Thursday, 25 December 2014

Pandir Di SUARAM Mari Belajar Google

Sudah lama kami memerhatikan badan ini yang sering berlagak seperti ‘tangan panjang’ kepada US State Department di Malaysia. Tindak-tanduk badan tersebut selama ini seperti mahu menidakkan legitimasi kerajaan Malaysia untuk mentadbir negaranya sendiri.

Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa badan seperti Suaram yang mendapat dana daripada badan  asing itu sering bertindak di luar kepentingan negara. Suaram juga sering condong kepada gerakan pembangkang dalam memperjuangkan agenda hak asasi di Malaysia.

Contoh yang paling ketara ialah, Suaram memilih untuk membisu apabila hak pribumi seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sering diungkit dan mahu dipijak sesetengah golongan pelampau di Malaysia. Suaram juga sering membisu apabila Islam, Agama Persekutuan, seperti yang termaktub pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, sering dihina dan dipersendakan, seolah-olah umat Islam tidak mempunyai sebarang hak di tanahair mereka sendiri.

Apakah hak golongan pribumi yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia, tidak layak dipertahankan langsung oleh Suaram?

Dalam kerangka apa pula badan seperti Suaram bekerja sehingga menidakkan langsung nilai-nilai identiti negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Namun kami dibangkit.info sudah lama menyedari akan sikap berat sebelah dan pilih kasih Suaram dalam memperjuangkan isu hak-hak asasi di Malaysia dan hari ini Suaram buat lawak lembam dan kurang cerdik lagi, apabila mahu kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat isu yang bukan isu sebenarnya, semata-mata untuk membazirkan wang kerajaan, wang rakyat marhaen, walhal ianya boleh dicapai dengan hanya carian di Google sahaja.

Kami berani berkata sedemikian kerana jika butiran itu yang Suaram mahukan, dengan hanya beberapa langkah, kami mampu mendapatkan perihal lelaki dan isterinya yang ditahan di Bangkok semasa mahu berangkat ke London dan mendapati dengan jelas melalui laporan yang dikeluarkan sendiri oleh inisiatif kelolaan penyangak matawang dunia, George Soros, Open Society Justice Initiative.

Pertamanya kami memanjangkan pertanyaan kepada pakcik Google berkenaan dengan "Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition" by the Open Society Justice Initiative dan carian tersebut menemukan kami kepada laporan yang dimaksudkan dalam bentuk PDF. Bacaan lanjut terhadap laporan tersebut menemukan kami kepada petikan dibawah kami salin semula secara verbatim untuk tindakan lanjut Suaram, gratis daripada Bangkit.info (113-merujuk kepada no. mangsa Extraordinaire Rendition kelolaan Amerika Syarikat)

113
Abu Abdullah al-sadiq(Abdul Hakim Belhadj), a Libyan national, and his pregnant wife, Fatima Bouchar, were seized in 2004 by Malaysian authorities in Kuala Lampur, where they were detained for 13 days.

707
They were told that they could travel to the United Kingdom through Bangkok, but were detained by Thai authorities upon arrival in Bangkok, and, according to al-Sadiq, abused by the CIA for several days in a special room in the airport.

708
Al-Sadiq and his wife also allege that they were ill-treated by persons they believed to be Thai authorities.

709
In addition, al-Sadiq reported that in Bangkok he was questioned by British spies.

710
The two were then separately put on the same flight to Libya.

711
Al-Sadiq was held in Libyan custody for the next six years, five of which were in solitary confinement, and during which time he believes he was interrogated by U.S. and British officials.

712
He was eventually sentenced to death but was released in early 2010.

713
Documents discovered by Human Rights Watch immediately after Gaddafi’s fall confirm
the role of the CIA and the United Kingdom in al-Sadiq’s case.

714
On the basis of these documents, al-Sadiq and his wife brought legal actions against
the U.K. government and subsequently against former Foreign Secretary Jack Straw for approving their abduction and transfer.

Merujuk kepada butiran laporan tersebut maka jelaslah bahawa dakwaan tidak berasas tentang penglibatan Malaysia dalam kes Abu Abdullah al-Sadiq (Abdul Hakim Belhadj) dan isterinya, Fatima Bouchar adalah sebuah tuduhan jahat yang dibuat oleh Human Rights Watch (HRW) yang juga didanai oleh George Soros yang sememangnya aktif dengan kerja-kerja subversifnya di Eropah dengan gerakan revolusi warna untuk menidakkan sesebuah kerajaan yang tidak ‘mesra’ Amerika Syarikat.

Laporan tersebut tidak berasas dan berniat jahat kerana kedua-dua mereka telah menyaman kerajaan U.K kerana membenarkan mereka diculik dan kemudiaannya ditahan di Libya. Mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka ditahan di Thailand, oleh agen Thai dan kemudiaannya disiasat oleh pegawai-pegawai British dan Amerika Syarikat sendiri.

Jadi apa isunya pula Suaram mahu mengaitkan Malaysia dengan kes ini?

Sememangnya kita juga sedar bahawa Revolusi Warna inisiatif George Soros juga boleh dilihat di Malaysia dengan BERSIH, sebuah badan yang tidak sebersih mana, yang sering pula turun ke jalanan dengan melakukan huru-hara dan kekacauan dengan merosakkan harta benda, menimbulkan kacau-bilau, kecederaan dan beberapa tahun lampau malah hampir-hampir mengancam nyawa awam.

Dakwaan jahat bahawa Malaysia terlibat dalam kes lelaki warga Libya dan isterinya tersebut telah dibuat HRW melalui laporan yang bertajuk Delivered into Enemy Hands: U.S.-Led Abuse and Rendition of Opponents to Gaddafi’s Libya (2012). Mungkin Suaram dengan jaringan antarabangsanya boleh bertanya dengan lebih lanjut dengan HRW sendiri akan tuduhan ini.

A memorandum dated March 4, 2004, from the CIA to the Libyan government states “[w]e are working energetically with the Malaysian government to effect the extradition of Abdullah al-Sadiq from Malaysia. The Malaysians have promised to cooperate and arrange for Sadiq’s transfer to our custody.”

Tuduhan itu hanya menulis tentang sebuah kerjasama yang akhirnya tidak berlaku apabila kedua-dua warga Libya tersebut ditahan oleh penguasa Thai sendiri yang kemudiaannya menyerahkan mereka berdua kepada CIA seperti yang dapat dibaca di atas. Maka tuduhan yang dibuat oleh HRW dan dipetik Suaram (dan PKR) adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan sangatlah berniat jahat!

Teknik ‘shaming’ yang sering dilakukan mereka-mereka ini untuk menimbulkan semangat bencikan kerajaan yang sedia ada, merupakan sebuah gerak kerja yang terancang dan amatlah memalukan apabila terpaksa mengadakan sesuatu yang sememangnya tidak sepatutnya menjadi isu. Apatah lagi apabila badan seperti Suaram yang kononnya berwibawa mendesak kerajaan mengadakan suruhanjaya ke atas sesuatu yang jelas bukan jenayah yang telah dilakukan oleh kerajaan kita.

Mungkin juga Suaram dengan jaringan NEDnya patut menulis kepada George Soros berkenaan dengan hal ini, jika mereka masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Akhil Bulat yang telah menjelaskan bahawa perkongsian maklumat polis risikan dengan CIA hanyalah sebuah usaha untuk menangani pengganas. Dan ianya terhad kepada perkongsian maklumat dan latihan saja seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

"Itu tidak betul. Memang betul kita bekerja dengan CIA dan hantar pegawai menghadiri latihan demi kebaikan dan meningkatkan lagi pengumpulan maklumat risikan. Kita juga dedahkan pegawai kita dengan teknologi terkini tetapi cuma itu saja. Berhubung dakwaan dalam laporan (menahan secara rahsia dan tahanan dibawa ke penjara tidak diketahui), juga 'dibawa untuk diseksa' itu tidak betul.”

Persoalannya, apabila laporan senat Amerika Syarikat sendiri tidak menamakan kerajaan Malaysia, kenapakah Suaram seperti ketagihan candu dan mengharapkan dana yang lebih mahu juga melibatkan Malaysia dengan kerja jahat Amerika Syarikat itu?

Kenapakah juga Suaram tidak mahu mendedahkan kepada Malaysia, bentuk kerjasama yang telah dibuat oleh badan itu dengan NED? Berapa banyakkah kemasukan wang dan dana asing ke dalam poket mereka dan untuk apa dan tujuan apa kemasukan dana asing itu ke dalam pertubuhan mereka?

Adakah Suaram sehingga kini masih dengan lapang dada dan senang hati menerima dana daripada NED sebuah badan kerajaan Amerika Syarikat yang jelas tidak pernah mahu menghormati hak-hak asasi manusia, melalui CIA dan lain-lain gerakan covertnya di seluruh dunia terutamanya dengan kempen Perang Menentang Keganasan yang ditaja mereka?!

Ingin juga kami perjelaskan di sini bahawa dua rakyat Malaysia yakni, Mohd Farik Amin dan Mohd Nazir Lep yang ditahan di Teluk Guantanamo (Gitmo) sendiri pun sebenarnya tidak ditangkap oleh kerajaan Malaysia tetapi ditahan di Bangkok oleh penguasa Thai dan di serahkan kepada CIA.

Kenapakah Suaram tidak mahu memperjuangkan hak asasi dua rakyat Malaysia ini sehingga membawa kepada kepulangan mereka yang masih ditahan di kem tahanan haram tidak berperi-kemanusiaan seperti Gitmo tanpa sebarang peluang untuk mempertahankan diri di mana-mana makhamah dunia?

Mungkinkah kerajaan Malaysia perlu mengadakan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat kemasukan dana-dana asing yang telah diterima oleh Suaram (dan lain-lain badan seperti Malaysiakini, Bersih, IRF, IKD, SIS Forum (Malaysia) Berhad dsbnya), dan melakukan penyiasatan secara terperinci tentang asal-usul dana tersebu dan daripada mana dana tersebut datang, negara mana atau pertubuhan apa? Berapa jumlahnya? Dan apa pula yang perlu dibuat mereka sebagai ‘collateral’ kepada dana tersebut?

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas dengan gerakan subversif atas nama NGO dan gerakan sivil yang telah banyak mendatangkan kemusnahan dan perpecahan dalam masyarakat kita disamping terdapat sesetengah daripada badan-badan ini berlagak seperti agen kepada kerajaan asing sambil berterusan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia!

Berita Ini Diterbitkan Tahun Pada Tarikh 22 Sepetember 2012. Sudah 2 Tahun, 3 Bulan, 3 Hari Berlalu. Tindakan? Hampas!!!
Jika Amerika Syarikat, Tokong Demokrasi sembahan golongan Liberal di Malaysia boleh mempunyai Foreign Agent Registration Act (FARA), kenapa tidak dengan Malaysia? Jika dahulu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh digunakan untuk menghalang perbuatan subahat menggunakan wang dari pihak luar yang berniat mengucarkacirkan keamanan Malaysia, kini hanya Anti Money Laundering Act 2001 merupakan tolok undang-undang yang sedikit tumpul untuk mengekang kebanjiran kemasukan wang asing untuk menjalankan agenda-agenda luar dalam negara. "Terima kasih" kepada Najib Tun Razak yang menghapuskan ISA dan kemudiannya menyuruh Suruhanjaya Syarikat mencari undang-undang untuk mencari kesalahan SUARAM. Terlalu "bijak".

Cukup dengan itu, bantuan Google secara Gratis Dari pasukan Gerak Kerja Bangkit.Info, untuk SUARAM yang didanai tajaan wang dari negara luar. SUARAM, sila klik dan baca sepenuhnya pautan di bawah  
:http://www.opensocietyfoundations.org/sites/default/files/globalizing-torture-20120205.pdf


11 comments:

  1. SUARAM-SUARA ANAK HARAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemerintah perlu berbuat sesuatu sebelum segalanya terlambat.

      Delete
  2. Aku tgk, byk sangat NGO yg diternak NED dan Amerika. Apsal?Kita tak boleh buat apa2 ke? Takkan nak berpeluk tubuh sj tgk tindakan2 biadab diorang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, jika ada kemahuan tentu sahaja sentiasa ada jalan. Ditambah pula kuasa mencadangkan serta membuat undang2 masih ditangan. Tetapi, entah kenapa, pemerintah begitu takut menyentuh ternakan-ternakan NED, OS, KAF dan sebagainya di Malaysia.

      Apa sebenarnya yang mereka cuba sembunyikan..?

      Delete
  3. Salam. Dh lma puak2 ni dok trima dana hram dri master2 mrk sbrng laut. Kta yg tk bjak mcm pmimpin2 krjn sotong dgn bt aman pun tau, apa hal dgn kpla sotong buat dek aja! Ada apa2 kot ? Smpai mnyotong bgini ! Bkn ka mnerima wang dri luar salah dgn krjabuat kucakacir ke amanan ngara ? Mngkin puak2 sotong ni ada apa2 share juga! Kita tngu dn liht. Allah swt akn mncrahkn kpd umum apa yg sdng d smbunyikn mrek ! Kita brdoa sja kpd Yang Maha Brkuasa untk mnolong kta dn insyaAllah kita akn dpt prtolognNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kta yg tk bjak mcm pmimpin2 krjn sotong dgn bt aman pun tau, apa hal dgn kpla sotong buat dek aja! Ada apa2 kot ?

      Sotong Bangang sedang golfing dengan Bos Besar NED kat Hawaii!

      Delete
    2. Wa'alaikummusalam wbt Tuan.

      Pada 2012, Menteri Di PMO, Dato' Seri Nazri ada sebut bahawa trdapat ura2 usaha utk membentangkan undang-undang bagi mengawal dan menyekat foreign funding.

      Ia kekal sebagai berita yg kemudiannya menjadi berita angin selepas 2 tahun berlalu tanpa apa2 perkembangan positif.

      Puncanya, mungkin kerana parti pemerintah juga melakukan perkara yg sama. Lumrah bagi mrk yg berdosa, sentiasa takut untuk membuat undang2 bg mengekang dosa yg sentiasa dilakukan secara istiqomah oleh mrk.

      Delete
    3. Tuan Hamba Allah 25 Dec 2014, 12:00..

      Saya sedang bayangkan, jika kita dipimpin pemimpin seperti Umar al Khattab r.a., tentu sahaja pada ketika ini, kita sedang melihat pemimpin kita itu sedang berada di pusat2 banjir negara cuba menyelesaikan masalah rakyat dan hanya bersenggang setelah penderitaan rakyat diselesaikan sepenuhnya.

      Tetapi ini tidak berlaku kepada pemimpin kita. Entah haramjadah manalah yg menjadi penasihat beliau.

      Delete
  4. Bos Suaram pemalas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu sgt di spoon feed dgn dana2 besar.. buat bising sebagai petunjuk KPI utk dana tahun depan.. tapi, last2 macam tong kosong, bercakap berdegar2, tapi isinya macam sampai keluar dari mulut.

      Delete
  5. Saya selalu bertanya kepada rakan rakan,

    "Betul ke diorang ni semua percaya tuhan ?"

    "Kalau percaya, kenapa mereka menjilat mereka mereka yang bencikan tuhan ?"

    "Mungkinkah mereka ini semua tahu bahawa tuhan itu tiada tetapi tidak menerangkannya kepada kita ?"

    "Tapi bila mati masuk kubur Islam jugak, kenapa tak tanam dengan rakan rakan kesayangan mereka ?"

    Kita perlu membuat kajian menyeluruh mengenai tatacara kehidupan syaitan mereka. tatacara kehidupan mereka perlu didedahkan tahap 'Dokumentari' bersiri aga ianya dapat disebarkan keseluruh pelusuk kawasan yang sedang mereka rosakkan. Ini dapat memberikan kesedaran kepada golongan yang tidak tahu akan kehidupan sebenar mereka.

    Tiada apa yang perlu kita percayakan lagi dari pemimpin pemimpin bangsa(t) kita, Najib, Nazri, sesiapa je lah, mereka ini semua hanyalah golongan penjilat yang menilat demi masa hadapan material mereka.

    UMNO=PAS=PKR=Penjilat tegar kafir komunis cina cina DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.