Monday, 15 December 2014

Peguam Negara dan Penerbitan Kristian Yang Melanggar Undang-Undang Di Johor

Sebelum ini, kami telah menyentuh mengenai tindakan pantas pihak Polis Johor menyiasat dan merampas penerbitan Kristian yang melanggar undang-undang negara. Ia melibatkan seorang pelampau Kristian di Johor yang dilaporkan The Malaysian Insider, sekadar membuat Salinan fotokopi untuk kegunaan orang-orang asli di Bekok, Johor.

Polis Johor kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa buku-buku tersebut merupakan buku-buku yang dijual di dalam premis berhadapan dengan sebuah Balai Polis di Tangkak, Johor. Laporan dibuat dan pihak polis dikatakan menyiasat laporan tersebut dan mendapati memang terdapat buku-buku penerbitan Kristian yang mengandungi Kalimah Allah dijual di situ.

Malaysian Insider mengeluarkan artikel bercaanggah antara satu sama lain. Yang pertama mendakwa Cyril mengatakan buku-buku tersebut merupakan salinan fotokopi untuk diserahkan kepada orang asli di Bekok. Laporan kedua pula menyatakan bahawa Polis menyatakan buku-buku tersebut dijual di sebuh premis berhadapan sebuah Balai Polis di Tangkak. Sama ada Cyril membohongi TMI atau berita yang dilaporkan TMI merupakan berita separuh masak, bukanlah perkara yang kami mahu sentuh dalam penulisan ini.



Apa yang kami mahu sentuh ialah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua CID Negeri Johor yang menyatakan pihak mereka sekarang ini sedang menunggu keputusan daripada Pejabat Peguam Negara mengenai status buku-buku tersebut.

Pisang Jangan Berbuah Dua Kali
Ketika kes rampasan Bible oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dibuat, pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Bible-Bible tersebut perlu dipulangkan kerana tidak dapat dibuktikan bahawa ianya digunakan untuk disebarkan kepada orang Islam.

Ianya merupakan Bible yang dirampas ketika masih disimpan di dalam Stor Malaysian Bible Society. Jadi, keraguan yang ditimbulkan menyebabkan rampasan tersebut diputuskan sebagai tidak berkenaan dengan kes penyebaran iktikad agama lain ke atas agama Islam. Keputusan AG pada ketika itu amat dikesali oleh pelbagai pihak.

Untuk rampasan kali ini di Johor, pihak Polis telah menyatakan dengan jelas sepertimana yang dilaporkan di dalam portal tersebut bahawa buku-buku itu sedang dijual dalam sebuah premis di hadapan sebuah balai Polis di Tangkak, Johor.

Sebagaimana yang telah kami jelaskan sebelum ini dalam sebuah penulisan semalam, Negeri Johor mempunyai Enakmen 12 Tahun 1991, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengemabangan Agama-Agama Bukan Islam 1991.

Seksyen 7, 8 dan 9 di dalam Enakmen tersebut menyatakan dengan jelas bahawa sebarang tindakan menyerahkan, menghantar, membahagi atau menyerahkan salinan mana-mana penerbitan agama Kristian dan juga yang mengandungi perkataan-perkataan yang berunsurkan Islam di dalam penerbitan lain-lain agama, adalah merupakan satu bentuk kesalahan di bawah Enakmen 12 negeri Johor.

Oleh kerana pihak polis sendiri telah menyatakan bahawa buku-buku tersebut dijual secara terbuka di dalam sebuah kedai, maka pihak kami amat berharap bahawa tindakan pelampau Kristian yang menyebabkan berlakukan penjualan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah tersebut akan dikenakan tindakan sepatutnya dari segi undang-undang yang telah diwartakan.

Pihak kami sangat berharap bahawa pihak Pejabat Peguam Negara pada kali ini membuat keputusan yang betul dengan membenarkan pihak polis untuk memulakan proses dakwaan ke atas mana-mana pelampau Kristian yang terlibat dalam kes ini.


Biar undang-undang dan pihak Mahkamah yang menentukan sama ada beliau bersalah atau pun tidak. Sebagai pihak yang sentiasa percaya kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di dalam negara, pihak kami menyeru supaya pihak Pejabat Peguam Negara membenarkan pelampau tersebut dibawa ke muka pengadilan untuk diadili seadil-adilnya.  

10 comments:

  1. Peguam negara berpeluang sekali lagi to right his wrongs-namun mampukah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan harap syeikh. Nanti frust sekali lg.

      Delete
    2. Kalau dia tak amanah nanti dia jawablah! Bukan gaji je besar jadi AG, amanah pun besar juga!

      Delete
    3. Apa pendapat sekali pun, kita tunggu dan lihat bgmana pendekatan AG kepada tindakan yang semakin melampau dr golongan pelampau ini. Kalau dia terus berlembut, percayalah bahawa kelembutan itu tidak akan menghentikan provokasi mereka selepas ini.

      Pejabat AG akan terus diasak dgn pelbagai kes lagi nanti jika kes ini tidak diselesaikan dengan tegas sekarang.

      Terpulanglah. Yg pasti, mrk hanya diam jika kita bertegas.

      Delete
  2. Mmng jgn ada hrpn dri ag yg sy nmpk seorng pgawai2 undng2 yg tk btngong jwb. Cba liht kes brsih bbrpa thun dulu sbnyak tdk kurng dri 1000 lporn polis d buat trhdp ambiga, bgitu jga dgn guan eng mngenai klimah Allah dn tmbln ktua mntri rmasami mngenai cbarnya trhdp tmb prdana mentri ulng blek 13 mei, mna ada tndkn d ambil polis yg kna tngu approval ag dulu. Smpai kiamat dia tak akn brtndak. So ini lah klemhn kta bla lntek pgwai2 yg ada kpntingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ini, kita ambil pendekatan terus memantau dan melihat keputusan daripada pejabat AG.

      Delete
  3. Anda semua kene faham bagaimana undang undang dijalankan dan diadili. Ini bukan sebuah negara Islam. Kita akan tewas selagi undang undang sedia ada digunapakai.

    Melayu senantiasa ditipu semasa sebarang perjanjian dibuat semenjak zaman kesultanan Melaka lagi.

    Kebaikan dan kemurahan hati Melayu senantiasa dipermain-mainkan oleh kaum pendatang.

    UMNO=Kelemahan Pimpinan
    PAS=Ketaksuban Pimpinan
    PKR=Kebencian Ketuhanan
    DAP=Syaitan Belaan
    MCA=GERAKAN=MUSUH DALAM SENYUMAN

    UMNO=PAS-PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan Cina DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita usahakan tuan supaya keadilan itu dapat ditegakkan dengan penuh amanah dan adil. Sistem, kita anjurkan supaya diperbaiki sedikit demu sedikit menghampiri sistem keadilan yang diredhai Allah. Semuanya mungkun memakan masa. Tetapi kita akan terus berusaha.

      Delete
  4. Ayam tua dah berKOKok!

    Seputeh MP Teresa Kok said the hymn books, which had the word “Allah”, were not used to proselytise to Muslims but were meant for the Orang Asal Christian community in Bekok, Tangkak. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/cabinet-must-order-return-of-hymn-books-in-johor-says-dap#sthash.NyXlKUTS.dpuf

    Kurang ajar punya nyonya! Orang Melayu bukan asal sini meh? Asal mana? Tiongkok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah tak faham perlembagaan, buta pula sejarah. Siapa boleh lupa magik yg dibuat nyonya ini dengan ayam dilemparkan ke dalam pagar pejabatnya tanpa menyebabkan pagar tersebut terlekat kesan darah.

      Yang pelik, ada pula manusia dengan IC Islam memuja2 politikus kurang cerdik mcm ni.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.