramai. Xyah takut. Terus lawan.

    Bangkit hrp dpt terus provide insight pasai2 ni. Minta Allah balas dhn kekuatan yg hebat lg nanti utk pasukan Ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa dan sokongan.

      Ya benar tuan.. sejak 2001, memang itulah dia jemaah recycle.

      Delete
  3. Salam. Musuh islam tdak akn brdiam diri slgi mrek tdak dpt orang islam ikut mrek d murtdkn. Yg mngaku islm ni adalh mrek yg wajah @ wtak mrek sja yg dzhirkn islam tp aqidah mrek dah rosak . Mrek nilah yg mnjdi barwa kpd figur2 sprti anwar, ambiga, lks, lge dn puluhn figur yg giat brusha nk ubhsuai plmbagaan dn agama islam. Braninya puak2 kafirin mnyntuh hak islm, hak mlayu kdaultn rja ada d sbbkan kita bpcah dn yg mnguatkn mrek adalh dgn sokngn aljuburi, pas, pasembur dn figur2 yg mngaku islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan. Ya.. mrk tidak akan berdiam diri. Itulah yang telah Allah pesankan kepada kita.

      Dan Allah juga berpesan kepada kita bahawa kita tidak akan kalah dengan usaha mereka melainkan dalam keadaan kita berpecah belah. Bersatu itu imuniti kita terhadap kekalahan peperangan ini. Maka itulah juga yang perlu kita semua serukan.

      Kita akan perangi semua umat Islam yang mehu terus berpecah sehingga mereka sedar dan ingin bersatu kembali.

      Delete
  4. Salam Tuan Ben, benarkah TSAD yang u-turn semalam, hari ini u-turn lagi sekali?

    Tak pening ke asyik pusing-pusing?

    'When contacted, the former ambassador to the Netherlands said Abdul Rahim had emailed the group, apologising for his earlier actions and clarified that he had misunderstood their intentions. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/abdul-rahim-does-u-turn-back-with-g25#sthash.o4pnoVE4.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana yg memetik kenyataan itu ialah Farida, maka menjadi tanggungjawab beliau untuk membuktikan bahawa TSAD telah Uturn kembali ke pangkuan Liberal 25.

      Sebagaimana isikandungan tulisan surat Liberal 25 sebelum ini yg penuh dengan sangkaan dsb tanpa diberikan sebarang bukti untuk menyokong sebarang dakwaan yg dikemukakan, begitu juga dengan dakwaan Datuk Farida yg TSAD sudah pun kembali kepada mereka.

      Jika benar pun dia kembali kepada mereka, kita tidak pernah rugi. Seperti biasa, ini peluang untuk kita merebut pahala perjuangan.

      Terus berjuang, orang boleh uturn dsb, kita terus bergerak ke hadapan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.