Thursday, 4 December 2014

Pasitan Liberal Sedang Berpesta Islam Bashing Di Depan Mata, Apa Kita Semua Tengah Buat? Main Facebook?

Selepas perjumpaan mereka dengan Obama tidak berapa lama dahulu, gerakan Liberal di Malaysia seolah-olah mendapat semangat baharu. Keupayaan mereka menganjurkan pelbagai forum yang melibatkan pihak-pihak yang dianggap mereka sebagai tokoh antarabangsa menunjukkan keupayaan kewangan mereka semakin subur.

Obama Menyampaikan Umanat Kepada Pejuang Harapan Amareka
Islamic Reinassance Front (IRF) antara yang semakin galak menganjurkan satu demi satu penganjuran yang secara halusnya mengikis rasa hormat serta kedudukan Islam yang mulia sebagai satu agama yang adil, bersifat aman dan mengamankan serta selari dengan peredaran zaman. Topik-topik dan sesetengah tokoh yang saban hari dijemput mereka untuk membicarakan topik-topik perbincangan ini amat jelas menunjukkan mereka sedang bergerak di dalam gear ke lima untuk musim Islam Bashing terbaharu.

National Endowment For Democracy (NED) pernah secara terbuka mengakui mereka mendanai IRF. Ia boleh dirujuk pada pautan berikut. Itu antara dana-dana luar yang diisytiharkan secara terbuka.

Sebagai sebuah pertubuhan yang biasa mendapat lambakan dana dari negara Uncle Sam, maka tidaklah hairan jika agenda-agenda demokrasi dan liberal menjadi subjek-subjek yang dihidangkan.

Terbaharu, mereka kini galak dengan program-program seperti di bawah ini. Kita tidak lupa bagaimana melalui cara “pembohongan” nama penganjur bersama, IRF pernah cuba membawa masuk tokoh yang difatwakan sesat oleh Indonesia dan Malaysia.



Kita faham mengenai program minda  ke atas khalayak melalui media. Memaparkan tajuk-tajuk pun sudah cukup untuk menanamkan persepsi negatif dan budaya mempersoalkan Islam ke dalam minda-minda bawah sedar yang membacanya walau sekali lalu. Mereka faham tentang bagaimana pemikiran manusia berfungsi. Manusia apabila dia merasakan dirinya sedang berfikir, sebenarnya sedang melalui satu proses akhir dalam membuat keputusan berdasarkan input-input yang telah sedia ditanam ke dalam pemikirannya secara sedar mahu pun tidak sedar sebelum dari itu.

Lihat sahaja penganjuran-penganjuran dengan tajuk-tajuk yang dibentangkan di bawah. Bukankah ia menandakan Musim Pasitan Liberal memulakan Islam Bashing sudah pun bermula?

Golongan Intelektual Islam Tidak Mahu Hadir Ke Untuk Buat Pemantauan dan Berinteraksi Secara Aktif Semasa Forum Berjalan? Takkan Nak Biar Mereka-Mereka Ini Mewarnakan Warna Buruk Pada Islam Tanpa Tentangan Yang Beretika?

Tidak cukup dengan IRF, sebuah syarikat swasta yang difatwakan sebagai membawa aliran pemikiran sesat, SiS Forum Sdn. Bhd. juga galak menganjurkan acara yang serupa. Ke semua mereka, yang merupakan denyut nadi harapan kepada agenda perubahan asing atas nama demokrasi, hak asasi dan keterbukaan liberal.


Golongan Intelektual Islam Tidak Mahu Hadir Ke Untuk Buat Pemantauan dan Berinteraksi Secara Aktif Semasa Forum Berjalan? Takkan Nak Biar Mereka-Mereka Ini Mewarnakan Warna Buruk Pada Islam Tanpa Tentangan Yang Beretika?
Demokrasi dan hak asasi kini seolah satu agama baharu tanpa prinsip-prinsip ketuhanan yang sedang dikembangkan melalui desakan, sekatan dan peperangan. Melihat kepada cadangan deraf Rang Undang-Undang Harmoni, kepercayaan itu adalah termasuk juga ketidakpercayaan terhadap agama dan ketuhanan. Maka, apa sahaja agenda atau perkara yang diimani sebagai jalan hidup terbaik yang dipilih menurut tafsir Deraf rang Undang-Undang Harmoni satu ketika dahulu, akan dianggap sebagai satu kepercayaan. 

Jika dahulu Kristian disebarkan dengan cara ganas secara sedemikian rupa, kini, mereka menamakan semula gerakan penjajahan pemikiran mereka ke atas dunia bukan lagi atas nama sesuatu agama yang telah lama establish, tetapi atas nama sebuah anutan baharu iaitu Demokrasi.

Liberalisme bawaan di dalam inkubator Demokrasi ialah sebuah sistem kepercayaan baharu yang terlarang untuk ditentang. Jika kuat penentangannya, mereka telah menunjukkan contoh apa yang berlaku di Iraq, Syria, Afghanistan, Iran dan sebagainya. Pasitan (Inkuisi) akan dilancarkan ke atas mana-mana pihak yang menentang hegemoni liberal di seluruh dunia. Tiada bezanya antara Pasitan yang berlaku ke atas pewaham Kristian di Sepanyol dengan pewaham Liberalisme di seluruh dunia.

Penentang Liberalisme Di Seluruh Dunia Sedang Diburu Oleh Gerakan Pasitan. Sama Seperti Apa Yang Berlaku Dengan Penentang Golongan Gereja Di Sepanyol Suatu Ketika Dahulu
Demokrasi mestilah diangkat agung mengikut acuan yang dimahukan mereka. Jika kemenangan melalui cara demokrasi tidak mengangkat calon-calon mereka sebagai ketua-ketua negara, maka itu bukanlah demokrasi namanya. Lihat sahaja apa yang berlaku di Gaza. Begitu juga dengan negara kita ini.

Walaupun kami banyak mengkritik pentadbiran negara ini, ketahuilah bahawa kami menyokong kepimpinan yang ada selagi mereka berada di atas landasan yang tepat, benar dan betul. Tegur kerana sayang walaupun yang menjalankan teguran-teguran ini dibangangkan oleh mereka yang hanya mahu dirinya sentiasa dijilat pujian. Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayangkan pemimpin, tegur-tegurkan.

Pemimpin akan datang dan pergi. Perjuangan tidak. Perjuangan telah wujud sejak dari zaman manusia bangkit menuntut kebenaran. Ia tidak pernah padam walaupun untuk satu saat di dalam dunia sehingga hari kiamat.

Apabila kebobrokan seperti musim Islam/Muslim Bashing ini dimulakan, maka umat Islam akan segera berpandang kepada mereka-mereka yang telah diberikan amanah kuasa untuk menyekat semua ini daripada berlaku. Mereka mahukan pemimpin mereka berfungsi sebagaimana yang mereka fikirkan semasa mereka memangkah kertas undi satu ketika dulu.

Mereka akan kembali kepada kertas kecil itu tidak lama lagi. Persoalannya, apakah persepsi mereka yang dahulu masih sama dengan persepsi mereka mengenai kepimpinan yang ada pada masa hadapan yang terdekat ini.

Penghina Islam bebas berpesta kerana mereka tahu pemimpin-pemimpin politik Islam di Malaysia lumpuh dari segi kekuatan iman untuk menggunakan segala peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang yang ada.

Kami tidak mendesak figura seperti Anwar Ibrahim, Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan yang seangkatan dengan mereka untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam di tanahair. Bagi kami, tidak ada sekelumit gunanya untuk meletakkan sebarang harapan mengenai Islam kepada mereka.

Apabila kami, umat Islam, mendesak kepimpinan sedia ada untuk bertindak dan melakukan sesuatu, maka sedarlah bahawa kami melakukannya kerana kami melihat masih ada sesuatu sinar, walaupun tidak bersinar secara cemerlangnya, masih wujud  di dalam hati dan pemikiran pemerintah yang masih sayangkan Islam dan orang Melayu di Tanahair ini.

Apabila kami umat Islam mendesak pemerintah, ketahuilah bahawa itulah tandanya kami masih mempunyai rasa percaya bahawa pihak yang kami desak masih belum hilang keupayaan sepenuhnya untuk berjuang untuk agama dan bangsa di sini.

Boleh sahaja sesiapa dibangangkan dan membalas pembangan itu kembali, tetapi itu bukan caranya.. Allah membenarkan pembalasan dilakukn mengikut kadar pembalasan yang sama, TETAPI memaafkan itu lebih Allah sukai dan elok di sisi Allah berbanding mengambil tindakan balas.

Kami umat Islam tahu, pemimpin akan datang dan pergi. Jika seorang tidak mahu menjadi sumber harapan dan membangangkan kepada mereka-mereka yang memberi harapan kepadanya, In Sya Allah, tiada seorang manusia sejak zaman Adam a.s. mampu berpaut kepada puncak kuasa selama-lamanya, Islam akan terus hidup dan berjaya sehingga hari kiamat. Ia sudah di sini sejak lebih seribu tahun yang lalu.

Jika sudah tidak berminat menjadi harapan dan memasuki kategori insan-insan yang sudah tidak menjadi harapan umat Islam seperti Anwar Ibrahim, Mujahid Rawa, Khalid Samad dan sebagainya, maka beritahulah segera kepada kami supaya boleh kami sandarkan harapan dan menggesa desakan kepada yang mahu berjuang.

Gerakan Pasitan Liberalisme ke atas Islam di sini perlu segera didebatkan supaya kebobrokan yang cuba dibawa mereka dapat dihentikan.

Sekian, Terima kasih.



10 comments:

  1. Ben, tengoklah pakar LIBERAL-ejen ZIONIS, disyaki dah menguasai Kem. Kesihatan kita; bakal otak jenerasi muda kita dirosakkan dgn. SAINS-ala-Barat/Zionis-JAHANAM, untuk mengatasi ISLAM – inilah kaedah yg. digunakan puak Liberal Barat yg- dikuasai ZIONIS utk. MENGHAPUSkan agama, kerana agama mementingkan prinsip moral-budaya yang paling utama berasaskan spiritual.

    Lihat bagaimana SAINS-GENETIK ala-pengikut SYAITAN - yg. memuja “Sosial Darwinisma” – iaitu fahaman amat RASIS, yg. merupakan asas kpd. fahaman Zionisma-Freemason, di mana, hanya kaum yg. terkuat/terpandai dari segi genetiknya – yg. berhak menguasai dunia ini! Tetapi si pakar genetik-amat-RASIS ini, Dr. James Watson, yg. MENGHINA bangsa kulit hitam Afrika sebagai semulajadi ‘bodoh‘ kerana genetiknya – boleh pula dia dan kajiannnya digunakan sebagai rujukan dlm. "Persidangan Perubatan Genetik Antarabangsa 2014" di NEGARA ISLAM kita ni! Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-muda-digalak-ceburi-teknologi-sains-genetik-1.32407. Generasi muda digalak ceburi teknologi sains genetik.

    Dan lihat siapa si Dr. James Watson ini – di http://www.independent.co.uk/news/science/fury-at-dna-pioneers-theory-africans-are-less-intelligent-than-westerners-394898.html, Fury at DNA pioneer's theory: Africans are less intelligent than Westerners: Celebrated scientist attacked for race comments: "All our social policies are based on the fact that their intelligence is the same as ours - whereas all the testing says not really", By Cahal Milmo,
    Wednesday 17 October 2007:

    One of the world's most eminent scientists was embroiled in an extraordinary row last night after he claimed that black people were less intelligent than white people and the idea that "equal powers of reason" were shared across racial groups was a delusion.

    James Watson, a Nobel Prize winner for his part in the unravelling of DNA…reopened the explosive debate about race and science in a newspaper interview in which he said Western policies towards African countries were wrongly based on an assumption that black people were as clever as their white counterparts when "testing" suggested the contrary. He claimed genes responsible for creating differences in human intelligence could be found within a decade…..

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
  2. Dan lihat bagaimana kajian Sains Genetik ini berkaitan rapat dgn. kajian “Stem Cell” , yg. juga menggunakan FETUS bayi (itulah puak SAINTIS dari si LIBERAL Islam/Melayu terlalu MENGAGUNGkan Sains-ala Barat/ZIONIS dari SAINS berasaskan ISLAM yg. holistik, juga mementingkan prinsip moral-budaya dari segi spiritual); llihat di http://www.explorestemcells.co.uk/stemcellsandgenetherapy.html , Stem Cells and Gene Therapy , Author: Ian Murnaghan BSc (hons), MSc - Updated: 24 June 2014:

    …. potential for stem cells to be used in gene therapies is however, a valid one that has important ramifications for treating a range of diseases, many of which currently have no cure.

    Using Stem Cells for Gene Therapy

    …..Research involving embryonic stem cells and gene therapy rather than the previously mentioned adult stem cells is another area that is currently under investigation. Because embryonic stem cells have a greater potential for self renewal as opposed to adult stem cells, repeated administrations of gene therapy are less likely to be necessary. This means that over the long-term, embryonic stem cells could provide better maintenance of therapeutic effects in comparison with adult stem cells…..

    Selalunya syarikat-syarikat Barat yang dikuasai puak Zionis, terutamanya Empayar Rothschild-Rockefeller sangat giat terlibat dlm. “Stem Cell Research“ termasuk di Universiti-universiti terkemuka di Barat contohnya Harvard, yg. menggunakan organ-organ/darah yang di’harvest’ dari bayi baru lahir atau Fetus bayi (termasuk yg. diklon secara haram) kesemuanya yg. diGUGUR/diBUNUH – semuanya untuk kajian utama rawatan Vaksin/ubatan/produk kecantikan (termasuk Botox) untuk awet muda untuk mencapai objektif utamanya iaitu ‘immortality’; tetapi sering dipalsukan sebagai kajian penyakit contohnya Kanser dll – lihat di http://watch.pair.com/stem-cell.html , BRAVE NEW BABIES: the unprotected subjects of biomedical research, By Barbara Aho; di - http://www.independent.co.uk/news/science/vampire-therapy-young-blood-may-reverse-ageing-9323042.html, Vampire therapy: young blood may reverse ageing, John von Radowitz, 05 May 2014; di http://healthydebates.com/young-blood-used-new-alzheimers-trial/, “Young Blood” To Be Used In New Alzheimer’s Trial, By Helen Thompson, Posted on August 22, 2014 by MRHEALTH; dan di - http://www.lef.org/magazine/mag2013/feb2013_otc_01.htm , How Engineered Stem Cells May Enable Youthful Immortality, by Michael D.
    West, PhD.

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pautan Nenek bg dan punca masalah gol yg mendakwa diri mrk intelek ttp tetap mengagungkan kesesatan barat, nyta dirangkumkan dgn sgt baik oleh Tuan Hamba Allah 4 December 2014 10:56.

      Mrk hnya menjadi zombie akademik. Hanya sanggup berhadapan dgn kertas bukan perjuangan. Perjuangan bg mereka ialah cari makan.

      Maka jadilah kertas2 kerja spt di atas boleh secara bangganya dibentangkan dan tokohnya menjadi kiblat rujukan tanpa tapisan.

      Bukan tak boleh rujuk, tapi ambil yg keruh buang yg jernih.

      Asyik nak sami'na wa atoqna dgn apa yg dihidangkan barat, maka jadilah macam tu Nenek.

      Delete
  3. Bukan kita ada tokoh akademik Islam/debater Islam yg ramai ke? Atau semua tu cuma jaguh kampung? Buat bising utk poket sendiri?
    Mau tunjuk hebat dgn target kemewahan? Time Islam kena serang, smua menikus.
    Ini intelektual haramjadah namanya. Sama dgn politikus Islam. Haramjadah kali dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 takut periuk nasi berlubang. Sedangkan mrk terlupa kedudkan dan rezeki yang ada mpada mrk waktu ini adfalah kurniaan Allah.

      Delete
  4. Tuan ben rasanya .Bukan takde Ilmuwan Islam di Malaysia,masalahnya semua fokus mengenai isu jihad di Syria je....fatwa haram mengenai is macam zikir harian,kes sebegini kenapa tak tampil ke hadapan?takkan nak tunggu wartawan datang interview je!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalahnya.. Tak tahu menentukan prioriti, maka jadilah berbincang dan memperjuangkan perkara yg kurang mendesak ketika peekara yg lebih mendesak dibuat2 lupa.

      Delete
  5. Salam. Maaf bla sy kta kbnykn specis intelek ni mnguna akl smta2 sbb tu mrk seolh2 sprti ktak bwah tmpurung. Ilmu islm mrk jauhi so dgn akl yg bgtu trhad mka mrk tdak tahu yg mrk adalh brtngong jwb mnjga agama islam. Mrk ni hanya bleh bdpan dgn krtas keja sja. Tu pun mrk tk buat krja yg mrk sndiri smpaikn cuma krtas krja tu d agong2kn. Nk turun pdng ? Tobt nasuha. Nk buat mcmna mrk dpt ddikn ala bart yahudi. Kpla mrk dh bsarng dgn ilmu yhudi so ati mrk glap tk nmpk islam. Ktala apa pun, mrk ttp dgn ilmu sekulr bart yg tlh sbati dgn jwa mrk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan. Tuan merungkaikan serta merangkumkan dengan baik persoalan yang ditimbulkan ttg kemana perginya tokoh2 akademik Islam dalam memperjuangkan agenda Islam di sini, dan persoalan kenapa mrk tidak twerkehadapan mempertahankan Islam ketika ia diserang bertubi2.
      Rupanya, mrk hanya bijak akademik tanpa ada ruh Islam di dalam diri dan jiwa mereka.
      Kebijaksanaan mereka utk utk menjana boyotan perut sehingga terus membesar.
      Patutlah liberal makin galak menghina Islam.
      Semua mahu outsource perjuangan pada org lain.

      Delete
  6. Salam. Bila roh islam tiada atau d cbut Allah swt mka manusia akn jd mcm puak2 tpljar ilmu brat hnga nma Allah d prmain2, agma islam d hina dn d robek, mna puak2 ni ? Mrek mnyotng seolah2 tdk brasa apa2. Mrek sdng lena dgn pngkt, wng rngit, ank pnak mrek yg tdk bleh bwk ke mna2 skirnya mrek abai tngung jwb mmprthnkn agama Allah. Kta bdoa smoga golongn d bri hidyah oleh Yng Mha Brkusa, insyaAllah - Ameen.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.