Tuesday, 9 December 2014

Nantikan Kemunculan Tafsir al Quran Versi Islamic Renaissance Front, NGO Yang Pernah Ditaja Amerika

Bukan sekali Islamic Renaissance Front (IRF) menimbulkan kontroversi. IRF memang sudah terkenal dengan agenda yang menyatakan negara ini merupakan sebuah negara sekular.

Kami pernah mencabar IRF untuk membuktikan kes mereka dengan menunjukkan sama ada wujudnya perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan. Cabaran kami boleh dibaca di sini.

Cabaran itu dijawab dengan mereka sendiri mengakui bahawa memang perkataan sekular tidak wujud di dalam Perlembagaan. Jawapan balas itu boleh dibaca pada pautan ini.

Kami menjawab semua kekeliruan yang ditimbulkan IRF pada sebuah penulisan yang dibuat sehari selepas itu. Klik sini.

Tidak cukup dengan idea yang mahukan negara ini difahami serta diimani sebagai sebuah negara sekular, IRF tidak pernah menyembunyikan belang liberal mereka dengan menjemput seorang tokoh berfahaman liberal yang telah difatwakan sesat oleh Malaysia dan Indonesia.

Pada Ahad lepas, satu lagi kontroversi cuba diusahakan oleh pihak IRF. Bertempat di Nottingham University, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, sebuah forum diskusi meja bulat dengan tajuk "Is Islam A Religion of Peace" telah diadakan. Ia menyaksikan pelbagai bentuk cadangan yang meletakkan aspek pelaksanaan Islam sebagai subjek-subjek pertikaian.

Semalam kami telah mendedahkan cadangan dari seorang penganut Kristian yang juga orang kuat COMANGO, saudara Andrew Khoo yang mahu Islam ditafsirkan semula dan satu bentuk reformasi berlaku ke atas agama Islam.

Kontroversi forum tersebut tidak berakhir di situ. Semasa sesi pembentangan oleh Dr Farouk Musa, beliau mengkritik pelbagai Tafsir al Quran sedia ada, terutamanya tafsir yang memuatkan tafsiran ayat 6 dan 7 surah al Fatihah. Baginya, tafsir yang meletakkan jalan yang diambil Yahudi sebagai jalan kaum yang dimurkai Allah dan kaum Nasrani sebagai kaum yang dirujuk sebagai jalan kaum yang sesat merupakan tafsir-tafsir yang memasukkan mesej kebencian di dalamnya.

Sebagai sebuah NGO yang pernah dibiayai melalui dana sumbangan National Endowment For Democracy (NED) tajaan Amerika Syarikat, ditambah pula dengan kehadiran wakil-wakil dari pejabat kedutaan luar yang menghadiri program tersebut, serangan ke atas tafsiran bahawa orang Yahudi dan Nasrani yang dimaksudkan oleh ayat tersebut sangat mudah untuk kita semua fahami sentimennya.



Setelah membentangkan kesnya, Dr Farouk Musa mengumumkan bahawa IRF pada ketika ini sedang giat menjalankan kerja-kerja menafsirkan semula al Quran mengikut jalan yang mereka percaya. Ketika pengumuman dibuat, Dr Farouk Musa menyatakan bahawa al Quran yang diusahakan terjemahannya oleh IRF dalam bersi pemahaman IRF sudah pun satu pertiga hasil kerja itu siap. Mereka telah berjaya menafsirkan 10 juzuk ayat al Quran mengikut kriteria terjemahan dan tafsiran yang menepati citarasa mereka.

Melihat sejarah perjuangan IRF dan perkara-perkara dibuat dan diperkatakan mereka selama ini, maka tidak dapat tidak, kita melihatkan percubaan mengubah kedudukan Islam di sini, bukan hanya disasarkan kepada perubahan politik, malah kini usaha jelas untuk mengubah pemahaman Islam pada teks kitab suci asal umat Islam juga sedang giat dijalankan.

Satu persoalan untuk mereka-mereka yang mendakwa diri mereka pejuang-pejuang politik Islam di dalam negara, apakah kita masih mahu terus bermusuhan kerana dendam-dendam politik lama dan hanya berpeluk tubuh melihat semua kebobrokan ini cuba dipaksakan ke atas umat Islam?

Bangkit bersatu dan bergandingan tangan kita semua memperjuangkan Islam kembali sama seperti suatu ketika dahulu.


6 comments:

  1. Salam. Ben specis yg bnma farok ni adalh specis yg buta al-quran dn hti d tutup rpt oleh syaitn yg mnjdi dia tk tntu arah nk kemna. Jd bisikn syaitn tlh mmbrni dia nk tafsir quran ala syaitn. Krjan kna brtndk skrng mnghrmkan apa yg sdng dia sdng usha yg akn mrosakn aqidah umt islam. Jgn tngu smpai dh slesai d psran baru nk btndak. Al-quran tlh mnjlaskn bhwa puak yahudi tdak akn bdiam diri hinga kita ikut milah mrek. Tngan2ghaib yahudi skrng sdng bhmpas pulas nk mroskkan islam dn umatnya. Krjabuat mnafsirkn quran dgn mnguna kpla otak orang yg tdak brjiwa islam ni adalh satu kerja mnyesat yg d biayai oleh golongan yahudi dn nasra.

    ReplyDelete
  2. Bukan ke SB selalu datang function gerakan2 Islam kt mana2. Takkan x tau agenda IRF ni. Tlgla amik tndkan cepat, soal siasat method yg dibuat dan siapa yg trlibat. Jgn tunggu lama2.

    ReplyDelete
  3. Sapa dia utk question tafsir2 ulama' trdahulu? Siapa pulak yg trlibat utk create tagsir baru ni?

    ReplyDelete
  4. Malaysia sepatutnya mengadakan undang undang yang melarang kemasukan dana dana yang cuba membrainwash warganegara kita.

    KEDAYUSAN pemimpin pemimpin kita dalam menyedari bahaya yang bakal menimpa negara dari pelambakan dana dana asing ini amat memualkan.

    PASTINYA Dajjal sedang menggerakkan PAWN PAWN mereka ke segenap dunia Islam dalam memastikan apabila TIBA MASANYA mereka membuka topeng mereka, mereka sudahpun mempunyai berjuta juta pengikut yang akan mengganyang sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pandangan MODERATE(kata The STAR) mereka.

    UMNO=PAS=PKR-Penjilat TUAN TUAN CINA DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
  5. Farouk Musa perlu ditangkap!!!

    ReplyDelete
  6. Nasib baik lah AlQuran diLindungi Allah dan tulisanNya tidak boleh diubah, cuma boleh ditafsirkan sahaja. Tafsir bukan AlQuran original dan cuma boleh digunakan sebagai rujukan sahaja.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.