Saturday, 20 December 2014

PBB Risau Pertambahan Zuriat Umat Islam?!

Dua hari lepas, Michelle Gyles-McDonnough seorang residen koordinator di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluh kerana remaja-remaja Malaysia dikatakan terlalu awal mendirikan rumah tangga.




Kata wanita tersebut lagi, keadaan ini menyebabkan remaja-remaja tersebut tidak mendapat peluang yang secukupnya untuk menimba ilmu di sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi dan ini dikhuatiri akan menjadi penghalang daripada mereka menyumbangkan secara produktif kepada negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Katanya lagi ketika merasmikan laporan terkini ke atas populasi dunia, “Early marriage denies young people the basic right to the full realisation of their potential and better options must be made available to Malaysian youth,"

Benarkah dakwaan yang telah dibuat oleh pegawai PBB tersebut?

Jika ya, bagaimana pula dengan amalan seks bebas dikalangan remaja, bukankah ianya lebih mengusarkan, terutamanya, apabila kelahiran anak-anak luar nikah itu nanti, hasil daripada perhubungan diluar pekahwinan itu nanti, tidak akan terbela, kerana tidak ada unit keluarga yang akan menjaga mereka dan dibiarkan berpeleseran menjadi statistik kepada anak-anak jalanan?

Bukankah itu merupakan satu keadaan yang jauh lebih buruk dan sepatutnya membimbangkan pertubuhan dunia seperti PBB?

Jadi apa adanya PBB menimbulkan kerisauan seperti ini? Adakah mereka sebenarnya risau akan pertumbuhan umat Islam yang menunjukkan pertumbuhan pesat di seluruh bumi Allah SWT ini?

Adakah ianya zahir daripada semangat tidak senang mereka yang sememangnya mahu menidakkan revival politi Islam di mana-mana saja di dunia?

Amerika Syarikat sudah begitu lama mengusahakan  kempen kawalan kelahiran di Nigeria dikalangan Umat Islam di negara tersebut atas alasan ‘keselamatan ibu dan bayi’. Amerika Syarikat melatih penguasa-penguasa tempatan dengan membawa mereka ke negaranya untuk diberikan latihan supaya mampu memberikan penerangan kepada ibu-ibu di Nigeria yang konservatif dan kebanyakkannya akan memilih untuk menolak amalan pengawalan kelahiran yang diperkenalkan. Ada juga yang malu dan memilih untuk tidak mengikuti saranan tersebut kerana dilarang oleh suami dan keluarga terdekat.

Halangan ini sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada agenda ‘eugenics’ yang banyak dipraktikkan di barat.

Pada bulan Ogos lepas sebuah penulisan yang bertajuk ‘Obama wants more contraceptives for Nigeria. Nigerians want none of it.’ melaporkan “With a population of 177 million, Nigeria has long been a target of population controllers. It is listed in NSSM 200, the infamous Nixon/Kissinger document which launched the war on people, as a country of special concern. As such, it has gotten more than its share of the abortifacients, sterilizing agents, and contraceptives that the American government has poured into Africa over the past few decades.”

Gates Foundation dengan dana berbillion dollar pula mahu menjadikan isu kawalan kelahiran sebagai agenda global terutamanya kepada ibu-ibu di Afrika dan Asia melalui penggunaan kontraseptif seperti yang popular di barat.

Melinda Gates pada tahun lepas berkata bahawa yayasannya akan menyalurkan “affordable, life-saving contraceptive services to an additional 120 million women in the world’s poorest countries by 2020.”

Persoalannya kenapakah wang tersebut tidak digunakan untuk mencegah remaja-remaja melakukan hubungan seks bebas dan bercampur-campur pasangan seawal usia remaja mereka, untuk mencegah penyakit kelamin dan sebagainya?

Kenapakah pula wang tersebut yang berbillion dollar banyak tidak digunakan saja untuk memajukan sebuah unit keluarga supaya lebih berdaya maju dan digunakan untuk memastikan kesihatan keluarga tersebut terpelihara secara holistik?

Kita sememangnya tidak bersetuju dengan cara PBB yang cuba menfitnah golongan remaja kita yang memilih untuk menghormati hak sesama mereka seperti yang disyariatkan oleh Islam dengan sebuah institusi perkahwinan.

Golongan remaja yang memilih untuk berkahwin awal seharusnya dipuji dan diberikan galakan kerana berani untuk bertanggunjawab. Mereka sepatutnya diberikan lebih insentif sama ada dalam bentuk bantuan kewangan, perumahan, perniagaan dan latihan industri supaya dapat memajukan diri dan keluarga muda mereka, supaya lebih berdaya saing selari dengan agenda menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Michelle Gyles-McDonnough dan PBB sepatutnya menyalahkan ketamakan golongan kapitalis tempatan dan kegagalan kerajaan Malaysia dalam menterjemahkan dasar-dasar yang lebih humanistik dalam cabaran Malaysia menjadi sebuah negara ‘high income’!

Hakikatnya pendapat graduan tempatan masih ditakuk yang sama tidak berubah langsung selama lebih belasan tahun. Gaji asas RM1500 yang dibayar kepada kebanyakkan graduan kita tidak meningkat langsung sedari tahun 2000 lagi. Mungkin juga lebih lama. Apabila kos sara hidup meningkat disebabkan oleh faktor inflasi, , kenaikkan harga minyak, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya, pendapat graduan muda kita masih amat menyedihkan. ‘High income nation’ apanya jika keadaan sebegini masih berterusan?

Bukannya meletakkan kesalahan ke atas bahu remaja Malaysia seperti Muhd Muaz Mislan dan pasangannya, Nur Izzati Amiera Ishak (atau pasangan-pasangan remaja lain), masing-masing berumur 15 dan 17 tahun, seperti yang dilaporkan  Harian Metro hari ini, yang telah melangsungkan pernikahan mereka di Kluang.

Gerakan yang mahu menidakkan amalan baik seperti pernikahan awal yang berjaya membanteras hubungan seks bebas dikalangan remaja yang banyak membeirkan manfaat kesihatan seperti sakit kelamin, barah payudara dan sebagainya, adalah sesuatu yang harus dikekang daripada bertapak di negara ini. Sememangnya suara-suara yang tidak suka dengan keadaan ini yang masih diamalkan di Malaysia sejak sekian lama semakin kedengaran di Malaysia.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memantau retorik-retorik sebegini dan ingat-meningati sesama kita, supaya ianya dapat dihalang daripada berkembang!


5 comments:

  1. IS juga dikatakan mesin pembunuh manusia untuk mengurangkan penduduk dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan Mae. Lebih tepat, mengurangkan penduduk Islam dalam dunia. IS guna senjata. PBB guna "nasihat" yang akan disambut dengan lolongan sahut sahutan oleh sepupu Taliban di sini dalam bentuk NGO yg bniasa mendapat dana dari Amerika.

      Delete
  2. Kahwin awal di Malaysia adalah trpencil..India dan Afrika yg banyak kahwin awal tak disntuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk tgh beri fokus all out utk pastikan Islam tidak bangkit dan berkuasa di sini..

      Semua channel digunakan.

      Termasuk mendanai NGO2 LIberal di Malaysia.. parti2 politik anti Islam di Malaysia dan pelbagai bentuk tekanan lagi..

      Satu perkara yg mrk sentiasa kalah itu rahmat Allah kepada pasangan Islam dengan mempunyai bilangan zuriat yg ramai.

      Jadi, perkara ini perlu mrk selesaikan dgn nasihat2 'membunuh' oleh PBb..

      Delete
  3. PBB adalah sebuah badan 'lobby' jenayah yang senantiasa tidak mempercayai demokrasi.

    Demokrasi PBB hanyalah untuk golongan berkepentingan, samalah juga dengan badan badan NGO tajaan Dajjal di Malaysia dan diserata dunia yang menguasai chanel chanel penyiaran dan media. Mereka berteriak mengenai demokrasi tetapi hakikatnya mereka adalah NAZI Dajjal.

    Setelah berjaya meresap ke dalam pentadbiran negara melalui perkahwinan, perniagaan dan ketaksuban politik, Anwar sudah tidak diperlukan lagi untuk mewakili mereka.

    Anwar yang kepanasan bertawasul dengan segala tuhan yang dapat menolongnya. Manakala Najib leka dengan pujian melambong oleh penjilat penjilatnya. Pada masa yang sama mereka mereka ini memastikan Najib akan menjalankan jilatan yang lebih jitu kearah mematuhi segala yang diperintahkan oleh ketuanya.

    Amatlah malang negara kita menerima Cina Cina yang bersemangat rasis dan tidak jujur yang senantiasa menginginkan segalanya mengikut acuan mereka. Seluruh dunia tidak cukup untuk mereka.

    Avengelis kristian berbangsa Cina Malaysia sedang giat menghasut, berbekalkan latihan latihan dari Filipina, Taiwan dan negara Cina sendiri untuk cuba menguasai Malaysia menggunakan ugama sebagai elemen pecah dan perintah.

    Bacalah dan lihatlah pautan berikut dan beritahu saya yang mereka tidak teruja dengan perkembangan dunia yang semakain rakus mengganyang umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia ?

    http://www.pewglobal.org/2014/03/13/worldwide-many-see-belief-in-god-as-essential-to-morality/

    http://www.liveleak.com/view?i=651_1417390373

    http://www.christianitytoday.com/ct/2013/february-web-only/china-isnt-trying-to-wipe-out-christianity.html?start=1

    Pemimpin pemimpinku, kebangsatan kamu semua amat memualkan.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan Cina DAP/MCA/Gerakan

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.